Sunday, October 22, 2017

Jom naik MRT

Kisah MRT SBK (Sg Buloh Kajang) ni may be dah basi buat uols... tapi... hari ini... pengalaman pertama buat kami.

Masa pelancaran MRT nii... kiter teringin sangat nak jenjalan ambik pegalaman.. tapi.. time tu, keadaan tak mengizinkan. Lutut En asben tak ok. Aiseyy... lutut aje pun... Pe sal tak boley kan... Nak tauuuu kisahnya lutut dia tu ley uols baca kat SINI.

Hari ni... lps joging (setelah berbulan-bulan my sport shoes tersimpan dek kisah lutut en Asben tadik)... maka kami bersiap2 untuk mulakan acara.



HAnya menapak sikit ke depan rumah... bersebelahan ngan Surau Al Ukhuwah... dalam 10.15 kami terpaksa tunggu another 10 minute apabila kami terlepas bas MRT.


Bila dapat aje naik bas... khaleef yang nampak over excited. Dengan tambang RM2.50 untuk kami berempat (Dewasa RM1, Kanak-kanak bwh 12th RM0.50 dan khaleef free).. kami mulakan aktiviti.

Destinasi pilihan... Bukit Bintang... dengan jadual perjalanannya every 10 minute... ok laa kan!

Train memang kosong dan pelan2 mula dipenuhi manusia...

Sib baik pilih destinasi Bukit Bintang... buhsan gak kami duduk dalam train lama-lama.

Sampai sana.. kami just pusing-pusing Lot10 dan Sg Wang.
Tak ley nak lama2 lama sangat. Kami ni bukannya jenis manusia yang suka hang out kat luar... Rumah (walaupun mcm tongkang pocah) tetap menjadi destinasi kegemaran kami.. hahhahaha...


Lunch dulu kat Sg Wang... kasi alas pewot dulu sebelum pulang. 

Dah kenyang... tunggu train untuk balik ke Kajang.


Majoriti kami saksikan pengguna MRT hari ini sama ngan kami.. menjadikan MRT salah satu elemen percutian ngan famili dan anak-anak. Memasing teruja naik bas dan train. HAhahhaha... yo laa selalunya kereta merupakan kenderaan rasmi kita kan!


Siap boleh menari-nari tiang lak mamat sorang ni.

Minah sorang ni lak.. tak dop kerja lain... sempat tido lagik dia dalam train nii.

Dalam kul 4 kami dah siap landing atas katil dan sofa kat umah... hahahaha... kejap je jenjalan... tapi seonok bangat... 

note:
will repeat again bila kami dah cukup korum nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails