Tuesday, November 8, 2016

CH

Kalau ikut kiraan hisab… tahun niii turn berchoti dalam negara… And usually kami ni kalau berchotii… kitorang nii type island hunter. But tetiba kali ni kitowang nak ubah angin lak ke tanah tinggi. So untuk itiew… kiter atur strategi… tetiap hari dok citer lamanya tak mkn strawberi…. Eceh… cehhh… ley jer  beli strawberi kat supermarket berhampiran… Tapi kan ke lebih feel makan kat tempat sejuk… next.. menikmati tea yg fresh di ladang tea… hahahah… dengan harapan che abe dondang pahe-pahe laaa kan!!!

Yezzaaa…. Pancingan mok cik Berjaya… End of Sept en asbem dah book penginapan di CH…. Hahahahahaa…  tapi… keroje dia book date and accommodation aje. Lain-lain, terserah pada mok cik nii nak tentukan 

So, Sebelum pergi travel, mok cik niii kena laaa start google beberapa perkara penting macam exit nak ke CH, peta Cameron Highlands, lokasi hotel dan yang paling penting sekali ialah tempat-tempat menarik yang akan jadik pilihan  

MAKLUMAT PERCUTIAN

Tarikh Percutian: 21 Oktober 2016  – 22 Oktober 2016 (2D1N) 
Tempoh percutian yang pendek but memorable.

Hotel Pilihan: Copthorne Hotel. 


PERJALANAN KE CAMERON HIGHLANDS 
Hasil en google… kiter dipahamkan ada beberapa jalan nak ke CH iaitu:

1) Tapah [pengunjung dari selatan, utara atau timur] 

  • Dari Kuala Lumpur ialah 300 km atau 3.5 jam perjalanan melalui lebuhraya PLUS. 
  • Exit Tapah, hanya 60km ke CH, tetapi ingat disitulah cabaran sebenar. Jalan bengkang bengkok, licin dan sempit. Sesapa tak tahan boleh mabuk, walaupun begitu, pengunjung boleh berhenti rehat di Lata Iskandar untuk menikmati kecantikan air terjun sebelum meneruskan perjalanan. 
  • Sebelum sampai Tanah Rata, pengunjung akan sampai dahulu bandar Ringlet. Bila dah sampai situ, baru lega sikit katanya, kerana udara dah mulai sejuk. 


2) Simpang Pulai [untuk pengunjung dari utara] 

  • Laluan ini untuk pengunjung dari utara, susur keluar di Tol Simpang Pulai. 
  • Laluan lebih baik dari laluan Tapah dengan jalan yang cantik, tidak begitu bengkang bengkok. 
  • Lihat papan tanda Kg Raja sepanjang perjalanan dan jangan takut sebab Kg Raja tu Cameron Highlands la!.


3) Gua Musang [dari timur]

Laluan Bertam (di Ringlet) ke Sg Koyan di Pahang untuk pengunjung dari kuantan. 


SENARAI TEMPAT YANG WE OLS LAWATI

Hari Pertama (Sabtu)
Bertolak ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai awal pagi (Kami merancang untuk terus singgah di beberapa tempat yang menarik dalam perjalanan ke hotel).

So lepas Subuh.. kami Vroom to CH. Berhenti bekpas kat highway and ambil exit Simpang Pulai.... Alhamdulillah... ikut exit ni ok sikit bagi kiter... tak de laaa bengkang bengkok sangat.

Dek kerana kami datang dari belakang.... Kami ley jer singgah minum teh di Cameron Valley Tea House @ Kuala Terla. Tea house dia tepi jalan jer... Tapi kami plan nak ke Ladang teh Sg Palas... so, pg tuu tak singgah ler lagi.

1st destination kami di CH adalah..........



Al-Mashoor Strawberries.

Kat sini pokok strawberi nyer tak der laaa hapening sangat.... tapi... sengaja singgah sebab.....



Anak teruna ai niii dah tak sabar nak pekena Strawberi coklat.



Hahhaaa.... satu farm... satu menu aje!! Saja ngada-ngada nak habiskan masa.



Lepak-lepak lebih kurang..... ready to next destination!

Those yang suka bunga... ley singgah pulak kat Cameron Lavender Garden @ Tringkap. So far.. kat sini memang hapening... dari tepi jalan nampak chantek jer bunga lavender yang purple tuu... pengunjung memang ramai giler mas kiter lalu tu...Tiket masuk berharga RM5 seorang.

Tapi kiter tak singgah pun kat situ. Bawak anak-anak niii.. mana nyer mau diorang layan bunga kan? 


So... kami teruskan perjalanan ke ............

Butterfly Farm @ Kea Farm




Si Khaleef yang penakot tuu.. terjerit-jerit bila butterflies terbang dekat dia.


Kakak yg besau gedab pun penakottt!


Butterfilies dia ok laaa... tak banyak but ada laaa

Heppi jer bebudak nii bila ada butterfly hinggap di kepala.

Terjerit-jerit mintak ibu cepat-cepat snap gambo dia ngan butterfly atas kepala


Khaleef jugak lerrr yang terjerit-jerit takut dan mintak keluar dari situ.


Keluar aje dari pintu butterflies... Kat farm ini  gak kami ley tgk animal lain.... cam landak cinonet nii. Selain tuu ada laaa snakes, geiko,  insect, chipmunk, iguana dan macam-macam lagik laaa.

Bila di area binatang dalam cage and glass.. khaleef dah ekcited.



Kat sini gak ada laa small garden... mostly daisy aje! Boley laaa... entry ticket RM7 for adult dan RM5 for kiddos.. Khaleef? Free!



Menapak jap kat kawasan sekitar......... Sebelum meneruskan destinasi berikutnya!



Cuaca tengah hari tuuu not bad... suhu tak sejuk dan tak panas!

Kami meneruskan perjalanan (dengan kereta laaa). Trafik dah mula slow sebab pengunjung dah mula ramai.

Dari kejauhan... kami nampak dah hotel kami... betul-betul dekat ngan pasar kea... Jalan kaki pun boleh... tapi kami tak singgah hotel lagik... kami terus ke Cactus Valley dulu... sebelah Pasar Kea aje!


Beli leee sikit kaktus untuk buat kenangan. Tetiba teringat zaman belajar dolu-doluuu... tersusun pokok kaktus kat tepi tingkap bilik. Beli masa pesta convo UPM. Hurmmm... dah arwah pun semua pokok tuu.. hahahhaa

Si tecik nii... tak de mau dia ikot ibu dia memilih kaktus. Makan eskrim lebih baik buat dia! Tapi... ayah kena teman!

Lepas beli kaktus... baru kitowang check in.


Apartment nya luas....

Dapur pun selesa... tapi kalau nak masak-masak kena bwk peralatan sendiri.. sebab yang disediakan cuma microwave, peti sejuk, kettle dan set cawan dan kopi aje!

Ni master bed room dia..

Ni lak 2nd bedroom dia...

Berehat ala kadar... kami komdiannya meneruskan destinasi berikutnya... iaitu Kea Farm. Kat sini destinasi pilihan untuk membeli sayur dan buah2 segar untuk dibawa pulang. Buah strawberi pun banyak dan murah berbanding beli di Farm. Suggested item tomato cerri yang cumel2 gitiew... sweet sangat rasanya. Kiter ngap macam makan anggur aje! Yumm Yumm... 

Setelah tangan memasing penuh ngan sayur dan buah2 segar... tetiba pewot dah macam berdansa... Wooo dah nak masuk jam 4 ptg ghupernya... So next destination of course laaa cari heavy meal... 

Untuk itiew kami ke tana rata... gi Farm ayah kawan Kimie...

YZ Agro Farm. Tapi time kitorang datang nii tak sempat jumpa dengan owner Farm ni.. Sebab kebetulan hari uu dia turun Pekan.. bawak anak dara dia bermalam di Kuantan. 

Menunya boleh tahan sedapya.. Oleh kerana kami sampai pun dah petang.. menu nasi campur dah habishhh. Tapi kami tak kisah pun... sebab memang tak mau makan nasi. 

Kimie order nasi lemak, Asben order Laksa dan kiter mee kari

Kalau uols singgah kat sini... jgan lupa try homemade scone nii... Super delicious. Strawberi milkshake dia pun sedap... sluppppsss...

oh yea... sila laa cuba juga rasa icecream malaysia strawberi nii... Ada buah strawberi dalam eskrim tuu... 

Burrppsss... sedap. Alhamdulillah.

Dah selesai makan... kami naik semula ke Brincang...

Orang kata... jgn lupa singgah pasar malam Brincang. Tapi bab parking memang problem laa. 

Tetiba ada jer luck kitowang... dapat parking yang dekat tanpa perlu tercari-cari tempat parking.

So... 

jom redah pasar malam lak...

Kat sini lebih kurang situasi di Pasar Kea tadi... ramai giler yang menjual strawberi dengan harga yang murah... bantal dan souvenir pun banyak gak. Tapi bab makanan bermasak pada kiter tak semeriah pasar malam yang pernah kiter singgah. Very de limited choice. 

Memasing yang masih kekenyangan semua pakat tak mau beli apa2 makanan bermasak di sini. Cuma borong a few lagi box buah strawberi and beberapa souvenir lagik. Ye laaa masa kat Pasar Kea... penjual souvenir dia cam sombong sikit. Bila khaleef pegang barang dia... diorang tegur supaya jangan pegang... pada hal kami memang nak belikan barang tersebut untuk khaleef. Bila dah Khaleef kena sound.... Kiter ngan sengaja kuatkan volume berkata...

" Let's go Khaleef.. kita cari kat stall lain yang nak jual barang dia! Yang tak nak jual.. dia bagi tengok aje... tak boleh pegang!" hahahahaaa...  memang tak ler kita nak beli kat gerai2 yang sombong tuuu!

Malam tuu... suhu dah mula sejuk.

"Bang... tolong naikkan suhu aircond! Sejuukkk" ujar kiter

En asben yang tengah asyik layan tv pun bingkas bangun cari remote aircond...

Tergelak sakan kiter bila nampak en asben masih tercarik-carik suiz aircond.

Hahhahaaa... mana ada aircond or kipas dalam apartment tuu... jangan marah aaaa... gurau aje.

Sememangnya suhu memang sejuk malam itiew... tetiba teringat masa kat Bradford uk dulu... suhu mencecah negetip... kebanyakkan masa dihabiskan berada bawah duvet. hahahaha

Dalam kesejukkan itu... anak-anak yang katanya tak mau makan tadik... memasing kata lapar... Adesss... terpaksa laaa  en asben kuar cari meggi cup. Sebab ibu dia tak mau keluar cari makan dah malam tuu!


Khaleef... memang strawberi laaa pilihan dia... lantak pi laa suasana bising ngan volume tv yang tinggi... feel aje dia layan strawberi cokelat dia!

Cukup time... tido and ready for tomorrow punya citer..

Nite........

Wednesday, October 19, 2016

Lc sport day

Citer throwback lagik... Kisah yang berlaku 14 May yang lepas.. sebelum memory ini perlahan-lahan luput dari ingatan... tepek kat sini untuk ingatan di hari mendatang..

Ni program Soort Day LC... time tuuu actually acara sukan bagi anak-anak dah diadakan kat sekolah masing-masing secara tertutup. Sebab Malaysia menghadapi masalah jerebu dan kepanasan melampau pada ketika itu.

So, pada hari tersebut hanya diadakan majlis penyampaian hadiah dan games untuk dan bersama parents sahaja dan dijangka akan habis awal untuk mengelakkan cuaca yang mula menyinga tgh hari nanti.

Seawal jam 7.30 pagi dan bertempat di Presint 9 bandar Putrajaya.... ramai parents dah hadir 


Register dulu before khaleef masuk ke khemah LC Seksyen 8, Bandar Baru Bangi


Sephis terjumpa laak ngan ex-teacher dia.

Khaleef terus dipakaikan mask untuk aktiviti perarakan masuk kontigen nanti

Alala laaa laaa tomei my Cutey Green Apple nih.

Sementara tu... ai tinggalkan my lil son untuk ke kaunter pendaftaran. Nak masuk acara parents  ler kunun

Balik aje ke khemah... tgk khaleef sedang menangis atas pangkuan teacher dia. Nampak ajer kiter.. terus meraung nak cabut dia punya mask

Mssa perarakan kontigen.... jenuh ler ajak dia sama berarak ngan kenkawan dia... hempehhhh... tak mau langsung... ada ler sowang dua kwn dia yang sama mood swing hari tuh!

Lebih rela dia duduk sowang-sowang bawah khemah.


Maka... terpaksalah si ibu sama-sama beratur kat barisan belakang sekali... hehehehe... nampak tak ai dalam kontigen anak-anak LC S.8, BBB?

Pelan-pelan.... kiter berundur tinggalkan dia duduk ngan kenkawan dia. Yang duduk niii semua kenkawan yang mood swing! Hahahhaa!

Tak lama komdian... acara penyampaian pingat... masa tu teacher akan datang kepada peserta one by one...


Bila dah dapat medal... baru ceria mamat sorang tuuu

Next acara untuk patents.... kategori berkumpulan wanita dan berkumpulan lelaki... kiter tak join.
Acara berpasangan dan acara keluarga aje kiter join.

SEmentara tuggu our turn.... layan dulu budak niii main belon

Main bouncing castle dan visit rabbit nii

Untuk acara pasangan... pancing botol dan acara famili.... di mana ai tiup belon... serah pada Khaleef... nxt khaleef akan berlari menuju to ayah yang ada diseberang sana... ayah pecah belon dan lari to ibu sambil dukung khaleef.. Both acara kami dapat tempat... dah al-hamdulillah... ada hadiahnya


Hahahhaaa... heppi giler dia... Hurmm... diharap tahun depan dia boleh participate ler dalam acara yang dijalankan oleh pihak sekolah. Amiin!

Tuesday, October 18, 2016

1 staff 1 pokok

Throwback stori 8 Oct 2016 yang lepas...

Program 1 Staff 1 Pokok...

Demi menjaga kelestraian alam.... kami warga UPM diminta untuk donate seikhlas mungkin untuk membeli pelbagai jenis pokok untuk ditanam disekitar Green Campus kami ini...

And pada 8 hb Oct... kami beramai2 bergotong royong untuk mananan anak-anak pokok yang dibeli dari hasil sumbangan warga kampus.

Kami dibahagikan kepada beberapa zon... dan Pejabat Bursar UPM dapat Zon Golf.


Before acara tanam pokok bermula... sarapan ler dulu kannn. Tapi kiter tak makan pun... sebab dah bekpas kat umah pagi tadik.

Untuk di zon Golf ini... kitorang dipecahkan kepada 6 sub zon. Dek disebabkan ada bawak askar kecik kiter si khaleef tuu... kiter mintak zon yang paling hampir dan pokok yang paling mudah ditanam..

Maka dapat ler kiter Zon 5.
 Setelah selesai sesi briefing.... kami bergambo duluuu...


Next... baru diagihkan peralatan untuk 

Hahahhaa... tengok... rajin tak my son!

Gigih betoi dia menanam pokok bunga kertas niii. Asyik ambik gambo dia.... kiter mintak ler dia pulak ambik gambo ibu...


Ini ler hasil tangkapan si khaleef...


Terpaksa laaa ibu selfie

Dan selfie lagik

Haaaa... ini ler tenaga kerja di zon 5

Dah habish tanam pokok... kami lawat kawasan naik buggy.... hahahahaa.... 5 lagik sub-zon yang lain masih bertungkus lumus menanam pokok... PAling kecian.... zon yang kena tanam pokok pain... berat wooooo

Bersama sebahagian staf dan adik-adik student yang menjayakan program hari ini.

Sebelum bersuraiii... lunch disediakan daannnn...

Yang ni buah matao.... hahahaaa baru tanam tadik... dah berbuah pun dia.... hahahahaa..

Moga kampus hijau ini akan bertambah ceria ngan kepelbagaian tanaman yang ditanam oleh kami warga kampus tempohari...




Monday, October 17, 2016

Visit along agains

Assalamualaikum.....

Hihihii.... saja nak up date stori sikit....
Almost 1 mth kami tak gi lawat kawasan kat Pekan... 

A week before that.... bertalu-talu dapat panggilan dari kimie yang menyatakan... kejap2 kasut sukan koyak kat depan... next.. kasut futsal tercabut tapak... next purse dah koyak menyebabkan kunci loker spare dah hilang.... apa tandanya tuuu????

Hahahhaaa....  Yesterday... al-hamdullillah... kami ke sana agains..

Jam 6pg... gigih ler si ibu menyediakan juadah mini burger and nuggets. ANd singgah kat RR Temerloh... beli nasi lemak untuk Kimie and gangs


Rindu gak lama tak jumpa anak-anak ini.

Wokey... makan time.. 


Tetiba terserempak lak ngan Isma and famili,,,, salah sorang parents kawan baik kimie (Haris)

Dalam dok sibuk kiter berwelfie... Si tecik ni mintak kata "Ibu... ultraman pun nak bergambar" hurmmm... layaaannnnnnnnnn

Next week... kimie dapat balik Bangi...
So, kitorang spend masa kejap aje laaa kali niii.. sebab Sephia ada exam esok hari...

Bye bye Pekan.... expected in two week time kitorang lawat kawasan lagik... hahahhhaaa

Saturday, September 24, 2016

This is my 3rd Little Caliphs Parents Meet.

Assalamualaikum...

Punya lah tak berkesempatan nak tepek something kat sini... hari niii kebetulannya ada time and mood i nak share my fresh stori pg tadi..

My 3rd session bagi Parents Meet.

Before that... recap balik parents meet yang terdahulu. Yg 1st we ols tak dapat datang sebab lawat Kimie kat Pekan.

Yang 2nd session... Ramadhan yg lepas... perghhh.... Khaleef masa tu punya performance sangat slow due to his behaviour yang kuat trantrum dan dia bina gap yang besauuuu dan avoid segala macam benda kat school...  Itu kami dah agak... sebab every morning masa kitorang hantar memang terjerit2 tak mau gi school. Bila session tu teacher dia cerita dan slow talk ngan kitorang... dia tau kot orang tgh cerita tentang dia.

Sejak detik itu.. kitorang tengok attitude dia dah berubah. Dah tak mengamuk dan menagis lagik... heppi and fun gi school dan dah mula suka membaca... Kiter nampak progress dia (pd hemah kiter)... nampak ada improvement.

And today... kiter nak dengar dari perspektif teacher dia lak.

Since ayah dia terpaksa iring student dia gi competition... Kakak dia lak gi tuition kat sekolah... maka, kitorang berdua menapak dan berbasikal gi skul khaleef. 

Perjalanan kami mengambil masa less than 10 minute.. dan taraaa... ngan bangganya Khaleef masuk dalam kawasan sekolah dia ngan basikalnya itiewww...


Assalamualaikum teacherrrr......


Our slot jam 11.00am.. so, tunggu turn maaa.....

Bila tiba turn kami... we all discuss about progress Khaleef... bersama Teacher Atikah dan Teacher Azwa

Kiter diberitahu.. Khaleef mempunyai sikap yang prihatin dan suka membantu rakan-rakan. Kalau ada yang tak kena ngan sahabat dia... nampak sikap caring dia untuk solve masalah kawan-kawan dia.. Nampak agak matured berbanding umurnya... kata teacher.. hahahhaa.... macam sukar nak percaya.. sebab kat umah dia sangat manja terlajak.

Bab pembelajaran lak:
So far al-hamdulillah, Khaleef dah boleh baca suku kata terbuka.. cuma confuse huruf b dan d tuu stilll ada lagik. Next month dia akan belajar suku kata tertutup pulak.

His febret subject is math... dah kenal nombor dan dah mula kena operasi tambah dan simbol

Art and craft... pun ok...

Hafazan.. dah sampai surah al-masad ayt 1 hingga 3... Hafazan dalam solat semua dah pass.. Teacher dia berharap next coming year.. Khaleef blh join terus kelas Bestari to develop his skill untuk jadi tahfiz... Alhamdulillah... syukurnya!!!! 

Overall... Alhamdulillah... semua in track... tak macam sesi yang terdahulu


Wokeh teacher... dah tiba masa kami berundur diri.. Terima kasih kerana tanpa jemu dan berkat kesabaran teacher and team.. my lil son yang dahulunya tercorot dah mula develop hingga menunjukkan progress yang memberangsangkan. Thanks again!


bye-bye! Kami dah nak pulang!

Perjalanan pulang kami....


Before masuk pagar umah... cukai dulu: kayuh basikal keliling padang... Anak oh anak.. Tp ibu tak membantah... rewards as a gud performance and gud behaviour.

 bila ayah dia sampai aje umah... cepat2 dia capai capai report card dan art and craft dia tadi utk show kat ayah dia.


  Ayah... pejam mata... tadah tangan... surprise....  


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails