Saturday, October 24, 2009

Tanda-tanda menjelang Sakaratul maut

Mengalami kehilangan orang yang tersayang secara mengejut amat menyakitkan kerana secara fizikal dan mentalnya.... kita belum bersedia dan payah yang amat untuk menerima kenyataan ini.

Tajuk entry kiter kali ini mungkin tidak menarik minat reader untuk membacanya. Tapi... kiter merayu... bacalah sekurang-kurangnya sekali untuk menambahkan pengetahuan kita agar kita bersiap sedia dan tidak terkilan sekiranya ianya berlaku.

Oleh itu bersama ini kiter nak share sedikit ilmu yang kiter cari untuk dijadikan panduan agar kita semua dapat bersiap sedia tatkala orang disekeliling kita atau kita sendiri berada di ambang sakaratul-maut.

TANDA-TANDA SAKARATUL-MAUT AKAN TIBA

100 hari menjelang kematian:

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya...... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.....

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar......

Bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

60 hari menjelang kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut

40 hari menjelang kematian:

Daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah malaikat akan mulai mengikuti kita sepanjang masa... Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan rungsing/bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........

7 hari menjelang kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

5 hari menjelang kematian:

Anak lidah bergerak-gerak

3 hari menjelang kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri (bahagian tengah dahi bergerak-gerak), jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti....

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...
Telinganya akan layu dimana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...

2 hari menjelang kematian:

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 hari menjelang kematian:

Akan berlaku antara waktu subuh dengan asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun (terasa bahagian ubun bergerak-gerak) dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

Tanda akhir kematian:

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

Sebagai tambahan........ info yang kiter dapat dari siri Al-Kulliyah (TV-3) baru-baru ini.... sewaktu nazak... kita disunatkan memberikan air (sekiranya orang yang nazak tidak boleh berkata apa2) dan bertukar menjadi wajib memberikan air sekiranya orang yang nazak itu memintanya.

Bila kiter amati tanda-tanda akhir menjelang kematian.... kita dapati ia berlaku pada arwah.... dimana kira-kira kurang dari sejam sebelum mama pergi... mama ada mengadu sakit kepala yang amat sangat dan meminta ubat. Ke bilik air dan kemudian mama tumbang dan dengusan nazak bermula. Tersedar seketika dan meminta air.... mengadu sesuatu pada kakinya yang kesejukan. Berbisik kalimah ALLAH dan terus mendiamkan diri.... dia terpaku.... merenung sesuatu... sehinggalah kedengaran dengusan nazak terakhir.

Tapi.... masa tuu... kiter tak tahu pun mama diambang sakaratul-maut. Yea lah... mama memang biasa mengalami sakit kepala... Dia juga tidak sakit terlantar macam orang lain. Mama juga sudah biasa dan selalu pitam akibat hipo diabetis. MAka dengan itu kami lebih banyak menjerit memanggil namanya daripada membisikkan kalimah syahadah.... Terasa jahilnya diri ini Ya-Allah............... Ampuni dosa kami ya Allah... ampunilah juga dosa-dosa bonda Ramlah Binti Tahir... tempatkanlah beliau dikalangan insan yang soleh dan solehah....... amin..... Sampaikanlah salam kerinduan kami kepadanya. Agar bonda damai di sana.

Monday, October 19, 2009

Kehilangan...

Cerita asam garam kehidupan kiter masih berkisarkan catatan duka.... kesedihan... kerinduan... dan kehilangan. Kehilangan insan yang kami sayangi....

Di sini ingin kucoretkan sedikit kenangan yang sempat dianyam....kisah antara AKU dan MAMA...

Sebelum diijab-Qabul lagi kami memikirkan dimana harus kami tinggal setelah bergelar suami isteri nanti. Hajat di hati nak stay umah sendiri… tapi… mungkin tidak kerana my hubby expected akan further studi kat oversea. For the mean time… kitorg buat keputusan stay ajer dulu ngan mertua.

Orang kata tak elok duk ngan mak mertua… pelbagai ceramah yang kiter terima dari orang itu… orang nii… menceritakan perkara yang sama…. Tapi… itu semua tidak menjadi penghalang bagi kiter untuk membuat keputusan stay ngan kuarga mertua. Kami cuba dulu…. Mencari mana kebenarannya bagi setiap kata orang.

1st year di umah mertua memang janggal dan kekok yang amat. Especially bila beraksi di dapur. Mama memang terror yang amat bab masak memasak nii… Kiter lak… nak katakan tak pandai langsung memasak nii idak ler pulak coz kat umah sendiri kiter dah biasa menyediakan juadah untuk santapan kuarga. Tapi… nak dijadikan stori… masa kita masak kat umah mertua ni laa nasik lembik laaa… goreng ikan tak masak laaa….. dugaan betul.

Untuk itu kiter tak banyak membantu mama untuk memasak. Just sekadar menyediakan bahan-bahan masakan. So, disebabkan kiter tak masak… kiter kontra lak ngan melakukan kerja-kerja rumah yang lain… Contohnya membasuh pinggan mangguk… mengemas umah… membasuh, menyidai dan melipat kain dan lain-lain yang mampu laaa….

Expenses rumah lak…. Byrn rumah, utilities dan sedikit exp groceries bole dikatakan sume my hubby bayarkan. Masa niii laaa kami nak bantu mengurangkan beban mereka…. Takkan nak duduk free kannn??? For those yang duduk ngan parents cam kitorang… fikir-fikirkan laaaa…. Bayar lerrr sesikit mengikut kemampuan memasing. Sok bila dah ada umah sendiri… agak payah kiter nak hulurkan bantuan. Kalau ada pun mungkin sikit… sekadar dapat menampung perbelanjaan groceries jer.

Berbalik tang citer kiter tadi.... ingatkan stay ngan mertua nii kejap aje... rupanya berlarutan biler my hubby mintak differ study coz keadaan ekonomi agak kurang stabil dan kerajaan tidak mengeluarkan sponsor tahun tersebut. Tapi... still dalam mood nak gi oversea. So, malas nak sewa/beli umah sendiri. Keadaan diri kiter lak makin worst biler kiter disahkan pregnant. Mabuk yang amat sangat... Masa tuu kiter dah tak mampu buat apa2. Untuk kiter mama masak makanan yang ala-ala rebus dan kukus aje.

Sampai tempoh dan waktunyer kiter pun bersalin..... pengalaman pertama melahirkan anak dan ditambah pula berat kimie 3.9kg menyebabkan kiter agak kritikal.... Sesudah bersalin... seluruh anggota badan kita sakit hatta nak menganggkat kaki seinci pun kita tak mampu... nak menggosok gigi dan menyuapkan makanan pun kiter tak mampu. Semua dilakukan melalui bantuan suami, mama, ayah dan adik-adik.

Seminggu lebih kiter berpantang dirumah mertua. Mama menjaga kiter, menjaga kimie dan sebagainya. Ayah pula menyediakan rebusan air mandian kiter. Hati mana tak tersentuh jika melihat kuarga mertua bersusah payah melayan menantunya seperti anaknyer sendiri.

Setelah keadaan kiter makin pulih baru mama benarkan kiter balik Pahang... Itu pun kalau boleh dia nak iring perjalanan pulang kami takut anything hapen berlaku ke atas kiter dan kimie. Berkali-kali berpesan pada my hubby supaya bawak kereta denagn perlahan dan berhati2.

Suasana yang kekok ngan kuarga mertua sudah mula terurai dengan kehadiran kimie. Kimie merupakan penghubung antara kiter dengan mama.... Kiter sudah mula selesa untuk tinggal bersama mertua.

Menurut my hubby, sepanjang ingatnanya... Mama tak pernah meninggikan suara pada anak-anaknya. Mama juga bukan mertua yang sering diperkatakan orang. Dia tidak suka berleter dan tidak suka mencari kesalahan orang. Sebut aje apa kami nak makan apa, sedaya upaya mama akan masak walaupun kami tak minta. Mama tahu... setiap orang dari kami ada makanan kegemaran masing-masing. Pasti dia akan memasaknya. Kiter memang betul-betul comfort tinggal sebumbung dengannya. Sehinggakan bersalinkan didie pun kiter berpantang sepenuhnya di rumah mertua.


Setelah beberapa kali my hubby mohon tangguh studi kat oversea... akhirnya dia membuat keputusan untuk further studi dalam Malaysia ajer. Dan kebetullannya mama berhasrat berpindah ke Terengganu, kami berhasrat untuk membeli rumah serdang dari Ayah.

Walaubagaimanapun.... kami berubah fikiran setelah memikirkan adik beradik. Kami membuat keputusan biarlah rumah diTerengganu diserahkan pada Lina dan rumah di serdang pula diserahkan pada b.ngah. Adik beradik tak ramai. Tak mahu disebabkan harta... kuarga berpecah belah. Dengan itu kami membeli rumah di area Bangi dan berpindah selepas habis berpantang bersalinkan didie.

Walaupun telah berpindah rumah.... kami tetap dapat merasa masakan mama. Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami singgah Serdang, makan bersama atau tapau bawak balik rumah. Hujung minggu pun kami datang..... datang untuk makan dan berbual2.


Sehinggalah mama dapat pindah ke Terengganu. Walaupun berjauhan di mata, kami tetap dekat. Boleh dikatakan selang sehari kami akan berhubung melalui telefon. Pantang ada cuti panjang... kami akan pulang ke sana. Dan mama pulak setiap bulan akan ke KL follow-up penyakitnya yang pelbagai.

Keadaan mama makin teruk apabila disahkan ada Hepetetis C. Mengambil rawatan ala kimotrapi menyebabkan kesihatan mama down yang amat. Sejak mendapatkan rawatan ini... kesihatan mama teruk terjejas... Tapi di depan kami mama tetap mengukir senyuman... melayan kami anak-beranak.... menyediakan juadah untuk kami walau pun sekejap duduk... sekejap terbaring disebelah periuk kuali... dan kesimpulannya beliau memang seorang yang amat tabah.

Banyak kenangan yang kiter coretkan bersama mama........ rindu nak kembali pada saat dan waktu itu. Pemergiannya amat kiter rasai....

Kehilangannya juga teruk dirasai oleh Kimie dan Didie kerna pada mama jugalah tempat kimie dan didie mengadu tatkala sakit demam atau ketika mereka dimarahi oleh kami... Pada mama jugalah bebudak niii demand nak itu dan ini kerna mama seboleh-bolehnya menunaikan impian dan permintaan cucu-cucunya. Bahkan 2 jam terakhir sebelum mama meninggalkan kami... mama sempat memeluk erat memujuk didie yang tengah merajuk dengan ayahnya.

Mama...... Mie tahu mama telah pergi tinggalkan kami.... Mie dapat ingat satu-persatu saat mama nazak hinggalah mama disemadikan di liang lahad. Tapi.... sehingga kini Mie belum dapat menerima hakikat ini. Mie harap ini hanyalah satu mimpi kerna Mie masih memerlukan mama di sisi.... Mie masih dapat rasakan mama masih hidup.... Dah 2 minggu ma.... dah 2 minggu hidup Mie diselubung kesedihan... Mie cuba senyum... ketawa dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.... tapi dalam hati.... Mie rasa sunyi dan kehilangan....

Disaat Mie down yang amat, Mie cuba bangkit.... menyelami hati dan perasaan ayah…. Kalau Mie yang ditemani suami dan anak-anak terasa terasing dan sunyi…. Bagaimana dengan ayah kan???? Pada siapa dia nak mengadu??? Depan kami ayah terpaksa berlakon menunjukkan ketabahannya. Tapi hakikatnya…. Mie tahu dia memendam kerinduannya. Meneruskan pelayaran kehidupannya bersulamkan kenagan bersama mama…. Tanpa sesiapa disisi.

Bila memikirkan tentang ayah.... sekali lagi hati ini dihimpit kesayuan. Apakan daya Mie, mama….. Nak ajak ayah tinggal dengan kami disini... sudah pasti ayah tak mahu... meninggalkan rumah yang dibina atas titik peluh ayah & mama... rumah yang menyimpan nostalgia akhir ayah dan mama.....

Kalau laaa UPM ada cawangan di Terengganu…. Nak aje kami mintak ditransferkan kat sana. Menamani ayah agar dapat menjalani hari-hari tuanya dengan anak cucu. Tapi apa kan daya.... ia tak mungkin menjadi kenyataan. Kami bukannya mementingkan diri sendiri tetapi kami telah terikat disini. Komitmen kerjaya kami disini. Nak mohon berpindah ke sana terlalu sukar. Benarlah kata oarang... Ibu bapa boleh berkorban menjaga anak-anak yang ramai.... Tapi... anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ayah nan sorang. Ya Allah.... berilah petunjuk dan jalan yang terbaik bagi kami... agar kami tidak tergolong dari mereka itu. Kami benar-benar buntu Ya Allah!!!


Akhir kata bagi catatan kiter kali ini.... Kalau kata orang siksanya hidup dengan mertua... pada kiter tidak... kiter amat bahagia bersama mereka. Kepada reader sekalian. Tak kira laaa mereka tuu sekadar mertua sekali pun, hormatilah mereka dan sayangilah meeka seperti ibu bapa sendiri. Layanilah mereka seperti kuarga sendiri. Janganlah membina tembok antara kita dan dia kerana mereka tidak pernah membina jurang dengan kita bahkan redha menjadikan kiter sebagai pasangan hidup anaknya.

Tapi ini tidak bermakna kita perlu melebihkan kuarga mertua... Kita juga punyai kuarga sendiri. Kita juga perlu menjaga hati dan perasaan kuarga sendiri. Oleh itu... berlakulah adil kepada kedua-dua keluarga. Jagalah hati-hati mereka kerana kita tak tahu berapa lama lagi mereka dapat hidup di muka bumi yang fana ini. Dan ingat.... setiap perbuatan yang kita lakukan samada baik atau sebaliknya pasti mendapat ganjaran dan pembalasan daripada-Nya.

Untukmu mama.... somoga dikau tenang bersemadi di sana...........

Wednesday, October 14, 2009

Kusangkakan didie faham...

SEmalam...

Didie: Ibu.... adik rindu laaa kat nenek. Kaki nenek dah baik belum.... kalau dah baik... bila nenek boleh keluar dari kubur????

Kiter terkedu mendengar kata-kata didie. SEbelum ini bila ditanya mana nenek... dia akan kata dalam kubur.... sungguh tak ku sangka rupa-rupanya didie tak tahu kubur adalah tempat persemadian yang abadi.

Ibu: Nenek dalam kubur buat selama-lamanya sayang.... Nenek tak boleh balik lagi... nenek tidur disitu lama-lama.... dia nak pergi syurga.

Jawab kiter supaya didie faham...

Didie: Dah lama sangat nii... adik nak cakap ngan nenek.... adik sayang nenek.... Ngapa nenek nak gi syurga.....

Rengek didie... berkali-kali. Hati kiter yang sayu itu hanya membiarkan didie berhenti sendiri rengekkannya... Berbisikku dalam hati... suatu hari dikau akan memahaminya....

Ya Allah!!! Tabahkanlah hati kami untuk menerima kenyataan ini......

Tuesday, October 13, 2009

Cukuplah sekadar mengubat kerinduan.............

Semalam..... kiter betul-betul menghadapi tekanan yang amat sangat.... kiter masih belum dapat menerima hakikat yang mama dah tiada lagi.... terasa cam terpaksa berjumpa ngan kaunselor untuk membantu kita terus mengorak langkah kehidupan ini......

Ya Allah.... sakitnya ujian yang aku lalui ini..... pedih yang amat sangat.... aku memohon ampun dan maaf darimu Ya Allah kerana walaupun di atas tikar sembahyang, aku sentiasa mempersoalkan mengapa kau mengambil mama terlalu awal... dan mengapa berat sungguh ujianmu ke atasku ini. Sesungguhnya aku insan yang lemah..... aku terlalu lemah untuk menerima hakikat ini. Ya Allah... aku memohon kepada-Mu.... Tabahkanlah hati kami semua ini.... kerna aku tahu pasti ada hikmah disebalik kejadian yang telah Engkau tetapkan ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.... Dengan itu aku bersyukur kerana semalam Kau telah pertemukan aku dengan mama walau hanya melalui mimpi.

Mama: Mie, hari tu sampai pukul berapa?(merujuk kpd perjalanan membawa jenazah ke Terengganu)

Kiter: Hampir 5.45pm..... Mama sihat?

Mama: Mie jgan risau... mama kat sini ok. Mama minta maaf kerana selalu ganggu masa tidur Mie.... minta Mie menemankan mama.

Kiter: Mama jangan kata macam tu.... Mie tak kisah... kalau Mie lupa mama ingatkan kami ya!

Mama tersenyum dan tak lama kemudiannya kiter terjaga dari tidur. Kiter terasa tenang kembali..... Walau pun sekadar mimpi..... cukup laaaa bagi mengubat kerinduan yang tak akan bertepi ini....

Buatmu mama.... al-Fatihah............

Monday, October 12, 2009

Catatan duka......

Perancangan awal.... Ahad kiter akan ke Pahang menghadiri majlis pertunangn Yanie. Walaubagaimanapun hati ini berat untuk ke sana, sebaliknya mahu menemankan ayah mama beraya di rumah saudara mara kat Melaka. Lebih kurang jam 8 pagi kitorang ke sana dan singgah beraya di 6 tempat. Mama kelihatan tak berasa sihat ketika itu dan mengajak pulang awal ke Bangi untuk memberi laluan kepada kami untuk menghadiri open house.

Sampai Bangi lebih kurang kul 2. Kami meninggalkan mama berehat dan bersiap untuk menghadiri open house. Rumah yang kesepuluh bagi kami merupakan jiran lama mama masa mereka tinggal di Serdang. Kami membuat keputusan untuk pulang aje ke rumah dengan niat sekiranya mama sihat kami akan hadir bersama ayah dan mama.

Sampai dirumah.... sudah lewat petang. Sebaik aje Maghrib kami turun ke bawah dan didapati mama sedang duduk kat kerusi. Dia kelihat segar berbanding siang tadi. Rancak dia bercerita. Kami pula lebih banyak mendengar cerita... mendengar luahkan hati mama mencerita apa yang terbuku dan terpendam dalam jiwanya dan mendengar harapan dan impiannya.

Untuk malam tersebut... kiter tak masak coz ingatkan nak ajak mama pergi beraya. Tapi mama kata dia tak berapa sihat nak keluar coz muntah-muntah ekoran ubat bagi rawatan Hepetitis C dan juga mengalami cirit-birit. Untuk itu mama minta ayah belikan aja dia something untuk dimakan. Sementara tunggu ayah pulang... mama masih rancak bercerita itu dan ini....

Sebaik aja ayah pulang kami makan bersama-sama.... sempat menyuapkan hanya 2 sudu nasi goreng... mama kata dia tak berselera dan terus ke tandas.... muntah dan still cirit birit. Akhirnya kami siap makan. Sedang kiter membasuh pinggan... mama keluar dari bilik air... berdiri lama memegang dinding.

"Tolong Nor!!!!" jerit mama kepada adik ipar kiter yang sedang mengemas meja makan dengan nada separa cemas, sedih dan sakit.

Kiter yang kebetulannya dibelakang mama dan paling hampir dengannya mencampak pinggan dan meluru ke arahnya yang telah pun terjatuh dan sempat menyelamatkan badan dan kepalanya dari terhantuk ke lantai. Beramai-ramai mengangkat mama ke atas toto yang berhampiran. Mendengar dengusan mama membuatkan kami begitu panic dan cemas.... Mama tidak sedarkan diri. My hubby terpaku tak tau nak buat apa-apa. Puas kiter menjerit pada suami agar menelefon ambulan.

Tak lama kemudian..... mama sedar..... dia mintak air hafiz/zam-zam. Meminta agar disapukan minyak panas pada kaki nya dan mengadu sakit yang amat di tengkuk. Mama juga merayu agar tidak membawanya ke Hospital... Puas dipujuk dan akhirnya dia setuju dan mendiamkan diri.

Kami mengurutnya perlahan-lahan. Kiter dan didie menggosok-gosok tangannya yang sejuk. Perlahan-lahan kiter mengucup tangannya. Berdoa agar dia bertahan sementara ambulan sampai. Tiba-tiba terasa mama meramas tangan ini... Kiter terus memanggil namanya... tetapi tiada sambutan... Melihat matanya separa tertutup tepat merenung sesuatu... Yang kedengaran hanya bunyi dengusan yang kasar. Tak lama kemudian bunyi itu berhenti.... kiter merapatkan telinga ke badannya... cuba mendengar degupan jantung.... tak dapat dengar kerna ayah.. lina... dan anak-anak sedang menjerit memamanggil-manggil mama.

Dan ketika itu ambulan dah sampai.... menyuluh mata mama.... tiada reaksi dan terus mengangkat mama masuk ke dalam ambulan ditemani ayah dan lina. Kami bersiap ke hospital dan membawa bersama selendang dan stokin... takut mama sejuk masa kat dalam wad nanti....

Tak sampai beberapa minit di wad kecemasan doktor memanggil kami dan menyatakan mama dah tiada reaksi. Tak tau nak gambarkan perasaan kiter masa tu.... kaku dan terpaku kiter tatkala itu.... mendengar raungan lina juga tidak boleh menyedarkan kiter ketika itu... Kiter langsung tak percaya.... meluru masuk ke sisi mama.... melihat mama yang terbujur kaku berselirat dengan wayar-wayar. Nurse perlahan-lahan mematikan mesin satu persatu... Kiter marahkan nurse mengapa dia matikan mesin tersebut. Nurse menegaskan bahawa mama dah tiada nadi lagi... Kiter tak percaya... berlari menuju ke arah ayah.... mengadu mereka menutup mesin tersebut. Ayah menegaskan bahawa mama dah tiada lagi..... Ya Allah....!!!!! AKU TAK PERCAYAAAAA!!!!!!!

Kiter berlari keluar... memeluk lina seerat-eratnya.... MAsih belum menerima kenyataan ini. Tiba-tiba mereka membawa keluar sekujur tubuh yang dibungkus kain putih..... kenapa mereka buat mama macam niiii.... Mama masih hidup... cuma dia koma sekejap.... mama ditempatkan dibilik "mayat sementara". Ayah dan my hubby buat report polis... kiter dan lina disisi mama.... "mama.... bangun mama! jangan uji kami begini" jerit hati kiter....

Van jenazah membawa kami ke bilik mayat... Ya Allahhhhh!!!! apa niiii???? Mama cuma tidur... jangan buat dia begini..... Sampai di bilik mayat, mereka tak jadi memasukkan mama ke dalam bilik tersebut sehinggalah kami membuat keputusan samada nak simpan mama di situ... nak bawa balik BAngi atau terus ke Terengganu.Kehadiran saudara mara... jiran tetangga dan sahabat andai di situ... sedikit pun tidak dapat memulihkan hati kita ini.

Kul 2 pagi Mama akhirnya dibawa balik ke rumah kiter. Rumah kami dipenuhi tetamu..... beramai-ramai membaca YAssin.... Kiter langsung tak nak berjauhan dengan mama... tinggalkan mama sekejap... pack pakaian dan turun balik duduk disisi mama... Kiter masih mengharapkan keajaiban agar mama tersedar dari pengsan dan menjalani kehidupan seperti biasa. baca apa yang patut dan berdoa agar mama sedar kembali.... kiter ingin disisinya sewaktu dia sedar nanti.

Sehening jam 5 pagi..... mama belum bangun lagik....
"Ramlah!!!!!" terdengar suara ayah sayu memangggil nama mama.... ayah duduk disisi mama.... melihat air mata ayah bercucuran menagis di depan kakak dan adik-adiknya... lantas kiter merenung sekujur tubuh yang masih kaku itu....dah lama sangat mama tidur niii.... dan akhirnya kita mulai sedar.... mama tak akan bangun lagi.... menggeletar seluruh anggota. JAntung ini bagai direntap.... pedih dan ngilu yang teramat sangat...... Ya Allah.... aku tak cukup kuat menerima hakikat ini. Terlalu berat ujian yang kau turunkan padaku kali ini.....

Kul 7.30am.... van jenazah UPM membawa Mama ke MAsjid Hasanah Seksyen 9 untuk dimandikan dan dikafankan. Pada ketika itu perkarangan masjid sudah penuh dengan saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai ayah dan mama serta sahabat handai kami anak-anaknya.

Sewaktu menyedaikan kain kafan mama... terbayang-bayang saat mama membentang lampin kimie dan didie dulu..... pilu hati ini mengenangkannya. Mama... terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang engkau telah lakukan.....

Sewaktu memendikan jenazah... kiter sengaja mengambil posisi bahu dan muka.... kiter nak tatap sepuas-puasnya wajah mama.... orang yang telah melahirkan dan membesarkan insan yang kiter sayang.... iaitu suamiku.... insan yang sangat-sangat kami sayangi..... Kurenung wajah mama... mata dan mulutmu tertutup rapat....tenang dan sedikit tersenyum...

Disaat memandikan mama... teringat sewaktu mama memandikan kimie dahulu.... dikau membelainya dengan kasih sayang..... dan biarlah kali ini kita membalasnya... perlahan-lahan tangan ini menyabun dan memandikan mama.... inilah belaian terakhir dari kiter untukmu mama.... Kita cuba selami mama ketika ini.... ya!!!! bila tiba tika dan saat ini, sekujur tubuh yang kaku ini tidak dapat lagi melakukan apa-apa..... hanya membiarkan orang lain melakukan untuk kita.....

Selesai mandi... beliau dikafankan.... Sesudah itu dibuka ruang pada semua untuk memberi penghormatan terakhir.... kukucup dahinya buat kali terakhir.... mama.... kami sayangkan mama.....

Lebih kurang pukul 10.00am dan selesai solat jenazah... berangkatlah kami ke tanah tumpah darahnya... Terengganu. SEtiap bulan mama sentiasa ulang-alik dari Terengganu ke KL... KL Terengganu.... dan inilah perjalanan pulangmu yang terakhir mama. Yang mengiringi jenazah adalah ayah dan lina manakala kami mengekori dari belakang. Sebaik tiba di Padang Nenas... hati kiter semakin sayu....... Masih jelas terbayang di mata... setiap kali kami pulang... arwah sedia menanti di muka pintu... tapi... kali ini.... ?????

Jenazah tiba di rumahnya sendiri lebih kurang kul 5.45... memberi ruang oarang Terengganu memberi penghormatannya yang terakhir... solat jenazah sekali lagi.... dan meneruskan langkah menuju ke destinasi yang berikutnya.... ke alam kubur. Akhirnya kami tiba di Masjid Wakaf mempelam dan kawasan perkuburan hanyalah bersebelahan.... Tika itu hujan turun mencurah-curah.... SEmentara menanti orang ramai bersolat maghrib Kiter menemani mama dalam van jenazah..... membaca Yassin yang terakhir sebelum mama dikebumikan... Tiba-tiba Kimie dan Didie masuk ke dalam van....

"Nenek,,,..." Rintih kimie
"Along sayang nenek..... along janji along tak nakal lagi..... along rindukan nenek" teresak-esak kimie mengulangi ayat tersebut.

Berulang kali kimie dan didie membaca Al-fatihah dan 3 Qul untuk neneknya. Sehinggalah jenzah diturunkan dari van.

Dalam hujan.... lebih kurang sama masanya dengan dia mengehembuskan nafasnya yang terakhir akhirnya mama selamat dikebumikan............ Maka.... dengan itu.... berpisahlah dan hilanglah jasad mama dari kami.........


Mama.....
Mie tak menganggap mama ibu mertua.... sebaliknya Mie juga sepertimu.... menganggap mama seperti ibu sendiri kerna kau tidak melayan diri ini seperti menantu sebaliknya melayan diri ini seperti anakmu sendiri. Oleh kerna itulah hati ini teramat...amat....amat... pedih untuk menerima hakikat sebuah kematian ini. Mama.... Mie nak mama tahu yang Mie, along, kimie dan didie teramat-amat sayangkan mama..... Terlalu sayang mama.... terlalu......

Mama.... sudah pasti sepanjang 7 tahun lebih ini Mie ada banyak menyinggung hati dan perasaan mama kan???? Mie memohon ampun dan maaf atas segala keresahan dan kesulitan yang mama tanggung.... Halalkan makan minum Mie sekeluarga.

Mama damailah mama di sana.... Semoga terhapus segala derita yang kau tanggung selama ini. Mama usah risau dan sedih meninggalkan kami disini. Kerna bila tiba saat dan waktunya....pasti kami akan menyusul jua.

Kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai,
Terima kasih yang tak terhingga diatas bantuan yang dihulurkan disaat-saat kami memerlukan. Kiter bagi pihak mama memohon agar sekiranya ada salah silap beliau dapatlah dimaafkan dan halalkan lah makanan minum beliau.

Kepada reader sekalian....
Sayangilah ibu bapa kita serta ibu bapa mertua kita selagi mereka ada, kerna kita tak tahu entah bila mereka di jemput ilahi... usahlah mengungkit atas segala yang kita curahkan pada mereka kerana dah terlalu banyak mereka bekorban untuk kita... Bukan harta benda dan material yang mereka mahukan... sebaliknya mereka mendambakan kasih sayang dari anak dan cucu.... kerna harta yang boleh dibawa mati hanyalah amal jariah dan zuriat yang soleh.....

Ya Allah....
Tabahkanlah hati kami untuk menerima hakikat ini. Ampunilah dosa-dosa Ramlah bt Tahir.... jauhkanlah beliau dari azab kubur dan api neraka. Tempatkanlah beliau dikalangan insan yang soleh dan solehah. Sinarilah kehidupan beliau di sana dengan cahaya keimanan. Amin ya Rabbal Alamin..... Al-Fatihah......

Friday, October 2, 2009

Didie & Ekzema

To new readers kiter perkenalkan.... niii anak kiter yg no-2.... didie...
Didie niii banyak bebonar penyakitnyer. Kejap tuuu kejap niii.... penyakit datang dan pergi... tapi satu penyakit yang datang dan tak pergi-pergi lagik ialah ekzema. Penyakit niii dia dapat selepas dia ambik steriod masa kena Nephoritic Syndrome dulu.
Pelbagai ubatan, cream, mandian dan syampoo khas telah digunakan. Tapi penyakit niii pergi seketika. Komdian datang balik.... Kekadang tuuu sampai hitam dan berdarah kulit dia especially kat pelipat tangan, kaki dan leher akibat menggaru.
1 week before raya... kegatalannya kat kepala menjadik-jadik. Benjolan cam bisul tumbuh lagi sekali penuh kat kepala. Didie menggaruk sampai berdarah, tercabut rambut dan kulit kepala. So, kitorng decide nak potong aje rambutnya but.... Kitorang tangguhkan dulu sehingga lepas raya.
A week aftar raya... kitorang terus ke salon menunaikan hajat. NAk dijadikkan stori... salon yang biasa kiter gi tutup ler pulak... so terjah aje salon yang mana bukak.

didie terdiam kesayuan.... dia sayang nak potong rambut..... takut dia tak bole jadik princess coz berambut pendek


menyaksikan rambut dipendekkan sedikit demi sedikit

IBU: Mana adik suka... rambut panjang atau pendek?
DIDIE: "hanya mendiamkan diri"

niii dia sebaik keluar dari salon... puas mintak dia senyum.... dia banyak berdiam.
Setelah beberapa jam berlalu, dia mula dapat merasa nilai kelegaan.... sekarang bila ditanya suka rambut panjang atau pendek... dengan pantas dia menjawab "PENDEK"
Lega gak kitorang biler dapat mengurangkan sedikit kesengsaraanya. Tapi... dia still berperang ngan ekzema nii....
For those yang nak tahu apa itu ekzema... disini kita copy paste sedikit maklumat penyakit ekzema yang kiter ambik dari http://www.myhealth.gov.my/

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?
Keturunan.
Alahan
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan


Apakah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
Elakkan mandi air panas/suam.
Elakkan memakai baju berlapis-lapis
Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
Elakkan dari fabrik yang kasar.
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails