Tuesday, October 13, 2009

Cukuplah sekadar mengubat kerinduan.............

Semalam..... kiter betul-betul menghadapi tekanan yang amat sangat.... kiter masih belum dapat menerima hakikat yang mama dah tiada lagi.... terasa cam terpaksa berjumpa ngan kaunselor untuk membantu kita terus mengorak langkah kehidupan ini......

Ya Allah.... sakitnya ujian yang aku lalui ini..... pedih yang amat sangat.... aku memohon ampun dan maaf darimu Ya Allah kerana walaupun di atas tikar sembahyang, aku sentiasa mempersoalkan mengapa kau mengambil mama terlalu awal... dan mengapa berat sungguh ujianmu ke atasku ini. Sesungguhnya aku insan yang lemah..... aku terlalu lemah untuk menerima hakikat ini. Ya Allah... aku memohon kepada-Mu.... Tabahkanlah hati kami semua ini.... kerna aku tahu pasti ada hikmah disebalik kejadian yang telah Engkau tetapkan ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.... Dengan itu aku bersyukur kerana semalam Kau telah pertemukan aku dengan mama walau hanya melalui mimpi.

Mama: Mie, hari tu sampai pukul berapa?(merujuk kpd perjalanan membawa jenazah ke Terengganu)

Kiter: Hampir 5.45pm..... Mama sihat?

Mama: Mie jgan risau... mama kat sini ok. Mama minta maaf kerana selalu ganggu masa tidur Mie.... minta Mie menemankan mama.

Kiter: Mama jangan kata macam tu.... Mie tak kisah... kalau Mie lupa mama ingatkan kami ya!

Mama tersenyum dan tak lama kemudiannya kiter terjaga dari tidur. Kiter terasa tenang kembali..... Walau pun sekadar mimpi..... cukup laaaa bagi mengubat kerinduan yang tak akan bertepi ini....

Buatmu mama.... al-Fatihah............

2 comments:

Anonymous said...

Hear this song untuk mengubat rindu
" You raise me up"- dari filem lion king (you tube). Semoga Allah mencucuri rahmat pada arwah.

Aku ler tuh... said...

Sebaik2nya sedekahkan selalu Al-Fatihah dan ayat2 suci Al-Quran untuk Arwah. Same time dapat memberikan kekuatan dan ketenangan pada kita yg hidup ini. InsyaALLAH, sebaik2nya adalah doa2 dari anak2 dan cucu2 yg soleh dan solehah... Amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails