Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie


This movie memang sangat-sangat kami nantikan. Yea laaa... sana sini orang dok bercerita keterujaan memasing tuk menontonnya. Dan al-hamdulillah... dikesempatan kami bercuti sempana nak celebrate our 9th anniversary... dapatlah kami menyempurnakan hajat kami tersebut.

Kalau dalam drama... pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Filem ini pula adalah  kesinambungannya.

 Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia. Manakala kehidupan & rumahtangga Adam dan Nur Amina sekali lagi diuji. Mereka masih lagi belum dikurniakan cahayamata serta kesihatan Adam yang meruncingkan.  Percutian mereka ke Jordan telah membawa detik cemas kepada pasangan ini. Pelbagai peristiwa yang berlaku ke atas pasangan ini dan sukar kiter nak sharekan di sini. So, for those yang nak tahu perjalanan keselurahan movie ini, kiter suggest... gi laa tonton.. Besttttt.... 

Usually... bila tonton filem Melayu niii... kiter selalu dah buat conclusion/wrap-up stori before berlabuhnya tirai movie tersebut. Dan selalunya conclusion yang dibuat memag tepat atau hampir2 tepat. TApi... kali niii kiter tewas ngan cara penceritaan Khabir Bahtiar niii... banyak telahan yang kiter buat tersasar.... Caya laaa...

Cuma yang tak berapa nak best... Adam, lakonan Remy Ishak... nampak sikit kaku... Lebih2 lagi sewaktu melakonkan waktu sakit/nazak. Cam drug addict pun ada... hahahaaaa..... LAgik satu... ada sedikit kelemahan pada suntingan yang agak ketara pada penglihatan kiter.... hurmmmmm tapi still bole dimaafkan!

Lagik satu... yang bestnya filem niii... dia banyak bermain ngan emosi... biasalaaaaa Khabir Bahtiar kannn????? Dalam dok tersebak sedih... terselit gelak tawa angkara ci kecil Sara.... Celoteh & nada suara dia tuu yang cummmeeellllllll... Geram toiiiiii ngan molot budak tuh!

Ermm... tuk Nur KAsih De Movie.... Kiter bagik 4.2 popcorn dari 5 popcorn! So, yang lom menonton.... silakan!!






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails