Showing posts with label Little Caliphs. Show all posts
Showing posts with label Little Caliphs. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Grand Ikhtifal LC 2011

26 October 2011…
Heppi Deepavali to ols Indians…. But that is not tajuk entry kiter kali nih… Actually kiter nak stori pasal

The 4th GRAND IKHTIFAL of Little Caliphs Kindergartens 2011. Apa tuh??? Convocation day laaa


kita mulai dulu ngan gambo cik mek Sephia niii....






 Bertempat di Dewan Besar IPS Serdang, this Grand Ikhtifal mengumpulkan 4 buah cawangan LC iaitu LC BBB S3-12 graduan, LC BBB S7 (school Sephia)-37 graduan, LC BBB S9-15 graduan dan LC GMI-22 graduan.




Seawal jam 8.20am… kami dah terpacak kat dewan nii. Hurmmmm rupanya ramai yang dah datang awal dari kami… That’s why kami hanya dapat sit belakang wing kanan dewan. Hurmmm payah lerr sikit nak jadik camerawomen hari nihhh…



 Kalau ikut buku program yang dibekalkan kepada parents, majlis akn bermula jam 9.00am. Namun sedikit delay bagi menanti ketibaan Founder LC niii. So, dikesempatan itu kami bergambo dan mengisi masa ngan membaca buku/novel memasing.



Bih kurang jam  9.15am… baru ler acara bermula. After welcoming note oleh juruacara yang dah pegang jawatan tuu selama 3 tahun berturut2, majlis dimulakan dengan Doa Recitation

 Bacaan doa ini dikepalai oleh imam surau merangkap one of parent graduan hari ini.



 Majlis diteruskan dengan Quran Al-Kareem verses recitation and translation. Hanya seorang wakil dari setiap  school. Dan Sephia diberi kepercayaan bagi mewakili LC BBB S7.


Actually kami baru jer dapat tau yang dia nii akan jadi Qariah tuk majlis niii pada pertengahan minggu lepas. Pihak sekolah meminta kerjasama kami agar menjaga kesihatan Sephia. Rasanya she will be okay sebab baru last 2 week kami sekeluarga recover dari demam… Tapi kuasa tuhan siapa yang dapat menghalangnya… Nak dijadikkan cerita 25/10 a day before this event… suhu badan Sephia meningkat dan dia mula pasif dan demam… Masya-Allah… pada hal hari tersebut dia kena gi rehersal. Pagik tuuu beralaskan seteguk dua susu… kami berikan dia paracetomol untuk dia bertahan. 

Balik petang tuuu, dia masih belum recover... bimbang tanpanya akan mencacatkan perjalanan majlis, kiter berusaha juga untuk memulihkannya... bagi ubat again and basahkan seluruh badan hingga dia mula menggigil and tidurkan dia... Kami sisipkan doa agar Sephia cepat sembuh. Jam 3 pagi... kiter bangun dan check suhu dia.... al-hamdulillah dia dah recover.

So, pagi ini dia dengan semangatnya dia membaca surah Ar-Rahman ayat 1-12, dan ditranslate oleh rakan disebelahnya dan seterusnya bacaan diteruskan oleh rakan LC S9. Hurmmm actually i try to up-load rakaman bacaan anak2 nih. Tapi, blogger.com ni ada problem... next time lerr i muatkan kat sini.


Sebaik sahaja anak2 LC selesai recite al-quran, majlis diteruskan dengan Short Speech and officiation by the founder LC Pn Hjh Sabariah Faridah Jamaluddin



 Next, bagi memberkati lagi majlis.... para audiens didengarkan bacaan Hafazan of surahs. 5 orang tahfiz dari setiap sekolah dimulai dengan barisan pertama LC S9 yang membaca 3 Qul, Next, LC S3 dengan surah al-fajr, LC S7 surah Iqra' dan diakhiri ngan LC GMI. Untuk sesi hafazan, Sephia tak join pun!


Selesai bacaan surah, show time bermula. Hanya 1 show bagi setiap sekolah. Show di mulai dengan LC S7- Sekolah Sephia. Poem bertajuk "Call for young Khalifah"


Sephia memulakan acara dengan menyampaikan poemnya. Tapi agak sayang sound system/microfon yang digunakan menyebabkan penyampaiannya sedikit terganggu. Bila dengar dia baca poem... teringat kata2 dia minggu lepas... "Ibu.... suara teacher Ya best sangat masa baca poem! Rugi ibu tak dengar!" Hihihiii... ibu tak dapat dengar suara teacher Ya... ibu dengar suara Sephia pun bole laaa kan....? Actually kiter ada gak rakam show anak2 nih... Tapi x berkesempatan nak  muatkan kat sini. Next time le!




 antara lakonan dan nyanyian  anak2 LC S7


Acara diteruskan ngan Convocation Parade LC GMI. Sori, baik gambo maupun rakaman... kite tak capture. Ye laaa bagi laluan kepada parents yang berkenaan tuk ambik gambo anak masing2. Yang belum tiba turn tuuu harap cool dulu! Yea dak???? 


Majlis diteruskan dengan show ke-2 iaitu from LC S3 dengan lintas langsung dari bilik berita "Weather Broadcasting"

Sori beb... buat masa niii kiter muatkan dulu gambar pembaca berita... lain2 semua dalam bentuk rakaman yang lom bole di up-loadkan kat sini.


Selesai persembahan tersebut... majlis diteruskan lagi dengan Convocation parade LC S9. Pun x der gambo/movie yang dapat dishare ngan kowang semua... Bagi laluan kepada orang yang berkenaan!




Ni lak.... Pantomime from LC GMI dengan tajuknya "Lau Kana Bainana". Penyampaian pentomin ini jugak agak terganggu dengan sound system yang kurang memuaskan. Anyway, messagenya tetap sampai!


Akhirnya... masa yang dinanti2 telah pun tiba... Perarakan masuk graduan dari LC S7......



 Sephia menanti gilirannya ambik scroll...


 Dan, show terakhir dari LC S9, ngan Music & Movement yang bertajuk "Flowers are Red"


 Selepas Covocation PArade dari LC S3, majlis ditamatkan dengan Photography session...


 Team LC S7, Sephia... berdiri 3 dari kanan



  jom zoomingggg.........



Graduan hari ini....
 


Along tumpang gumbira




Bersama ayah yang pun baru lepas bergraduat. Buat pengetahuan u ols.... ayah dia ni start cuti belajar sebaik sahaja Sephia lahir... tahun niii Sephia bergraduat.... dia pun turut bergraduat. Sib baik convo  pertama sephia sewaktu dia 6 tahun... kalau 12 tahun???? 12 tahun gak ler ayah dia baru bergraduat.... kalau 21 tahun sephia baru convo... perrhhhgghhhhh... berjanggut ler hakimie si anak sulung dia! Keh keh keh!!!!!



 Bergambar ngan ibu pun satu acara wajib nak oiiii....



 Sebelom balik.... meraikan dengan kawan



 Atas permintaan graduan... kami meraikannya kat Piza Hut aje!



yang over makan???? ibu? La'..... kimie? pun idok... so, sape yg over???? ayah kepada graduan maaa... tgk tuuu sampai dalam pinggan anak pun dia nak licinkan! Muah haaa haaaa


Before i end my stori, i would like to wish... tahniah kepada warga kerja yang menjayakan grand ikhtifal nii especialy pada tenaga kerja LC. Juga kiter nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru LC S7 yang bersabar melayan karenah anak2 khasnya Sephia, mendidik nya hingga berjaya ke tahap ini. Ucapan dari Founder LC tadik menyebabkan kiter sedikit gerun "Hari ini , kami pulangkan anak2 ini kembali ke tangan anda untuk membentuk mereka seterusnya"... Hurmmm... berjayakan kiter membesarkan khalifah kecil ini mengikut landasannya???

Tetiba ingatan kiter kembali ke tahun 2009, ketika itu sephia baru sahaja berumur 4 tahun, tak tahu solat mau pun membaca.... Al-hamdulillah seawal 2 minggu dia dah mula boleh recite surah al-fatihah dan 3 Qul... dan seawal 1 bulan lebih dia dah boleh performed solat dengan bacaannya sekali.. Pernah gak kami hampir tergelak sewaktu dalam solat berjemaah bila sephia recite bacaan lebih kuat dari imam... ye laa orang tgh excited baru pandai baca! Dan  di usia itu, she can read... boleh join pertandingan membaca BM, bersaing ngan anak2 5 tahun dan berjaya mendapat tempat ke3.

2010, umurnya berganjak ke angka 5, dah banyak surah yang dah dihafaz, BI pun dah boleh baca.... masuk reading contest BM al-hamdulillah juara tapi  tidak BI. Walaupun gagal meraih sebarang tempat... kite tetap bersyukur kerana dia bersaing ngan abang/ kakak yang berumur 6 tahun.

Tahun ini.... tahun terakhir dia di Little caplihs! Al-hamdulillah banyak surah yang dia dah hafaz...  melepasi surah Ad-Duha... baca jawi pun boleh... reading contest pun berjaya meraih gelaran johan dalam dua-dua kategori. Art & craft juga tak putus2. Kedah pembelajarannya menyebabkan Sephia langsung tak liat nak ke sekolah. Kalau weekend school pun dia nak. Ambil awal dari sekolah pun marah! Maaf andai u ols rasa nak termuntah ngan stori kiter nii... Actually bukannya nak menunjuk jauh sekali meriakkan diri... Actually kiter nak share ngan kalian... ini semua 90% adalah hasil didikan guru2 Little Caliphs S7, BBB. Kalau harapkan kami as a parents... tak banyak yang boleh kami lakukan! That's why kiter nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada mereka especially prinsiple mereka Teacher Zaleha!

Memandangkan banyak hit yang masuk kat my blog ni hasil carian kata kunci LC dan English Islamic Kindergartens Bangi.... kiter nak ambil kesempatan pada reader sekalian..... tak rugi anda menanam saham (hantar anak2 ke sini) di LC ini... Ilmu yang diajar cover dunia akhirat. Sesuai dengan tema LC.... "Benefiting from both worlds".

Akhir tinta.... Tahniah diucapkan kepada warga kerja LC dan para graduan 2011...

TAHNIAH!!!

Wednesday, October 19, 2011

Sport Day LC, BBB

Bila membelek2 gambo2 lama... baru terperasan ada beberapa stori lum sempat dicoretkan disini. Dari terus kusam dok dalam folder... better ler disharekan kat sini... mana ler tau ada sesaper yang berminat ngan stori i nih tuk make a decision tentang someting...

Ceritanya berkisar tentang sport day School Sephia- Little Caliphs. Kali nih berentak 4 penjuru... LC S.7 BBB, S.3 BBB, GMI dan se lagik... hurmmm tak berapa nak recall ler pulak... Haiyaaaaa.... ni ler penangan kalau lambat di coretkan kat sini... Sah der i nih memang short term memori lost!!!!

Ok ler jom kiter sesama mengundur masa ke tarikh kejadian... 18 June 2011.

Seawal jam 7.30, sepatutnya kami dah berada di Padang Uniten, tapi kami agak terlewat sampai, ekoran gi singgah dulu  memenuhi tangki pewot! Sampai aje... jam ngam2 angka lapan! Apa lagik berkejar-kejaran ler kitorang... Anak-anak lain dah mula berada dalam barisan dan bersedia tuk perarakan.


 Sib baik Sephia masih sempat di touch-up oleh teacher dia....



 ngam-ngam siap... terus perarakan kontigen pun bermula


 Sephia as a worrior Princess bersama Worrior Prince dan Mascot mereka mengetuai perbarisan


Kontigen kaler purple tu Little Calpihs GMI, Yang biru tu Little Caliphs S3, BBB- Ocean Blue.



 Hijau LC S7 BBB - Gorges Green dan merah tu Hot Chilies... hihihiiii aku lupaaaaa datangnyer dari school mana!!!!!



 after du'a... bacaan ikrar





 performace dance was done! Actually I dok pulun nak meng up-load bebudak LC ni wat performace and cheer, tapi tiap kali up load... ia sangkut. Hurmmm.... i publish dulu ler mana yang ada..... menda alah yang fail di up-load tu akan kiter muatkan komdian and still akan diparkkan dalam entry nih



 perarakan keluar kontigen tuk memberi laluan sukaneka bermula



 Anak2 duduk dulu dalam khemah yang disediakan. Game bermula ngan peserta 4 thn, diikuti 5 tahun dan last... anak2 6 tahun



 Ni sephia ngan kasut penyunya... penyumbang kepada kekalahan pasukannya.


 Dalam dok kitorang teruja melihat aksi anak2 genit tersebut bersukaneka... baru kami sedar, Hakiemi sejak dari tadik tidak bersama kami.. Maka, melilau ler mata kiter mencarik di mana budak sowang tuh


 Loh... rupanya di sini dia... kat salah satu gerai yang berniaga sempena Karnival Sukaneka nih



Ghupernya dia berminat join kerja kat sini.... Hik hik hikkk TQ kepada Jo yang bagi peluang mamat nih berniaga. Actually dia ni memang minat berniaga. Tapi... kitorang  parent dia nih  memang tak der tokoh nak berniaga. Pernah gak dia mintak kiter buatkan something agar dia boleh berniaga ngan kawan2 sekolah dia, hurmm..... cam tak bole nak tunaikan hajat dia... hik hik hikkk...

Wokeh... kiter tinggal kimie dengan minatnya... kiter kembali ke stadium....


 Ni acara terakhir tuk anak2... lari berganti2. Acara nih membuatkan kami ketawa terbahak bahak. Mana taknyer, peserta 2 dari akhir LC S7 BBB telah memusingkan badannya ke belakang tuk menyambut baton telah terconfuse memecut ke belakang instead off ke garisan penamat. Muah haaa haaaa... kepada parents dari LC S7, tak yah ler beremosi sangat... alaaa... budak-budak... Asalkan mereka hepi ok laaa kan!!!!



 Ni lak... acara parents.... Ingatkan tak mo masuk... memandangkan penyertaan masih lagik kosong... masuk ler gak!!!! Game apa????



 Game lari ikat kaki sambil menari chicken dance menuju ke kolam bebola dan kembali ke garisan permulaan dan letakkan bola terkumpal dalam raga! Agak-agak u ols... menang tak????? 

menang???


tak caya????


Cittttttt..... kalah daaaaa


Selepas tamat acara parent.... acara penyampaian hadiah.... resultnya adalah.....


 Hasilnya... School Sephia menang sorak dan juara dari belakang dalam sukaneka!




 Sephia sebenarnya keciwa bangat bila Sekolahnya tidak diannouce senagai juara... Waduhhh nak oiiii... adat bertanding... adakalanya menang... ada kalanya kalah.....




TQ Teachers and team


Actually... bukan nya menang kalah yang diinginkan... tetapi semangat satu pasukan & semangat kesukanan yang perlu diterapkan dalam jiwa anak2. Semangat-semangat ini pula diselitkan dengan elemen kejujuran, usaha dan jangan berputus asa dalam kehidupan. 

Kepada team penganjur... walaupun sudah terlewat yang amat.... kami parents kepada Khalifah Kecil ingin mengucapkan syabas dah tahniah diucapkan kerana berjaya menganjurkan program seperti ini.

Akhir kata... majulah sukan untuk negara!!!!!

Thursday, August 5, 2010

Reading Contest peringkat sekolah LC Bandar Baru Bangi

Sori laaa kali ini citernya agak basi sikit... Ermmm... tak berkesempatan nak up-date blog... hihi hiii.. Citer niii dah berlaku last Saturday (30 Julai 2010) lagik. Sekali lagik didie menyertai pertandingan membaca anjuran sekolahnya. Untuk menyertai pertandingan tersebut... kami tak buat preparation pun... tak derr lak praktis membaca dibuat... just normal routine... on de way ke school didie akan baca English stori book dan malam, baca 1 page buku Bacakan Saya Satu Cerita yang dihadiahkan oleh mama diorg (my sister) untuk besday kimie yg ke-6 tahun dahulu.

Pagi tuh kami bangun seperti biasa dan memang sengaja kiter x prepare breakfast pagi tersebut... So, singgah jap carik makan...


zoom in our contestent today... hi hi hiii... cool aje tengok bebudak niii




tengah tunggu makanan kat Bangi Kopitiam... Hurmmm kalau order setakat telur separuh masak... baik bekpas kat umah kanda & kimie oiiiiiiii


next... vrooommm ke Perpustakan Bangi... tempat yang akan berlangsungnya pertandingan ini:



para peserta kena duduk luar... tak bole dengan kawan-kawan kat dalam baca yea!!!!!



niii antara ibu bapa dan para sapporter yang hadir



Haaa.... kalau rajin kowang bacalaaa atucara majlis tuhhhh... blur jerr gambarnya... alaaa camera biasa jerr yang mengapture gambar slide tuhhh!!!

Pertandingan bermula dengan peserta 4 tahun... ada 2 aje peserta yang berentap... Hi hi hiiii teringat gak last year... since didie the only peserta 4 tahun... dia berentap ngan abang/kakak 5 tahun dalam kategori/tahap yang sama... Al-hamdulillah dapatlah dia no 3. Tahun niii sepatutnya ada 3 candidate... that's why ada kategori 4 tahun... tapi yang datang just 2 orang... so, baca je... tempat pertama dan kedua dah dalam genggaman kan kan kann????? Dan Al-hamdulillah... anak-anak kecil itu memang dah boleh membaca... tahniah buat guru dan parents masing-masing...

Next.... Pertandingan membaca Bahasa Melayu kategori budak 5 tahun.


Didie confident jerr dia.... dan Al-hamdulillah di"short-list" kan masuk ke pusingan akhir untuk menentukan pemenangnya.



Niii antara ragam anak-anak yang masuk pertandingan membaca! Ada yang naik bagi salam dan nervous dan decide x nak baca...and akhirnya turun stage witout membaca. Hi hi hiii... Ada kala kiter tergelak tgk gelagat budak-budak niii... bukannya gelak sebab depa tak tau baca coz yang hadir hari tersebut dah disaring oleh teacher diorang dan memang diorang bole baca. Yang kiter gelak tuuu coz lucu melihat aksi comeiii bebudak niii. Sweet dan tomei yang amat mereka-meraka nii! Woiiii... kowang ingat senag kerr nak berdepan ngan audiences... Kiter yang tua bangka nii pun nervous, inikan pula anak-anak kecil niii... apatah lagi melihat audience yang besar dan tua-tua...


Haaa.... bagus teacher diorang niii... peserta yang tak mau baca dipanggil naik stage sekali lagi... kali nii depa duduk lak... so tak nampak lerr muka-muka parents kat depan tuu... haaa... kan I dah cakap tadi... bebudak nii memang bole baca.... Tahniah pada cikgu dan bebudak niii....



Opsss... jangan terkejut... niii aktiviti masa BREAK.... Announcement LUCKY ORRANGE & LUCKY APPLES! Ape tuhh???? Cabutan bertuah daaaaa...



Niii Lucky Orange yang kimie dapat setelah dia berusaha keras meraba bawah kerusi kosong kat belakang dewan niiii



Next... kami dihiburkan ngan 2 buah nyanyian nashid anak-anak kecil niii. Next... majlis diteruskan dengan Pertandingan Membaca Bahasa Inggeris lak... dan didie is de only one contestent dari 5 year old. Hurrmmm... ok laaa didie baca... not so bad... tapi untuk English dia tak dapat pun masuk ke peringkat akhir... Tak pe nak... at least ibu tau sejauh mana keupayaan awak...


Dalam pusingan akhir BM, didie membaca tak selancar first round... Tapi still not bad... Kiter ada capture movie dia baca. Tapi I tak tau lerr what happen ngan my blog... error jer biler nak up-load movie tuh... tgk lerrr kalau I rajin I try masukkan kat FB account.

Setelah tamat pusingan akhir.... dan tiba laaa masa yang ditunggu2... Majlis penyampaian hadiah:

Dimulai ngan anak-anak 4 tahun...



Al-hamdulillah... kategori 5 tahun... Didie menyandang gelaran Juara... Tahniah sayang...


Niii lak... anak pengetua sekolah nii... Zakira (kalau tak silap namanya) Dia juara kepada kedua-dua kategori (BM dan BI)... Actually, peserta dari kategori 6 tahun niii semuanya fasih membaca dengan lancar sekali... tapi... yang membezakan pemenang ngan yang lain... ialah gaya, intonasi dan sebutan yang jelas.... That's why masa ank nii baca kiter dah agak dia yang jadi juara... suara dan intonasinya yang gemersik dan sebutan nya yang jelas menambat hati penonton. Kalau berkempatan Kiter akan try gak up-load bacaanya kat my FB... yea laaa mana laa tau kowang x caya apa yang I tulis ... hik hik hikk


Pengetua bersama pemenang



Sang juara bersama ibu dan alongnya



As usual... bapak kepada juara tak sah kalau tak menginterpremmm sekali!



Haaa yang didie peluk tuuu bakal juara 5-6 tahun akan datang yea!!! Hik hik hikkk namanya Anas... adik kepada Juara Kategori 6 tahun tadik!

Majlis berakhir lebih kurang jam 12.30 tgh harii... Ingatkan nak kuar celebrate didie.... Tapi tiba-tiba, Al-hamdulillah... ada jemputan makan-makan lak tgh hari tuu... Jemputan dari opis-mate by hubby... Tanpa alasan yang manusabah, tak baik tau menolak jemputan orang... So, agenda celebration ditukar ke malam...

Ingat dapat laaa makan yang special-special....

alih-alih KFC jerr... permintaan keras dari Sang JUARA tau!!!! Tak pe laaa janji anak-anak I bahagia....



Tahniah buat anakandaku... Nur Irdina Sephia... moga terus cemerlang di masa hadapan... Tahniah buat pengurusan sekolah kerna berjaya mengendalikan Majlis Ilmu ini.... Juga tahniah kepada anak-anak kecil yang begitu berani membaca dan membuat persembahan di depan oarang ramai.... Tahniah kepada parents yang hadir... yang sanggup meluangkan masa untuk anak-anak.... Agains to all.... TAHNIAHHHHH!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails