Ermmm... best gak pemandangan di sini... bole laaa....


Esoknya 02 Dec 09, sebaik sahaja mengambil sarapan, kitorang ke Melaka... melawat sedara mara ayah (besday boy pada hari tersebut). Buat pengetahuan u ols... Setiap kali my parents in-law balik Melaka... kiter pasti akan mengiringi mereka. So far yang kiter ingat just sekali jer kiter tak ikut sekali.
Kali ni ayah ke Melaka dengan diiringi cucu dan menantu sahaja. Pertemuan Ayah dengan adik beradiknya sedikit sebanyak dapat mengubati hatinya yang berduka di atas pemergian isterinya. Kepada adik-beradiknya dia meluahkan kerinduan dan kesepian yang dialaminya sejak peninggalan mama. Air mata ayah tak dapat ditahan-tahan lagi...menceritakan betapa sepinya dia tinggal sendirian di sana. Kiter hanya sekadar menjadi pemerhati kerna kiter tak mampu untuk berbuat apa-apa buat tika dan saat ini.
Kul 3.45 baru kami sampai kat bilik hotel. Berehat seketika... dan sebaik sahaja masuk asar... bebudak nii terus merengek nak ke kolam renang. Apa lagik... atuk lerr yang kena teman cucu-cucunya dahulu. Komdiannya baru ibu dan ayah turun selepas sesi conference my hubby tamat.

tak lama komdian... mika lak turun... tapi sikecik ni tak bole nak berendam lagik... ermm... setakat bergambar aje laaa...


Kepada ayah... kami doakan agar ayah dipanjangkan umur... dimurahkan rezeki.. dikurniakan dengan kesihatan yang baik... tabah... sabar... dan bahagia disamping kami semua... anak-menantu... cucu-cucu... saudara mara dan sahabat handai.
No comments:
Post a Comment