Even syawal dah berlalu, sengaja entri ni kiter muatkan. Just nak up-date stori corat coret syawal 2011.... mana ler tahu tahun depan atau tahun-tahun mendatang kiter dah tak berkesempatan nak menyambutnya lagik.... mana laa tauuu kann... kiter ni kan hanyalah menumpang!
Hurmmm... open house??? Kalau ikutkan tak menang tangan nak memenuhi jemputan.... tapi setelah mengukur perut... masa dan jarak... maka yang mana jemputan tak dapat dipenuhi... ampun dan maaf dipinta. Pada sedara mara especially My Aki Andak dan Wan Cu tercayang... sori berbanyak Syawal kali niii kaki kitowang tak terjejak ke sana. Ermmm.... tak semestinya bulan lain tak boleh singgah kan kan kan???? Nanti kelapangan waktu.... sampai ler kitorang kat area sana dalam seminggu dua nih!
Oh yea.... sebut pasal open house niii... kiter pun nak coret serba sedikit kejadian open house yang berlaku kat teratak kitorang. Sebaik saja pulang dari beraya.... this invitation card kiter siap-siap create sebelum my kepala hotak doh mula sibuk ngan tugas kat opis....
hihihiiii.... yg mahir dan arip dalam bab design mendesign atau yg pi ambik kursus dSign.... jgn ler dok gelak kat my invitation card nih yerkkk... heheheeee.... Yang penting niat kitorg memang tulus mulus dan ikhlas nak jemput uols ke Majlis Tahlil tuk arwah bonda mertuaku.... Hjh Ramlah Binti Tahir yang telah kembali ke rahmatullah dalam Syawal dua tahun lepas. Juga mengadakan majlis kesyukuran yang didecicated khas buat En Asben yang akhirnya berjaya menamatkan studinya dan Insya-Allah naik stage on 3rd Oct niii.... a day before tarikh kami kehilangan mama 2 tahun lepas... Dan bersempena ngan Syawal.... off course diselitkan jamuan Hari Raya.
Kad niii kiter invite melalui facebook (1st batch just selected people/saudara mara terdekat sebab nak book tarikh mereka). Disebabkan masih awal... ada yang tersyasul/confuse date... nak datang a week earlier. So, i decided geng opis dan geng fb yg lain akan diundang pada pertengahan minggu yang dirancang. Tapi dek disebabkan tugas kat opis banyak yang bersifat Ad-Hoc dan urgent... membuatkan kiter lupa... Alalalaaaaa... those yang tak terjemput tu.... Kiter benar-benar mintak maaf.... Insya-Allah... ada rezeki.... next majlis kiter akan jemput.
18 Sept 2011....
Al-hamdulillah mulai jam 11.00am... tetamu ramai yang sampai...
Setelah kata-kata aluan diberi oleh En Asben selaku tuan rumah.......
bacaan Yasin di lead oleh Hj Rusli (berbaju cokelat yang duduk sebelah my Asben)
Uikksss.... baca Yassin yea En Asben... awat leher cam leher angsa tuh?????
wooo..... kesian kat tetamu yang terpaksa dok luar yea.... hurmmm.... sori yea wahai tetamu-tetamuku.... teratak kami tak sebesar mana....
Sebaik sahaja bacaan doa di Aminkan.... Para hadirin dijemput makan apa yang ada.
"Bismillah...."
Khemah yang kami rent dari Surau S.8, BBB, banyak membantu kami
tetamu pompuan baru dapat ambik turn
Lagi gambar tetamu-tetamu yang hadir
Tengs yea kerana sudi datang.... Kepada kengkawan lain yang gambarnya tak sempat kiter capture, sori yea. Ai ni tak der cameraman. Tapi........ Sib baik gak camera ngan kiter... kalau kat tangan En Asben... gamak gayanya....langsung tak der gambo. Camera tuh sure dok betapa dalam poket dia! Hikhikhikkk... jgn mara yea En Asben... kutuk cikiittt jea!!!! HAKIKAT maaaaaaa..........
menjelang jam 2.30 ptg.... tetamu dah tak berapa ramai cam tadik... so, ada time tuk sesi beramah mesra
ni lak famili kak Gie yang ngajar anak kiter Ngaji...
Dan Time Kasih yang tak terhingga wat ayahanda Palahuddin
Bonda Pn NorLily (yg bertudung purple tuh)
Juga special Thanks dedicated to Ayahanda Abd Razak (yg berbaju batik hijau dipenjuru gambo nih).
Tak lupa gak Ucapan terima kasih pada Syahrul yang balik Pahang semata-mata nak bawa famili Pahang tuk hadir Majlis nih. Dan sengaja buat-buat lupa nak ucap terima kasih wat: De & Famili, Onie & Famili dan I-In yang juga dah menggatai nak berfamili... (Hik hik hikk.... kowang mana buleh mara maaaaa.....)
Juga ucapan terima kasih wat adik beradik in-law.... B. Ngah & Famili dan Lina....
Uiksss....bila dedicated ucapan terima kasih ni terasa diri cam artis kat rostrum dok tgh bagik ucapan menang awards laaakkk... keh keh kehhh perasaaannnnnnn!!!!!
Dok sibuks citer pasal tetamu dan ucapan.... apa lak menu raya kitorang??? Hurmmm nak tau ker???? Elehhh kalau korang jawab tak mo tahu pun mesti kowang tahu kiter ni sure gediks nak bagi tau gak kann?????
ni menu yang dicapture setelah batch pertama tetamu dah mula mengundurkan diri... menunya set nasi beriani (nasi + rendang daging + ayam berempah + acar masak + dalca + popedom)& buah...... masak??? nope... just KATERING
Ketupat, kuah kacang, ketupat palas, serunding, rojak buah - hasil dari dapur kitorang
seri muka, talam keladi, bluberry cheese tart-PAKAT ORDER aje
cakes, agar2 and kerepeks-sumbangan dari jiran dan sedara mara
Al-hamdulillah, semuanya settle... tapi dapat gak dipackkan sedikit tuk insan-insan tertentu
Akhir kata.
TQVM
pada sumer yang terlibat dalam menjayakan pembikinan filem ini... samada tengan kerja mahupun penonton yang hadir... hahahahaaaaa
2 comments:
alhamdulillah...impian terlaksana setelah menanti selama 6 tahun untuk mengadakan majlis ini...special thanks to MBW and anak2 kerna tanpa kalian, belum tentu hamba berada seperti ini....tentunya terima kasih yg x terhingga kepada ayah n arwah mama yg sentiasa percaya pada hamba untuk mencapai kejayaan...juga tidak ketinggalan b ngah sefamili dan lina (pasti nie kena habiskan juga Master)...begitu juga keluarga mentua (abah + mak + adik beradik ipar-duai)kerna sokongan kalilan.
huhuhu..MAP itu tetap boleh dibaca dan difahami..hikhik...tu ler..tak menang tangan walaupun katering..asih jemput kami...
Post a Comment