Showing posts with label medical. Show all posts
Showing posts with label medical. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Gold Coast Day 4

06/06/2011

Jom kita sambung citer GC lagik yea!!!! Kali niii kami bangun seawal 5.15 am... 


sempat ler mengapture gambo sun rise dari kejauhan....





6.20am turun dan terus check-out... ehhh lomm... belum nak klik Mesia lagik... ni nak gi ke satu lagi destinasi kat Bumi ausie... iaitu Tangalooma... sebuah pulau kat moreton Island.




As usual... breakfast dulu! makan cereal aje! Tak berapa nak konfident makanan lain... Dalam dok tak konfden tuu harapnyer jangan ler dipertikaikan status halal pinggan mangkuk yang digunakan.. Ermm.... sosah hati den dibueknyo.... no choice!!!


7.30am bas sampai tepat seperti yang dijanjikan... perjalanan kami mengambil masa bih kurang 2jam ke jetti Holt Street Wharf. Ermmm... kalau dari Airport Brisbane... hanya mengmbil masa 10 minit ajer. Tapi kami kat GC... tu yang jauh sikit.


On de way ke Holt Street Wharf ... Perjalanannya, seperti biasa, x banyak kenderaan. Pemandangan pun  biasa-biasa aje. Mata lak semakin melayu...  Namun kiter cuba menahan mata agar tidak terlena! Takut terlepas babak-babak yang menarik. HUrrrmmm.... Terasa aman dan damai jer dengan lalu lintas yang bebas dari jammed.



uikksss... kat sini pun ada Tanah Merah... cuma kena ambik exit 200m kat depan! He he he!


Lalulintas yang mendamaikan itu telah bertukar apabila sampai wilayah Brisbane... Kenderaan semakin padat! Trafik yang lacar sekali sekala slow aje menyusuri jalanraya di pagi hari ini. Pemandangan disekeliling tak ubah cam Shah Alam... kawasan perindustrian ler katakan!


Setelah hampir 2 jam... maka sampai ler kami kat Jeti Holt Street Wharf .


opsss.... jgn lupa ambik beg dulu!



1000: Register at Tangalooma booth
kami dibekalkan a complete guide mengenai everything kat Tangalooma....




dibekalkan ngan tag tuk digantung pada beg serta boarding pass




beg-beg yang siap ditag perlu dimasukkan dalam 'kabin' yang disediakan.



Sedang menunggu waktu pelayaran




boleh tahan besau gak feri niih.. 3 tingkat dan ada cafe.



sebaik sahaja pelayaran bermula...



Setelah hampir 1 jam 15 minit punya pelayaran... dikejauhan kami dapat saksikan Pulau Moreton/Tanglooma



Dah sampaiiii.....




heli for those yang tak mo naik feri atau for those nak pusing pulau... cost pusing2 AUD 400 sekali pusing... Hurrmmm tak kose mok cik!!!




check-in time! Kookaburra Hotel




selesai check-in, kami dibawa ke bilik dan di breif ttg hotel & keselamatan




susun atur dalam bilik... boleh laaa...




Perghhhhh... perut ini tersangat lerrr laparnya! Sebaik sajer check-in , kami mula menapak ke Tursiops Restaurant. (Satu-satunya restoran kat sini yang di listkan ada provide makanan halal)



sampai aje... kitorang terpaksa tunggu hingga kul 2.30 sebab full! Waduhh... perot dah lebih dari keroncong dah ni... Lagu rock kapak gituh!!!


Memandangkan restoran ini tak dibuka pada sebelah malamnya... maka kami beramai-ramai makan hingga buntang! Hahahahaaaaa............ malam ni kitorang plan telan megi aje!




ni antara cadangan iteneri hari ini. Memandangkan kitorang stay tak lama kat pulau niii.... kitorang decide nak fully utlize masa yang ada. Takut nanti terkilan ler pulak!



kul 3.30 kitorang dah terjun kat kolam nih...




niii bergambar jer lebih... mandi lak main celup-celup aje! Ptg tuh suhu bih kurang 16 djh c. SEJUK tuk mandi! Kalau nak main Tennis, Squash, Archery, Croquet, Boule, Table Tennis, Basketball, Badminton, Soccer , Beach Volleyball ,Cricket ,Golf boleh pinjam peralatan kat main office... malas ler pulak nak manapak ke depan! So.... celup-celup aje laa dalam kolam nih...



Since sejuk... kul 4.30 kitorang ke pantai lak... . kununnya nak berjemur bawah mentari petang... Jemur apa... sejuk gak! Tapi bebudak niii pedulik hapa.... memang berdouble-double seronoknya coz dapat mandi laut!



corat-coret chinta... muah ha haaaaa...........




aksi poyo sang ibu dan anak... ayahanda yang tukang ambik gambo... layankan aje laaaaa





dalam sejuk-sejuk ginih... ada gak yang sudi hangatkan!!! Hihihiiiiii...




0445H... kami berkumpul tuk tgk Kookoburra feeding. Burung yang hampir pupus....




5.01H sun set yang amat dinanti-nantikan....Kucupan sang mentari di dada lautan....perghhhhh damai gituh!!!!




Argghhh.... cepatnya mentari meninggalkan kami... tak sempat nak ambik gambo kami berlatar belakangkan sun set




meniti senja




berebut towel tuk menutup kedinginan. Malas nak balik bilik coz 6pm nanti ada aktiviti Dolphin Feeding.

Kitorang adalah orang pertama yang berada di Jetty. Wahhh... Excited giler. Tak lama komdian oarang makin ramai dan  seekor demi seeokr Dolphin liar datang....

Kami diberi taklimat sebelum boleh bagi makan si ikan-dilarang pakai losyen/sunblok-takut dolphin mati dan diajar cara-cara suapkan ikan. Setelah diberi taklimat...  Sesaper yang dah daftar tuk bagi makan dolphin kena turun. Kami turun agak lewat. So, turn penghujung. Sebaik turun ke gigi air... fullamakkk... macam berendam dalam ais ler pulak... sejuk yang amat. Grrrrrr.... terketar-ketar lutut den...



Hahahaaa... Kimie takut Dolphin tu gigit dia...



 Nama dolphin ni Nary... Seekor Dolphin jantan! kata pompuan tuh... nary nampak gayanya agak suka ngan Sephia... Siap mintak Sephia Kiss... tapi Sephia takut... alih-alih si Dolphin tu just buat bunyi kiss.


Hurmmm... orang pertama yang datang...dan kami antara  orang terakhir yang dapat bagi makan ikan... huhuhuuu... cam no tuh!!!! Dalam kebasahan dan kesejukkan... berlari lari laaa kami menuju bilik... Mandi-mandi... rendam megi dan rendam pack sambal ikan bilis Brahim's tuk dicecah ngan roti. Makan & minum... and ready to sleep...

Ermmm.... sekejap jer masa berlalu.. dan esoknya dah nak kena pulang ke GC... 

Antara aktiviti yang kami terlepas ketika berada di sini.....
* Desert Safari Tour
* Sand  Tobagging- meluncur pasir cam meluncur ski heh heh heeehhhh....
*join aktiviti air cam kayak.. banana boat, snokling dll
*tracking aktiviti cam -Night Spotlight Eco walk, Marine Beach Eco walk, Bird spotting Eco walk & Flora and Fauna Bush Walk

Cam tak puas menikmati keindahan ciptaan-Nya di sini.... Tak pe laaa... nak buat camner... masanya amat terhad...

Maka... tamat dulu catatan kami di hari ke 4 dibumi Ausie ini.... Catatan di hari ke-5 akan menyusul komdian...

Friday, October 2, 2009

Didie & Ekzema

To new readers kiter perkenalkan.... niii anak kiter yg no-2.... didie...
Didie niii banyak bebonar penyakitnyer. Kejap tuuu kejap niii.... penyakit datang dan pergi... tapi satu penyakit yang datang dan tak pergi-pergi lagik ialah ekzema. Penyakit niii dia dapat selepas dia ambik steriod masa kena Nephoritic Syndrome dulu.
Pelbagai ubatan, cream, mandian dan syampoo khas telah digunakan. Tapi penyakit niii pergi seketika. Komdian datang balik.... Kekadang tuuu sampai hitam dan berdarah kulit dia especially kat pelipat tangan, kaki dan leher akibat menggaru.
1 week before raya... kegatalannya kat kepala menjadik-jadik. Benjolan cam bisul tumbuh lagi sekali penuh kat kepala. Didie menggaruk sampai berdarah, tercabut rambut dan kulit kepala. So, kitorng decide nak potong aje rambutnya but.... Kitorang tangguhkan dulu sehingga lepas raya.
A week aftar raya... kitorang terus ke salon menunaikan hajat. NAk dijadikkan stori... salon yang biasa kiter gi tutup ler pulak... so terjah aje salon yang mana bukak.

didie terdiam kesayuan.... dia sayang nak potong rambut..... takut dia tak bole jadik princess coz berambut pendek


menyaksikan rambut dipendekkan sedikit demi sedikit

IBU: Mana adik suka... rambut panjang atau pendek?
DIDIE: "hanya mendiamkan diri"

niii dia sebaik keluar dari salon... puas mintak dia senyum.... dia banyak berdiam.
Setelah beberapa jam berlalu, dia mula dapat merasa nilai kelegaan.... sekarang bila ditanya suka rambut panjang atau pendek... dengan pantas dia menjawab "PENDEK"
Lega gak kitorang biler dapat mengurangkan sedikit kesengsaraanya. Tapi... dia still berperang ngan ekzema nii....
For those yang nak tahu apa itu ekzema... disini kita copy paste sedikit maklumat penyakit ekzema yang kiter ambik dari http://www.myhealth.gov.my/

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?
Keturunan.
Alahan
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan


Apakah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
Elakkan mandi air panas/suam.
Elakkan memakai baju berlapis-lapis
Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
Elakkan dari fabrik yang kasar.
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Thursday, August 6, 2009

Serba sedikit tentang H1N1???

Catatan hingga hari ini (06 Ogos 2009) jumlah kematian kerana Influenza A (H1N1) di Malaysia telah memcecah 13 org. Kebanyakan mangsa tidak menyedari yang beliau telah diserang virus ini. Tiada tanda-tanda khusus yang boleh kita mengenalpasti penyakit ini dengan mudah.... Ekoran dari itu... ini telah menimbulkan kerisauan... kekalutan dan panik dalam masyarakat.

Boleh dikatakan semua klinik/hospital penuh ngan umat manusia yang ingin mendapatkan rawatan. Sejauhmana institusi perubatan ini mampu menampung bilangan pelanggan yang semakin meningkat dari hari ke sehari ini... ?? Tambahan pula, didalam kekalutan dan lautan manusia yang ingin mendapatkan rawatan dan kepastian ini.... sejauhmana dalam masa yang singkat.... institusi perubatan ini dapat mengenalpasti yang mana satu H1N1, ILI atau selsema biasa yang mungkin disebabkan jerubu dan lain lain? Sukarkan????

Inilah ujian yang Allah turunkan buat kita... Usah terlalu panik.... kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyatakan.... Setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada ubatnya.. Sehubungan dengan itu mari laa bersama-sama kita berdoa agar penawarnya segera ditemui.

Dalam masa kita menunggu penawarnya yang entah bila akan diperolehi.... marilah sama-sama kita kenali apa itu H1N1 agar tindakan awal iaitu tindakan pencegahan kita laksanakan bagi membantu membendung penularan wabak ini.

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betu
l* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demamKanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.10.

Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Adakah terdapat vaksin/ubat khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan dan terdapat dua jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat untuk merawat penyakit ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.walaubagaimanapun Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil ubat tersebut bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral/ubat yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.



Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya institusi/sekolah ditutup kerana H1N1?

untuk tempoh tertentu, hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah/institusi tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut. Jika kita mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, kita perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk,kita perlu mendapatkan rawatan doktor.

Adakah institusi/sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya institusi/sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Friday, February 27, 2009

Kimie Gastrik????

on Thursday bebaru niii... kami sekali lagi bertandang ke Spital Serdang.... kali ini folow-up check-up kimie lak....

For your info... dulu kimie kerap muntah-muntah.... selalunya lepas sarapan pagi... tak lama lepas tuuu mesti dia muntah. Last 2 month... kimie muntah teruk sampai dehidrated... So klinik mintak kitorang refer ke pakar. So that's why kitorang ke Spital serdang. And this is kimie's 2nd appointmen. Kali ni just nak tgk result darah dia.... hopefully dia tak da apa-apa laaa...

WAlaupun dah datang awal.... ada lagik yang datang lagik awai. kitorang dapat giliran ke-7, ok ler kot.... tak terlalu lewat. Dijangkakan dalam kul 10.30 settle ler everything kann???? Kalau didie punya kes.... dapat ler giliran yang 1st pun... sure kena skip sebab kena tunggu result urine dari lab.
Gini lerrr suasana awal pagik.... masih lagi lengang... walaubagaimana pun nurse dah sibuk ngan duty masing-masing... didie lak baru jer kekenyangan dan nak start main....
Kimie dan didie dah start gear main kat tepi corner klinik peaditrik

Hasil dari pemeriksaan doktor... didapati kimie tiada masaalah ngan hati, buah pinggang dan sebagainya.... Al-hamdulillah....
Tapi... Dia disahkan Gastritis.... Terkujat gak kiter mendengarnya... sebab nak kata kat umah tak cukup makan???? Berlebihan ler pulak..... Menurut Doktor kemungkinan perutnya aktif mengeluarkan asid yang menyebabkan perutnya terhakis.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Punca Penyakit Gastrik:

Hasil dari pembacaan kiter Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap.
Juga disebabkan suka makan nenas, makan makanan segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang dan makan makanan yang bercuka.
So doktor beri ubat pencegahan yang perlu diambil setiap hari dan bekalan ubat sekiranya berlaku serangan gastric lagik. Dia juga tak bole membiarkan perutnya kosong walaupun sekejap. Erm.... payah tuuuhhh.... camner time bulan pose nanti yerkkk?????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails