Sunday, December 14, 2008

Cicak Man 2- planet hitam

Sabtu (13/12/08) jam 11.00 am kali niii kitorang tengok movie cicak man lak... Yang paling seronok off course bebudak niii.

As usual kitorang book 3 sit coz dijangkakan as usual didie akan duduk ngan ayahnyer.



Cerita ini berkisarkan tentang Professor Klon yang telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman datang menyelamat.

Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts . Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama, seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen.

Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania, yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman, adik perempuan Danny's yang buta.

Emmm seronok kiter dapat tengok filem niii. Ok ler filem niii. Usah lerr kiter mengdownkan pengkarya tempatan kiter ngan kritikan yang tak membina. So far filem aksi/fiksyen tempatan kiter yang lain belum dapat tandingi this film. Untuk itu kiter bagi " 4.5 popcorn" dari "5 popcorn

Saturday, December 13, 2008

Salam Aidiladha....

Coretan aidiladha lambat lak pulak di postkan. Bukan ape..... saje je.... biler makang banyak sangat daging lembu niiii.... idea cam hilang sementara... lagi pun susah lak nak masuk ke blogsport dua tiga menjak niii....



Ermmm... Mungkin ada di antara kita yang telah lupa mengenai Hari Raya Korban ini, maklumlah di negara kita, sambutan Aidilfitri lebih meriah dari Aidiladha. Untuk di"share" bersama... Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa.



Korban adalah ibadah yang ulung sejak zaman berzaman. Namun, bagaimana kita sebagai umat terkini di zaman sains dan teknologi ini berkorban? Tepuk dada... tanya ler iman.... Actually kiter tak mau ler mengulas ngan panjang lebar mengenai ibadat korban ini... Sebab kiter niii pun bukannya arif tentang agama. Takut tersalah bicara.... padah jawabnya.



Yang kiter nak coretkan ialah asam garam kehidupan kiter bagi meraikan aidiladha kali niiii. Dengan ketentuan dari-Nya..... maka dapat lerrr kiter merayakan aidiladha di Terengganu seperti yang dirancang. Menu pagi raya kali niii lontong, sambal tumis ikan bilis & rendang ayam.

"Ermmmm yummyyyy...."


"Konon-kononnya niii aje yang kiter ambik untuk dimakan.... yang tambah menambah lepas tuuuu tak leh lerrr nak capture..."



Lepas solat (kiter tak join) & makan.... kitorang lawat moyang bebudak niii kat umah anaknya lagik satu (Pak MAt). Dalam kemeriahan kitorang makan nasik minyak dan lontong.... moyang bebudak niii terlantar kaku di atas katilnya.... di saat ni... hati ini terlalu sayu.... melihat insan yang begitu cergas dan ceria dahulunya, kini hanya terbujur di atas katil... menanti insan lain membantunya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang dipinjamkan sementara ini.



Dengan mata nan setiasa tertutup rapat.... juadah hari raya ini nenek hanya menikmati susu khas yang disalurkan melalui tiub. Tiada suara.... apatah lagi senyum tawanya... hanya yang kedengaran cuma hembusan nafas yang entah kan bila diambil kembali oleh penciptanya.



Sekembalinya kiter dari melawat nenek.... kitorang meneruskan projek membuat doughnut sebanyak 4kg untuk dijamu untuk aktiviti esok pagi.... korban..... Emmm... korban dikawasan sini dibuat raya ke-2. Kalau buat donut kecil-kecilan tuuu biasa lerrr bagi kiter... Ni sampai 4kg.... mau berpeluh ketiak den... tak lalu lak orang nak makan nanti. So..... kitorang terpaksa menggunakan tenaga lelaki (Yo namanya) untuk menguli doh donut niii..... 3 orang tenaga kerja (mama, mak num & Yo) diperlukan untuk mengadun kesemua adunan.... dan komdiannya dipecahkan kepada 6 orang tenaga kerja (lina, ain, mak num, yo, mama & kiter) untuk menguli doh hingga benar-benar sebati dan lembut.





Pas tuuu..... dah jadik.....



apa lagi..... goreng pun sodap....



Donut digoreng separa masak dulu, sok pagi baru digoreng sepenuhnya. Tapi..... memandangkan dah ada yang meleleh ayaq liur nak makan donut niii so kiter goreng lerrr sikit untuk menu petang tuuu disamping makan kek besday boi yang ke-34 tuuu...


asben kiter...? hampeh.... masa menguli dia nyorok.... time makan dia yang dulu.... poyo lerrr.. Tahan ler kimie & Didie....


kiter ade bagi sikit doh kat depa.... doh yang putih-kuning dah bertukar kaler kelabu.... digentil-gentil sebesau biji kacang tanah... rugi tak capture gambo hasil kreatif kimi & didie. Merengek-rengek bebudak tuuu suruh goreng depa punya donut....


"ibu.... goreng ler along punya donut niiii...." merengek kimie


"along ngan adik gi lerrr mandi dulu. Nanti ibu goreng donut niii okay???" kiter create something untuk cover line. masa diorang mandi cepat-cepat kiter buang doh tuuu... yerrrrkkkk.... geli nengok doh dah kelabu tuu....


"mana kitorang punya donut" tanya kimie sebaik sahaja siap mandi.


"Alamak.... ibu dah makan semua.... sedap laaaaa along & adik buat..... sori laaa ibu terlupa nak tinggalkan untuk along sebab sedapppp sangat"dalih kiter.


"wooooo sedap yea..... nanti along buat untuk ibu lagi yea...." mukanya sedikit kecewa kerana tak dapat menikmati donut hasil buatannya tapi dia tersengeh bangga setelah dapat tahu donutnya sedap. dalam hati iniiii..... tak buat pun tak pe along.... tak lalu ibu nak makan.... he! He! he!

Hari raya ke-2....


Actually hari raya ke dua niii mama nak masakkan kitorang nasik beriani, dalca dan daging panggang. Tapi.... masa menggoreng donut ngan dia pagi tuuu kiter nampak mama cam semacam jer. Semalam lak.... mama muntah-muntah... so kiter cakap kat mama benda tuuu kita masak komdian pun tak pe. Lagi pun kawasan sini ada buat jamuan makan ngan daging korban tuuu. Tak lama lepas kiter cakap ngan mama.... kiter tengok mama dah berbungkus ngan kain.... dia demam.... domam rindu agaknya.


Lepas breakfast..... san masa orang sibuk melapah daging korban... kiter sibuk melapah duit poket kat Pasar Payang. Shoppin sikit-sikit. PAs tuuu singgah jap kat Batu Buruk... mengotakan janji pada bebudak niiii... beli layang-layang.


"Yang sibuk main depa berdua jer..... "



"my little princess sibuk main pasir"


Balik dari batu buruk, ngam muka tak malunyerr kiter join makan kenduri. Kiter "melantak" bermangkuk-mangkuk sup tulang.... makan gulai daging.... makan daging goreng cecah sambal belacan.... perrrggghhhh tak hingat dunia. Nasib baik kepala tak ting.... tong.....


Orang sibuk makan... bebudak niii lak sibuk nak berposing cam awie & erra.







Memandangkan projek nasik beriani tak jadik... petang tuuu kitorang tukar plan, salai daging .... untuk bawak balik ke bangi.... banyak ler pulak daging tuuu bole masak 2-3 kali... Emmmm.... sodap niii kalau buat masak lomak daging salai





Dari terengganu.... kiter singgah bermalam lak kat Pahang... tak balik Pahang nantiiii.... kecik hati lakkk orang Pahang. Hati kedua-dua belah pihak kena jaga wooooo..... Nanti ada lak satu lagi muka cam cencurut.... he! He! He! Mak & Abah jangan maraaa yeaaaa..... Bagi depa.... tak jumpa anak memantu tuuu ok lagik... tak jumpa cucu....????



Kat Pahang... abah ade masuk korban... most of daging abah sedekah jerrrr. Abah just ambik sikit untuk diberikan kepada anak-anaknya. Memandangkan anak sulongnya tak balik.... de tak masak kot.... Syahrul duduk ngan kiter dan yang lainnya konfirm tak masak.... so kiter diarah ambik kesemua daging tersebut. Banyak tuuuuu.....



Nampak gayanya.... menu kitorang bulan niii berkonsepkan daging lembu...... moooooo......mooooo

Monday, December 8, 2008

HePpi BeSdaY to mY beLOVEd asben

8 Dec 1974 yang lalu....... lahir ler seorang insan yang bernama Nazrul Hisyam.... asben kiter ler tuuu. Pada 8 Dec 2008, kini dia dah berumur 34 tahun.... he! he! he! kanda dah tua laaaaa.....


"Happy besday to you....."
"Heppi besday to you.... "
"Happy birthday to my hubby...."
"Heppi besday to youuuu...."


"cake for all of us but special dedicated to my asben from secret recipe (choc. indulgence)"

" time potong kek..... yang bergambo kat sini depa bertiga jer... Besday boi & girl yang lain sibuk layan tetamu & buat kuih donat (4kg) untuk dijamu time korban sok (korban buat hari ke-2)"



suapan sayang untukmu kanda...."

"birthday boy yang ke-34"

"suapan kasih dari asben tercinta"

Sunday, December 7, 2008

perrrgghhhhh penatnya....

Seperti yang kiter mentioned earlier.... kiter diwajibkan untuk mengikuti sesi teambuilding di eagle ranch PD. Bas akan bertolak jam 11.00am.



Before that kiter menemani asben kiter ke spital serdang for follow-up check-up didie. No giliran kitorang yang ke-12 (catatan terlewat setakat ini). Tapi... kiter jangkakan still boleh make it before 11 pagi. Tapi... nak buat camner kan.... result urine didie lambat kuar dari lab. So kul 12 lebih baru settle urusan kat situ. YAng pasti.... kiter dah ketinggalan bas.



Mulanya memang kiter hangin satu badan... tempiasnya of course kena kat asben kiter. (kiter pun tak tau lerrr awat lerrrr lately kiter cepat temper). To my beloved asben.... i'm so sorry so much..... jangan mara haaaa.... Tapi... kiter dah going to cool.... tak pe laaa tak pegi tuuu pasti ada hikmahnya.


Tapi..... my asben still gak nak hanto sendiri kiter ke PD. Dia kata dia bimbang kiter moody for the whole day. Nanti muka cam cencurut. Muncung jerrr. Mana ada... kiter dah mula cool lerrr brother.

Maka..... akhirnya kiter pun ke PD......

Ada lebih kurang 63 orang peserta dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kita dapat kumpulan 3 yang dinamakan kumpulan Satria. Nama yang kitorang bagi last-last minute coz masa yang diberikan amat lerrr singkat. Satria mempunyai 16 orang ahli termasuk 2 mak buyung (yang sorang mak buyung tuuu biras kiter- illis He! He! He! )

Ahli jejaka group kitorang niiii cool jer. KAlau buat pertandingan sorak.... suara pompuan lebih kuat dari depa. Memandangkan majoriti ahli kumpulan kitorang cool.... maka teambulding kiter kali niii tak stress pun.... kitorang tak banyak pendapat yang nak di'argue". COOL.

Masa menjalankan aktiviti tuuu... kiter tak bole nak capture gambo. So mana yang ade lerrr yea....


This is dewan seminar untuk in-door activities:


Kat bawah nii pulak bilik kitorang.... bilik nii tak ler sebesau mana. 1st day merungut gak kitorang coz katil & tilam tak mencukupi. Tapi.... rupa-rupanya 1st night kitorang sume tak tido. Kitorang ader wat game kat dalam hutan. Berhujan dari kul 4.00 pagi hingga 7.30 pagi. Masa tuu sejuk & penat giler.

Ini lerrr bilik yang dimaksudkan:


"bilik kitorang tingkat atas"



"pandangan sisi bilik kitorang-nad, fara, murni, illis & me"


"Ni lerrr nombor bilik kiter"


Dari segi food lak.... Emmm... pada kiter best lerrr... ingatkan makan nasik kawah... rupanya idak. better yang amat sangat berbanding ngan food masa kiter induksi dulu. Gambo kat bawah niii kiter menunjukkan arah ke dewan makan.

Ni lak antara aktiviti kiter pada hari ke-2.
"Aksi ceria sebelum naik"

"masa niii kalau muka ini ditoreh.... setitik darah pun tak kuar.... pucat gilerrr. TAkut wooo"

"part niii yang paling menggerunkan. Wokeh dunia.... saksikanlaaaahhhhhhh"


"yess.... selamat landing....."


"tak sempat nak bergambo masa aktiviti berakit... bergambo ngan perahu nii pun jadi ler..."


"masing-masing dah merindui seseorang di rumah"

"Yesss... kiter dah nak balik. Tapiii...."
"Takkan naik niii koottt"

"masing-masing dah kepenatan"

"Teka... mana satu beg kiter???"
Gambo-gambo yang lain kiter akan dapatkan dari urusetia dan akan dimuatkan komdian....

Bercanda di Sungai congkak....


Sebelum teambuliding hari tuuu (04 Disember).... kiter & famili termasuk famili pahang sempat bercanda di Sungai congkak.


Actually rombongan kuarga pahang tuuu nak ke Melaka. Depa ajak kiter join sekali. TApi.... kalau nak ke Melaka kiter tak dapat nak join lerrr sebab kiter ngantuk giler. Yea laaa... malam semalam tuuu kiter tido lambat & bangun awai kira-kira jam 4am sebab last minute study for Exam Induksi sok lak nak gi teambuilding.... penat wooo.... preparation tak buat lagi.
Mulanya depa suggest lak nak ke PD... kalau ke PD pun kiter tak nak join sebab kalau setakat nak mandi laut... kiter rasa cam tak berbaloi ke sana... mana lerr tau ombak besau..... so tak leh lerrr mandi. Lagi pun kiter memang tak suka mandi laut.


So.... akhirnya kitorang ke sungai congkak.... he! He! He!


Yang mandi depa berenam jer (kimie, didie, my asben, syahrul, nasri & i-in)


"woiii.... ape tengok jer air tuu... apa lagi.... terjun lerrrr"




"air masuk telinga kaaaaa????"


"Bagi kita yang tak mandi niii, kita posing ajer laaa yer. OK abah......senyummmmm"


"amboi mak... makan sampai senget-senget mulut tuuu"

"awat bah... lama bonar nak idupkan api... tak sompek lerrr nak ber BBQ"


"akhirnya.... hasil kesabaran abah... kiter & nash, api dapat dihidupkan..... our simple BBQ dah bole dibuat"




"dah penat mandi....En Hubby kiter pun mula interfrem.... menyambung perjuangan kitorang membakar daging burger"


"best kan kalau dapat bermalam kat sini"


"ok... best takkkk?????"

Thursday, December 4, 2008

Team building

Mulai 04-06 Dec niii kiter terpilih lak mengikuti sesi team building yang diadakan di Eagle Ranch PD.

Waktu bertolak ke PD jam 11.00am. So pagi tuuu sempat ler kiter menemani asben kiter hanto didie untuk follow-up check-up kes neprotic syndrome dia tuuu. Pada u all yang nak tau benda apa neprotic syndrome tu boleh gi ke blog freindster kiter niii http://huwainas.blog.friendster.com/2008/09/111/

Berbalik citer team buliding kiter niii, Actually, kiter memang suka ngan aktiviti lasak camni.... masa belajar dulu pasti kiter tak lepaskan peluang mengikuti aktiviti-aktiviti seperti ini. Tapi..... biler dah bergelar isteri dan ibu.... kiter kena pertimbangkan jugak situasi mereka kat umah. Cam ner ler makan pakai mereka kat umah tuuu...

hopefully sepeninggalan kiter nanti pepandai leerrr ayah dia menjaga bebudak tuuu. Alaaa... bukannyer kali pertama kiter outstation. Dah pernah pun sebelum niiii. Lagik satu heharap umah kiter tak jadik tongkang pecah yeaaa.......

Tuesday, December 2, 2008

My little princess sephia...

Sejak kecik dulu insan yang bernama Nur Irdina Sephia nii begitu suka ngan kaler yellow... tak de unsur-unsur mempengaruhi dia dalam menentukan minatnya... entah dari mana dia minat kaler tuu pun kiter tak tau.

Tapi.... lately minat dia kepada menda-menda yang berkaler kuning niii dah hilang... terkini didie begitu obses ngan "princes". Starting end of October dia dah mula nak berpakaian ala-ala princes... pas mandi... dia pasti akan termenung depan almari dia.. cari baju yang kena citerasa dia hari tuuu

pas tu dah start request macam-macam benda yang berkaitan ngan princess... Naik tebal telinga kitorang dia mintak pas satu.... satuuu. Selagi tak tunaikan... mulut dia tak henti-henti meng"request"


ni cawan princes..... kitorang beli as a serprize masa dia merajuk tak nak gi school dulu....

biler dah ada cawan sure ada pinggan.... so setiap kali makan atau minum dia akan guna set ni... tapi... dia kata set niii tak lengkap lagik sebab tak de sudu & garpu princess


Semalam.... tak henti-henti mulut dia nak CD lak. Ayah dia dah promise dan belikan hari niiii. Tak sempat gi masa lunch hour so lepas ambik bebudak nii dari school kitorang terus ke mines... la niii depa tgh layan cd tuuu.... along pun turut layaannnnnn.... dia lak lebih-lebih nengok CD tuuu.
CD niii ada 3 in 1 (beauty & the beast, snow white & sleeping beauty)
Banyak lagi permintaannya yang kitorang tak sempat dan malas nak kabulkan... seperti, beg sekolah princess, bekas pensel princess, botol air princess, kasut gambo princess, sarung bantal princess, cadar princess, carpet princess, cekak rambut princess, beg duit princess, make-up set princess... arrgghhhhh macam-macam lagik ler..... naik fening kepala kitorang. Tebalkan ajer laaa telinga dengar citer-citer dia tuuu... Yang herannya tak nak lak dia berattitude cam princess.... ni garang yang amat.
Perggghhh... dahsyat betooiii ler my dear little princess niii.

Monday, December 1, 2008

Planing balik raya haji....

Kalau ikut sistem penjadualan yang telah dipersetujui bersama sewaktu mula-mula kawin dulu.... raya korban tahun niii jatuh kat belah asben.... means raya kat Terengganu. Dijangkakan may be raya korban kali niii agak meriah sebab kalau sume anak-menantu balik raya ayah nak buat korban. Tambahan pulak hajat my parents in-law nak buat additional majlis sambut menantu dia yang no 2 tuuu kat Terengganu belum tercapai. So dijangka meriah lerrr kot.

Plan asal.... kiter memang nak sangat balik.... bertolak dari sini lepas subuh 6 Dec (Sabtu) nanti. Balik sini semula petang raya... So tak payah ambik cuti....al-maklum lerrrrr cuti tahunan kiter dah habis setelah ditolak ngan sessi ikut asben gi conference kat Melaka & Bangkok.

Tetiba lak ader team building 4 Dec hingga 6 Dec.... Aiyooooo, teruk betoi planning urusetia nii.... orang nak raya sibuk suruh masuk hutan. So kiter terpaksa buat 2 pilihan:

1. Balik beraya & tarik diri dari team-building (tapi... takut ada effect dengan pengesahan jawatan lak nanti)

2. Join team-building dan terpaksa batal lerrrr planning beraya kat nganu.

So.... tentatively kiter pilih pilihan 1 walau hakikatnya kiter teringin sangat nak balik nganu. Bukan ape.... Raya kali niii merupakan detik yang amat istemewa... besday asben kiter jatuh pada hari tersebut. Lagi punnn kitorang nak celebrate sekali ngan besda lina (23/11), ayah (2/12), b.ngah(7/12), my asben (8/12), mama(9/12) & me(21/12).

Allah itu maha mendengar.... Dia mendengar permintaan kiter.... Tetiba lak masa bukak "cuti on-line" kiter dapati balance cuti kiter ada 10 hari instead of 8 hari sebelum niii. May be ini disebabkan ada pelarasan ngan cuti kiter. Masa nak duduk exam perkhidmatan dulu kiter ada apply cuti 2 hari. Rupa-rupanya kiter entitle cuti tanpa rekod. Tu yang ada pelarasan tuu kot. So setelah ditolak 5 hari untuk ikut asben gi conference kiter ada 2 hari extra.... So ape lagiiiiii.... berbalik ke plan asal kiter laaaa.... Syukur.....

Tapi.... bak kata pepatah, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan. Cuaca laa niii tak menentu. So wait and see lerrr... jadik atau tak balik berya kali niii.....

HePPi BeSday my Mum....


On 25 Novemeber lalu.... besday my mum yang ker 50. Kalau tak silap kiter sume ade kecuali along, kiter dan onie.
"tuuuu yang tengah tunduk tuuuu, Syahrul....penaja kek bagi tahun lepas & tahun ini.... Budak montel yang interfrem kat belakang tuuu adik kiter yang bongsu)

"aikk.... tak der lilin kerrr"

To my mum sori tak dapat balik.... kiter tak dibenarkan off dari sesi induksi. Anyway.... heppi besday, semoga segala impianmu tercapai.... I Luv U mum.......muaaahhhhh



"nyibuk betoii tunangan orang kat tengah-tengah tuuu... cam besday dia lakkkk"
"sesi bukak hadiah... ehemmmm jangan ler masam.... kiter lum bagi lagi hadiah untuk ma... nanti lerrr yeaaa"

P/s: Gambo-gambo in ditaja oleh "De".

dalam proses baik pulih

emmm...
kepada pembaca sume.... jangan fening biler baca blog kiter niii... now kiter tgh dalam kerja-kerja mencarik templete yang kiter raser ok untuk kiter....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails