08 Jun 2011, bermakna dah 6 hari kami kat bumi Aussie nih dan itu gak bermakna... time tuk kami kembali ke Malaysia... Huhuhuuu.... cedihnyer!!!!! Cam tak puas lagik jenjalan kat sini.
Seawal jam 3 pagik kami dah bangun... alahaiii... senang ler pulak kejutkan bebudak nih. Siap mandi.... depa main2 dan jerit2 sikit... Alaaaa standard ler. DAh namanya budak! Tetiba dgr ketukan warning dari bilik sebelah... Ermmmm... salah budak ni gak. Dah berbuih molot nih suruh depa behave.... bila dah di ketuk... kiter siap buat muka cuak dan bimbang budak2 nih bakal ditangkap & kena stay kat bumi Aussie dan kami... balik tanpa mereka. Haaaa... tau pun nak behave! kih kih kih....
Since dah siap..... jom kiter possing ngan busana baru... bau kedai lagik! Hik hik hikkkk
sayu jer hati nih... hurmmmmm
0415H kitorang dah ready kat bawah.... selesai aje urusan check-out... kitorang dibekalkan ngan 6 box nih! Box apakah itu???? Jom Zooming.............
Breakfast box daaaa
Kandungan yang ada dalam breakfast box nih!
Sementara tunggu transport... zoom ler jap kat Ali's Kebab. Tempat kitorang singgah makan masa first day kami kat sini... Kalau ler kedai ni bukak lagik masa nih... nak aje kiter singgah beli lagik!
Tepat kul 0500H, bas dah sampai.
Tepat kul 0500H, bas dah sampai.
Sementara tunggu check-in add boarding time kat airport....
0840H maka kiter dengan rasminya telah meninggalkan bumi Aussie tuk kembali ke tanah air. Al-hamdulillah, dengan menaiki pesawat D7 2703-OOL-KUL, kami selamat tiba kat bumi Malaysia jam 3.10pm waktu MAlaysia.
Dari LLCT kami sewa van ngan kadar RM170 tuk ke Bangi.
Dan komdian....
Jam 05.00 kami Ke Gold Coast lagik.... hik hik hik... kali niii ke Gold Coast, Sepang aje! Makan ikan bakar... Menu pertama sebaik sahaja sampai kat Malaysia.... off corse nasi, ikan bakar, kerang dan macam-macam lagik. Hahahahaaa... lepaskan gian nampak!!!! Sori beb... gambo yellek.... Sibuk makan maaa.... LAPAR!
Ni lak, antara survenier yg sempat dirembat. Masa agih2kan benda alah niii... den dah lopa lak... sape yg lom dapat lagik... hihihiii... so, still ada cikit barang yg lum diagihkan lagik! Sapa yg lom dapat? Sila angkat kaki! Hik hikkk
Gituler percutian kami kali nih.... sebelum i end atau wrap up my stori.... jom baca sikit2 info yang relevan... Mana lah tau kot2 ada yg bakal nak ke sana nanti:
Air fare
Kalau naik penerbangan lain den x mo komen.. Tapi kalau naik Air-Asia... as uols tahu ler kan! Ikut nasib. Pernah satu ketika dulu Air Asia buat promosi RM0.00, cuma kena bayar RM700 aje tuk tax & surcaj bhn api. Tapi masa kitorang gi harganya dah agak mahal... coz cuti sekolah iaitu bih kureng RM1,842 tuk dewasa dan RM1,762 tuk kids
Penginapan/hotel
Kalau korang rajin... carik ler kat internet... banyak hotel/apartment kat sini. Cuma kalau dtg ngan famili... kiter advise stay kat apartment. Boleh ler berinteraksi ngan mudah dan masak-masak. So, jimat ler cikit belanja makan. Cuma... kalau kat hotel... breakfast dah ada...cuma halal ngan tak aje! Kalau nak masak sendiri... bawak ler bekal debu tanah tuk proses samak menyamak and jgn risau, kedai groceri ada. Banyak brg yang bih kurang sama kat Malaysia ada. Laundry service pun ada.... just masuk syiling aje! kalau kat Hotel... kena charged lagik mahal laaa... Hurmmm cost per room... ikut luck ler beb... So korang kerna survey... reasonable rege is about AUD130 per day. Dapat lagik murah lagik baeeekkk...
Tempat2 Menarik/Bayaran masuk???
Hurmmm... most off tempat yang jadik lokasi pilihan dah kiter ceritakan dalam entri yang lepas. Kadar bayaran masuk pun ada diselitkan sikit. Tapi... kalau korang well planned, korang mesti dah start survey kan???? So rerajin ler bukak website depa tuh... sebab masa kitorang pergi actually ada promosi kad VIP AUD99 tuk lawat 3 tempat tuuu... Dreamworld, seaworld & Country farm... Kalau dapat visit 3 tempat tuh kira ok laaa... Tak ponggg.... rerajinler visit web-site air Asia. Masa kitorg gi tuuu.... ada promosi niii...
Just bayar RM2599 (dewasa) RM1999(kid) dah cover everything... flight, hotel,tempat2 lawatan yang 'wajib' dilawati kat GC, dan pengangkutan kat sana. Just sediakan duit makan dan shopping aje. Ermmmm kira murah dan berbaloi tau!!!! Promosi niii depa lancarkan a month dari tarikh perjalanan. Murah tau!!!!
Destinasi yang kami terlepas/missed
1. wet n wild
- ni main air punya. memang ramai orang masa cuti.
- ni main air punya. memang ramai orang masa cuti.
2. sea world
- pertunjukan dolfin, ikan lumba-lumba, tengok jerung. hari-hari ada show.
- pertunjukan dolfin, ikan lumba-lumba, tengok jerung. hari-hari ada show.
3. currumblin wildlife sanctuary
- zoo la ni. jumpa kangaroo ke, kola bear yang busuk tu sini la.
- zoo la ni. jumpa kangaroo ke, kola bear yang busuk tu sini la.
4. skydive +61 (2) 6684 1323
- terjun dari ketinggian 14 ribu kaki. terbang bebas selama seminit sebelum payung terjun keluar. harga AUD299
- terjun dari ketinggian 14 ribu kaki. terbang bebas selama seminit sebelum payung terjun keluar. harga AUD299
5. terbang dengan belon udara panas +61 (7) 55782244
- dapat sijil lagi beb.
melepak kat carrara market +61 (7) 5579 9388- dapat sijil lagi beb.
- lebih kurang uptown. dibuka ahad je. lebih 500 gerai terbuka.
Infocuaca
Suhu di Gold Coast, secara puratanya:
- Musim Bunga (Sept-Nov:15-25oC)
- Musim Panas (Disember-Feb:20-28oC)
kalau gi masa nih, jgn lupa pakai sunblock sebab matahari dia lain macam skit ... 7 hari kat sana balik nanti kulit masing2 hitam giler sampai berbelang2 ... Dan kowang jgn harap dapat jumpa santa clause berbaju merah tebal masa krismas.... sebab En Santa dok pakai singlet and short sedang berkipas2.
- Musim Luruh(Mar-Mei:16-25oC)
- Musim Sejuk(Jun-Ogos:11-21oC)hahahaaa.... jgn harap ada sajli. Tapi sejuk gak lerrr
Perbezaan Waktu
Gold Coast adalah sebahagian dari Queensland tiada Daylight saving dan 2 jam awal dari waktu Malaysia & Singapura.
Pertukaran matawang asing
Masa kiter pergi nih kadar pertukaran adalah 3.23. KAlau tak sempat tukaq, jgn susah hati... Kemudahan tukaran wang ada disediakan di setiap lapangan terbang & pusat pelancongan spt Sufers Paradise. Mesin ATM juga disediakan. Kebanyakan hotel & restoran menerima kad kredit (Amex, Diners Club, MasterCArd & Visa).
Pengangkutan
1. Bas (www.translink.com.au). Kalau kowang nak sewa bas, the best thing ialah... confirmkan dolu tarikh dan masa korang sampai dan balik... Komdian confirmkan pulak destinasi lawatan anda... dah confirm... boleh e-mail kat mereka. So far, pengalaman kiter can Con-X-Ion memang marbeles.... So, x perlu risau! Harga pun reasonable.
2. Keretapi (www.qr.com.au)-no idea laa beb... Coz masa gi sini cam terlepas pandang lerr pulak.
3. Teksi (www.regenttaxis.com)
4. Sewa kereta(cam kat Langkawi)
Untuk family ramai & ank kecik2, boleh ler pandu sendiri. Lesen kita laku dan boleh digunakan di sini and jangan risau kalau nak drive kat sini, biasanya ada GPS navigator and map diorang provide sekali kereta yang disewa tu. kalo x reti baca peta, tanya la org2 kt sane, seme helpful.. Bezanya Cuma Pemandu Australia memandu disebelah kiri. Cuma.... kena bayar Coverage Insurance... kalau tak silap bih kurang AUD200 per day!
Ni additional tips utk sesapa yg nak sewa kereta:
- Ty dulu terms & condition yg depa kasi…ada yg mintak penuhkan minyak kete kat mane2 stesen minyak sebelum kereta dipulangkan.sbb kalau tak isi penuh die akan charge utk rege minyak kete plak dan charge die agak mahal. Ada gak yang xyah susah2 nk isi minyak. tu depends pd company yg korg sewa la..
- Jaga betul2 masa parking..silap sikit kena saman,even dah malam.. saman parking 140 aus dollar bagi satu kesalahan.. . jangan carik pasal kat negara orang wooooo. Kedutaan Malaysia jauh nunnn Perth sana.
- Lagik satu, disiplin orang berkereta kat sini adalah satu kerusi untuk satu orang. Baby kena bagi baby seat and no riba-riba wokey… So, kalau datang berenam. sewalah MPV.
Kitorang lak.... malas nak pikir- pasal book hotel dan transport, so beli aje pakej ground arrangement ngan malaysian harmony tour & travel sdn bhd.
Antara restoran Halal
SUFERS PARADISE
1. ADA’S Kebab
2. Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant
3. Indian Gate Indian Restaurant
4. The Curry Muncher Café
5. maharani
BROADBEACH
1. Mezzanine
2. Nando’s
3. Oberoi’s Taj
4. Tandoori Place
Jika anda masak sendiri, boleh dapatkan daging halal di Halal Butcher yg terletak di Musgrave Avenue, Chirn Park QLD yg diusahakan oleh pasangan Iran. Kalau kat Destinasi Lawatan... kiter dah mention dlm entri yg lepas...
Lain2
Kalau masa berjalan, korang diingatkan patuhi peraturan lalulintas.... memintas hanya di laluan khas, tunggu hingga lampu ijau!!! Ingat.... jgn buat kes!!! Dan kalau anda berada di zebra crossing.... depa akan serta merta berhenti memberi laluan kita memintas. Bukan mcm kat sini.... selamba BADAK jer depa pecut kereta!!!
Ada anak kecik??? Leceh bawak stroller naik plane? Hihihi... jgn risau! Di GC kebanyakan tempat ada kemudahan menyewa stroller. Seperti di Seaworld, Movieworld dan Dreamworld. Shopping kat Pacific Fair & Harbour Town pun boleh sewa stroller. You just need to go to the customer service centre bayar deposit then ambik stroller. Balik return the stroller & then refund back the deposit for you.
Giter ler serba sedikit yang dapat dikongsikan disini....
As a conclusion, GC adalah antara destinasi percutian luar negara yang menarik untuk dikunjungi. So, sesaper yang berkesempatan, boleh ler mengunjungi GC