Saturday, November 28, 2009

Kimie dah sunat

Ermm.... kalau ikutkan hati minggu lepas kiter dah up-date entry nih... buat liputan from day to day. Tapi... may be disebabkan hujan & banjir di Terengganu... broadband kiter takde coverage... So baru nii laaa kiter berkesempatan masukkan entry ni.



Seperti yang dirancang berbulan-bulan yang lepas... akhirnya hari yang dinantikan pun tiba. MAjlis berkhatan kimie niii kami buat ala kadar saje. Ini pun bagi memenuhi impian arwah.



Mengimbas kembali 2 jam sebelum mama menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mama begitu excited nak menyambut majlis berkhatan kimie. Masih terngiang-ngiang di telinga ini perancangan dan impian mama ketika itu. Dengan muka dan gayanya yang bersungguh-sungguh... mama yang kekurangan cuti tahunan itu sanggup mengambil cuti seminggu untuk menjaga kimie. Majlis berkhatan pulak... macam-macam dia nak buat. Dia nak masak macam-macam... tapi atas nasihat kitorang... mama bersetuju nak gunakan khidmat caterer aje. Tapi... dia berkeras nak masak 2-3 menu... seperti sambal udang dan desert.


Pas tu mama siap nak buat pelamin... buat pulut kuning... bunga pahar... berarak keliling kampung laaa dan macam macam lagik laaa.... kitorang tak kisah sangat selagi impiannya itu tidak mengganggu kesihatannya sebab mama nak minta bantuan adik beradik dan anak-anak saudaranya. Mama juga nak sekalikan majlis berkhatan kimie dengan kenduri arwah Nenek yang ke 100.



Tapi... kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Mama meninggalkan impiannya itu tanpa sempat dia merasainya. Untuk memenuhi hajat mama... kami sekuarga tetap mengadakan majlis berkhatan kimie berserta dengan kenduri untuk mama yang ke-40 (tapi hari kenduri nii dah terlajak ke hari 48) dan juga kenduri untuk arwah nenek.




20 Nov 2009,

Kami bangun seawal 4.30 pagi setelah dikejutkan oleh kimie yang tetiba badannya bengkak-bengkak seperti terkena ulat bulu dan suhu badannya juga meningkat melebihi 38oC. Buat pengetahuan u ols.... setiap 6 bulan kimie selalunya akan mendapatkan 1 das enjection tahan gatal. Tapi yang merisaukan kiter kali nih ialah dia gatal bersekali dengan demam dan esoknya dia pulak akan bersunat. PAnic menyelubungi diri kiter tetapi sedaya upaya cuba mengcontrol keadaan. Kami bersiap untuk ke air port coz dalam kul 5 lebih syahrul akan menjemput kitorng. Sementara tuuu kiter bagi kimie makan paracetomol & sapukan dulu kimie ngan ubat yang ada dalam simpanan. Kimie juga teruk muntah-muntah.



Tengok ler muka dia yang keputihan disapu losyen /ubat gatal... dia pun terlalu pasif hingga mencemaskan kiter. On the way kitorang ke air-port singgah jap kat Klinik Az-Zahrah... Seperti biasa dia dapat satu das enjection dan ubat demam. Menurut doktor... enjection yang diberi tidak menjadi masaalah if dia nak sunat. Apa yang dibimbangkan demam yang melanda. Sok pagi kimie dinasihatkan tidak diberi ubat demam dan diminta untuk pantau suhu badannya. If dalam kul 12 tgh hari esok badannya still panas... dia dilarang untuk disunatkan.



Sampai kat air-port kimie still muntah2. Kitorang check-in dan dalam kul 7 terus naik flight. Dijangkakan tiba di bumi Terengganu dalam kul 7.50 pagi.


Dalam flight kimie sudah menunjukkan tanda-tanda yang positif dan agak melegakan kiter. Tapi satu lagi perkara yang merunsingkan hati kiter di mana hujan yang lebat melanda Terengganu sejak 2-3 hari lepas. Terlalu lebat sehinggakan sukar kapal terbang untuk mendarat dan berlegar-legar agak lama. Al-hamdulillah... kul 8.10 pagi baru kami selamat mendarat. Terlewat 20 minit dari jadual. Hujan still turun mencurah-curah. Hati kiter dihimpit kerisauan yang amat. Camner laaa majlis/kenduri kesyukuran dan arwah tengah hari ni... Ada ke tetamu yang dapat datang dengan keadaan cuaca cam nii. Tak putus-putus kiter memanjatkan doa agar kesihatan kimie dan keadaan cuaca berubah menjadi baik... at least sepanjang kenduri dilangsungkan.

Sementara menanti waktu tgh hari... kami membuat persiapan/mengemas rumah ala kadar.... nasib baik lerr masak-memasak diserahkan 100% pada perkhidmatan katering. Just siapkan simple doorgift yang nak diberikan pada tetamu.





Tak lama komdian Mak Num (adik mama) datang bawak pulut kuning dan bunga telor. Katanya dia buat dengan k.Mek (anak sedara mama) dan benda nih dia memang dah janji dengan mama dulu. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan. Serba sedikit dapatlah memeriahkan majlis nih.




Menjelang kul 12.30 tgh... dengan keizinnan dari-Nya.... hujan telah berhenti dan dada langit sudah mula menampakkan sinarnya. Dihati ini tidak berhenti-henti memanjatkan kesyukuran pada-Nya kerana memberi ruang dan peluang pada kami untuk meneruskan majlis ini.



Seperti yang dirancang... majlis tahlil dan doa selamat kami adakan selepas solat Jumaat. Dan al-hamdulillah ramai gak tetamu yang dapat hadir


Kami mohon maaf pada tetamu yang terpaksa bertahlil di luar rumah. Tak sangka ramai jugak yang menghadirkan diri.

Sesudah bertahlil... makan time.....

Kimie menyerahkan sendiri doorgift sewaktu tetamu mengundurkan diri...


Setelah tinggal tetamu/saudara mara terdekat baru kami mengadakan sesi bergambar dengan bakal orang yang disunatkan ni.


Kenangan bersama saudara mara


Bersama ayah, ibu dan adik


Bersama ayah, ibu, adik, atuk & Cu lina


ngan adik


ngan adik dan Cu i-in


Selesai sesi bergambar... saudara-mara terdekat berpakat nak bertahlil sekali lagi untuk arwah mama...


Doa dan harapan kami agar arwah tenang bersemadi di sana dan satu dari hajatnya hampir kami penuhi... Mama... kalau mama ada ketika ini sudah pasti mama insan yang paling gembira pada hari ini... Ini lah impian mama yang senantiasa menjadik topik perbincangan kita 2-3 bulan sebelum mama pergi... dan menjadik antara topik perbualan kita yang terakhir pada petang sebelum mama menghembuskan nafas yang terakir.
Walaupun majlis ini berlangsung dengan suasana ala kadar.... kami tetap memanjatkan kesyukuran pada-Mu ya Allah... kerna dengan izin-Mu kesihatan kimie sudah pulih dan cuaca juga begitu. Setelah tamatnya majlis kimie... hujan kembali turun mencurah-curah.
21 November 2009.

Hujan masih belum berhenti... kadangkala lebat dan kadangkala gerimis. Kupohon dari-Mu ya-Allah... izinkan kami menziarahi pusara mama.... dan al-Hamdulillah sekali lagi permintaan kami KAu kabulkan. Hujan berhenti buat seketika dan memberi ruang kepada kami untuk menzirahi pusara mama. Seperti biasa kiriman YASSIN dan doa kami titipkan buatmu.

"Hari ini Kimie nak sunat nenek...." bisik kimie. Hujan dilangit berhenti seketika... tetapi hujan dihati tak dapat ditampung oleh kami semua hinggakan memecahkan benteng airmata yang turun mencurah-curah. TAngisan dan esakkan yang kuat dari Kimie menjadikan suasana semakin pilu.
Ya mama... kami akan tunaikan satu lagi impianmu. Dan kiranya mama masih ada ketika ini tentu mama memeluk erat kimie dan menitipkan kata-kata semangat buatnya. Tapi apakan daya.... Tuhan lebih menyayangimu.

Pulang dari menziarahi pusara mama... kami singgah sebentar menghadiri jemputan walimatulurus sepupu mama... kembali kerumah memberi ruang pada kimie untuk berehat sebelum berkhatan.
Dalam debaran... kimie bersolat zohor terlebih dahulu dan bila jam mencecah pukul 2 pm... kimie dihimpit debaran yang amat... dia mula menunjukkan riak muka yang takut dan cemas.


"Takut..." itulah antara kata-kata yang terkeluar dari mulutnya.Cuba memujuk dan dia akhirnya melangkah masuk ke kereta. Salaku ibunya... kiter cuba mengalih tumpuannya dan memberi kata-kata semangat.



"Camner kimie nak buat bila doktor dah nak potong?" tanya kitorang
"Saya boleh lakukan.... saya boleh lakukan..."jawab kimie sambil melakonkan kembali watak KApten Boleh saluran Astro ceria.

Kimie ceria dan agak confident berceloteh dan terdiam sebaik sahaja tiba di Klinik Razen & Rakan-rakan. Dengan gugup dia melangkah masuk ke dalam klinik. Diberi ubat dan diminta untuk buang air kecil. Tika itu wajah kimie terus berubah... kimie ajak balik dan tak nak bersunat.

Ni baru nak melangkah masuk jumpa doktor... dia dah ajak balik umah. Puas gak 10 orang yang meniringinya memujuknya... Sepanjang dia disunatkan... tak putus-putus mulutnya kata "Sakit..... sakit" walaupun sesudah dibius. dan akhirnya dia berjaya disunatkan. Sebagai upahnya.... dia dapat.......

PSP


Haaaa... dah selamat pun... bila ditanya sakit ke idak... jawapannya tak... kat mulut jer kata sakit dalam hati tak sakit pun... kata kimie ngan berlagaknya.


Ni hari ke-2 kimie. BAru lepas mandi. Nak tengok guane kimie jalan... u ols bole saksikan rakaman yang kiter buat masa gi follow up check-up.




Menjaga kimie semasa sunat memang mencabar keimanan kiter. Dia terlalu takut nak buang air... mandi dan berjalan. Kekadang tuuu kitorang sampai meninggikan suara dengan dia kerana kesabaran yang kian menipis. Kami percaya hanya mama yang boleh menangani Kimie... tapi apakan daya... itu semua takkan berlaku. Mie tak dibekalkan dengan kesabaran yang kau miliki mama.... Mie tak mampu nak memujuk kimie dengan kasih sayang dan kelembutan sepertimu... Sehubungan dengan itu diri ini hanya mampu memanjatkan doa agar kimie mempunyai kekuatan sendiri untuk dia melawan perasaan takutnya. Dan al-hamdulillah kimie dalam proses recover. Rasanya cukup laa dulu catatan kiter kali nii... Catatan yang berikutnya kiter akan masukkan dalam entry yang berikutnya. Dahhh....

Sunday, November 8, 2009

Konvokesyen kimie

Ermm... setalah 2 tahun kimie belajar di Little Caliphs Bandar Baru bangi niii... akhirnya tiba lah hari yang bersejarah buatnya. "Grand Ihtifal Day" diadakan di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang pada 7 Nov 2009. MAjlis yang gilang gemilang ini dibuat hasil gabungan dengan 3 lagi cawangan Little Calpihs ( Sri Serdang, Puncak JAlil dan BAndar Seri Putra).


Gambar dia dengan jubah merah nii diambil akhir bulan 10 tempoh hari. Gambar nii depa dah siap lekat kat Folder sijil. Teringat cerita Kimie masa dia ambik gambar nii (sesi fotografi). Cina yang ambik gambar dia nii kata "Wah! U handsome laaa". Kembang kempis hidung kimie menceritakan kembali pada kitorang. Bila gambar nii siap... Kimie siap kata... "Tengok! Hensom kan!!!!" Muah ha haaa... nak pecah perut kitorang gelak kat dia.

Berbalik cerita majlis ikhtifal nii.... kami bersiap awal pagi tuh.... kerana kekalutan... kiter tak sempat menyediakan sarapan pagi. Ingat nak beli air kotak dan roti cream aje. Biler dibukak balik communacation book bebudak nii... laaa majlis start kul 9 daaa... So kitorang menghabiskan masa ngan singgah kat kedai makan. dalam 8.15 baru kitorang bergerak ke Serdang.



Ni sephia tengah duduk ngan kawan dia Maisara.... Depa berdua nii sebaya... dan abang mereka pun sebaya dan juga bergraduat sama-sama.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh one of parents yang merupakan pensyarah di KUIS dan juga merupakan seorang imam.


Seterusnya bacaan ayat suci al-Quran beserta tejemahannya dibacakan oleh 4 orang graduan yang mewakili 4 buat cawangan. Ermmm kalau tak silap mereka baca surat al-Maidah.


Seterusnya ucapan alauan dan perasmian oleh Founder Little Caliphs... Pn Faridah


Persembahan dimulakan dengan bacaan hafazan al-Quran... (Petikan Surah Al-MAunnah, YAssin, Sajjadah dan satu lagik kiter tak hingat lerrr pulak.) Kimie (barisan depan 2 dari kiri). Kagum kiter mendengan bebudak sekecil ini boleh menghafaz al-Quran.


Pas tuuu persembahan pentomen "The Little Ren Hen". Ermm.. tak ingat lak Little CAliphs Cawangan mana yang buat persembahan nii.


Pas tuuu giliran Sekolah kimie lak... Mereka berlima nih buat persembahan nasyid "Pergi tak kembali". Mungkin nasyid ini amat sesuai dengan kimie... dan dia dapat menghayati bait-bait kata nasyid nii coz neneknya kan baru kembali ke Rahmatullah... Jom kiter zoom mana kimie duduk

Sorri lerr... camera kiter biler di zoom gambo jadi blur lak pulak. Kimie 2 dari kanan. Ada kisah disebalik persembahan nii. Masa dia sibuk praktis nyanyi lagu niii... dia begitu excited dan kata dia yang tukang bagi arahan... 123.. tunduk... 123 start nyanyi.... dia duduk kat tengah-tengah. Tetiba minggu berikutnya dia kata dia dah pindah duduk tepi... Kiter pun gelakkan dia... " Ha! Ha! Ha! mesti suara along pitching lari kannn? So tu yang kena duduk tepi". Tiba-tiba minggu lepas... sewaktu balik sekolah... kimie dengan excitednya bagi tau dia dah duduk kat tengah semula. Nak bagi tau kunun suara dia sedap laaa tuh....
Pas tuu persembahan pentomin.. Tajuknya kiter tak berapa ingat... Ermm... Gadis Kecil apa tah... cerita kisah peperangan kat Palastin tuh... Next penyerahan sroll batch pertama. KAlau tak silap dari Little Caliphs Bandar Sri Putra.

Pas tuu persembahan pentomin dan nyanyian "Bahtera Nuh" dari branch mana satu pun kiter dah lupa laaa... (sori yea... aturcara persembahan kita may be ada yang tunggang terbalik. Kiter nii cam payah nak ingat la pulak... syndrome short term memory lost kot... buku program lak lupa nak bawak balik... lebih kurang laa yea)
Pas tuuu kimie sekali lagik buat persemgahan nyanyian... lagu "Anak soleh". NAmpak tak dia???? depan sekali 5 dari kiri.


Ermm... pas tu persembahan tarian zapin... KAlau tak silap dari cawangan Sri serdang. Kalau silap sori wooo. Seterusnya penyampaian skroll lagi 2 buah branch.


Majlis diteruskan dengan poem "Allah can see from every where". Ini satu-satunya persembahan dari cawangan Bandar Baru BAngi yang kimie tak sertai coz semua participants dia pompuan. Kalau idak... habis kimie bolot... tamak sungguh dia...



nii persembahan apa pun kiter tak ingat lahh...
Dah akhirnya tibalah masa yang kitorang ternanti-nanti...... majlis penyampaian skroll kimie....
Tetiba camcoder kiter kehabisan tape laaa pulak.... Digital camera kiter yang satu tuuu dar tadi dah kehabisan bateri.... tinggal 1 digital camera (camera lama) aje yg masih bole berfungsi. So gambar yang terakhir nii aje yang dapat dicapture dgn blurnya. Ok laaa tuh kannn????

Ni perarakan masuk graduan Little Caliphs dari cawangan Bandar Baru Bangi... Zoom mana kimie???? Nun gambar belakang di depan teacher dia yang berbaju biru.




Lihatlah wajah graduan kecil ini.... gambar kimie naik stage tak dapat dicapture coz my digital camera merakamkan "movie". Ambik using my hp gambarnya tak elok laaa pulak.



Ermm... blur betoi gambo nii kan... gambar diorg baling topi lagi ler blur... Nanti laaa kiter cuba dapatkan koleksi gambar dari jurugambar profesional yang depa dah lantik.



Bergambar kenangan ngan graduan kecik ni... Oh yaaaa yang turut hadir meraikan kimie nii adalah cu Lina dia. Tapi terlupa lakk nak bergambar ngan cu dia nih.



Ni teacher math dan hafazan kimie.



Bergambar ngan folder sijil




isi dalam folder....



meraikan graduan... di mana?????


atas permintaan orang yang diraikan... makan kat Pizaa Hut ajer.....
To my beloved son, semoga dikau berjaya dunia akhirat. To all teacher Little Caliphs BBB, terima kasih kerana berjaya mendidik kimie. He got benefit fr both worlds... Errmm.... tgh pikir mana dia nak sambung study nihh... sebab kalau bole kiter nak sukatan pelajaran yang sama.... cover dunia akhirat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails