10 Dec 2015
Hari ni, dah masuk hari ke-3 kami di Lombok... bermakna hari terakhir kami di Gili Trawangan...
Hari ni, dah masuk hari ke-3 kami di Lombok... bermakna hari terakhir kami di Gili Trawangan...
Alhamdulillah, pagi nii sempat tgk sunrise dr dalam bilik. Tapi... Nak capture gambar tak chantek... Nampak bumbung cafe. Nak turun ke beach... Malas betoi...
Plan semlm... Pas sunrise nak berkayuh kat swing sea... Alaaa... Buai air kat Villa Ombak. Tp tak sampai hati lak nak kejutkan si khaleef yang lena banggattt... Tak pe laa... Senja semlm dah capture. So, lina and ayh aje le yg pergi.
As bonda... Kerja kiter packkan our belonging masuk bag for depature to next destination.
Bekfast pg tuu like yerterday... We got only 2 option, either western breakie or Indonesian breakfast.
Bekfast pg tuu like yerterday... We got only 2 option, either western breakie or Indonesian breakfast.
Sementara tunggu makanan sampai... ralit mata kiter tengok cara masyarakat tempat jual hidangan breakfast pagi tuu... Depa bawak raga nasi (bukan nasi lemak tau) dengan basikal. Nasi tuu dah siap dibungkus dari rumah, tapi nasi kosong laaa... lauk pauk dan sambal akan diisi based on permintaan.
Sementara tunggu makanan sampai jugak, kitorang tgk gambo ayh dan lina kat buaian air tuu.
Bila tgk gambar lina dan ayah... Tetiba rasa jelezz bebb... Rasa cam rugi lak kalau x dop dicapture moment kitorang kat buai air tuu... Sebb, itu cam trademark sape yg pernah ke gili trawangan nii.
Since masih ada masa, kitorang berempat (khaleef, sephia, en hubby and me) kayuh speda dgn lajunya... Sbb nak pick kimie lak utk next round.
Sampai aje... Berebut ngan mat minah salleh ... Hangin kitorang. Lama lak tu depa ambik masa. About 7-10minute after that... Baru turn kitorang. Posing cepat2... Sebab... Kesian sgt kat kimie.
Berani gak mamat nii berdiri atas buai nii...
Just two of them... huhuhuhuu...
Awas nak... jangan jatuh dalam air udah...
My anak dara pun nak gak pose alone...
Our turn pulak...
Suweetttt moment gitiew...
Kami bergambar dengan pantas zup zassss gitiew...
Sekali jam dah menunjukkan jam 9 pg... En hubby kayuh laju2 dgn memboceng khaleef. Kiter pun kayuh laju2 tp x dapek nak kejar en asben.
Sekali jam dah menunjukkan jam 9 pg... En hubby kayuh laju2 dgn memboceng khaleef. Kiter pun kayuh laju2 tp x dapek nak kejar en asben.
Sampai kat natya hotel dah kul 9.20... Tercungap2 kitorang... Tp...
Kesian kimie... Bergenang air mata dia sebab dia tahu.. Dia dah x de peluang nak ke situ.
Kesian kimie... Bergenang air mata dia sebab dia tahu.. Dia dah x de peluang nak ke situ.
Dlm kesedihan tuu... Dia dan ayah dia tolong bwk turun bagasi dan pulangkan basikal yg disewa... Tgk dia sedih kiter pun turut sedih.
Lg sedih bila tiba masanya utk kitorang ucapkan sayonara pd Gili Trawangan. Sekali lagi... kami tak yah ke Jeti sebab spped boat ni pick up kami depan hotel.
Naik speed boat yg sama seperti yg kitorang sampai dulu...
Ucapan Sayonara to Gili Trawangan...
Sedikit demi sedikit kami melepasi gili trawangan... Gili menu... Dan gili air...
Dan tak lama komdian tiba di tanah besar pulau lombok.
Dari kejauhan dah nampak pak supir kami...
Van dah sedia menanti utk kami terus dengan acara hari ini... Sasak tour.
Destinasi pertama kami hari ini ialah Perkampungan Banyumulek...
Perjalanan dari jetti ke perkampungan Banyumulek mengambil masa lebih kurang 1.30 jam.
Di sini kami menyaksikan hasil utama penduduk di sini... Membuat kraftangan dari tanah liat... Yup... perusahaan tanah liat ni memang boleh didapati di malaysia.
Perjalanan dari jetti ke perkampungan Banyumulek mengambil masa lebih kurang 1.30 jam.
Di sini kami menyaksikan hasil utama penduduk di sini... Membuat kraftangan dari tanah liat... Yup... perusahaan tanah liat ni memang boleh didapati di malaysia.
Tp yg unik ni dia punya kendi maling niii...
Cara nak masuk air dlm kendi nii... Kena masuk ikut montot labu. Bila ditegakkan... Nak tuang air keluar, mcm kendi yg biasa. Selain kendi... ada gak hasil tanah liat yang lain cam si kura-kura dan pasu.
Next kitorang gi perkampungan Sukarara.
Kat sini ley belajar menenun kain. Anak2 dara kat sini dikatakan hy blh kawen jika dah pas menenun kain.
Next masuk kedai dia... Pergghhhh... Mahal giler kain2 yg ada dlm ni. Kitorang x beli pun sebab for me... Hasil tenunan Terengganu lebih halus dengan motif yg lebih memenuhi citarasa kiter.
Kat sini terkenal dengan perusahaan kain tenun.
Kat sini ley belajar menenun kain. Anak2 dara kat sini dikatakan hy blh kawen jika dah pas menenun kain.
Lina mengambil peluang menenun kain
Sephia... Sekadar bergambo aje laaa
Next masuk kedai dia... Pergghhhh... Mahal giler kain2 yg ada dlm ni. Kitorang x beli pun sebab for me... Hasil tenunan Terengganu lebih halus dengan motif yg lebih memenuhi citarasa kiter.
Next, our 3rd destination for today, kami ke perkampungan Sade...
Dusun Sade atau Sade Village ini adalah merupakan salah satu Desa Tradisional Sasak (suku asli Pulau Lombok) atau sebuah perkampungan suku Sasak asli yang masih mencuba mempertahankan dan menjaga keaslian cara hidup dan budaya Sasak lama sampai sekarang.
Sebaik sahaja kami park kenderaan di situ... kena bayar pass masuk. Tapi enggak tau berapa sebab kami punya pas masuk dah termasuk dalam pakej.
Bergambar dulu kat area parking (seberang jalan). Dan komdian our tourist guide kami serahkan tanggungjawab untuk guide kami pada penduduk tempatan.
Nah... jom mulakan sesi tour....
Sebaik sahaja masuk dalam perkampungan mereka... sesaper yang nak sign otograf nii kena donate seberapa yang mampu dan ikhlas. Tak paksa...
Ni tourist guide tempatan kami... Namanya tak ingat beb!
Duduk dulu kat area ni.. cam dewan orang ramai untuk masyarakat kat sini. Sebab disini lah mereka berkumpul untuk sebarang upacara dan menunaikan semua solat secara berjemaah. Oh yea... Penduduk kampung ini majoriti adalah muslim.
Taklimat diberi. Taklimat apa? Hahahaha... tentang adat budaya masyarakat di sini.
Mostly depa ni kawen sedara sepupu sepapat di kalangan orang kampung ni gak... Cara depa kawen tu yang unik.
Jika si teruna dan si dara berkenan antara satu sama lain... adalah sangat menjatuhkan maruah keluarga jika si teruna datang ke rumah si dara dan minta secara baik dari ibu bapa si dara... Huhh... malu giler beb!
So, dah jadik adat mereka untuk kawen lari.... dan setelah lebih kurang 3 hari... baru ler mereka pulang ke kampung dan si teruna akan mengisytiharkan bahawa si dara itu telah menjadi isterinya yang sah. Ibu bapa masing-masing enggak boleh membantah pilihan anak memasing dan perlu menerima menantu mereka itu seadanya.
Seterusnya... penduduk kampung yang ada dalam 50 buah rumah tuu akan buat persiapan kenduri kendara... meraikan mempelai larik tadik. So, seseorang lelaki itu dikatakan jaguh jika berjaya bawak lari anak dara orang dan kawen!
Hahahaa.. so dah tau ler kan Lombok dan kawen lari adalah sinonim beb!
Next... kiter tengok lak arkitektur rumah mereka. Ini ler cara hidup seharian mereka di sini.
Live... dan bukan muzium. So, kalau nampak mereka menenun... tergolek tido... berchit chat... masak semua tu real. Itu laa yang mereka buat sehari-hari di sini.
Bangunan tradisional Sasak di sini terdiri dari dua jenis yang disebut dengan Bale Tani dan Lumbung.
Manakala, Bale Tani adalah bangunan yang dipergunakan sebagai tempat tinggal, dan juga dibuat dari kayu dengan dinding-dinding yang terbuat dari anyaman buluh dan beratapkan daun rumbia atau daun lalang-lalang kering yang tahan dalam 9 ke 10 tahun.
Ni depan umah memasing... mostly, ada ler depa jual pelbagai souvernier (ikut rumah)
Masuk aje umah nii... lihat bawah... Lantai dari Bale Tani ini adalah campuran tanah, getah pohon dan abu jerami yang kemudian dicampur dengan najis kerbau. Katanya tak bau langsung dan nyamuk memang takkan masuk rumah.
Tapi... time kitorang masuk umah yang ini... mereka tengah buat "renovation". Najis kerbau nyer freshhh gitiew... So, bau nya pun harummm gitiew. Since lantainya dari najis... patut ler depa semua berjemaah di bangsal.
Depa buat renovation sebab ada sikit rosak masa Fauziah Latip buat pengambaran yang berakir semalam (a day before kitorang visit kampung ni).
Rumah kecil ini atau Bale Tani ini terbahagi kepada dua bagian iaitu Bale Dalam dan Bale Luar.
Ini ruangan Bale Luar khusus untuk semua anggota keluarga, dan juga berfungsi sebagai ruang tamu.
Antara Bale Dalam dan Bale Luar ini dipisahkan dengan pintu bendul dan anak tangga.
Panjat anak tangga nii... sampai ler kita kat Ruangan Bale Dalam yang biasanya diperuntukkan untuk anggota keluarga wanita, yang sekaligus merangkap sebagai dapur.
Di dalam ruangan Bale Dalam ini terdapat dua buah tungku yang terletak betul-betul atas lantai terbuat dari tanah liat yang digunakan untuk memasak. Masyarakat di perkampungan Dusun Sade Lombok ini biasanya memasak dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakarnya.
Bale Dalam ini tidak memiliki jendela atau tingkap... memang gelap beb. Ia hanya memiliki satu buah pintu sebagai jalan untuk keluar-masuk yang hanya terletak di bagian depan Bale.
Dan ada satu bilik yang biasanya digunakan sebagai bilik perubatan atau bilik bersalin or bilik solat bagi kaum ibu.
Bilik byer pun kecikkkk aje
Bergambar di Bale Luar
Ni kitorang di tepi salah sebuah rumah... ready untuk turun selepas habis tour. Nak kembali ke bangsal pekena kopi lombok boleh... nak shoping souvenir pun boleh (harga di sini blh tahan gak murahnya)... Kami decide tuk makan siang dulu... udah hampir jam 3 gitiew... perutnya minta diisi.
Makan siang kami kat Segara Anak Restaurant... area Pantai Kuta Lombok...
Udah makan... kami menapak sikit kat pantai kuta... Hahahaa... bukan aje Bali ada Pantai Kuta... Lombok pun ada!!!
Kata blogger yang pernah kita singgah... kawasan kat kuta ni chantekkk... pasirnya nan puteh dan laut membiru... hurmm... may be pengaruh langit kot... Sebab time kitorang pergi macam tak berapa nak syiookkk jer!
Batu batannya gelap aje. Tapi ia tak menghalang atuk dan cucunya bergambar!
Kenangan abadi kami sekeluarga!
Langit pun gelap jugak... huhuhuhu...
Disebalik kesuraman petang itu...
Ni butiran pasir di pantai kuta ini.... Pasirnya kasar-kasar cam malica.
Selain dari melihat keindahan pantai kuta (yang kami tak berkesempatan nak alaminya sendiri dek halangan cuaca)... Kiter difahampkan setahun sekali... di tepian pantai ini akan menyambut satu perayaan yang dinamakan Bau Nyale sempena dengan kisah Putri Mandalika.
Putri Mandalika, seorang putri cantik jelita dan sangat mempesona. Kecantikannya tersebar hingga ke seluruh Lombok sehingga Pangeran-Pangeran dari berbagai Kerajaan seperti Kerajaan Johor, Kerajaan Lipur, Kerajaan Pane, Kerajaan Kuripan, Kerajaan Daha, dan kerajaan Beru berniat untuk mempersuntingnya.
Mengetahui hal tersebut membuatkan sang Putri menjadi gusar, karana jika dia memilih satu di antara mereka maka akan terjadi perpecahan dan pertempuran di Bumi Sasak.
Setelah berpikir panjang, akhirnya sang Putri memutuskan untuk menjemput semua pangeran beserta rakyat mereka untuk bertemu di Pantai Kuta Lombok pada bulan Sasak sebelum Subuh. Setelah menyatakan niatnya untuk menerima seluruh pangeran dan rakyat akhirnya Sang Putri pun terjun ke dalam laut. Semua orang mencari puteri itu dilaut namun tidak ditemui. Tidak lama kemudian, keluarlah sekumpulan Cacing berwarna-warni di pantai tersebut/ pantai kuta yang menurut masyarakat dipercayai sebagai jelmaan Putri Mandalika.
Kiter dipahamkan oleh tourist guide kiter... dalam bulan Feb-Mar.. pantai kuta akan didatangi cacing bewarna warni dan pada ketika itu sambutan Bau (menangkap) Nyale (cacing laut) akan diadakan. Apa yang dibuat ngan cacing2 tersebut??? Katanya ada yang makan cacing yang bewarna warni tu... yekkkssss....
Udaahh... jom kita teruskan misi hari ini....
Udaahh... jom kita teruskan misi hari ini....
Oh yea... sebelum kiter tinggalkan pantai kuta nii... Ni additional infa di sini. Kawasan Kuta nii penjual nyer agak keras gitu... mendesak desak supaya kita beli something. Tapi.. awas yea... Kalau kita layan sorang... yang lainnya akan serbuu..
Dahh.. Jom kita ke next destinasi... Tanjung Aan.
Dari Kuta ke Tanjung Aan dalam 20-30 minit... jalannya pun maaakkkk aaaiiii dahsyat... memang jalannya jalan tar gitu... tapi... lobang sana lobang sini... macam permukaan bulan pulak. Kiri kanan jalan pulak agak kering kontang... Tanahnya tak berapa subur.
Finally kami sampai kat Tanjung Aan.
Park dulu van kat sini.
Untuk mendapatkan pemandangan yang indah... kena panjat sikit bongkah batu dlm gambar tu... My father in law surender awal2. So Kimie dan Lina take turn naik atas.
Tercarik carik... mana background yang menarik dan chentek sangat seperti yang dibahaskan oleh bloger2 lain...
Kalau ler langit membiru... Sure chantek giler pemandangan dari sini. Tak dop rejeki kami nak abadikan kenangan indah di sini... Tapi kalau nasib uols ada... jagan lepaskan untuk berselfie di sini... Memang chantekkk bebbb!!!
Actually... disebelah kiri yang tak de dalam gambar nii ada satu lagi bongkah batu besauuuu... di situ letaknya batu payung yang unik dan chantek. Dari sini memang tak nampak batu payungnya... sebab kena capture dari pandangan yang bertentangan dari sini... Nak ke situ kena sewa boat. Kami decide tak de ler nak ke situ sebab... kalau hujan...!!! Takut tersadai lak kat batu payung...
Setelah bergambar lebih kurang... sebab tak syiokk bergambar dengan cuaca cam gini... kami pun decide untuk pulang.. Oh yea... Penjaja kat sini lagi agresive dari kuta. JAngan cuba dipegang apa2 yang ditunjuk... Kena paksa beli nanti.
Kami pun takut ler lepas dapat advise dr org2 tertentu. Bila kami decide tak mau beli... pedih telinga kena maki ngan mereka... huhuhuhuu...
Meninggalkan tanjung Aan... kami singgah jap kat kedai pearl...
Destinasi ini tak dop pun dalam iteneri kami. Singgah untuk menunggu masa makan malam sebelum balik hotel.
Ada yang sangkut bebbb...
Time ini iman kiter kuat beb! Cukup ler kiter dapat mengenali mutiara air laut... air tawar dan mutiara semulajadi... Yang semulajadi... pada kiter tak berapa chantek kaler dia... tapi mahaaaiiii giler babas. YAng air laut lebih mahal dari air tawar. DAn makin bolaattt itu pearl... makin mahal ler harganya... Dek kerana tak berkenan ngan bonjolan pearls jadik batu chinchin... tu yang kiter tak terjatuh hati nak membelinya hari ini.
.Cukup time... kami di bawa ke Salsa Restaurant... Hurmmm... kiri kanan oarang Malaysia... HAhahhaaa...
Dek lambat makan tengah hari tadik... ni aje yang mampu masuk ke pinggan kiter... itu pun tak habishhhh... Waduh... udah pesan pada Pak Guide... jangan di order banyak2..... huhuhuhuu...
Selesai makan malam... kami dibawa ke Hotel... KAmi menginap di Graha Beach Sengigi Hotel...
Selesai check ini....
Ni bilik Kimie+Atuk dan Lina+Sephia.
Ni lak bilik kitorang
Kat sini ada mini fridge... Kat Gili (Natya Hotel) x dop!
Bilik airnya.... tak berapa besh macam kat Natya... Sib baik ler masa kami tak banyak di bilik... Just untuk mandi dan rehat aje.
Setakat ini dulu stori kitorang di Lombok day 3...
Kirorang nak charge bateri gajet dan caj tenaga untuk aktiviti esok yang lebih mencabar dan menyeronokkan...
Byeee...
-To be continued-