Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Harry Potter versi buku...

Salam Guys...

Sebut aje Harry Potter... sure ramai yang angkat tangan... tahu benda apakah itu... Tapi tak semua la kan? Sebab minat manusia ni lain-lain. Those penggemar movie sure tahu sangat ler cuma minat ngan tak minat aje ngan citer Harry Potter yang macam tak logik langsung tu kan...

Apa pun kata owang... kiter ngan veranni nyer menegaskan bahawa kiter like sesangat ngan citer niii. Fenuh ngan ketidak logikkan but itu ler kiter masa kecik-kecik dulu... suka pada benda2 yang tak masuk akal niii..Tambahan lak cam respect orang boleh filemkan benda tak logik niii.... kalau kartun tuu ok laaa kan? Hahahaa... dah biol kah kiter nii??? keh keh keh...

Kat Malaysia, kiter memang tak miss nak singgah panggung wayang layan mamat Harry tuuu... bertahun tunggu pun tak pe... bila next episode tak sehebat episod sebelumnya... mula laaa mulut nii menggomel... pas tuuu siap beli DVD dia lagik tuk puaskan hati tuk scene yang tak berapa nak paham tu kan. Lagik satu... suka dengar English dia yang tersangat ler Britishnyer hahahhaaaa.... amacam... konrkit tak alasan kiter bagi?

Evan demam Harry Potter ni dah lama berlalu... tapi, bila sampai kat UK nii... demam niii datang balik. September lepas, habis aje studi, kiter mula menjinakkan diri ke carboot. Barang lain memang tak berapa lekat...  tapi buku... maaakkk aaaaiiii... boleh bukak mini library gitu... Itu tak pe lagik... yag masalahnya penyakit kiter ialah pantang nampak novel/buku Harry Potter... rasa nak rembat aje kesemuanya... pada hal koleksi dia dah complete dah... Hahhaaa...yang siri 1-3 tuuu nipis aje dlm 300 muka surat aje... dapat dalam GBP0.50 each. Yang siri berikutnya tebal dan hard cover. Dapat dalam GBP1 each... tu yang besh tuuuu...

[Movie]
[Buku



Bila baca siri satu ("The phlisopher's stone"... ada gak bezanya ngan filem... 











[Novel]
[Movie]



pas tuuu tonton dulu siri 2 (the Chamber of Secret), wahhh dah nampak lagik banyak bezanya ngan novel... yea laaaa... nak difilemkan semua memang tak boleh ler kan?








[Movie]
[Buku]


Baca aje next siri "Prisonor of Akzaban" lagik banyak bezanya dan lebih seronok membaca... hihihiiii... Now tak sabar nak baca next episode... Those yg sekapal ngan kiter... minat layan citer si Potter nii... Untuk dapatkan stori yang lebih detail gitiew... kiter advise baca ler novel yang ditulis oleh J.K Rowling niii... hahahhaaa.... 


note:
Baru start baca next siries....

Saturday, October 8, 2011

Jom ke Big Bad Wolf jumbo sale....

Salam guys.... hari nih tetiba rajin gak nak up-date stori... kali nii Book Sale -Big Bad Wolf Book kat MAEP kat MARDI, UPM. Actually kiter baru jer tau ada book sale nih dari gengz opis kiter semalam... tgk status memasing kat FB... meruntun2 hati niii nak gi gak... Tapi today, kiter ade keroje sikit kat opis... tgh hari lak nak gi weeding ank member, ptg lak En Asben nak tgk semi-final rugby.... So, plannyer esk aje ler baru ley gik.

Pas ke majlis wedding tadik.... kitorg drop my father & sister in-law kat LRT station. Depa nak gi KL. Kitorg lak.... terus balik ghumah. Sampai depan pintu.... sekali tak boleh masuk rumah daaa.... kunci pada my sis in-law... Hurmmm.... takkan nak dok melangut kat luar umah... so........ zoom to MAEP lerrr.....


Sampai sana.... ramai orang tuuuu.... So kitorang terus ke Children area dulu..... capai dulu buku yang agak-agak nak dibeli... masuk dalam troli bag-KFC yg siap kitorang bawa dari umah. Next kitorang gi section dewasa lak.... time tuh anak2 dah mula wat perangai.... Adussshhhhhh.... mahu naik hangin kitorang. Last-last... kitorang ke sudut belakang... kawasan lapang tuk sessi pemilihan buku before di beli.

Hahahahaaa.... kebetulan lak terserempak ngan officemate. C. Wan Salman. Dia laaa yang tulun jaga my askar sementara we ols pilih buku. Thank yea Salman!


 Haaa... mamat yang sebelah kiter tu lerrr orangnya... Yang dia pegang tuuu bukan anak dia tau! He still Single. kat sini dia jadik baby sitter sementara mak bapak budak tuuu gi memilih buku. Kalau u ols datang sok nampak mamat niiii.... bole le mintak dia jagakan anak korang yea!!! hahahahaaa... jgn mara yea C.We.



 Agak rushing gak kitorang memilih buku2.... sebab takut my FIL & SIL tunggu lama kat komuter.  Wokeh... jom bayar buku2 yang dah siap dipilih nih... buku2 yang dah budak ni khatam masa tunggu kami memilih buku... kitorang put a side... proceed yang lum khatam aje!


 naik trem tuk ke parking lot


Round 2 kali sebab lupa parking kat lot mana... sib baik adik dreber niii baik sekali.



Niii buku pilihan kiter.... semuanyer novel... hanya satu jer buku sudoku



 Ni buku En Asben.... hurmmm semua bercorak Academia...



 Ni buku kids.... Sephia dah khatam salah satu darinya ptg tu gak... Tapi tak pe... biasanya dia memang suka ulang2 baca


Tuk 21 naskah buku ini... kami baru jer membelanjakan RM151 sale disconunt 75-95% are given... wow... cam tak caya jer! Rasa cam nak gi lagi coz terkilan tak terbeli Novel Norah Robert Collection. Hurmmmm... jgn tamak mek oiiii... lagik pun sale niii ada hingga 16 Oct nih... So pada sesaper yang berminat... sila laaa... buku tuk kids memang banyak sekali... jgn lupa bawa bakul/troli yang senang diseret... idok ler lengoh tangan nak mengangkut buku ke satu pi-stop ke satu pi-stop yang lain....

Wednesday, December 15, 2010

NATRAH 'Cinta-Rusuhan-Air Mata'

Kalau tgk kat my side bar.... entry yang berkaitan ngan buku baru 1 post kan! Hik hik hik... itu bermakna x banyak buku-buku yang dibaca. Perghhh... malas betoi kiter nihhh nak membaca kan? Sori haaaaa.... Actuali... kiter idok ler semalas itu... banyak doh buku yg dah dikhatam... tu lom masuk buku masak, buku bank, buku lima.... bla bla bla... kira banyak ler tuh!!!

Haaa... bagi menambahkan koleksi stori bagi kategori BUKU... kali niii kiter nak muatkan  kisah NATRAH tulisan Fatini Yaacob terbitan Universiti Teknologi MAlaysia. Buku niii kiter pinjam dari Perpustakaan UPM pada Dec yang lalu... iaitu setelah menonton pementasan Teater Natrah.

Banyak perkara yang dititipkan dalam buku ini tidak diceritakan sewaktu pementasan yang lalu... may be disebabkan masa pementasan yang limited... atau pementasan itu dibuat mengikut persepektif lain... Maka, menerusi buku ini, dapat ler kiter mendalami sedikit sebanyak kisah Natrah dari perspektif Natrah itu sendiri,  perjalanan rusuhan kesannya kepada politik negara dan beberapa aspek yang lain.

 Buku setebal 474 muka surat ini sarat menceritakan perjalanan hidup seorang gadis, wanita, ibu dan nenek yang bernama Natrah@Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Berta.... yang mengalami fasa kehidupan yang sarat dengan air mata.

Hanya fasa kanak-kanak dengan Che Aminah yang amat dikenangnya kerna saat itulah yang paling gembira dalam hidupnya. Fasa ini banyak dihuraikan dalam pementasan teater baru-baru ini.

Fasa kedua dalam kehidupannya sudah tentulah fasa yang paling membahagiakannya iatitu apabila bertemu dengan Mansor Adabi. Apabila Natrah (di usia tua) berada dalam sesi wawancara... dengan mudah beliau bercerita tentangnya disulami dengan raut wajah yang ceria dan bibirnya menguntum senyuman yang manis.

Bila ditanya fasa ke tiga kehidupannya, iaitu kehidupannya di gereja Singapura (sewaktu beliau ditempatkan sementara menanti kes perbicaraannya selesai), Natrah terus black out... tidak mahu menjawab. Dan semasa Natrah menghadiri rakaman dokumentasi terakhirnya di sini...beliau menangis... kerna itulah tempat pemutus kasihnya dari orang-orang yang disayanginya. Dan di sini lah fasa kekeliruan Natrah bermula!

Natrah diterbangkan ke Belanda pada fasa ke empat kehidupannya. Episod kejam ini terpahat begitu mendalam pada hati dan jiwanya. Jenayah jiwa yang dilakukan oleh ibu bapa kandungnya yang bersekongkol dengan Kerajaan Belanda & Inggeris begitu menghancurkan jiwanya. Natrah menerima layanan yang buruk dari keluarga kandungnya. Persekitaran Melayu kepada Belanda, Bahasa Melayu kepada Belanda, Islam kepada Kristian, kurung/kebaya kepada skirt/gown, nasi & sambal belacan kepada keju & butter, puteri kepada kuli, mewah kepada miskin, dilayani kepada melayani, bebas kepada diawasi dan macam2 lagik.. Pendek kata batinnya cukup terseksa...

MAsa terus berlalu biarpun Natrah mengalami kehidupan yang sukar di bumi nan asing... dia begitu terkilan dengan Mansor Adabi yang dianggapnya telah melupakan dirinya dan tidak membantu dia keluar dari kemelut yang menyiksa jiwanya. Dia tidak tahu langsung yang MAnsor Adabi telah cuba berutus surat melalui Vermaulen (Warga Belanda yang perihatin), tetapi telah dimanipulasi oleh keluarganya & Kerajaan Belanda sehingga Mansor begitu kecewa dan akhirnya 4 tahun kemudian mengambil keputusan berkahwin lagi. Vermaulen yang juga kecewa dengan Natrah sengaja mengwar-warkan berita perkahwinan Mansor di dada akhbar sebagai sindiran kepada Natrah. Natrah yang terbaca akhbar tersebut begitu kecewa, hancur berderai seluruh harapannya. Terlalu menyesal kerna terlalu berharap. Menyesal kerna terlalu setia. Setia pada Sang arjuna yang bernama  Mansor Adabi. Fasa kehidupan Natrah kini kosong... hanya sekadar boneka hidup yang menjadi pak turut kepada keluarganya.

Satu-satunya cara untuk lari dari ibu bapanya ialah dengan berkahwin dengan Wolkenfelt dalam fasa ke lima kehidupannya. Sewaktu beranak 3, Natrah kelihatan tenteram & bahagia bersama suami & anaknya... tetapi tidak dengan ibunya. Pantang terserempak, pasti mereka bertengkar. Natrah mengungkit pelbagi perkara manakala ibunya tidak pernah mengalah.

Natrah ingin memberitahu dunia tentang derita yang ditanggungnya.Tentang kekejaman jenayah jiwa yang dilakukan oleh ibunya dan rakyat Belanda!!! Tanpa pengetathuan suaminya, Natrah berjaya menghubungi Vermaulen. Dengan terbitnya rencana tentang dirinya, dia merasa puas kerna dapat mengela nafas lega walaupun tidak dapat merubah takdir yang menimpa dirinya.



Setelah menamatkan pembacaan 474 muka surat, kiter ingin membuat rumusan peribadi:

Memang benar, Natrah mengalami tekanan perasaan ekoran dari peristiwa yang menimpanya. Dia terlalu menyalahkan ibu bapanya atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Walaubagaimanapun, Natrah sepatutnya tidak perlu terlalu menoleh ke belakang. Usah terlalu menyalahkan keadaan  masa lampau. Kalau Malaya yang amat dirinduinya... dia sepatutnya mengambil kesempatan atas tawaran-tawaran yang diterima olehnya dari pelbagai pihak setelah pendedahan sebenar dibuat olehnya. Tetapi dia enggan kembali ke Singapura & Malaysia atas alasan beliau masih trauma dengan tragedi rusuhan yang berlaku di depan matanya... berlaku kerna dirinya...


Penulis buku ini (Fatini) ada meluahkan kekecewaanya apabila kepulangan Natrah ke MAlaysia -1998 telah disembunyikan dari pengetahuannya. Pada pandangan kiter, Fatini kena memahimi hati dan perasaan si Natrah. Natrah  beranggapan wartawan hanya ingin membuat liputan tetang perjalanan hidupnya untuk sekadar tatapan umum manakala Stesyen TV, penerbit, penulis.... semunya boleh membuat duit dengan menjual kisah tentang dirinya.... Sedangkan kehidupannya masih sama... dihimpit dengan kemiskinan dengan jiwa yang tertekan. Maka , tidak mustahil Natrah menganggap penulis sama seperti wartawan-wartawan lain.

Banyak lagi pandangan peribadi kiter yang nak kiter sharekan di sini... TApi... biar ler dulu...

Friday, July 2, 2010

The Thosand Nights and One Night

Sori coz seminggu gak tak mencoretkan something. Actually memang ada stori nak share ngan kalian (dedicated pd sape2 yg sudi nak baca laaa!), tapi ada beberapa kekangan yang membataskannya. Lagi pun... malam-malam i dah fully book oleh The Thosand Nights and One Night. So, terlimit laa sudah masa i untuk menulis blog nih!

Ermm... sebut aje The Thosand Nights and One Night... sure ada yg tertanya-tanya... apakah itu kan? So, yg blm dpt hint... kowang baca laaa entry kiter yg lepas2... scroll down aje! Pas dah tau menda apa tuh.... haaa bole laaa kontinue baca this entry!

Why this entry muncul.... al-kisahnya bermula bila I dpt feedback dari angin sepoi sepoi bahasa dan feedback dari pembaca tegar blog ini (saper lagikkk... my asben laaaa!!! kan kanda kan?). Depa nak tau haper ke benda yang best sangat ngan stori tuh???? Tebal bebonar lak tuuu dan dicetak dlm 4 siri buku setebal 800 muka surat setiap satu buku... so total of pages lebih kurang 3200 pages!

Hurmm... baiklah, kiter ulas ler sikit yea! Dalam bahasa melayunya... tajuknya ialah Hikayat Seribu Satu Malam. Ia merupakan sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan.

Hikayat-hikayat itu berlaku bermula dengan Shahryar, seorang maharaja Parsi. yang terperanjat dengan kecurangan isterinya, lalu Shahryar membunuhnya dan menganggap bahawa semua wanita juga curang, baginda memerintahkan wazirnya untuk mendapatkan isteri yang baru setiap malam .

Selepas menghabiskan satu malam dengan isterinya, baginda akan menjalankan hukuman mati ke atasnya pada waktu subuh. Amalan ini berterusan agak lama, sehingga Sheherazad, seorang anak perempuan wazir yang bijak, membentuk rancangan dan secara sukarela menjadi isteri Shahrayar.

Dengan bantuan adik perempuannya (Doniazade), Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayat-hikayat kepada baginda.

So yang tebal-tebal buku tuuu ialah cerita-cerita dan hikayat-hikayat yang diceritakan oleh Sheherazad. Dalam cerita ada cerita... dan setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian suspen supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin mengetahui kesudahan cerita.

Akhirnya, Sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka dekri/peraturan baru itu dimansuhkan.

So far, pada kiter buku nii ok laaa.... Tapi... buku ni bercitarasa purba laa... Tak sesuai bagi mereka yang berjiwa lasak dan futuristik! Tapi ia penuh dengan kata-kata pujangga dan pengajaran disebalik setiap cerita yang perlu difikirkan sendiri oleh pembaca! Banyak hikayatnya menggambarkan jin, ahli sihir, dan tempat-tempat lagenda, yang sering dicampurkan dengan masyarakat dan geografi yang sebenar;

Kadang-kala, satu watak dalam hikayat Scheherazad akan bermula dengan menceritakan kepada watak-watak yang lain tentang sesuatu kisah, dan kisah itu mungkin mengandungi lagi satu kisah di dalamnya yang diceritakan. Teknik ini menghasilkan jalinan karangan yang kaya dengan berbilang lapisan atau dikenali sebagai 'cerita berbingkai' (cerita dalam cerita).

Kesan dari Hikayat 1001 malam ini, banyak hikayatnya kini diterjemahkan dalam banyak bahasa Barat, termasuknya:

  • Lampu Aladin
  • Sinbad si kelasi
  • Ali baba dan 40 penyamun dll
So, demikian lerr dulu entry kiter kali niii...Ha haa haaa.... selalunyer entry kiter ringan ajer storinyer kan? Kali niii agak berat sikit??? Apa salahnya! So... with that, i end my stori untuk kali nih!

T.A.M.A.T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails