Saturday, April 30, 2011

so Cute!!!

Tahun ini dah masuk tahun ke-3 Sephia belajar di Little Caliphs Bandar Baru Bangi.... Rutin biasa... pagi kami hantar dan balik kami jemput. School tu corner lot dan kami lebih suka buat satu pusingan blok, instead off buat u-turn. Biasa laaa... kalau u turn niii kena peka lebih sikit kiri-kanan-depan belakang. Bila pagi, kami rushing... blh bawak agak laju di kawasan perumahan tersebut... Tapi bila petang kena slow sikit coz ramai bebudak yang main beskal....

Suatu petang di bulan Febuary 2011 yang lalu..... spt biasa kami melepasi 8 buah rumah sebelum membelok ke kiri... tetiba kami ternampak seorg budak lelaki berjersi kuning (baju bola team Malaysia) betul2 hampir dilanggar dan melanggari kami (hampir je tau!!! lom sempat debusshhh lagiii). Kami berhenti dan begitu juga budak itu. Nampak budak tu agak cuak dan memandang ke arah kami... tetiba muka yang cuak itu memandang tepat pada Sephia dan terlopong hingga dia dan basikal yang dipegangnya hampir jatuh ke dalam longkang yang besebelahan. Menyedari dia yang hampir jatuh menyebabkan dia melepaskan basikal namun tidak lepas memandang Sephia ngan senyuman yang meleret... Melihat senyuman dan muka budak tuu memandang Sephia membuatkan kami ketawa terbahak2... Cehhhhh.... cam citer dot... dot... dot pandang pertama laa tuu kununnnn....

Sejak detik itu... setiap petang 85% memang kami akan tersermpak dia kat simpang seolah-olah memang sengaja tunggu di situ. Setiap kali kami lalu... matanya pasti tak lepas memandang Sephia menyebabkan kami sering mengusik Sephia hingga menyebabkan Sephia naik hangin.

Suatu petang.. sewaktu pulang dari sekolah...

"Ibu... hari nii kan, "Q" kannnn, dia kannn, kena marah ngan teacher... dia makan lambat-lambat... "Q" tu kan... memang selalu kena marah ngan teacher... dia tuu nakal... sebab tuu kakak memang tak suka dia!" ujar Sephia bersungguh-sungguh.

Tiap kali balik... ader jer stori psl 'Q' kena sound ngan teacher... hihihiiii boleh tahan gak budak nii... Ni boleh dilabelkan Lagenda Budak Setan Versi kanak-kanak le nihhh.

Kitorg ada gak try tanya-tanya kat Sephia, ada tak si "Q" tuu cakap-cakap ngan  dia kat school since diaorg lain2 kelas. Jawapannya "Kalau dia jumpa kakak... dia pandang dan kata...'apa...? apa...? apa...?" Keh keh kehh... itu aje.

Berbalik ngan citer petang-petang... setelah hampir sebulan hanya sekadar menunggu di tepi simpang rumahnya.... dia dah berani follow/kejar kereta kitorang sehingga melepasi simpang rumahnya... bila kami membelok ke kanan... dikejauhan dia melambai tangan ke arah Sephia. Begitulah dia untuk seminggu dua tanpa menyedari bahawa kami memerhati gelagatnya.

Pada suatu hari, sewaktu dia leka mengejar kereta kami.... kami berhenti lama di tepi simpang. Sengaja tak mau membelok ke kanan walaupun jalan clear untuk berbuat demikian. Masa tu, 'Q' yang dari tadi asyik melihat Sephia terpandang ke arah kami.... tersengeh-sengeh dia bila menyedari dirinya terkantoiii... esoknya... kami menjangkakan dia pasti x tak berani mengejar kami lagi.....

Tapi... tanpa kami duga dia masih setia di simpang dan masih follow kami dari jauh... lalu My asben memperlahankan kereta menyebabkan si 'Q' tanpa sengaja terpaksa berhenti betul2 sebelah kami... My asben membuka cermin tingkap dan tepat memandang ke arahnya.  'Q' memberhentikan kayuhannya
dan melontarkan suaranya dengan kuat....

"Assalamualaikum........." mukanya tersengeh pucat sambil jari jemarinya menggenggam erat bajunya... Ceeehhhh berlagak berani toiii budak niiii... Selesai memberi salam... "Q terus kayuh basikalnya meninggalkan kami dan sekali sekala menoleh ke belakang.... Keh keh... kehhh...

Walaupun menyedari diri dah terkantoiiii... saban petang di tetap di tepi simpang... menunggu dan mengejar kami... dan April ini.... nun di padang (melepasi 2/3 blok) dari rumahnya.... dia berada di situ... bila nampak kereta kami... dia pulun kayuh laju2 dan tunggu kami disimpang (tempat biasa). Bila kami melepasi simpang tersebut... dia akan menggunakan short cut untuk merentasi ke padang agar dia boleh lambai Sephia lagik... Alahaaaiiii... so cute!!!!!

Melihat gelagat budak tuuuu... teringat siri tentang bulan.... keh keh keh.... ko nii kan macam dalam filem lerr pulakkk "Q" wooiii... nak jadik menantu Aunty kerrr????

Errmmmm... apalah sebenarnya yang bersarang di hati budak sekecik itu yea!!!! Kelakar bila melihat budak 6 tahun itu yang begitu berani cuba memenangi hati rakan seusianya dengan cara begitu. Perkara ini juga disedari oleh jiran 'Q' hinggakan ada yang menjerit " Wooo.... berani kacau anak dara orang yea!!!!". Tapi jeritan itu langsung tidak melunturkan semangat 'Q' untuk setia disimpang itu sehingga kini.....

Gelagat berani 'Q' menyebabkan kita menjadi rindu, andai tatkala sewaktu pick-up Sephia dia tiada disimpang seperti biasa ekoran dari masalah cuaca atau kesihatannya. "Q" u r so cute!!!! Keh keh keh....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails