Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Charity shop Vs Freeshop

Salam... 

Just nak share tauuuu... Masa kiter kat UK dulu... boleh dikatakan setiap daerah ada kedai-kedai charity. Tujuan charity nya pun jelas... Nak tau lebih lanjut apa yang kiter maksudkan ley klik sini.

Hasrat kiter time mencoretkan kisah itu... kiter teringin sangat nak participate dengan aktiviti cam gitiew...

Bila klik Malaysia... Saban hari... kita banyak dengar, dah banyak organisasi yang bersifat charity tumbuh di tanah air terchinta ini. Hurmmm.... dulu tak jumpa... nak sangat involve... Kini dah jumpa... tak jugak involve... Kekangan masa pun ye gak! Heheheheee...Alasannn... banyak betoiii.

Finally... ada satu "shop" yang betoi-betoi hampir ngan kiter... Nak tauu takkk....??? Haaaa... Ni diaaaa....



Free shop UPM....  Konsepnya... sesiapa sahaja boleh menderma barang samada barang terpakai (kondisinya masih elok) atau barang baru... dan sesiapa juga boleh ambil barang yang dirasakan perlu atau suka. 

Konsep ini agak lari dengan konsep impian kiter, but tak de ler lari jauh sangat, dimana bedanya those yang berkemampuan perlu membeli barang yang diperlukan dengan harga yang saaanngggattt murah. Dana yang terkumpul boleh diberikan "CASH" kepada yang memerlukan untuk menampung kos hidup.

Tapi... konsep idaman kiter ni memang kena mempunyai pengurusan yang kemas dan komitmen yang tinggi dari semua pihak. So, pada pandangan peribadi kiter, suasana itu perlu makan masa nak develop sebab attitude rakyat Malaysia masih belum "sampai" ... Additionally Freeshop UPM nii masih setahun jagung... Volunteer pun lom cukup.

Walau setahun jagung... Al-hamdulillah... cepat benar Freeshop UPM ini berkembang... Lihat...

70% dari sumbangan merupakan pakaian


90% dari pakaian tu pulak merupakan busana wanita


Tudung niii pun kategori busana wanita...



Yang lelaki... dalam rak nii dan satu rail aje T-Shirt dan kemeja



Selain itu... ada toys untuk anak-anak... Kalau Khaleef nampak niii sure dia nak kutip balik harta dia... Hehehehee


But toys and pakaian budak terutamanya uniform sekolah masih dan sangat-sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi untuk persiapan sekolah untuk tahun depan. So reader yang tersinggah kat blog kiter nii... Sapa yang ada uniform anak yang tak diperlukan dan berkondisi baik... kami berbesar hati menerima sumbangan anda... Nak beli yang baru lagik bagusss....


Selain itu... ada bahan bacaan... buku agama... buku akademik... majalah... buku cerita anak-anak.... 

Yang kehabisan stok adalah makanan...  Dulu ada gak stock teh, gula biskut... kali nii yellekkkk! Habishhh.... 

Alat tulis untuk kemudahan pelajar pun dah tak dop.....

So, kiter merayu... kepada yang berkemampuan... sudi ler kiranya anda memeriahkan lagik Freeshop UPM nii. Nak bagi pinggan mangkuk periuk belanga yang dah tak mau guna kat umah pun boley, cadar langsir kasut pun bulehhh. Perhiasan rumah pun buleh... Dan nak berikan sumbangan tenaga pun bulehh... Semoga sedikit sumbangan kita dapat meringankan beban kepada mereka yang memerlukan... 

Ehh... lupa nak bagi tau... lokasi Freeshop UPM nii dekat pejabat POS UPM. So...

SELAMAT BERAMAL...... 

Wednesday, August 5, 2015

Husna... Semoga dikau tenang di sana

Entry lepas... kita coretkan mengenai sahabat kiter Husna.

Ketika itu... kiter dimaklumkan bahawa beliau mengidap brain tumor... Setelah didiagnose sekali lagi... punca kepada masalah kesihatan beliau...  cancer!

Dari Group Chat FB... kami di Malaysia sentiasa di up date dengan perkembangan sahabat kami itu. Dari kejauhan kami dikhabarkan ngan semua masyarakat rumpun melayu kita di UK,jauh dan dekat bersama-sama membantu apa yang boleh... Sediakan penginapan untuk parents Husna yang datang... bergilir-gilir jaga anak-anak beliau... berkumpul untuk bacaan yasin dan doa selamat... kumpulkan dana... dan menyediakan plan in worst scenario.

28 Jul (8.05pm)
Baru dapat makluman drp suami. Dia baru sampai kat lgi. Katanya husna masih bernafas. Tp sangat2 nazak. Doktor tunggu permission famili husna utk cabut bantuan oksigen (untuk dimatikan) jika famili husna semuanya setuju. Message yang dititipkan dari kawan-kawan di UK

Ptg itu parent husna & dafi telah decide utk memilih option supaya mencabut alat bantuan pernafasan. Main reason, fr medical point of view, if lebih lama husna will more suffer on cancer infection to all area in her body. We should respect any decision by their family members.

30 Julai (7.17pm)... kami menerima berita yang Sahabat kami itu telah kembali menemui Penciptanya... Inna lillahi waiina illahi rojiun........ Sunnguh cepat semua ini berlaku... Tak tergambar kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh Suami dan anak-anak beliau...  Bertambah sedih bila baca chat dari sahabat nii:

Tadi masa Akak Tiba LGI nurse dah tutup muka arwah. Then baru derang bwk anak2 Dia n tunjuk. Akiff  Tanya why they cover mama face. Kak Ani explain n he cried. Adik no 2 Akak dukung tunjuk mama dah takda Dia tak faham n meronta2 nak turun. Sedey kecik2 lagi derang. We asked nurse if Boleh open balik Sbb nak show anak  Dia for last. They agreed but then derang asked Akiff again nak tgk face mama ke. Dia tak nak. So tak bukak la. As nurse n us also concerned not to trauma them.

Urusan perjalanan akhir arwah untuk kembali ke Malaysia memang smooth... Pengakhiran yang baik buat insan yang baik... Maka pada 3hb Ogos 2015.... dari info yang kiter dapat... Dalam waktu Asar... beliau telah selamat dikebumikan di Pulau Pinang... Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan kekasih-Nya... Husna... Damai lah dikau di sana... 

Al-fatihah.




Wednesday, July 22, 2015

Pray for Husna

Syawal 3, 2015

Tatkala kiter berdukacita dengan status kesihatan sahabat kiter Wati yang pada hari itu merupakan detik-detik akhir beliau berjuang dengan Cancer Usus... kiter menerima satu lagi perkhabaran yang mengejutkan dari sahabat rumpun Melayu di UK...



Beliau yang kiter maksudkan adalah Husna...(gambar kenangan bersama beliau yang dicapture before kiter berangkat pulang ke Malaysia pada 27 DEc tahun lepas).  Husna merupakan bunda yang penyabar dan penyayang kepada 3 orang cahaya mata yang masih kecil... telah di diagnose menginap brain tumor... doktor declare 0% survival... Masya-Allah... patut ler kiter sebaaakkkk sangat menyambut Syawal tahun ini... Seorang demi seorang sahabat kiter diuji...

Status terkini kesihatan beliau... beliau telah selamat menjalani 2nd operation... dan telah dipindahkan ke ICU. Namun masih belum sedarkan diri. Kondisi beliau masih kritikal. Terima kasih pada warga Leeds, UK yang sudi menjaga anak-anak kecil beliau. Moga Dafi (suami beliau) tabah dan cekal menghadapi ujian ini.

Oleh itu.. mohon rakan-rakan dan reader sekalian doakan agar Husna berjaya berjuang melawan penyakit ini dan kembali sihat seperti sediakala... Ammiinnn...

Husna...

Kiter tahu awak sangat tabah orangnya... please wake up... anak-anak dan suami awak sangat memerlukan awak... awak janji kita akan bertemu lagi di Malaysia September nanti... Husna... saya nak awak kembali ke tanah air seperti mana awak pergi dulu... Saya nak dengar gelak tawa gurau senda awak yang ceria dulu... saya nak dengar celoteh awak tentang gelagat budak koya dan budak jepun tu... Husna... bangkit laaa... bangun laa... kuatkan semangat awak... kami semua rindu kan awak plezzzz.

Ya, Allah... kembalikanlak kesihatan yang baik buah sahabatku Husna... Hanya dengan izinMu sahabat ku ini boleh kembali menjalani kehidupannya seperti biasa... Kasihanilah keluarga anak-anaknya yang dahagakan belaian dan kasih sayang beliau... Amiin ya Rabbi Alaminnnnn..

Tuesday, July 21, 2015

Salam takziah buat sahabat...

Entry kiter yang lepas... kiter ada mention yang mood Aidilfitri kiter memang x dop.... antara yang menyumbang kepada kegusaran hati kiter adalah kondisi rakan sekerja kiter yang semakin kritikal...

Husmawati...
Truly kiter nak bagi tau bahawa beliau merupakan seorang yang peramah... ceria... suka membantu  dan pasti menyenangi orang disekelilingnya... Ungkapan ini bukan sekadar bermain kata-kata kerna setakat hari ini kiter masih belum mendengar orang menceritakan keburukan beliau sejak kiter mengenali beliau.

Teringat tatkala kami minum pagi bersama-sama... Sinonim dengan negeri asalnya... beliau suka bersarapan dengan nasi berlauk. Sambil bersarapan pun kami boleh mendengar gelak tawa beliau yang senantiasa ceria orangnya. Tak pernah lokek dengan kudrat... beliau sentiasa available untuk mehulurkan pertolongan kepada sahabat handai andai ada di antara kami yang memerlu khidmat dan bantuannya.

Bertugas sebagai setiausaha bosh ketika itu... menyebabkan kami sentiasa berurusan. Draft surat atau paperwork yang kiter draft... beliau akan screen terlebih dahulu... hasilnya... jarang surat dan paperwork kiter direject oleh bosh kerana beliau sangat arif citarasa dan kehendak bosh kami. Andai ada isu yang perlu ditangani... beliau akan remind what the info yang perlu ada before mengadap bosh... Sikap proaktif dan dedikasi beliau menyebabkan beliau sentiasa jadi rebutan di tempat kerja.

Beliau bukan sahaja merupakan rakan setugas... malah sahabat yang baik buat kiter...

Ketika kiter di tahun akhir di UK... kami saling berhubungan... beliau telah memaklumkan kepada kiter tentang perjuangannya... Beliau ketika itu berjuang menentang canser usus.. Dari masa ke semasa kami berkongsi cerita.... so far so good katanya sebaik sahaja menghabiskan kimo yang ke 3.

Sekembalinya kiter ke tanah air... kiter terlalu sibuk dengan urusan kerja dan bermula detik itu kami telah mula terputus hubungan... Hinggalah 3 bulan lepas... wasasap group telah dicreate untuk berkongsi status kesihatan sahabat kami itu... Doa dan kata-kata semangat tidak pernah putus buat beliau... Saban hari.. kiter telah dimaklumkan bahawa status kesihatan beliau semakin kritikal. 

Sebagai seorang sahabat... kiter sangat sedih sebab tak dapat bersua muka dengan beliau... Maafkan kan saya Wati.... saya gagal untuk hadir disisi awak tatkala awak memerlukan.... Namun dari kejauhan saya senantiasa mendoakan kesihatan awak.

Meniti syawal... status kesihatan sahabat kami ini sentiasa di up date... pilu tatkala melihat gambarnya yang cengkung tak bermaya... tak makan dan tak minum.... Ya Allah... ampunilah dosa Husmawati Husin..... Barangsiapa yang mengenali beliau pasti akan pasrah sekiranya beliau pergi meninggalkan kami... KAmi semua dah tak sanggup melihat beliau yang terlantar kini. 

Untuk mengetahui perkembangan beliau... handphone kiter tak pernah lekang dari tangan...

20 Julai 2015....

Pagi: Beliau memang dah bergantung 100% kepada bekalan oksigen. Doktor pesan agar panggil anggota keluarga
Tgh hari: Hb semakin merundum
Petang: Nafas sahabat kami semakin kencang
Maghrib: Doktor kata akan menanggalkan bekalan oksigen kerana bacaan tekanan darah semakin menurun
MAlam: Kiter dalam perjalanan pulang ke kampung... terlelap seketika lalu bermimpi... WAti datang berjumpa dengan kiter.

"Salmi... Saya dah nak pergi ni..." Ungkap Wati sambil bersalaman dengan kiter...

Kiter terkezut dan tersentak dari tidur... celik aja mata... ternampak van jenazah di depan kereta kami.. kiter tersangat panic dan mencari handpohone kiter yang terlepas dari tangan dek terlena sebentar tadik...

Satu message masuk.....

"K. Wati dah tak de... Innalillah....." Kelu lidah untuk meneruskan kata-kata..

Wati...
Tamat sudah kesengsaraan dunia yang dikau terpaksa tanggung... saya halalkan makan minum tutur kata gurau senda sepanjang perkenalan kita. Kiter juga harap awak sudi memaafkan segala salah silap saya sepanjang persabahatan ini. Moga dikau damai di sana.... Ya Allah... limpahilah rahmat-Mu buat sahabat yang amat aku sayangi Husmawati Husin... Tempatkanlah beliau dikalangan kekasih-kekasihmy-Mu Ya Allah.... Ammiiinnn...

Friday, October 10, 2014

Betty Tea Room Ikley

Salam guys...

Stori yang kiter nak tepek kali niii al-kisah yang berlaku pada 2nd October yang lepas... baru nii berkesempatan nak muatkan kat sini.

Stori ini mengisahkan citer pre-celebration kiter dan group studi kitorang yang begitu kamcing gitiew... Actually kami semua (yang betoi-betoi kamcing) ada lebih kurang 6 orang aje... Plan nak buat program niii sebaik sahaja memasing dah siap hantar dissertation.

Pas aje submit dissertation, program ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan 3 dari ahli group kitoawang re-sit exam paper... Bila mereka dah merdeka.... kiter  lak yang buzzi memanjang... dok jenjalan tour UK ler kunuunnn... Eh!! Bukan kiter aje tau... ada a few ahli group yang lain pun buat agenda yang sama tauuuuu!!

Alih-alih, sowang dah balik Jeddah, Sowang dah balik Africa dan sowang lagik dah balik Lithuania. Yang tinggal.... cuma kiter, Emily (China) dan Thomas (UK Citizen maaa). So... dari tak dop langsung... kami pun plan gak ler nak bergather kan???

Lokasi kali niii ditentukan oleh Thomas... Dia ajak kami merasai one of the fofular place kat Yorkshire nie... Betty Tea Cafe. Actually, kiter ada baca case study (Marketing subject) mengenai Betty nii....  Tapi tak sangka lak berpeluang nak ke situ kan??? 

Meet point kami kat Bradford Foster Square train Station jam 2.10pm... Beli return ticket (GBP6.40)... Sampai kat Ikley... kami menapak secara leisure nyer lebih kurang 5 minit... dan taraaaa.... sampai ler tempat yang dituju.


Masuk aje kat cafe niii terasa cam leisure dan exclusive gituhh... Decorationnya pure English... Ada dua section... 


yang depan take away punya dan jugak ada jual tea & coffee bean yang pelbagai flavour.


Kitorang pilih section dine in punya.... dapat sit tepi tingkap... hurmm... boleh ler sekali sekala mata melilau melihat pemandangan Ikley yang indah gitu... pure English... hahahhaaa...


Kami di berikan menu tuk buat pilihan...


Opsss... bergambar dulu kay???? Emily & Thomas


Maaakkkk aiiii baca aje page 1... macam-macam variasi tea ada... kiter pun mula fening nak buat pilihan. Lagik pun kiter niii buka penggemar tea...  Bila nampak kiter dah terbelek-belek menu list dia tuu... waiter dia datang tuk membantu dan ambik order.

Si Thomas tu lak bagi tau ler kat waiter tuuu this is my 1st experience kiter kat Betty... So, waiter tuuu ngan detail nyer ceritakan satu persatu jenis tea (mild/strong/fresh/relex types of tea... flavour dia dan macam-macam lagik laaa). Tapii....

Minah waiter tuu may be perasan yang kiter cam tak de perasaan ngan tea... dia pun tanya... adakah kiter sebenarnya penggemar kopi??? hahhahahaaa... ya betoiiiii...

So, dia pun kata Betty Tea Cafe ni pun ada serve coffee and chocolate drink... Variasinya pun memang pelbagai... dia pun start citer detail satu persatu... Mulanya kiter nak pilih type cam expresso... tapi cam strong sangat ler pulak.... So kiter mintak dia recommend yang mild punya coffee.

Dah pilih jenis coffee tuu... dia tanya lak jenis manisan yang kiter nak mix & match kat dalam coffee kiter  tuu... Ada ler dalam 5-6 jenis manisan yang dia sebut... Yang last kiter dengar, honey and cream... Lantas kiter pilih option yang laaasssttt sekali... cream... hahhahahhaa... cam poyos aje kan kiter ni! Tuk dessert lak... kami mintak dia bawak troli... sebab tak tau nak pilih yang mana satu kat menu listing tuu.. Kalau nampak depan mato... baru senang nak pilih kan?

Ni dah siap ambik order... Bergambar doluuuuu...


Tak lama komdian.... sampai ler apa yang di order.... dia sampai dalam bentuk cam gini... So, apa yang kiter order tadik boleh dapat 3 cup air sorang... ..  Hammbiikkk kau... minum ler sampai buntang!


So, sila masukkan sendiri manisan ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak strong flavor... ley tambah air panas yang disediakan tuuu


Since kitorang datang tuk minum petang... ramai gak ler customer depa pilih set nii... maka tersergam indah ler cake stand niii atas meja memasing


Tapi... kitorang tak ambik set. As per request... waiter ni bawak troli cake tuk kitorang pilih... Satu-satu cake dia explain detail dia punya ingredients... hahahhaha cam tgk siri master chef ler pulak... hahahhahaaa


Dah pilih cake tu lak.... dia tanya lak nak sos apa lak... raspberry? Honey, Blackberry an so on...


Since kiter pilih lemon cheese cake....  kiter decide ianya dihidang as it is... hahhahhaaaa...

Minum petang kat sini memang lesuire dan relax sangat... Exactly sama cam case study yang kiter baca... Starbuck vs Betty... memang jauh bezanya... Kat Betty, most customer depa ptg tuuu veteran yang memang dah tak dop keroja...  Depa minum pun slow-slow... tak rushing dan memang relax... Satu suasana yang kiter hilang sejak bekerja... dan sejak menjadi ibu. Yea laaa... bila bekerja keluar lunch pun kat tempat yang boleh serve makanan sesegera yang mungkin... Kalau benda yang diorder tuuu lambat sampai... kekadang melecur lidah makan panas-panas. Kes nak cepat punya, Weekend lak... bergelut ngan anak-anak... nak makan minum tempat gini... wassalam.... Kiter tak selesa ngan anak-anak yang pelbagai ragam... bila kiter sendiri tak selesa, customer lain lagik laaa kan???? 

Lepas relax sakan menikmati coffe kat Betty Tea Cafe nii.. Dah time tuk beransur... Oh yea... cost tuk semua yg kitowang order tuu dlam GBP20 aje. Wokeh ler kan...?

Sebelum pulang  tuuu,

Bergambar dulu ngan kakak meja sebelah kiter. Dia tegur kiter dulu... Dia nii from Jakarta. Dah menetap kat Ikley niii bertahun-tahun lamanya... Dah jadik PR kat sini. Mulanya kelakar gak dia cakap bahasa Indonesia... lidah dia dah keras nak cakap bahasa ibunda dia... Lama-lama... dia dah dapat tune Indonesia tuuu semula... kakak nii pun tersangat ler ramahnya.


Sebahagian pemandangan di luar Betty Tea Cafe Ikley niii... Singgah jap kat Book store and Charity shop tuk beli buku. Dannn... time tuk pulang!


Ngam-ngam sampai kat Train station.... kami masuk aje... train pun bergerak meninggalkan lokasi suwweeett moment kami petang tuuu... Dikesempatan tu gak kiter menghadiahkan both of them cenderahati dari Malaysia...

Ngan pantas Thomas berkata... Twin Tower.... Dia tahu sebab abang dia baru aje balik Melancong dari Malaysia dan bergambar berlatarbelakangkan Twin Tower  kita tuuu... Dia pun kata ayah dia menitik air mata melihat betapa KL dah berubah wajah. Mana tak nya.. ayah dia dilahirkan di Tanah Melayu dan kembali ke England bila kita Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


Gitu ler citer kita petang itu... satu lagi lakaran indah yang dapat kita catatkan di bumi ratu ini...

note:
meghitung hari untuk kembali ke tanah air sendiri...

Monday, October 6, 2014

Salam Eidul Adha 2014

Kami di UK sambut Eidul Adha kali  pada 4 October 2014. Sama hari ngan Jeddah but tak sama ngan kaum keluarga di Malaysia yang menyambutnya pada 5 October 2015.

Sambutan Eid ini bermula pada malam raya 3 Oct 2014....


Kami 5 keluarga dan sebahagian adik-adik undergrade berkumpul rumah Dr Nur Azman, meyedekahkan pahala bacaan tahlil kami khas buat arwah ayahanda Dr Fauziah, Adinda Dr Nur Azman, Bunda mertuaku Ramlah binti Tahir dan juga arwah bunda kepada Adilah (bunda kepada sahabat rumpun kami yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada minggu lepas). Dan sedekah itu juga kami panjangkan buat kaum muslimin dan muslimat yang terlebih dahulu meninggalkan kami.

Ya Allah... tika catatan ini dibuat, tak tergambar rasanya rindu yang teramat-amat pada arwah bonda mertuaku........ Membaca entri yang kita titipkan 5 tahun lps makin menambahkan kerinduan kiter padanya. So, before kiter meneruskan entri ini... kiter amat ler berbesar hati agar reader yang beragama islam dapat sama-sama menitipkan doa dan Al-fatihah buat bonda mertua kiter yang telah kembali kerahmatullah 4 Oktober pada 5 tahun lepas... 




Selain dari bacaan tahlil... dititipkan juga doa selamat khususnya untuk tuan rumah dan famili dan seterusnya majlis diteruskan dengan takbir raya... Syahdu aje rasanya dapat mendegar takbir raya bila diperantauan ini.

Selesai  aje takbir... kami dijamu ngan set nasi jagung dan pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah dan beberapa hidangan sampingan yang dibawa oleh warga rumpun yang lain...

Sebaik aje pulang dari majlis tersebut... kiter meneruskan aktiviti bersilat di dapur chomel ku... menyediakan juadah tuk pagi esok...


04 October 2014

Kiter bangun jam 5.30am.... just tinggal masak nasi tomato, buat acar timun dan rebus mee laksa... dan kasi final touch (hangatkan) lain-lain dish yang dah disiapkan semalamnya. 

Ini dia juadah yang sempat kiter siapkan di pagi raya kali nii:
1) Set nasi tomato (nasi, ayam masak merah, acar timun dan popadom)
2) Set nasi himpit (nasi himpit, kuah kacang dan rendang)
3) Set laksa (laksa, kuah dan aksesori laksa)
4) Set dissert (kek batik yang kiter dah siapkan 2 hari lps, jelly laici dan puding coktail)
5) Biskut raya (tak sempat dihidangkan... ini ler akibat kalau buat 4 days before raya ngan kuantiti yang tak berapa banyak... dah habiisshhhhh sebelum tiba waktunya!)

Seperti Eid Fitri yang lepas, kiter tak berkesempatan nak tunaikan solat raya... bukan nak siapkan juadah yang jadik alasan... sebab kiter dah siap masak jam 8am... Solat raya kat Masjid Doha (masjid arab kat umah kitorang niii) bermula jam 8.30am. Tapi... disebabkan Khaleef. Dia masih lom faham erti duduk diam... dia boleh ikut solat... tapi hanya separuh jalan... yang separuh lagi tuuu akan mengganggu jemaah lain... So, belum boleh lagi rasanya nak bawak dia ke Masjid time gini. Insya-Allah... setahun dua lagi... kita dah ley berjemaah bersama di Masjid!


Jam 10.00am... teratak Chumel kami dah mula dipenuhi tetamu. Ini antara sebahagian tetamu yang sampai awal... sempat ler sesi bergambar before majlis dimulakan... yea dok?


10.30 am... Maka acara khatam Quran kimie pun bermula:


Kimie memperdengarkan bacaannya dengan diapit dengan dua sahabat karibnya... Irfan dan Alif...


Sambil di lead bacaan nya oleh gurunya... Utz Dr Nur Azman Ali...


 Turut disemak bacaannya oleh warga rumpun yang turut hadir..


Doa Khatam dibacakan dan.. majlis kami diteruskan dengan Takbir raya

Seterusnya acara makan dan ramah mesra bersama lebih kurang 50 orang warga Bradford termasuk anak-anak kecil... adik-adik undergrad dan warga rumpun yang senior mau pun yang baru tiba sebulan dua yang lepas.










Seronok rasanya dapat berkumpul sekali sekala macam niii... Terubat sedikit kerinduan kat kuarga di Malaysia.


Before pulang... kami agihkan sedikit doorgift bidan terjun nii...:
Nak buat bunga pahar tuk majlis KImie dah tak sempat... ni aje yang sempat disambar semalam. Beberapa barel kecik cokelat yang sempat gak ler dibungkus sempoooiii. Tu pun ada tetamu yang balik dulu mok cik niii lupa nak bagi... huhuhuu... sib baik ci cilik Abu Bakar tanya... tu hadiah tuk saper???



Dan juga sedikit token buat 'Mak Guru'... heheheee... nak carik token  untuk 'tok guru' pulak cam dah tak sempat... ni aje laaa yang sempat... Token kecik nii memang tak dapat di imbal balas  ngan jasa dan ilmu yang telah dicurahkan kepada anak-anak kiter. Besar sunggah jasa mereka sekeluarga.. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi mereka sebaik-baik ganjaran dunia dan akhirat.



Dan dikesempatan ini diucapkan salam Aidil Adha buat semua umat Islam diseluruh dunia. Those yang ada buat ibadah korban tahun ini... moga ibadah korban kalian diterima-Nya... Those yang sedang mengerjakan ibadah haji tahun ini... moga kalian mendapat haji yang mabrur... Dan moga ada rezeki kami untuk menjadi tetamu Allah di Zulhijjah tahun mendatang.... Amiinnn!



Monday, January 11, 2010

KONTROVERSI PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH'

Selalunya entry yang kiter muatkan dalam disini bersifat leasure dan peribadi. Tapi… kali niii kiter nak share apa yang terbuku dihati kiter ini iaitu isu yang menjadik kontroversi ketika ini “PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH”

Setelah sekian lama kaum bukan Islam umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu. Maka dengan itu kita telah dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.

Tetapi kini…. Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya tujuan mereka? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah pun, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan berleluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan panasnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung penganut agama Islam.

Memetik kata Syed Mohd Naquib Al Attas:

Allah itu bukan sekadar tuhan. Allah itu adalah satu nama khas merujuk kepada Allah, iaitu Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu makna Kalimah suci - Lailaha Illallah.. membawa makna - Tiada Tuhan Selain Allah.

Kalau Allah itu sekadar translasi bagi makna Tuhan...Maka, ia membawa maksud, Tiada TUHAN selain TUHAN...Ia tidak membawa makna apa-apa... sebab Allah itu sekadar tuhan.. tak ada makna.. Berbanding Tiada TUHAN Selain ALLAH...

Maka Allah itu ada Makna disebaliknya. Ia adalah sebuah kata nama Khas dan bukan kata nama umum sahaja. Kiter ulangi ALLAH adalah NAMA KHAS... NAMA KHAS....

Juga bersependapat dengan Tun Mahathir bahawa:

Mungkin juga kalimah "Allah" mereka fikirkan dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Maka dengan mudahlah mereka dapat melebarkan sayap Kristian ke atas orang Melayu yang cetek ilmunya.

Dalam Islam, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”

Ini bercanggah dengan Agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika Kalimah Allah digunakan dan ditafsirkan dalam bahasa Melayu spt yg terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

Yang herannya kenapa God itu nak diterjemahkan kepada Allah dan bukannya Krishnan, Murugan atau Buddha… Kenapa??? Kenapa??? Nampakkan ada niat busuk disebaliknya kan???

Kepada mereka yang berniat jahat itu, Sudahlah…. Janganlah ganggu Agama kami seperti mana kami tidak mengganggu Agama kamu… Seperi yang tercatat dalam Surah Al-Kafiruun ayat 6 dalam kitab suci kami Al-Quran yang membawa maksud “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. Maka jangan diganggu Agama kami dan AWAS….

Sekiranya kalian ingin meneruskan juga niat kotor kalian… kami doakan kalian ditimpa laknat dari Allah… tuhan sekalian alam…

Saturday, October 24, 2009

Tanda-tanda menjelang Sakaratul maut

Mengalami kehilangan orang yang tersayang secara mengejut amat menyakitkan kerana secara fizikal dan mentalnya.... kita belum bersedia dan payah yang amat untuk menerima kenyataan ini.

Tajuk entry kiter kali ini mungkin tidak menarik minat reader untuk membacanya. Tapi... kiter merayu... bacalah sekurang-kurangnya sekali untuk menambahkan pengetahuan kita agar kita bersiap sedia dan tidak terkilan sekiranya ianya berlaku.

Oleh itu bersama ini kiter nak share sedikit ilmu yang kiter cari untuk dijadikan panduan agar kita semua dapat bersiap sedia tatkala orang disekeliling kita atau kita sendiri berada di ambang sakaratul-maut.

TANDA-TANDA SAKARATUL-MAUT AKAN TIBA

100 hari menjelang kematian:

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya...... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.....

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar......

Bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

60 hari menjelang kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut

40 hari menjelang kematian:

Daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah malaikat akan mulai mengikuti kita sepanjang masa... Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan rungsing/bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........

7 hari menjelang kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

5 hari menjelang kematian:

Anak lidah bergerak-gerak

3 hari menjelang kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri (bahagian tengah dahi bergerak-gerak), jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti....

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...
Telinganya akan layu dimana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...

2 hari menjelang kematian:

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 hari menjelang kematian:

Akan berlaku antara waktu subuh dengan asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun (terasa bahagian ubun bergerak-gerak) dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

Tanda akhir kematian:

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

Sebagai tambahan........ info yang kiter dapat dari siri Al-Kulliyah (TV-3) baru-baru ini.... sewaktu nazak... kita disunatkan memberikan air (sekiranya orang yang nazak tidak boleh berkata apa2) dan bertukar menjadi wajib memberikan air sekiranya orang yang nazak itu memintanya.

Bila kiter amati tanda-tanda akhir menjelang kematian.... kita dapati ia berlaku pada arwah.... dimana kira-kira kurang dari sejam sebelum mama pergi... mama ada mengadu sakit kepala yang amat sangat dan meminta ubat. Ke bilik air dan kemudian mama tumbang dan dengusan nazak bermula. Tersedar seketika dan meminta air.... mengadu sesuatu pada kakinya yang kesejukan. Berbisik kalimah ALLAH dan terus mendiamkan diri.... dia terpaku.... merenung sesuatu... sehinggalah kedengaran dengusan nazak terakhir.

Tapi.... masa tuu... kiter tak tahu pun mama diambang sakaratul-maut. Yea lah... mama memang biasa mengalami sakit kepala... Dia juga tidak sakit terlantar macam orang lain. Mama juga sudah biasa dan selalu pitam akibat hipo diabetis. MAka dengan itu kami lebih banyak menjerit memanggil namanya daripada membisikkan kalimah syahadah.... Terasa jahilnya diri ini Ya-Allah............... Ampuni dosa kami ya Allah... ampunilah juga dosa-dosa bonda Ramlah Binti Tahir... tempatkanlah beliau dikalangan insan yang soleh dan solehah....... amin..... Sampaikanlah salam kerinduan kami kepadanya. Agar bonda damai di sana.

Monday, July 6, 2009

Tahniah di atas ikatan pertunangan Syahrul-Faris

04th July 2009, Syahrul... adik kiter (anak ke-4 kepada Pn Lily dan En Palahuddin) telah melangsungkan ikatan pertunangan dengan pilihan hatinyer iaitu Faris dari Sabak Bernam.



Persiapan pertunangannyer simple ajer..... bole dikatakan 90% preparation barang hantaran dibeli oleh depa berdua... kiter just gubah mengikut apa yang ada jer..... and... just tambah bunga dan riben jerr.... Kiter just mengambil masa sehari (Rabu malam dlm lingkungan 3jam 1/2) buat hantaran depa nii... and final touch-up pada malam jumaat....






Kalau tak silap kiter mengikut adat melayu.... sireh junjung merupakan kepala segala hantaran. Nak buat sireh junjung.... barangnyer tak de... nasib baik ada tepak sireh De kat umah niii. so, kitorang pinjam sat dari dia.... He! He! He! bagi kat belah pompuan... and then buruk siku... ambik balik semula. Tak digubah pun.... dan tak sempat beli bunga hidup dan rias pada tepak nii.


Ni lak bekas cincin.... gubahan niii dibuat oleh tunangan Syahrul... sape lagi... Cik Faris lerrr... mana dia ada tunangan lain.... Ha!ha!Ha!



Ni lak telekong sembahyang. Actually Faris pun dah tolong gubah telekong nii.. Gubahan berbentuk jambangan bunga. Tapi... disebabkan kiter niii memandai-mandai nak alter jadik kecik sikit jambangannyer.... maka akhirnyer telekong tuuu terpaksa dimasukkan ke dalam kotak... Tak gheti nak buat balik semula... Sori yea Faris....




Ni... sebakul buah.... buahnyer disponsor oleh De... Syahrul kata dia sendiri nak gi beli buah-buah ni malam Jumaat nanti... hampehhh...... atas beberapa sobab yang tidak dapek dielak... dia tak sompek nak gi beli. nasib baik kiter cepat pesan ngan De suruh gi beli... kalau idak... tak tau lerr buah ape yang nak diisi..





ni lak sejadah.... lipat-lipat... ikat... masuk kotak... He! He! He! Sonang keroje den.




niii cekelat.... just masuk dalam bakul yang dirias simple. Muah haa haa.... sonang betoi den kan.... tak de nak gubah-gubah...





ni kek lapis Sarawak.... depa beli satu buku... kiter terus hias box dia... bagik jer terus sebuku-sebuku... tak der nyer nak potong-potong menampakkan seni kek Sarawak nii... He! He! He! Malas tul kan kiter nii...


Gitu lerr 7 item hantaran yang kitorang nak bagi kat belah pompuan.


Now..... kiter citer lak perjalanan Majlis nih....
Majlis dijadualkan kul 10.30 pagi... tapi.... nak mengumpulkan rombongan niii pun dah kul 9.00 am.... So terpaksa laaa kitorang mintak majlis dimulakan dalam kul 12.30 tgh.
Dari KL ke Kuala Selangor kitorang ber 4 kereta....


Stop jap alas perut.... dan dari K.Selangor ke Sabak Bernam... tambah lagik 2 kete... dan lebih kurang 12.45... akhirnyer kitorang sampai ke tempat yang dituju



ni..... 7 dulang pemberian kitorang










dibalas 11 dulang dari pihak pompuan



antara tetamu yang hadir


dari kiri: my mum, nenda, aki (jurucakap lelaki) dan baju biru tuh my abah


ayah pihak pompuan yang pakai baju krim tuh.... dan baju kotak-kotak hitam tuuu jurucakap belah pompuan

tengok cincin.... emas tulin keee besi...Muah haaa haaaa


Setelah kata sepakat dipilih, akhirnyer cincin risik... disarung oleh wan kitorang



cincin tunang lak disarung oleh bonda kitorang



semuanyer dah selamat.... aminnnnnn


doakan kebahagian depa yer.....



pe sal ngan camera kiter kali nii.... gambarnyer kelabu lak pulok.... dah tak nampak betapa berserinyer kiter duduk kat sebelah tunangan org tuh



aik.... adik-adik pompuan kiter niii jeles... orang bergambar dia pun nak bergambar gak



bonda kitorang pun tak nak ketinggalan sama.... siap terpejam lak masa sesi bergambar nih



He! He! He.... kitorang sekuarga


Ikatan pertunangan depa niii paling awai bulan 12 majlis besarnyer.... paling lewat setahun dari sekarang. To both of u.... tahniah.... semoga ikatan yang terjalin ini kekal ke jinjang pelamin dan seterusnyer kekal dunia dan akhirat.... aminnnnnn


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails