Cerita asam garam kehidupan kiter masih berkisarkan catatan duka.... kesedihan... kerinduan... dan kehilangan. Kehilangan insan yang kami sayangi....
Di sini ingin kucoretkan sedikit kenangan yang sempat dianyam....kisah antara AKU dan MAMA...
Sebelum diijab-Qabul lagi kami memikirkan dimana harus kami tinggal setelah bergelar suami isteri nanti. Hajat di hati nak stay umah sendiri… tapi… mungkin tidak kerana my hubby expected akan further studi kat oversea. For the mean time… kitorg buat keputusan stay ajer dulu ngan mertua.
Orang kata tak elok duk ngan mak mertua… pelbagai ceramah yang kiter terima dari orang itu… orang nii… menceritakan perkara yang sama…. Tapi… itu semua tidak menjadi penghalang bagi kiter untuk membuat keputusan stay ngan kuarga mertua. Kami cuba dulu…. Mencari mana kebenarannya bagi setiap kata orang.
1st year di umah mertua memang janggal dan kekok yang amat. Especially bila beraksi di dapur. Mama memang terror yang amat bab masak memasak nii… Kiter lak… nak katakan tak pandai langsung memasak nii idak ler pulak coz kat umah sendiri kiter dah biasa menyediakan juadah untuk santapan kuarga. Tapi… nak dijadikan stori… masa kita masak kat umah mertua ni laa nasik lembik laaa… goreng ikan tak masak laaa….. dugaan betul.
Untuk itu kiter tak banyak membantu mama untuk memasak. Just sekadar menyediakan bahan-bahan masakan. So, disebabkan kiter tak masak… kiter kontra lak ngan melakukan kerja-kerja rumah yang lain… Contohnya membasuh pinggan mangguk… mengemas umah… membasuh, menyidai dan melipat kain dan lain-lain yang mampu laaa….
Expenses rumah lak…. Byrn rumah, utilities dan sedikit exp groceries bole dikatakan sume my hubby bayarkan. Masa niii laaa kami nak bantu mengurangkan beban mereka…. Takkan nak duduk free kannn??? For those yang duduk ngan parents cam kitorang… fikir-fikirkan laaaa…. Bayar lerrr sesikit mengikut kemampuan memasing. Sok bila dah ada umah sendiri… agak payah kiter nak hulurkan bantuan. Kalau ada pun mungkin sikit… sekadar dapat menampung perbelanjaan groceries jer.
Berbalik tang citer kiter tadi.... ingatkan stay ngan mertua nii kejap aje... rupanya berlarutan biler my hubby mintak differ study coz keadaan ekonomi agak kurang stabil dan kerajaan tidak mengeluarkan sponsor tahun tersebut. Tapi... still dalam mood nak gi oversea. So, malas nak sewa/beli umah sendiri. Keadaan diri kiter lak makin worst biler kiter disahkan pregnant. Mabuk yang amat sangat... Masa tuu kiter dah tak mampu buat apa2. Untuk kiter mama masak makanan yang ala-ala rebus dan kukus aje.
Sampai tempoh dan waktunyer kiter pun bersalin..... pengalaman pertama melahirkan anak dan ditambah pula berat kimie 3.9kg menyebabkan kiter agak kritikal.... Sesudah bersalin... seluruh anggota badan kita sakit hatta nak menganggkat kaki seinci pun kita tak mampu... nak menggosok gigi dan menyuapkan makanan pun kiter tak mampu. Semua dilakukan melalui bantuan suami, mama, ayah dan adik-adik.
Seminggu lebih kiter berpantang dirumah mertua. Mama menjaga kiter, menjaga kimie dan sebagainya. Ayah pula menyediakan rebusan air mandian kiter. Hati mana tak tersentuh jika melihat kuarga mertua bersusah payah melayan menantunya seperti anaknyer sendiri.
Setelah keadaan kiter makin pulih baru mama benarkan kiter balik Pahang... Itu pun kalau boleh dia nak iring perjalanan pulang kami takut anything hapen berlaku ke atas kiter dan kimie. Berkali-kali berpesan pada my hubby supaya bawak kereta denagn perlahan dan berhati2.
Suasana yang kekok ngan kuarga mertua sudah mula terurai dengan kehadiran kimie. Kimie merupakan penghubung antara kiter dengan mama.... Kiter sudah mula selesa untuk tinggal bersama mertua.
Menurut my hubby, sepanjang ingatnanya... Mama tak pernah meninggikan suara pada anak-anaknya. Mama juga bukan mertua yang sering diperkatakan orang. Dia tidak suka berleter dan tidak suka mencari kesalahan orang. Sebut aje apa kami nak makan apa, sedaya upaya mama akan masak walaupun kami tak minta. Mama tahu... setiap orang dari kami ada makanan kegemaran masing-masing. Pasti dia akan memasaknya. Kiter memang betul-betul comfort tinggal sebumbung dengannya. Sehinggakan bersalinkan didie pun kiter berpantang sepenuhnya di rumah mertua.
Setelah beberapa kali my hubby mohon tangguh studi kat oversea... akhirnya dia membuat keputusan untuk further studi dalam Malaysia ajer. Dan kebetullannya mama berhasrat berpindah ke Terengganu, kami berhasrat untuk membeli rumah serdang dari Ayah.
Walaubagaimanapun.... kami berubah fikiran setelah memikirkan adik beradik. Kami membuat keputusan biarlah rumah diTerengganu diserahkan pada Lina dan rumah di serdang pula diserahkan pada b.ngah. Adik beradik tak ramai. Tak mahu disebabkan harta... kuarga berpecah belah. Dengan itu kami membeli rumah di area Bangi dan berpindah selepas habis berpantang bersalinkan didie.
Walaupun telah berpindah rumah.... kami tetap dapat merasa masakan mama. Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami singgah Serdang, makan bersama atau tapau bawak balik rumah. Hujung minggu pun kami datang..... datang untuk makan dan berbual2.
Sehinggalah mama dapat pindah ke Terengganu. Walaupun berjauhan di mata, kami tetap dekat. Boleh dikatakan selang sehari kami akan berhubung melalui telefon. Pantang ada cuti panjang... kami akan pulang ke sana. Dan mama pulak setiap bulan akan ke KL follow-up penyakitnya yang pelbagai.
Keadaan mama makin teruk apabila disahkan ada Hepetetis C. Mengambil rawatan ala kimotrapi menyebabkan kesihatan mama down yang amat. Sejak mendapatkan rawatan ini... kesihatan mama teruk terjejas... Tapi di depan kami mama tetap mengukir senyuman... melayan kami anak-beranak.... menyediakan juadah untuk kami walau pun sekejap duduk... sekejap terbaring disebelah periuk kuali... dan kesimpulannya beliau memang seorang yang amat tabah.
Banyak kenangan yang kiter coretkan bersama mama........ rindu nak kembali pada saat dan waktu itu. Pemergiannya amat kiter rasai....
Kehilangannya juga teruk dirasai oleh Kimie dan Didie kerna pada mama jugalah tempat kimie dan didie mengadu tatkala sakit demam atau ketika mereka dimarahi oleh kami... Pada mama jugalah bebudak niii demand nak itu dan ini kerna mama seboleh-bolehnya menunaikan impian dan permintaan cucu-cucunya. Bahkan 2 jam terakhir sebelum mama meninggalkan kami... mama sempat memeluk erat memujuk didie yang tengah merajuk dengan ayahnya.
Mama...... Mie tahu mama telah pergi tinggalkan kami.... Mie dapat ingat satu-persatu saat mama nazak hinggalah mama disemadikan di liang lahad. Tapi.... sehingga kini Mie belum dapat menerima hakikat ini. Mie harap ini hanyalah satu mimpi kerna Mie masih memerlukan mama di sisi.... Mie masih dapat rasakan mama masih hidup.... Dah 2 minggu ma.... dah 2 minggu hidup Mie diselubung kesedihan... Mie cuba senyum... ketawa dan cuba meneruskan kehidupan seperti biasa.... tapi dalam hati.... Mie rasa sunyi dan kehilangan....
Disaat Mie down yang amat, Mie cuba bangkit.... menyelami hati dan perasaan ayah…. Kalau Mie yang ditemani suami dan anak-anak terasa terasing dan sunyi…. Bagaimana dengan ayah kan???? Pada siapa dia nak mengadu??? Depan kami ayah terpaksa berlakon menunjukkan ketabahannya. Tapi hakikatnya…. Mie tahu dia memendam kerinduannya. Meneruskan pelayaran kehidupannya bersulamkan kenagan bersama mama…. Tanpa sesiapa disisi.
Bila memikirkan tentang ayah.... sekali lagi hati ini dihimpit kesayuan. Apakan daya Mie, mama….. Nak ajak ayah tinggal dengan kami disini... sudah pasti ayah tak mahu... meninggalkan rumah yang dibina atas titik peluh ayah & mama... rumah yang menyimpan nostalgia akhir ayah dan mama.....
Kalau laaa UPM ada cawangan di Terengganu…. Nak aje kami mintak ditransferkan kat sana. Menamani ayah agar dapat menjalani hari-hari tuanya dengan anak cucu. Tapi apa kan daya.... ia tak mungkin menjadi kenyataan. Kami bukannya mementingkan diri sendiri tetapi kami telah terikat disini. Komitmen kerjaya kami disini. Nak mohon berpindah ke sana terlalu sukar. Benarlah kata oarang... Ibu bapa boleh berkorban menjaga anak-anak yang ramai.... Tapi... anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ayah nan sorang. Ya Allah.... berilah petunjuk dan jalan yang terbaik bagi kami... agar kami tidak tergolong dari mereka itu. Kami benar-benar buntu Ya Allah!!!
Akhir kata bagi catatan kiter kali ini.... Kalau kata orang siksanya hidup dengan mertua... pada kiter tidak... kiter amat bahagia bersama mereka. Kepada reader sekalian. Tak kira laaa mereka tuu sekadar mertua sekali pun, hormatilah mereka dan sayangilah meeka seperti ibu bapa sendiri. Layanilah mereka seperti kuarga sendiri. Janganlah membina tembok antara kita dan dia kerana mereka tidak pernah membina jurang dengan kita bahkan redha menjadikan kiter sebagai pasangan hidup anaknya.
Tapi ini tidak bermakna kita perlu melebihkan kuarga mertua... Kita juga punyai kuarga sendiri. Kita juga perlu menjaga hati dan perasaan kuarga sendiri. Oleh itu... berlakulah adil kepada kedua-dua keluarga. Jagalah hati-hati mereka kerana kita tak tahu berapa lama lagi mereka dapat hidup di muka bumi yang fana ini. Dan ingat.... setiap perbuatan yang kita lakukan samada baik atau sebaliknya pasti mendapat ganjaran dan pembalasan daripada-Nya.
Untukmu mama.... somoga dikau tenang bersemadi di sana...........
2 comments:
Jangan bersedih, karena kesedihan itu akan membuat obat yang diberikan dokter, dijual di apotik, dan diagnosa seorang dokter tidak akan pernah membahagiakan diri Anda. Apalagi bila anda masih menanamkan kesedihan dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri Anda untuk dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semuanya itu akan sia-sia....dari buku "La Tahzan (Jangan Bersedih) Don’t Be Sad" oleh Penulis: Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Mohd Sofwan Amrullah
bersabar ye kak salmi..
jgn terlalu bersedih.. kita mesti teruskan kehidupan kita..
insya-allah, mama tenang di sana..
Post a Comment