Saturday, December 29, 2012

Penyusuan di tempat awam?????


Salam guys....


Hurmmmm... entri lepas kan... kiter ada stori pasal penyusuan ibu. So, ada macam-macam feedback yg kiter terima. As usual... ada positif dan ada negatif... Yang positif tuuuu thanks ler mok cik ucapkan... tapi yang negetip tuu... huhuhuuuu!!!! Ado yang tanyo... tak malu ker citer pasal BF especially tayang gombo mokcik menyusu di tempat awam!!! 


Ceehh....niiii lerrr masyarakat kiter, still janggal  dengan pemandangan para ibu menyusukan bayi mereka di tempat awam. HIPOKRIT sungguh bila si ibu yang menyusukan dipandang pelik, tapi mereka yang terang-terangan mendedahkan sebahagian payudara mereka atas nama fesyen tidak pula dipandang serong dan dijadikan isu! PELIK! sungguh ANEH!!!!

(gambo ni mok cik cilok kat blog sape pun mok cik dah tak ingat... tapi yg penting dia pun cilok dari blog org lain... hihihiii)



Kalau mok cik dan rakan ibu menyusu mok cik tak menyusukan anak kat tempat awam kat mana lak yang sesuai??? Kat Tandas????




Errkkkk, 'TANDAS'?! Cubalah kowang semua bayangkan, sanggupkah kowang makan

 di dalam tandas? Yerrkk... sesedap mana pun makanan tuuu... tetapi apabila diiringi dengan bau yang tidak menyenangkan dan bunyi yang pelbagai, pasti selera itu terus tertutup dan terbantut. Silap-silap belum pun sempat makanan nak masuk mulut...kita dah termuntah dulu!


Itu belum diambil kira lagi sekiranya tandas awam itu kotor, menjijikkan, dan tidak ada penyelenggaraan. Kalau kowang pun tak lalu nak makan dalam tandas, patutkah si tomeii kita, anugerah yang tidak ternilai itu, disusukan di situ? Ayooo guna akai lerrr sikittttt!!!!



Woooo.... susukan anak kat surau adalah tempat yang terbaik??? Baik tuu memang ler baik!!! Apa citer kalau surau tu kecik, penuh orang dan jauh lak tu???? Sedangkan, si tomei itu sudah menggigil-gigil kelaparan dan mula mendendangkan lagu rock kapak???  Ohh!!!! Alangkah kejamnya mereka yang menafikan hak mereka!



Geli dan jijik sangatkah susu ibu berbanding susu lembu, kambing dan haiwan-haiwan lain??? Sedangkan kami ini manusia dan anak kami minum susu manusia.Hinakah kami yang mahu menyusukan zuriat kami sendiri?Apa yang kami lakukan adalah demi memastikan zuriat kami sentiasa mendapatkan sumber yang terbaik, 100 peratus organik, segera, mudah lagi bersih! Langsung tidak memerlukan proses steril. 




So, kepada geng susu ibu... pedulikkan apa kata mereka!!!! Jangan malu untuk menyusukan anak di public... but, kita kena jaga adab dan tatasusila di khalayak ramai... jangan main taram jerr hingga mencemarkan nama "GENG SUSU IBU" Keh! Keh ! Kehhhh!!! Antara tips yg boley kita lakukan:




1. Baju penyusuan (banyak kedai dah jual baju nii) or pakai baju longgar



2. Penutup penyusuan / shawl / tudung labuh



3. Alatan menggendong bayi (Ring Sling, Pouch, SSC, Mei Tai, Onbuhimo, Wrap, malah versi 'bibik' pun boleh) 



4. Mintak asben cover kat depan or main sorok-sorok belakang stroller baby



5. Bagi baby pegang something masa dia menyusu. So tak der laaa dia menyelak-nyelak pakaian or nursing cover masa menyusu



6. Peka pada baby kiter. Jangan sampai dia dah kelaparan yang amat .... dah start menjerit ngan kuat... baru nak bagi susu. Ini akan menarik perhatian org ramai tengok kat kita.



7. Kalau ada mata yang tengok jer kat kita... apa cer kalau kita main lawan mata ngan dia... sure org tuu  larikan pandangannya ke arah lain dengan serta merta. Kalau tak alih gak mata dia... apa kata kita cocok jer mata dia ngan garfu... baru dia tahu perasaan si Kasim Selamat.. Hahahahaaaaa



Key ler beb!!! Kalau nak tahu tips yang lain... kowang google ler sendiri kat blog orang lain. Yang pandang serong kat aiii tempohari... sila buat press conf.... mintak maap secara terbuka... Keh keh kehhhh... Garang tak mok cik???? 



Dahh..... jumpa lagik kat entri akan datang!!!!



1 comment:

Farha said...

poster tang tunjuk suar kecik 2 pieces tu lagi melampau kot. yang mencabarnya kalao baby jenis dok tepis2 dan singkap2. adoihai lah anak. anak baby kecik x pe. ni yang dah toddler ni, sungguh la buat ibu rasa gelisah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails