Bermulanya aktiviti RAmadahan kali ini... on Friday night, kimie mengikut my hubby ke surau... mengerjakan solat terawikh.... Bersahur??? Nak kejutkan kimie tidak menjadik masalah yang besar... just kejutkan dia sekali jer... bingkas bangun. Excited dia nak berpuasa... Tapi... dia makan sikit jer.... kiter bimbang gak tenaga dia tak mencukupi coz semalam dia tak ambik dinner pun...
Didie???? Dia juga excited nak berpuasa... syarat pose untuk didie.... berbuka jam 12.30 tgh. kitorang just kejutkan didie dan hulur botoi susu dia... Camner nak bersahur??? minum susu pun sambil mata terpejam.
Pagi tuu.... kitorang ke TESCO, beli bahan nak buat nasik ayam untuk menu berbuka petang nanti. BAlik umah dalam kul 10.30
dan Sejak detik itu... didie dah mula menghitung waktu untukberbuka ... Selang 10 minit dia tanya...
Didie: Ibu!!! Adik lapar..... adik nak susu
Ibu: Sekejap yea sayang kul dua belas setengah nanti adik berbuka
Didie: Dua belas setengah tuuu macam mana?
bu: Jarum pendek kul 12, jarum panjang kul 6
Didie: OK.... Didie kembali tenang nak bermain semula.
Selang 10-15 minit Didie: Ibu... kul 12.30 tuuu dekat ngan no 1 kannn?
Ibu: Ya Sayang
Kembali bermain dan selang 10-15 minit komdian
Didie: Ibu.... selepas sebelas kul 12 kannnn?????
Ibu: Betul tu sayang
Begitulah seterusnyer.... selang 10-15 minit dia akan terus bertanya



Didie: Ok bu... adik nak sambung balik "kuasa" tadik.
Aik.... bole ker gitu???? Ermmm..... suka ati kau ler dik...
Kiter lak sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka dan kebetulannyer orang Pahang dah sampai kul 3 petang.... my mum & me bergotong royong ler memasak nasik ayam.
Menjelang kul 4 .... kimie mula nampak tanda-tanda kelesuan.... Nak bagi dia berbuka.... dah alang-alang... kiter cuba pujuk dia untuk bertahan.
Majlis berbuka kali ini amat bermakna buat kami sekuarga... setelah sekian lama (dah bertahun-tahun) kami tidak pernah dapat berkumpul serentak untuk berbuka bersama-sama dan kali ini... Al-hamdulillah... dan bilangan ahli pun dah bertambah ngan anak menantu dan cucu-cucu
Dan kalau diperhatikan... orang yang paling excited masa berbuka adalah... DIDIe... dia makan banyak dari biasa sambil berjoget-joget... Bangga dapat meneruskan pose lagik setengah hari yang dia sambung tadik.
No comments:
Post a Comment