Friday, May 27, 2011
Kungfu Panda 2
Citer ni jadik pilihan sebagai token meraikan Kimie yang baru habis mid-term exam on 26th (Rabu) yang lepas. Tgh hari tersebut... rela kitorg ikat pewot tak lunch semata-mata QUE nak beli tiket movie ni kat Alamanda. Orang yg beratur... pergghhhh panjang toooo... Tapi En Asben sabar menunggu (kiter lak ki settle cr card kat Ambank). Dah beratur sikit punya lama and still dalam que... announcement dibuat menyatakan tiket tuk tgk si Po yang gebu itew dah SOLD OUT! Maka, keciwa laa En Asben....
Namun dia tidak berputus asa... habis jer interview session dia bih kurang jam 4 lbh... dia shoot ker Mines.... sekali Sold Out gak maaaa.... Next dia pecut ke Jusco Balakong... sekali ..... ada laaa sit yg available... Tapi row ke-3 dari depan. Depan pun depan lerrrr... janji dapat hiburkan hati anak2.
Rushing pick-up mem (hikhikhikkkk i ler tuh!)... pick-up anak... gi ngaji... gi Kumon... shoot terus ke Balakong. Solat... makan... and 9.00pm Time for POo......
Stori kali ini mengisahkan Shen (seekor merak) yang angkuh dan sombong ingin menakluki China... Maka tugas POo dan rakan2nya The Furious Five untuk melindungi Lembah Damai tersebut. Misinya itu menyebabkan dia kembali ke zaman silamnya, lalu membongkar satu persatu sejarah silamnya... kekejaman Shen yang memisahkan dia dari ibu bapanya yang sebenar, pertemuannya dengan sang angsa dalam bakul lobak yang kini menjadi ayah angkatnya sehinggalah kebangkitannya sebagai Dragon Worrior yang telah pun diramal sebagai pemusnah niat jahat Shen.
Di awal pertempurannya, POo mulanya tewas dengan kerakusan Shen. Namun dia kemudiannya bangkit setelah sedar akan asal usulnya sehingga berjaya menguasai kekutan dalaman yang menjadi kekuatan & seterusnya membawa kejayaan besar dalam menantang Shen.
Kesimpulan dari stori ni... best... lucu bannggatttt tengok si POo wira yang bodo-bodo alam dan polos ini beraksi. Comel jer masa kami dibawa mengambara ke alam baby si PoO niii... Dan terkadang tuu sebak gak menahan air mata coz Kung Fu Panda 2 ni ada sedikit menyentuh emosi penonton. Additional komen... tengkuk gua sakit maaa.... terpaksa mendongak lama gara2 sit over ke depan!
Anyway... untuk mu POo and rakan2... i give u 4.7 popocorn frm 5.... So, 4 those yg lum menonton... ape lagikkkk.... bawak ler anak anda gi nonton... Cuti sekola maaa.... Tapi ada ganas sikit laaa (citer Kung Fu ler katakan). Tapi... OK laaa... So... tgk... jgn tak tgk.... dahhhhh!!!!
Friday, May 20, 2011
Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
POTC niii memang antara filem sekuel yang sangat kiter nanti-nanti kan. Tak pernah miss tuuu nak tengok filem niii....
Kisah kali ini berkisar di mana Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) bertemu dengan wanita dari zaman lampaunya, Angelica (Penelope Cruz). Cinta lamanya yang dipendam bersemi kembali, dan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Angelica. Dengan rayuannya, Angelica berjaya meyakinkan Jack Sparrow untuk membantunya mencari “Fountain of Youth”, mata air legenda yang konon boleh membuat orang awet muda dan panjang umur. Jack yang masih ragu pun akhirnya bersedia menuruti permintaan Angelica.
Lagi satu... dalam siri ini... ingatan penonton ke atas black pearl juga masih dikekalkan walau pun sekadar dalam botol... hahahaaaa bukan anu aje dalam botol tau!!!! Si black pearl kesayangan Si Jack pun dok dalam botoii... Keh keh kehhhhh!!!!
Kesimpulan dari stori POTC niii.... ermmmm memang sangat sangat dan teramat besttt.... enjoyed jer sepanjang pelayaran kami ngan gelagat putar alam si JAck Sparrow tuhh... Tuk itu... 4.85 popcorn dari 5 popcorn tuk POTC.... besttttttt!!!!!
Nur Kasih The Movie
Saturday, December 11, 2010
Natrah
B 4 kiter proceed ngan Stori Natrah itu sendiri, kiter nak share sikit pengalam kiter mengenai teater ini.
Actually, sejak dari kecil kiter teringin sesangat nak tengok pementasan teater yang diwar-warkan penuh dengan kehalusan seni dan bakat ini. Tapi... keadaan kiter tika itu langsung tidak mengizinkan untuk kiter menunaikan impian tersebut. Impian itu hanyalah sekadar impian.
Keterujaan untuk menonton pementasan teater semakin memuncak sewaktu pementasan Siti Zubaidah (kalau tak silap dalam tahun 2000). Masa tuu kiter baru jer menamatkan pengajian dan berada di kampung halaman. Kepingin bangatttt mau nontonnya... tapi my mum x izinkan kiter ke KL. Tika itu mau ajer menjerit kehampaan... tapi x dapat jerit... nangis ajo loooo!!!!
Bila keadaan dah menizinkan... tak terlintas pulak kiter nak gi tengok teater meter nihh....
Tup-tup... on 2nd Dec baru-baru niii, geng layanzz kiter ajak tengor Natrah... Hurmmmm.... Idea yang cukup best.... tapi cam tak sampai hati lak tinggalkan En Asben coz pernah masa bercinta cintan dulu kami berjanji nak tgk teater bersama-sama. Kalau kiter gi dulu.... mana janji-janji yang dipahat suatu ketika dulu... tapi best gak dapat tgk ngan gengz layan yang sporting morting tuh.... alahaaaiiiiii serba salah dibuatnya.
Bila kiter suarakan tentang Natrah dengan geng layanzzz.... En Asben mulanya mendiamkan diri... Malam tuh baru beri keizinan pd kiter untuk gi ngan kwn2. Tapi.... Kiter tau kalau kiter gi dulu... mesti En Asben sedikit keciwa. Akhirnya, kiter mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat. Melihat kiter yang serba salah... En asben bertalu-talu menyuarakan keizinannya. TQ kerana memahami... Tapi, tak pe laaa... Kiter masih berpegang pada janji yang kita patri 10 tahun lepas.
Akhirnya,
Dalam diam.... En Asben book tiket untuk kami menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Istana Budaya.....
Waaahhhhhh..... tercapai gak niat kiter nak menonton di pentas bertaraf dunia iniii... hikhikhikkkk
Kami memilih pementasan pada Ahad 5th Dec jam 3.00pm.... Bertolak dari Bangi selepas zohor... jalan jammed teruk... bimbang sesanggattt tak dapat sampai tepat pada waktunya... Ngam-ngan kul 3.00 kami sampai... Sib baikkkk....
Maybe sebab masih ramai penonton yang lum tiba dek tersekat dalam kesesakan lalu lintas... pementasan ini dilewatkan 1/2 jam.... so, dapatlah kami menarik nafas dan memasang mood... Bila melihat pentas niii... terdetik lak dalam pikiran... Elehhhh ingatkan sebesau mana laaa pentasnya... besar lagi pentas kat UPM... hihihikkk... Sekali bila mula jer pementasan... hambik kauuuu... terpukau kiter ngan prop2 disebalik tadbir nihhh.... Itu laaa kan ker orang dah pesan... don't judge de book by it's cover.... huhuhuuuuu....
Khusuk nonton ler tuh kununnya... hikhikhikkk ini lum mula lagi laaa... masa tayangan mana buleh ambik gambar!
Niii barisan pelakon yang menjayakan pementasan kali niii.... Ermmm... babak yang paling besttt bila menonton aksi Abg Remy (mansor adabi) menari ala2 hindustan gituu.... so sweettttttt...... (my eyes is blink... blink..... hihihihiii)
Niii sebaik sahaja kuar panggung..... nak bergambar ngan para pelakon x dapat.... kat sini aja loooo
Kesimpulan dari persepsi kiter... hurmmm.... Since this is my 1st experience.... tak bole nak komen atau buat komparison. So far... it's quite heavy 2 me nak memahami teater ini... So far ok laaa.... heppi and puas hati. Since Natrah adalah sebuah kisah benar.... banyak sumber yang boleh dirujuk bagi membantu kiter untuk memahami jalan cerita NAtrah ini......

24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh (kerana telah ditawan tentera Jepun), Maria Huberdina Hertogh ketika berusia 5 tahun, diserahkan oleh ibunya Adeline untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad .
Che Aminah adalah seorang peniaga kain yang berasal dari Kemaman Terengganu telah memberi nama Natrah & mendidiknya dalam Kemelayuan serta Keislaman. 3 tahun kemudian, melalui Singapura, NAtrah dibawa pulang ke Kemaman kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang putih yang dianggap bangsa penjajah.
Bapa Natrah yang bebas dari tahanan Jepun sewaktu NAgasaki & Hiroshima di bom telah pulang ke JAwa untuk mencari Natrah tetapi gagal lalu pulang ke Belanda. Namun usaha mencari terus dijalankan melalui rakan/pegawai Inggeris dan Belanda.
Akhirnya Natrah ditemui oleh Penasihat British di Terengganu sewaktu acara sukan Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah akhirnya terpedaya dengan tipu helah mereka lalu membawa NAtrah ke Singapura hingga Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura seterusnya ke Girl Homecarft Centre York Hill, Singapura.
Che Aminah tidak berputus asa untuk mendapatkan hak jagaan lalu berurusan dengan peguam dan berjaya mengeluarkan NAtrah dari York hill setelah menang dalam rayuannya.
Untuk mengelakkan peristiwa berulang, Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Natrah dibawa oleh ibunya ke Belanda. Setibanya dia di Belanda, dia telah disambut oleh 4000 orang kristian dan dikawal ketat oleh polis Belanda. Jasadnya di Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, terutama pada Mansor Adabi... suaminya.
Surat pertama yang diutus Natrah kepada MAnsur Adabi menyatakan bahawa dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor tidak lagi mengutusinya. Ini menyebabkan Mansur Adabi berpatah arang lalu bertindak mengahwini orang lain. Namun berita perkahwinan MAnsur amat mengecewakan Natrah dan ingin kembali kepada MAnsur.
Namun, takdir tidak menyebelahi NAtrah, dia seterusnya berkahwin. Namun kebahagiaan tidak menyebelahinya dan pernah didakwa atas cubaan membunuh suaminya. Beliau dilaporkan sakit jiwa tetapi dinafikan oleh anak-anaknya.
Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada usia 72 tahun.
Ermmm... begitulah lebih kurang kisah Natrah ni...
Tujuan entry ini ditulis... bukan untuk mencetus sentimen perkauman atau keagamaan tetapi sekadar berkongsi satu kisah benar dari perspektif insan yang tertekan dengan sentimen yang diwujudkan oleh persekitaran.
Tuesday, October 5, 2010
Magika
Kiter nak stori mori tentang filem MAGIKA nihhhh:

Movie niii kitorang tgk kat Terminal 2, Seremban.... coz kebetulan hjg minggu tersebut kiter bertugas kat Seremban selama 3 hari.....
Ni haaa tiketnya! Beli 4 sit... yg digunakan hanya 3 sit... sbb Sephia kena duduk atas riba ayah dia... sit depan tinggi... Sephia lak pendek... so????
Masa on de way nak masuk panggung... kiter cam terkasima lak round-round kat situ.... mcm jln kat balai berlepas kat KLIA laa pulak rasanya
Since kitorang datang terlalu awal.... rest dulu kat sini... cam tgh tunggu flight ler pulak rasanya!Wokeh... nak tau jalan cerita filem nih?
Filem ini mengisahkan Malik & Ayu, 2 adik beradik yang mcm anjing ngan kucing sedang melalui hari-hari yang sedih kerana kematian ibunya. Malik yang sangat tertekan menyalahkan diri sendiri yang menjadi punca kematian ibunya.
Suatu senja,Malik sekali lagi bergaduh dengan kakaknya dan membawa diri ke dalam hutan dan tanpa disangka-sangka dia tersesat dan masuk ke alam ghaib... Ayu yang mendengar jeritan adiknya juga akhirnya terseret ke alam ghaib ini. Maka bermulalah episod Magika....
Malik ditangkap Nenek kebayan dan pengikutnya Awang kenit untuk menghasilkan ubat awet muda dari tangisan kanak-kanak. Ayu mencari adiknya hingga membawa dia berjumpa dengan PAk Pandir & Mak Andir, Mahsuri, Awg Lembing, Hang Tuah 5 bersaudara, Badang, Orang Minyak, Naga TAsik Chini dan watak-watak mitos Melayu yang lain.
Watak-watak tersebut dilakonkan oleh lebih 20 orang artis Gred A dan kemunculan mereka ada yang hanya 1 babak.... namun keraktor2 ini banyak membantu perjalanan cerita.
Filem niii ala-ala Alice in Wonderland tentu banyak fantasinya kan! Ceritanya biasa-biasa aje! Tetapi cerita yang biasa-biasa niii dah bertukar jadik luar biasa bila digarap ngan kreativiti Oleh Edry si Pengarah baru nih! May be ada yg kata citer ni x setanding cerita barat.... Hellooooooo..... yg korang nak megah sangatkan filem barat tu pesal???? Kalau tak si Edry buat filem niii... Indistri filem kiter still suram dan masih bertemakan hantu-hantuk spastik tau!!! Tau tak erti Syukur????? Haaa kan dah kena bebel...
Haaa sambung balik pasal MAGIKA nih....
Antara scene yang kita tak boleh lupa, Lakonan Sabri Yunus (Bendahara Raja) menyindir Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura) yang dah tua kerepot lagik gemuk ngan dialognya " Doh dulu Tueku sombong, Sultan Melako nok, Tueku tok sir, mitok hati nyamukla, hati pijat la, mace-mace......"
Lagi satu.... nyanyian M. Nasir (Naga Tasik Chini " Nak ke mana kamu bertiga.... jangan sampai bangunkan naga...". Hanya itu dialog dia yang dinyanyikan 3 kali ngan rentak yang berbeza.... tapi.... perghhhh.... kesannya... lagu tuuu jadik siulan my kids bila kuar dari panggung!
Kesimpulannya, tayangan filem muzikal selama 96 minit niii langsung tidak membosankan, lirik lagu yang ringkas dan menarik, warna-warni back-ground juga menarik sekali.
Akhir kata, bestttt.... best... besttt.... kowang yang blm tengok filem niiii... sila kannnn! Ok lah... cukup dulu stori i kali nih..
opsssss..... lum bagi popcorn (rating) lagik laaa.... Ermmm.... Untuk MAGIKA i bagik 4.8 popcorn dari 5 popcorn.... Why x full mark? Sebab ada cacat sikit kat adegan Puteri Bunian.... Edry nak hasilkan sebegitu ramai Puteri Bunian ngan wajah yang sama (Maya Karin). Tapi... jelas kelihatan ada muka2 pelakon tambahan yang langsung tak iras Maya Karin... Pe pe pun.... Still Besttttt!!!!!
My kids lak ambik 2 pengajaran dari filem niii:
1) adik beradik jgn bergaduh
2) Jgn main luar rumah waktu senja....
Selama mana depa ingat ngan pengajaran MAGIKA nii... Entah lahhhhhhhhh.....
Monday, July 5, 2010
ZOO
Ini zoo aaa.... adalah filem yang ditonton baru-baru nih... Rewards kpd kimie dan didie coz dapat collect 30 star! As usual... model kementot niii akan berposing dulu before menonton!
ZOO ini merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Saad yang dikenali sebagai Ad aje (Lakonan Mazlan) yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.
Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Ad secara tidak sengaja masuk ke sesi temuduga dan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Ad bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.
Ad telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shila. (Lakonan Lisa Surihani). Menurut Shila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja dan mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Ad yang mendengar cerita dari Shila mulanya juga tidak mempercayainya dan akhirnya melihat dan mendengar sendiri haiwan-haiwan di situ seperti gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegurnya.
Zoo tersebut mula menjadi kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman (rakan sekerja) yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Ad bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.
En Din (boss Ad) yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberhentikannya. Untuk membersihkan nama baiknya Ad telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
Ad telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Beberapa permerhatian dibuat ke atas "suspek-suspeknya" dan akhirnya dia berjaya menangkap penjenayah (penjenayah yg dia tak sangka-sangka) dan berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah.
So far, pada kiter citer nii hurmm... bole laa... jln citernya ringan dan bersahaja... So, far... for kids... depa enjoyed tgk movie niii. Bagi I kureeennnng sikit. Tapi enjoyed gak lerr... Kiter gelak, tak tapis U... Ermm.... dari 5 popcorn, kiter letakkan 2.9 popcorn! Ok tak?????
Pas hbs movie, just makan A&W. Masa niii kimie dah mula memuncungkan diri... Nak Beary Meal gak cam adik coz nak dpt kan ball warna blue... adik nak pink! Bila utamakan adiknya... dia dah muncung dan tak mau order dah!
Puas gak di pujuk... alih2 bagi dia duit... mintak dia berurusan sendiri ngan kakak kat kaunter tuh!
Thursday, May 27, 2010
Robin Hood

Lama entry yang berkisarkan movie tidak kiter coretkan di sini kan? Hurmmm banyak gak movie2 yg dah ditonton lately tapi tak dishare ngan kalian. Tapi kalian peduli apa kan??? Berkemungkinan besar korang sendiri dah saksikan filem2 tersebut kan kan kan????
Alaa… bukan ape kiter nak menyelit/mengomen psl movie2 tuuu. Saja jer untuk kepuasan peribadi. Lagi pun I nak ler war-warkan pandangan I tentang movie tersebut menerusi I punya perspektip… itu pun salah ker? Pendapat u all lain… I punya pendapat lak may be lain… lain orang lain caranya. Itu laaa dinamakan manusia kan!!!!
Apa kiter merepek niii daaaa…. Berbalik pada benda yg I nak stori kali niii… Movie niii I tonton bersama My Asben pada jam 12.30 tgh kat Cheras Selatan pada ulang tahun perkahwinan kitorang yg ke-8 (19/05/2010) dgn citernya…. Robin Hood. Sewaktu kiter melangkah masuk dalam pawagam… kiter dah agak… citer niii berkisarkan seorang perompak yang merompak bagi tujuan amal… seiring ngan slogan “matlamat menghalalkan cara”. So pasti ceritanya berkisarkan itu kan.
TApi tekaan kiter itu meleset. Cerita ini mengupas stori bagaimana Robin Longstride menjadi Robin Hood yang kita kenali kini. Samada cerita ini selari atau tidak de ngan mitos/lagenda Robin Hood yang sebenar, itu kiter tak pasti. Dlm movie ini mengisahkahkan dia yang berasal dari anak tukang batu dan watak Robin Hood bermula dari perjalanan balik beliau setelah berkhidmat dengan tentera Richard The Lionheart di Perang SAlib ke-3.
Errmm… ramai gak yang bagi komen bahawa watak Robin Hood yang dilakonkan oleh Russell Crawe nih kelihatan hampir sama dalam lakonannya dalam filem Gladiator (Maximus). Tapi… itu tak menjadik hal lerr pada kiter. Pada pandangan peribadi kiter, movie ini menarik sekali jalan ceritanya hingga 3 jam berlalu… langsung tidak kiter sedari.
Kesimpulannya, dari 5 popcorn…. Kiter bagi 4.7 popcorn untuk filem ini… Beshhh dan terhibur yang amat. Dahhhh!!!!!
Friday, December 25, 2009
Alvin & the Chipmunk 2
Actually kalau diberi pilihan nak tonton citer apa kali nii... kiter pilih AVATAR. Tapi... we must think twice coz kena pikir hati dan perasaan anak2. Tak nak jadi cam last month. Bebudak nii nak tengok Citer Senario tapi kitorang pilih MySpy... Alih2 bebudak nii boring. Memang citer tu lucu. Tapi itu bagi kiter yag dewasa laaaa. BAnyak word/sentence dia double meaning dan sebenarnya tak sesuai untuk pendengaran budak2. So kali niii kami decided tengok citer nih.

Kitorng pilih tayangan kul 9.20 malam... so, before movie time... kitorang pusing-pusing dulu.

Even tak merayakan Christmas nii... kami mengambil kesempatan menyibukkan diri bergambar kat Chrismas Tree nih.
Ni tempat show Alvin & Chimpmunk. Show dia kul 3 keesokkan harinya. So kitorang x join laaa
As usual... before show time... bergambar ngan poster!!!Ermmm... for those yang belum tgk movie nih, Citer niii mengisarkan 3 adik beradik Chipmunk Alvin, Simon & Theodore yang sudah terkenal sebagai band unik, hidup bergelumang dengan glamour dan kasih sayang dari ayah angkat mereka (manusia) dan kemudiannya mendapat saingan dalam karier mereka.
Juga seperti mereka, sebuah trio baru muncul, "The Chippetes" yang terdiri dari tiga chipmunk betina yang seksi. Mereka adalah Eleanor, Jeannete, dan Brittany.
So far citer ni biasa aje bagi kitorang. Tapi ia cukup mengembirakan hati Kimie & Didie. Mereka berdua begitu teruja ngan kelincahan dan kecomelan chipmunk-chipmunk nii. Sampaikan mereka mintak nak tengok lagik filem nii. Kiter lak... ermm... OK... enjoy dan tak henti gelak tengok citer niii dari awal hinggalah habis. Untuk itu.... kiter bagi 4.3 popcorn untuk Alvin & Chipmunk 2 nih.
Friday, July 31, 2009
Harry Potter and The Half Blood Prince

Tahun keenam Harry Potter di Hogwarts menceritakan ketibaan seorang guru baru di Hogwarts, Horace Slughorn, menambah perasa dalam kehidupan harry potter di Hogwarts dan membantu Harry dalam beberapa perkara.
Harry potter telah terjumpe satu buku Potion (magik) lama yang dipunyai oleh seorang yang penuh dengan misteri iaitu Half-Blood Prince. Buku tu telah mengajar potter bagaimana untuk memperbaiki sihirnya dan juga menambah kekuatan sihirnya.
Potter juga telah mendapat ajaran istimewa daripada Professor Dumbledore dimana dia telah mempelajari rahsia kegelapan Voldemorts dengan harapan dapat mencari jawapan untuk mengalahkan Voldemort yang mepunyai kehidupan yang abadi. Harry juga perlu mencari Horcruxes dimana rahsia Voldemort berada.
Harry juga jadi lebih stress dengan aktiviti mencurigakan Draco Malfoy yang selalu curi-curi keluar. Harry berpendapat Malfoy berhubung dengan Voldemort (memang btul pun). Harry jadi obsessed nak tahu ape yang Malfoy rancangkan dan telah menghentikan rancangan Malfoy itu. Malfoy pulak dilindungi oleh Professor Snape (tak tau dia niii sebenarnyer baik ke jahat kann???) yang telah bersumpah maut untuk melindunginyer.
Walaupun begitu, Harry dan rakan-rakan masih menjalani kehidupan harian, sibuk dengan kerja sekolah, bermain Quidditch (Harry jadi ketua pasukan) serta menceritakan kisah asmara Harry Potter dengan Ginny dan juga Ronald Weasley dan Hermione Granger.
Siri ini kurang magis yang dipaparkan sebaliknyer lebih banyak menceritakan perasaan anak remaja yang mula berjinak dengan cinta.Dannnn… ending citer ni berakhir dengan kematian seorang yang sangat penting kepada Harry. Iaitu Dumbledore.Ermmmm…. Tak tau nak simpulkan camner filem niii sobab yang kita sangka baik rupanyer idak… yang disangka jahat rupanyer sebaliknye dan bukan semua orang dapat meneruskan hidup. That’s all….
Saturday, June 20, 2009
Jangan Pandang Belakang Congkak
As usual.... sebelum masuk.... pose dulu ngan poster movie... Puas gak suruh bebudak niii pose kali nii... Depa takut ngan gambo hantu bertiga ekor tuh... Ini ajae ler gambar yang dapat dicapture. Jauh jerrr depa duduk.

Sinopsis citer nyer.....
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.
Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu.
Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang.
Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.
Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan.
Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.
Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka.
Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu.
Bagaimana kesudahan nasib depa bertiga... ???? korang tengok lerrr sendiri....
Kesimpulan yang dapat kiter buat kat filem niii... ermm... actually pengisian atau pengajaran dari filem niii TIADA coz jalan citer nyer ringan yang amat.... citer untuk suka-suka dan untuk gelak-gelak aje.... Dan rasanyer tak berapa sesuai gak bebudak kecik nengok citer nii... ada laaa beberapa bahasa yang perlu dituttt kan.
Anyway.... sesiapa nak realese tension... bole ler tengok citer nii... kelakar.....Kalau gelak tuuu memang sungguh-sunguh lerrr.... sampai keras perut... sakit rahang dibuatnyer.... Untuk itu 3 popcorn kiter berikan untuk Jangan Pandang Belakang Congkak.
Monday, February 16, 2009
GENG
Hari Ahad… kitorang dapat booking by phone untuk movie GANG.WAlau pun agak lega…. Kitorang kena gak rush dan kuar awai untuk mendapatkan tiket tuu…. Sampai jerk at kaunter…. Hanya ada 3 sit kosong. Itu pun depannnn sekali
Nak tak nak…. Kena ler beli tiket tuu… rupa-rupanya… tiket boleh dibeli seminggu sebelum tayangan. Kalau kitorang tauuu malam tadik lagi kitorang dah beli. Frust gak…. Tetiba terserempak kitorang ngan kawan asben kiter. Dia pun dapat sit depan sekali. Dia beli tiket tuuu malam semalam selepas gagal dapatkan tempat semalam…. Kitorang dapat beli tiket hari nih pun disebabkan kuota on-line booking. Kalau tak… sure tak dapat. Perghhh…. Syabas untuk GENG… Mana-mana SOLD OUT/FULL.
Upin (Kimie) dan Ipin (Didie)
“Upin” dan “Ipin” bersama K. Ros “kiter ler tuhhh”Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri tanpa disengajakan.
Bebudak Bandar tuuu bersama geng baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kampong yang garang, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.
Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya bernama oopet yang sedang mencarik ibunya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Suara-suara yang ganjil dan ngeri tuh sebenarnya datang dari Pak Mail, Singh dan Sally… Mereka menjalankan aktiviti pemburuan haram. Geng berjaya memusnahkan niat jahat mereka.
Kesimpulannyer… best citer nii… bestttt sesangat… rugi tak tengok… bestttt… untuk itu kiter bagik 4.9 pop corn….. Pada sesiapa yang lum gi tengokk…. Pergi laaa dan Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia. BESTTTT…
Sampai umah dalam kul 1.45pm….kimie tolong kiter masak spagetthi….
Wahhhh…. Rajin anak ibu…Friday, December 26, 2008
Brainscan
Citer niii mengisahkan Adruce terlibat secara tak langsung ngan mesin brainscan yang ditemuinya sewaktu dia terjatuh semasa pergaduhannya ngan eric & erin. Mesin niii telah dicurik oleh "Mr Awak" & kawannya.
Braincsan ini telah memakbulkan permintaan sehingga menyebabkan adruce dapat berbaik ngan erin & eric dan lebih mengecohkan lagik... permintaan emak dan ayahnya untuk bertukar jugak termakbul....
Penceritaan tentang Mesin niii tak derr ler futuristik/magic sangat... jalan citernyer just nak kembalikan keadaan balik seperti asal dan memulangkan mesin niii pada yang hak.... itu jerrr
Citer niii tak de laaaa best sesangat.... Pelakon-pelakonnya terutamanya pelakon pembantu (pak pacak) nampak sangat kaku... Jalan ceritanya ringan.... tapi OK laaa untuk bersantai... berseronok....
u all nak release tension.....? nak ketawa....???? i suggest u untuk nonton this film.... citer nii berjaya membuatkan kiter ketawa sampai keras perut... kiter pun rasa satu panggung pun hepi & enjoy coz depa pun ketawa cam kiter (lagik huduh ketawa dari kiter pun ada... yang mengilai pun ader...) aspecially waktu adegan lakonan mek & zul yahya...
As conclusion sure u all nak tau berapa popcorn kiter bagik kannn???? Untuk itu... kiter bagik "3.9 popcorn" daripada "5 popcorn"
Tuesday, December 23, 2008
Space Chimps

Citer di berkisahkan Ham (Cucu kepada 1st Chimp yang manusia hanto ke bulan) dihanto ke ruang angkasa bersama Lt. Luna dan Komander Titan untuk mencarik satu kapal NASA yang terkeluar dari sasaran ke satu planet lain. Chipanzi-chipanzi ini juga dibantu oleh bapak sedara Ham dan juga Comet (depa niii pun chipanzi gakkk) yang stay kat bumi.
Citer ini memaparkan kebijaksanaan chipanzi-chipanzi niii berbanding manusia. Depa boleh selamatkan planet aneh tuuu dari pemerintahan yang kejam dan bawak balik kapal “soyuz” yang tersasar dulu tuuu pulang ke bumi.
Ermmm….. chipanzi dalam citer niii kata 99.9% depa menyerupai manusia. Cuba kiter fikirkan…? Betoi kerrr? Oh tidakkk…… Dari segi fizikalnya banyak gak perbezaan. Dari segi akal????? Kiter jauh berbeza. Tak sama laaaaa. Opsss…. Itu yang sepatutnya laaa… tapi ada gak manusia yang tak menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah nii…. Itu yang banyak menular gegala negetif dikalangan masyarakat laaa niii especially pada generasi muda kita nii….. So, untuk itu… mat-mat rempit… penagih2, mat-minah punk, bohsia-bohjan dan lain-lain…. Sedar lerrrr kita kan manusia… gunakan AKAL yang membezakan kita dan Chipanzi. Hi! Hi! Hi! Cam bagik ceramah lakkkk….
Berbalik ngan movie niiii…. Pada kiter citer niii kurang menarik. Buktinya…. Kiter terdengar bunyi orang berdengkur sebelah kiter… biler Tanya kat orang tuuu….. “tido yer???” orang tuuu tak mengaku lakkk.
Untuk itu kiter bagik “2.5 popcorn” darik “5 popcorn” untuk Space Chimps niiii.
Sunday, December 14, 2008
Cicak Man 2- planet hitam
As usual kitorang book 3 sit coz dijangkakan as usual didie akan duduk ngan ayahnyer.
Thursday, November 27, 2008
Madagaskar
Madagascar2 niii bermain ngan emosi kiter.... Bergenang gak ayor mata biler sampai babak alex & famili dia. TApi... citer niii cam tak der kesudahannya lagik.... satu, pe citer ngan manusia-manusia kat utan tuuu.... 2nd.... depa niii berjaya tak balik kat zoo tu semula...?
Overall.... kiter bagi 4 "popcorn" dari 5 "popcorn". Opsss.... teringat lak popcorn kitorang yang tergolek dog bertaburan kat dalam cinema tuu.... sompek jamah sikit jooo.... dah tergolek dibuek didie.....














