Tuesday, January 4, 2011

“Balang Mayonis dan 2 cawan kopi"

Salam 2011 semua...

HA HA HA.... lama bebonar tak meng-hap-date something kat sini. Sori beb... tahap kebizzzzzziiiiaaannn kiter untuk kerja-kerja penutupan akaun 2010 memang Sibuk tahap GABAN. Dalam dok sibuk nak buat keroje close mengclose nii... banyak benda lain ler pulak berlaku in Dec... pergghhh...

Masa tuu laaa kitorang ada International Conference.... Masa nii laaa ada pendaftaran pelajar... Tambahan lagik.... last kami terima dokemen pembayaran sepatutnya 10 Dec... Tetiba... on 20th 4.30ptg.... kami terima berkotak2 dokumen pembayaran untuk kami proses dalam masa 3-4 hari (dokumen tuu tersadai ekoran dari nak mematuhi new govt regulation ttg pembelian buku/jurnal terbitan luar negara).... huuaaaaaa....team kitorg nii cinonet aje!  mana nak jaga kaunter kewangan pelajar... mana nak key in data... mana nak gi meeting... mana nak prepare report... mana nak buat reconciliation.... pendek kata..... tak menang tangan dibueknya. Masa tuu ler dok terpikir... awat ler kiter ada 2 tangan aje.... awat lerrr sehari ada 24 jam jer.... awat lerrr seminggu ada 7 hari jerrr... awat laaaa bln Dec niii ada 31 hari jerrr... Semua pertanyaan bodo kiter tuuuu sememangnya bodo and poyo... huhuhu... tapi, itu laaa haikikatnya! Huhuhuuuuu.... i need more time!!!

Even team kitorang koreje siang malam, 7 hari seminggu.... still x bole nak make it.... maka terpaksala memohon bantuan dari team lain (seksyen dan zon lain) dan juga Al-hamdulilllah... dapat extention time dari unit XXXXX.... Dan perit jerihhhh, stress dan macam-macam lagik tuhhhh Al-hamdulillah... baru aje berlalu... TQVM to my beloved staff.... Kiter amat-amat berbangga dapat team macam u ols.....responsible... energetic...suppotive, teamwork... cool....Pendek kata... Marbelesssss.......Muuuahhhhhhh luv u ols....  Sekalung ucapan terima kasih gak ditujukan kepada Team lain yang sudi membantu.

Dannnnnnn terima kasih yang x terhingga buat En asben yang begitu memahami dan terpaksa bekorban jaga anak2 di malam hari & weekend, bekorban menghantar, menjemput dan menemani kiter utk kerja  x-tra time. juga i'm sorri to my kids.... korang terpaksa menghabiskan cuti sekolah dgn cara begitu dan terima kasih kerana menemani ibu di opis masa weekend dan terima kasih kerana memahami ibu. Agains.... TQVM to all off u... muahhhhhhh................

Hihihiii... Mesti kowang tertanya2 kan??? Teruk sesangat ker minah sowang nih??? Pada pendapat peribadi kiter.... Hurmmm... dah bertahun kiter buat penutupan akaun...kali niii antara yang paling stress.... Sebab... banyak benda yang berlaku serentak... Kiter ulangi SERENTAK... tu yang kesihatan kiter terjejas teruk. My staff lak tak sedar lunch time... miss dinner  coz balik dah terlalu penat dan tidur.... pendek kata sampai lembik longlai depa nak kejar sebelum new year! Hopefully, tahun depan tak lerrr macam nih dahhhh!!!! Amiiinnnn..... So.... pepandai lerr nak interprate darjah kesibukan kitorang huhuhuuuu!!!!!


Eleeehhh... penting sangat ker minah sowang nii??? Kalau dia tak der????

Ermmm..... I niiii... bukan ler orang penting pun dalam penutupan akaun Universiti nii.... tapi kami adalah cebisan kecil yang membantu proses itu.... bayangkan... kalau cebisan-cebisan kecil seperi kami ini tidak bersatu... mampukah ia menjadi segulung kain yang boleh menjadi sepasang busana indah??? Tentu tidak bukan..???? So, sedarlah.... Sekecil mana pun kita... kita tetap boleh menyumbangkan sesuatu... bukan sahaja untuk organisasi kita bekerja... malahan agama... bangsa... dan negara.... Jangan disebabkan kita... cacat seluruh organisasi... oleh itu, sedarlah... ini adalah tanggungjawab.... Galas lah tanggungjawab itu sebaiknya!  So? menjawab soalan diatas.... Penting sangat ker kiter nihh??? hihihi... jawapannya????

a. Penting????

b. Kureng penting????

c. Cehhh!!! X penting pun????

Haaaa.... mana satu pilihan kowang???

C????? Huaaaaaa........ jawapan kowang ada betulnya... Tapi...... Lantak lerr orang nak letak kiter di mana... pada kiter setiap org walaupun sekadar pembancuh kopi/pembersih pejabat... semuanya sama penting... saling memerlukan dan perlu ada teamwork... baru laaa tercapai misi dan visi yang diidamkan.
Pendek kata...... Apa yang penting????? KERJASAMA!!!!!! Kihkihkihhhhhhh!!! Wo woooo.... kiter serius laaaaa... si wonder pet pun tahu makna kerjasama... ni kan pulak kita semua kan! kan! kan!

Ermm... dah kuar new post nihhh.... u ols ingat kiter dah x buzzy ker???? Hahahaaa... errmmm... still banyak benda nak buat.... tapi yang URGENT tuuu dah settle....Al-hamdulillah.....  So bole lerr buat mana yang tak sempat touch tuuu..... dan dah bole mula mengarut kat blog niii...

Berbalik pada Tajuk my entry kali niii....  “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi" Coretan asal bukannya dari kiter... just wanna share one off e-mail yang kiter terima dari Roslina (hasil kerja forward mengforward)... Dah lama dia fwdkan e-mail nii... cuma kiter x sempat nak mendalaminya. BAru niii laaa berkesempatan nak baca.... May be ada yang dah baca.... ada yang belum... what ever di mana kategori kalian... jom kita renungkan:


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab “ya!”. 


Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. 


Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.   


“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda…
Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. 


Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.” 


“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. 

Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. “Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan nampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah “Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini… “ 


Selesai membaca e-mail tersebut.... kiter terkedu.... teringat kiter dihujung tirai 2010..... kiter begitu sibuk hingga x  mengisi ruangan tersebut dengan bola-bola golf. Sesak nafas kerna merasakan ruangan kehidupan ini telah pun penuh diisi. sibuk sangat rasanya... 24 jam yang diberi langsung tidak mencukupi.Tutup mata.... buka mata... ofis-ofis... ofis.... sampai En Asben lebel kan I "Worker Holic" uikksss.... rasanya  kiter x der ler cam 2 sekali kanda oiiiii.......

Celik aje mata pada 01/01/11.... rasa x percaya.... hurmmm sudah tahun baru rupanya! Selamat tinggal 2010.... hurmmm... terkilan rasanya kerna Balang Mayonis sebenarnya masih punyai ruang!!!! Sehubungan dengan itu... Insya-Allah... 2011 akan ku susun ruangan Balang itu agar penuh diisi dengan ertikata yang yang sebenar.... termasuk dengan 2 cawan kopi... So geng layanzzzzz..... jom pekena kopi!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails