Kepada mereka-mereka yang tak tahu apa menda gambo di bawah niii... Ni haaa kiter nak bagi tauuu... ini laaa yang dinamakan... Asyura.. For your info.... Asyura niii banyak jenis nya ada yang lembek cam bubur nasi... dan ada yang pejal cam gambo di bawah niii.
Yang pejal lak... pun bermacam-macam jenis... ada yang manis... ada yang berempah pedas dan ada yang berempah manis..... what ever the type.... i like asyura.... i luv asyura... i like it... i like it....
Sebelum kiter bagi tau u ols why kiter sesangatttt meminati Asyura.... kiter nak share sikit sejarah Asyura dari persepektif Islam...
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi kita.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Itu maklumat dari pembacaan kiter laaa.... Tapi.... apa yang kiter dapati cerita turun temurun dari wan dan mak kiter.... Al-kisah kuih Asyura niii terhasil dari kisah Nabi Nuh.... yang terselamat dari banjir besar.... di hari tersebut.... bekalan makanan semuanya dah tinggal saki baki.... so mereka telah bergotong royang memasak campuran kesemua bekalan makanan tersebut sehingga terhasil laaa Asura niii...
Masih kita ingat masa kecik-kecik dulu... sewaktu masyarakat Desa JAya (Jengka) bergotong royong buat bubur Asyura niii... bahan-bahan buat bubur niii dihasilkan dari sedekah masyarakat setempat... ada bawak beras, ada bawak jagung.... daging... kacang... labu... gula... garam... dan macam-macam lagi laaaa... bergotong royong memasaknya.... best sesangat masa tuuu... TApi.... la nii kiter dah tak de join menda-menda tuh..... rindu rasanya...
Setiap kali Awal muharam menjelma.... hati dan perasaan kiter akan digamit rindu... teringin dan naakkkk sesaaangggatttt makan Asyura niii.... Kekadang tuuu kiter akan buat muka tak malu bertanyakan kengkawan ada sesape takkk yang ada stok kuih Asyura nii kat umah... kiter nak sepotong pun jadi laaa.... pernah tuuu kalau menjelang akhir awal muharram kiter tak dapat makan kiter akan menagis.... sedih dan kempunan yang amat sangat... kiter pun tak tau ngape.... yang kiter tahu...
Masa diakhir bulan mak mengandungkan kite, mak teringin sangat nak makan Asyura.... pada 10 Muharram (hari asyura) orang kampung Pulau TAwar Jerantut Pahang bergotong royong buat niii... mak siap kim bahan-bahan untuk disedekahkan dan dimasukkan dalam Asyura tuhh... dan siap pesan... bagi ler dia sikit merasa Asyura tuh sebab dia teringin sesangat sebelum dia bersalin.... Tapi... mak dapat makan ke idak...???? stori tu tergantung.... wan & mak tak habis cerita.... yang pasti pada hari tersebut kita dilahirkan... dan sehingga kini... kiter amat menggilai ASYURA..... ummppphhh..... bestnyer dapat makan. Selalunya pasti air mata kiter bergenangan setiap kali menjamah suapan pertama Asyura di setiap awal tahun bulan Islam... Awal Muharram.... Bulan Asyura.
Berbalik ngan gambo Asyura di atas.... terima kasih yang teramat-amat kepada mama... ayah.... b.ngah... illis dan lina kerna menyediakan dan membawa Asyura tuuu dari Terengganu... Terima kasihh yang teramat sangat.
3 comments:
amboi... makan ajer kerja kakak ku nie... erm.. nasib tak gemar.. so, selamat ler.. kalau tak... SERANGGGGG... hahahahah
tu asyura....yg NASHORA ni pulok....mana mem nak letak...huhuhu...
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
black and white salwar suit
black and white salwar kameez
Post a Comment