Saturday, April 27, 2013

My experience yang boleh jadi Panduan Pelajar Baru di Bradford, UK

Hihihiiii... tajuk entry kiter kali niii formal aje bunyinyer kan??? Macam belagak jer... Cam ler kiter ni President Persatuan Pelajar Malaysia kat Bradford. Keh... keh...keh... Saja jer nak menambah loya tekak reader kiter niii... tu yang sengaja menulih... Tapi kalau korang memang "search" panduan pelajar baru.... may be entry nii ley membantu anda serba sedikit.

Ok... kita start dengan........

Pakaian Panas
From Malaysia, baju sejuk kitorg tak beli bnyk pun, memadai dengan sepersalinan sowang. Cuma long jhon jer 2 set. Kitorg mengamalkan strategi yang kitorg dapat dr internet untuk mengelakkan kesejukan :memakai baju dengan banyak lapis (sekurangnya 3 lapisan) dengan baju luar atau jaket sederhana tebal. Ini akan mengurangkan kehilangan haba dengan lebih baik berbanding memakai sehelai baju tebal.

Baju panas kat sini lebih murah. Nak murah lagik ley cari kat  kedai-kedai "Charity Shop" tak pun kat car boot sale. Tapi, recycle punya pakaian ler. Tapi, jika pandai pilih... yang baru pun ley dapat.

Kasut/boot pun banyak kat sini. Harganya pun reasonable. Cuma... sehingga entri ni dicoret, room slipper yang berbulu tuuu kiter x jumpa. Kalau jumpa pun agak mahal dalam £7.00. Kalau convert tuu RM35 tuuu.. Pada hal kat Malaysia dalam RM10-RM20 jer... Bentuknya pun pelbagai...  So, kalau kowang nak datang sini bawak ler dari Malaysia. Tapi... ini kat Leeds/Bradford laaa.... kat tempat lain tak tahu ler pulak Mok Cik!

Barangan makanan
Kat Bradford tersangat ler ramainya Pakistan yang menyebabkan mok cik kekadang ter'confuis' ni UK ke Pakistan. So, rempah ratus dan beras tak perlu risau. banyak terjual kat sini. Yang perlu bawak:
- ikan bilis /udang kering/ikan masin/belacan(kat UK mahal)
-kerisik (kalau tetiba ter miss nak mkn rendang)
- meggi - bila di perantauan kekadang mengidam tuu lebih teruk dari org preggy
-milo: coco kat sini lain rasanya
-nescafe 3 in 1. Bagi penggemar kopi
-asm keping
- serai (dimayang halus), daun limau purut/pandan dikeringkan. Kalau tak keringkan pun tak pe. Tapi kering dia ringan sikit
- sup bunjut
- perasa pandan (mana ler tau nak wat kuih tradisional melayu bnyk guna paste pandan.

Barang-barang tersebut sebenarnya boleh dapat kat sini termasuk ler kicap kipas udang, tempe dll. Tapi, harganya mahal beb! Kalau dah teringin sgt tuuu beli ler jugak!


Lain-lain barang keperluan yang boleh di bawa

Secara umumnya harga barangan terutama barang bersifat elektrikal adalah lebih mahal di UK oleh kerana adanya VAT (value added tax) yang dikenakan keatas hampir kesemua barangan dan perkhidmatan di UK sebanyak 17.5%.

Kalau suka makan nasi, dinasihatkan untuk bawa rice cooker dari Malaysia. Di UK harganya mahal (kerana demand kurang) dan pilihan yang terhad. Tapi... kiter x bwk pun rice cooker, msk guna periuk biasa pun ok dah.... so far x pernah berkerak pun nasi yg kiter msk... sbb periuk non-stick kot! Kekadang tu masak guna Microwave aje. Sekarang nii aje baru masak guna rice cooker. Ada famili Malaysia yang dah dapat taraf PR bagi. Hihihihiii

Oleh kerana VAT juga, perkakasan komputer adalah lebih murah di Malaysia. Bawalah laptop, thumbdrive, ‘hard disk’, CD/DVD kosong atau apa2 yg relevan dari Malaysia.

Alat tulis pun digalakkan bawa. Kat sini agak mahal.

Perkara yang dibeli disini.
1)Duvet (alaaa... cam comforter /blanket)
- diperlukan untuk tidur dengan selesa.
- Ianya dikelaskan mengikut 'Tog' antara 4.5 untuk diguna semasa musim panas dan 12 untuk kegunaan musim sejuk.
- Makin tinggi tog... makin banyak haba yg boleh diperangkap. kiter beli yang tog 13 terus... hahaha... mls nak tukar2. Kalau panas sok.... x pyh pakai duvet tuuu


2)Periuk belanga
- kat sini boleh dibeli dengan murah, pepandai ler cari starter pack yang biasanya lengkap dengan perlatan memasak asas. Tapi masa kiter rembat tempohari x terbeli lak yg set. Just beli pan saiz 12" dan periuk 14". Yo laaa... masa tu cam terkezut lak... mcm2 nak kena beli. Pendek kata... we start from zero. Fuhhh.... under pressure toi kiter masa tu. Sib baik ada wife Dr.Pian yang capaikann semua benda tu... Kalau idak... tak berasap ler dapur umah kiter seminggu.

3) Makanan
Beras sangat senang nak dapat kat Bradford niii... yo laaa majoriti penduduk bradford adalah Pakistan. Yang banyak beras Basmati.... Hurmmmm... harganya ok laaa... tak der laaa mahal sangat.

Makanan halal pun senang nak dapat... kebanyakan org muslim kat Leeds dan Hudesfiled akan turun ke Brandford tuk cari stok ayam dan daging. Tapi kalau nak stock seafood, org Bradford lak kena turun ke Leeds. Bebudak niii lak suka makan nugget & burger... so pas nii kena wat sendiri ler nugget & daging burger sebab kat Halal mart boleh tahan gak harganya rasanya lak tak kena dengan tekak anak2. Berempah ikut tekak Pakistan.
Biskut/roti dan lain2, tersangat ler payahnya nak cari yang cop halal. So,kitorang beli "suitable for veggie".Orang kata, insya-Allah depa tak masuk benda2 yang berunsurkan haiwan sebab memang ado dikalangan penduduk yang alah dengan haiwan. Pengusaha makanan yang tipu boley kena sue ma!

4) Baju sejuk tambahan
 boleh dibeli di charity shop atau car boot sale. Harganya jauh lebih murah dari membeli baju sejuk di Malaysia.

Rumah sewa
Kebiasaaannya Komuniti Malaysia kat sini sentiasa bersedia untuk menolong mencari rumah atau flat untuk diduduki. Perkara yang perlu diberitahu ialah bilangan ahli keluarga serta umur, keutamaan lokasi – dekat dengan sekolah/hospital, universiti dsb – dan juga bilangan bilik tidur. Boleh juga dimaklumkan kadar sewa yang mampu dibayar mengikut keperluan yang diberikan sebelumnya. Cuma luck tak menyebelahi kitorang sebab masa kitorang nak datang sini... kitorang lom terjumpa dengan Komuniti  Malaysia kat sini.

Secara umumnya rumah yang jauh dari pusat bandar adalah lebih murah sewanya.Terdapat dua jenis rumah yg boleh disewa dan ada ‘pro and cons’ antara keduanya.

Satu ialah rumah yang diuruskan oleh ‘letting agent’. Rumah-rumah ini biasanya dijaga dan disenggara dengan baik. Kontrak sewa juga jelas dan bertulis. Kekurangannya ialah kadangkala agak susah diperolehi oleh orang yang baru pertama kali datang ke UK kerana memerlukan kepada akaun bank tempatan dan juga deposit yang biasanya sebulan sewa + bayaran sewa bulan pertama sekaligus. 

Kedua ialah rumah yang diuruskan secara persendirian (private landlord). Rumah ini lebih mudah diperolehi tetapi kadangkala bermasalah disebabkan kadangkala tiada perjanjian bertulis dan kadangkala susah untuk meminta tuan rumah untuk membaiki kerosakan.

Orang pesan, bila baru masuk rumah baru jangan lupa mengambil bacaan meter bagi elektrik dan gas. Ini adalah untuk tujuan pendaftaran dengan syarikat utiliti dan sebagai sebagai rekod bacaan pertama bil.

Pastu cek defeat atau kerosakan rumah... dari pintu masuk, ruang tamu, dapur, bilik tido, bilik air dan seluruh rumah. Senaraikan apa yg rosak, kalau boleh ambik gambo atau rakam. Bagi kat agent/lanlord untuk depa baiki if kerosakan major. Yg tak major tuu simpan sebagai bukti yang kerosakan tu dah sedia ado. Bukan disebabkan kita. Tak der ler esk masa nak kuar depa claim mcm-mcm!

Tentang rumah ni jugak, bilik air di UK adalah bilik air kering. Ini bermakna lantai bilik air tidak boleh dibasahkan. Kadangkala ada rumah yang bilik airnya siap berkarpet. Struktur lantai rumah adalah daripada kayu dan kalau basah kayu akan reput dan rosak. So, berlatih ler dari Malaysia untuk beristinjak! hahahahaaaa.............. tapi kan lagi bagus berlatih menggunakan bilik air tanpa menumpahkan air ke lantai!!! Try maaaaa.... dah lulus baru ley datang!

Ni lagi satu info yang boleh dijadikan panduan: Oven, fridge dan juga lantai dan pinggan mangkuk yang disediakan oleh tuan rumah tidak perlu disamak walaupun tuan rumah bukan beragama Islam. 

Ini adalah berdasarkan kepada asas hukum fekah yang menjelaskan jatuh hukum itu atas sesuatu yang zahir. Misalnya kalau dalam oven itu kita nampak seketul daging yang memang diragui daging yang haram dimakan maka wajiblah samak tempat yang terletaknya daging tersebut. Kalau setakat bulu binatang diatas lantai (biasanya orang tempatan membela anjing didalam rumah), vakum sahaja adalah memadai kerana bulu anjing jika kering tidak perlu disamak. Pinggan mangkuk tidak perlu disamak berdasarkan kaedah yang sama.

Tapi  cam kiter, pinggan mangkuk depa, kiter tak guna langsung. Beli full set yang baru. Oven pun kiter tak guna. Kiter beli microwave baru. Peti sejuk... hihihi tak beli! kiter guna je yang tuan rumah punya. Rumah pun kiter tak samak. Cer pikir camner kiter nak samak???

Masa kiter datang tgh snow lebat, semua lantai rumah berkarpet. Camner nak basuh... 4-5 bulan lom tentu kering. Bilik air lak... mana ada saluran air keluar dari lantai. Hanya 3 tempat saluran air keluar, dalam toilet bowl, bath tub dan sink. So, Memang tak boleh basuh. Mop aje. Haaa.... ada berani nak samak umah????

Next step, seberapa segera selepas sampai dan dapat rumah, kita perlu melaporkan kepada ‘City Council’ alamat kita dan sejak bila kita duduk disitu. Ini adalah untuk mengemaskini rekod dan mendapatkan pengecualian dari cukai tersebut yang mahal. Kalau pelajar, ‘council tax’ yang dikenakan ke atas setiap rumah tidak perlu dibayar. Tapi, kalau datang as Academic Visitor cam my asben... hurmmm tgh ding dong lagi.... tengok ler camner.. kalau kena bayar mahal bro! £80 per month!

Penggunaan heater lak. Terdapat dua jenis heater yang digunakan iaitu gas dan elektrik. Pastikan belajar cara yang betul menggunakan kedua-dua jenis heater ini sebaik sahaja masuk ke rumah. 

Heater gas:
Pelajari cara untuk set timer, control temperature, control heating dan hot water dan reset heater

Heater elektrik:
pastikan jenis storage heater yang digunakan kerana terdapat banyak variasi

Untuk menjimatkan penggunaan tenaga (bil mahal beb), waktu tidur heater tidak perlu dipasang. Memadai dengan menggunakan duvet. Bed warmer juga tidak perlu sebenarnya. Duvet yang baik berupaya memerangkap haba yang dihasilkan oleh badan untuk tidak kesejukan ketika tidur. Set timer untuk off heater kira-kira setengah jam sebelum tidur dan on semula setengah jam sebelum bangun. 

Telefon/TVPakej bundle lengkap dengan telefon rumah, TV dan internet boleh didapati daripada samada Virginmedia, Skyataupun BT. Harga pakej berubah-ubah mengikut apa yang dilanggan. Kebetulan lak masa kiter datang virginmedia ada wat promosi. Sebulan kita bayar £28 and free installation

Kita boleh menghubungi Malaysia menggunakan handphone dengan kos yang rendah dengan membeli Pay As You Go pack (di Malaysia kita guna istilah prepaid) LEBARA dengan kos £10 = Sim card pack £5 dan reload £5. Panggilan ke Malaysia £0.03 seminit. Talk Home punya pakej lagik murah... £0.01 seminit. Tapi pakej depa nii berubah dari masa ke semasa... cer ler tgk pamplet dulu before beli. Kalau tgh promosi... beli starter pack £5 jer ley dapat call 1000minit... ok tak??? Hihihii.... puas dapat call Malaysia... org kat Malaysia lak tak kena charge pun!!! So ok ler kan????

Tapi... lepas jer kitorang install Virginmedia... kitorang dah tak call dah...Hari-hari kitorang ber Skype dan ber wassap ngan kaurga di Malaysia. Jimat banyak maaa... dapat dgr suara dan tgk rupa lagik!!! Zaman dah canggih beeebbb!!!

Ibadah

Kiblat... hihihi... masa mula kitorang sampai... kitorang baru terhegeh-hegeh belajar cari kiblat guna kompas solat yang diinstall kat handphone. Sekali letak atas lantai tunjuk arah A, dua kali letak, tunjuk arah B pendek kata berbeza arahnya. Google lak panduan guna kompas sejadah pun fening nak set. Barapa darjah???? Lain website lain darjahnya. Bila dah suntuk kitorang tawakaal aje laaa.

Bila dah jumpa masjid baru kitorang confident arah kiblat yang sebenarnya. Hihihihihiii... Kiblat kitorang dulu dah salah laaa... So, panduan tuk kalian... sila belajar cara menggunakan kompass kiblat awal-awal. Kalau guna yang handphone, letak atas tapak tangan dan jauhkan dari sebarang item besi dan magnet.


Waktu solat di UK lak berubah-ubah dengan ketara mengikut musim. Sebagai contoh waktu Magrib masuk kira-kira jam 3.40pm dikemuncak musim sejuk dan masuk kira-kira jam 9.30pm dikemuncak musim panas. 

Kata orang Laman web Islamic finder yang selalu digunakan didapati bermasalah dan waktu solat yang dikeluarkannya telah didapati tidak tepat. Sumber lain untuk mendapatkan waktu solat ialah di moonsighting.com. Nak lagi tepat lay dapatkan jadual waktu solat dari masjid terdekat. 

Kat UK nii ada kemudahan untuk menjamakkan solat semasa musim panas sejuk even tak bermusafir. Kemudahan ini dikelaskan sebagai darurat. Ini kerana jarak waktu solat yang kenkadang terlalu pendek dan juga terlalu sejuk.

Fatwa ini dikeluarkan secara rasmi oleh European Council for Fatwa and Research dan boleh dimuat turun dari website tersebut. 

Wudu' juga boleh menggunakan setokin dimana perlu (kira cam bertayammum ler niii). Sila rujuk dengan ustaz dikawasan sekitar untuk panduan. Tapi... kiter still lagi berwudu' cam biasa walau pun berlaga tempurung lutut menahan sejuk!



NHS (National Health Service)
Kiter tak berani nak share sangat pasal ni. Sebab kiter lom register lagik sebab our VISA (Academic Visitor VISA) may be tak entitle perubatan percuma ni. Hihihihi... lom nak cuba register lagi maa. Bila kiter nak tukar status jadi student baru ler plan nak register. 

Kata senior , setiap ahli keluarga perlu didaftarkan dengan GP (general practitioner). Semasa mendaftar, minta borang HC2 untuk mendapat pengecualian bayaran untuk mendapatkan ubat. Untuk berjumpa dengan doktor, perlu ada temujanji. 

Selepas kita mendaftar dengan GP, kita kena cari farmasi yang berdekatan dengan rumah dan mohon untuk berdaftar untuk skim ‘Minor Ailment Service’ dan kena dapatkan buku panduan cara-cara menggunakan skim ini.



Kereta

Bagi yang mempunyai ahli keluarga, lebih memudahkan jika bergerak menggunakan kereta sendiri berbanding public transport. That's why kitorg cepat2 dapatkan kereta. kereta boleh dibeli dengan harga yang agak murah bagi model yang berusia sekitar 10 tahun. Tapi better cek betoi2 kondisi kereta sebelum angkat. Intai lebih kurang bawah kereta... banyak karat ke idak...dan test drive. Jgn jadik macam kitorang... huhuhuhuuu

Sebelum membeli kereta di UK, pembeli perlu mengetahui tentang anggaran kos yang bakal dikeluarkan iaitu harga kereta, insurans kereta dan kos-kos lain seperti Road Tax dan MOT.


Antara langkah-langkah yang biasanya dilakukan sebelum membeli kereta di Bradford ini ialah

1. Proses carian

2. Proses hubungi dan melihat
• Pastikan dokumen-dokumen yang perlu ada dalam simpanan si penjual seperti geran kereta.

• Dapatkan maklumat MOT dan R/Tax serta dokumen yang berkaitan. Maklumat boleh disahkan dengan memasukkan no pendaftaran di laman web ini http://www.direct.gov.uk/en/Motoring/index.htm

• Periksa enjin dan badan kenderaan (dapatkan nasihat pakar)

3. Beli


Lesen Malaysia hanya boleh diguna pakai selama setahun bermula dengan tarikh sampai di UK.

Insurance.... kadar yang dikenakan berbeza mengikut alamat kita. Kadar tertinggi kat Bradford... sebab ramai Pakistan... tau-tau aje laaa cara pemanduan mereka. 

Jika berkereta di UK, harap jangan memandu seperti di Malaysia. Ini kerana untuk mengelakkan dari orang-orang Malaysia lain di 'target' oleh pihak berkuasa disini. Dapatkan salinan highway code dan pelajari undang-undang jalanraya. Warga UK amnya amat prihatin dengan aspek keselamatan. Mereka tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada polis jika merasakan cara pemanduan anda tidak selamat.

Lagi satu, kanak-kanak kena duduk atas booster dan baby dalam car sit... tak ley nak pangku-pangku atau riba-ribaan... Nak kena saman?????

Lain-lain Keperluan:Dokumen yang diperlukan untuk Urusan membuka akaun bank/pendaftaran dengan GP/pendaftaran di City Council:
- Surat pengesahan daripada universiti
- Dokumen perjanjian rumah
- Bill utiliti yang tertera nama kita
- Pasport Antarabangsa

Urusan pendaftaran Internet/Brodband di rumah
- Akaun bank diperlukan bagi urusan ini. Tapi kalau pandai deal... tak de account lagi pun tak pe. Tapi kalau nak bayar bil tidak melalui akuan kitorng dikenalkan additional 5.00


Urusan pendaftaran lesen TV
- Pendaftaran ini biasanya dilakukan secara on-line di laman web www.tvlicensing.co.uk/
- Akaun bank diperlukan bagi urusan ini. Mulanya kitorang tak bayar pun lesen TV niii... tetiba dapat surat arahan bayar. Depa dapat tau kitorang ada TV dari amazon.com... hihihiii tempohari kitorang kan ada beli tv on-line... KANTOOIIII. Kadar dikenakan £25/bln.


Urusan pendaftaran akaun baru utility (elektrik dan gas)
- Urusan ini memerlukan kita mengenalpasti utility provider terlebih dahulu dan urusan biasanya dijalankan melalui telefon.
(kalau kat Malaysia kita ada TNB dan Syabas jer. Kat sini banyak maaa... kena rajin google ler dulu cari utility provider yg murah)


LAMAN WEB YANG BIASA DIGUNAKAN

Kehidupan di UK banyak bergantung kepada teknologi internet. Internet merupakan medium terbaik untuk mendapatkan barangan yang kita ingini dengan harga termurah berdasarkan sumber kewangan kita yang terhad. 

Shopping on-line niii best gak... kiter ley wat comparison harga before pick masuk cart. Antara laman web yang banyak membantu kiter:

1. Urusan pembelian barangan keperluan/groceries
http://www.tesco.co.uk/
http://www.asda.co.uk/

 
2. Urusan pembelian barangan elektrik
http://www.currys.co.uk/
http://www.argos.co.uk/
http://www.amazon.co.uk/
http://www.comet.co.uk/


Kalau termalas masak atau URGENT need makanan dah siap just call aje kedai2 halal food kat sini. Makanan siap didelivery. Sangat membantu especially bila musim sejuk!


Gitu ler serba sedikit "stater pad" kiter tuliskan based on our experience dan ada gak yang kiter cedok sikit dari blog komuniti area UK yang lain. Tak semua yang ditulis ini boleh 100% diterima pakai dan digunakan. Tapi... boleh ler dijadikan guide dari tak tahu langsung kan! Adiiiooossss......

Saturday, April 13, 2013

Zafira oh zafira

13 Apr 2013

Seawal jam 7.30 pagik kami ke Chesterfield... Buat apa????? Hihihiiii.... ke car boot sale ler beb!!!! Nii antara car boot yang terbesar yang hampir ngan area kami. Perjalanan ke sini mengambil masa bih kurang 1 jam setengah.

Bih kurang kul 9 lebih kami dah tiba. Hurrmm.... still awal lagik niiii. So?????


Alas pewot dulu dengan bekalan yang di bawa.

Kami masuk awal... so per entry tuk dewasa dikenakan £5 free for kanak-kanak. Tapi kalau masuk kul 12 ke atas just £1 tuk dewasa.

Hurmm... kami tak der ler memborong sakan... tapi ada ler dari tak der langsung macam sesi lawatan car boot yang lepas-lepas. Baru pandai membeli laaa katakan. Yea laaa... car boot kat Malaysia lain suasananya... kat sini lain... 90% barang yang dijual adalah recycle item. Kalau pandai cari ley dapat yang baru. Diorg jual balik hadiah yang depa dapat masa Christmas dan sebagainya.

 Suasana kat car boot tak der laaa pulak dapat kiter share ngan kowang kali niiii... lain kali kiter capture gambo yea!!!!!! 

Balik dari car boot.... cerita syahdu beb!!!!!

Our zafira .... huhuhuuuuu...clutchnya dah K.O.... maka terbang ler £230 bagi membolehkan Zafira dan kami berlima naik towing truck dari Chesterfield ke Bradford... 

Kami baru aje dimaklumkan bahawa dinasihatkan jadi membership cam   AA. Jadi towing dan minor recovery is free. Cuma kena bayar membership bih kurang £10 sebulan.


Memandangkan Isnin nanti nak hantar anak ke sekolah yang boleh tahan gak jauhnya... maka.... kami baiki ler jugak Cik Zafira niii... hurmmm towing+service=boleh beli lagi satu Zafira.... huhuhuuu... Ini ler yang dikatakan Pengalaman yang tak boleh dijual beli!!!!!

yang penting kena....

S.A.B.A.R

Thursday, April 11, 2013

Our majlis mkn-mkn yg pertama di Bradford

11 April 2013....

Hari niii untuk pertama kalinya kami wat majlis makan-makan yang pertama di Bradford. Hihihii... majlis yang langsung tiada perancangan. Tup-tup aje on aje majlis niii. Main menu.... Nasi ayam



Ni  bukan Mok Cik Salmi yang masak tau!!!! Chef yang diterbangkan khas dari Malaysia yang masak. Hihihiiii.... ada ke patut... tetamu lak yang memasak kan!!!. Tapi... wa cakap luu...my tetamu niii memang otaiii lerrr... masak main campak-campak aje... kejap jer siap... dan yummy lak tuuu.... huhuhuhu.... nampak gaya nya mok cik kena menuntut lagik niiii.....

Tuk majlis mkn-mkn yang simple niii... kami tak der jemput saper-saper sangat... most of tetamu yang hadir niii mereka memang dah kata nak lawat/ziarah kami sebagai orang baru kat sini. Since mereka kata nak dtg ziarah.. kami set kan ler time agar boleh berkumpul sekali. Tu yang tetiba aje on majlis mkn-mkn yang tak formal niii...


Haaa... awek yang cute-muit yang di apit oleh Sephia dan Kimie tuuu.... Tuuu ler Tini. Orang pertama menghulurkan bantuan kepada kami sewaktu kami mula mendarat kat Bradford niiii. Thank you so much to her! 

Belakang Kimie tu lakk... my special guest yang baru tiba dari Malaysia. Datang bercuti kat Bradford. Beliau dengan Tini niii dah kenal lama.... sebab beliau pernah berada bersama-sama di bumi Bradford nii bertahun-tahun lamanya.



Ni lak Siti & anak2... mereka sekuarga ni ler yang paling banyak membantu kitorg sekuarga kat sini... Memang tersangat-sangat terhutang budi ngan mereka.



Dari kiri: Dr Sopian, En Asben, Ustaz Daud (Leeds) dan Dr Azman (tetamu dari MAlaysia yang dtg bercuti kat sini)


solat dulu... baru makan



k.Midah.... org lama di Leeds...

Terima kasih sudi datang... mohon maaf apa yang terkurang.. Kalau berkelapangan singgah ler lagik yea!!!! Tuk kenkawan lain.... Insya-Allah... kami akan set kan satu tarikh untuk bergather bersama-sama nanti... 

Wednesday, April 10, 2013

Heppi Besday Kimie yg ke 10

10 April 2013... Heppi Besday to my beloved son. Thn niii punya celebration sempoiii punya. Al-maklum lah, kami baru nak mulakan kehidupan di bumi UK. So, sebaik sahaja pulang dari Ikley Moore, My tetamu belikan pizza, sebagai ganti besday cake!

Tak pe nak.... janji ada something dari tak de langsung. Al-hamdulillah.... dia memahami situasi kami... he he heee


Wokeyyy.... bergambo dulu dengan "besday Pizza"




My dearest Hakimie.... moga tahun ini dan tahun mendatang memberikan seribu satu kebahagiaan buatmu. Moga kejayaan dunia akhirat mengiringi kehidupanmu. Ibu dan ayah doakan semua yang terbaik buat mu... Heppi Besday!



Ikley Moore

10 April 2013...

Hari niii... kitorang bawa tetamu dari Malaysia melawat sekitar Bradford... Ehemmmmm.... kitorang bawak???? Hahahahaaa.... pembetulan yea!!! Tetamu kitorang yang bawak kami melawat Bradford... He heheheee...Pelik bin Ajaib kannn?????? Those yg lom tahu.... tetamu kitorang niii pernah bermastautin kat Bradford satu ketika dulu. Niiii kira mereka melancong tuk mengimbas nostalgia lama laaa niii kan! Mereka berdua memang dah khatam ngan selok belok Bradford. Kitorang lak baru terkedek-kedek nak berkenalan ngan Bradford... so, tak heran ler kan tetamu yg bawak kami jenjalan... Heheheheee...

Dr Azman yang drive dan bawa kami turun naik bukit... hurmmmm ke mana yea????? Perlahan-lahan kami meninggalkan area Bradford yang padat dengan warga PAkistan. Melalui bukit bukau dan pemandangan yang tersangat ler British nyer... Wow...classic gituh... Sowi tak tercapture lak gambar sebab mata den dah terpukau dengan keindahan sekitarnya.





Berhenti kejap kat Footpath niii... hurmmm... ini ler suasana selepas winter... layu dan kering. Insya-Allah... Spring nanti pasti menghijau!


Bergambar lagik sebelum meneruskan perjalanan




Smile....


Our special guest.... both of them merupakan my ex-lecturer... both of them is my ferbret lecturer... my idol masa studi dulu-dulu.... tak sangka lak kini kiter ley mengenali mereka dgn lebih rapat dan dapat spent masa bersama-sama begini

Akhirnya... kami sampai ke tempat yang dituju... Ikley Moore... puncak/kawasan tertinggi di Bradford...

apa laiii... jom kita jelajah Ikley Moore..

 


jap... jap... jap.... berhenti bergambar dulu yea!!!!


OK.... jom kita mula.....


Nampak tak batu batan belakang kitorang tuuu... haaaa... kat situ ler kitorang nak pergi. Ni dah separuh dari pendakian.... Pendakian???? Hahahaaa.... mendaki ler sangat kan!!!! Untuk menuju ke batu-batan tuuu tak perlu risau.... ada trek disediakan. Ley naik perlahan-lahan.

 Kalau penat ley rest kat bangku-bangku yang di wakafkan oleh waris-waris si mati??? hahahahaaa.... si mati???? Keh keh kehhh takut ker???? Jangan risau ler.... takde kubur pun kat sini. Ni antara amal jariah yang dibuat oleh waris... kat bangku tu ditulis laaa moga parents mereka mendapat ganjaran/pahala dengan menyediakan tempat duduk kepada yang memerlukan kat sini... gitu ler cerita lebih kurang yea!!!!


Huhhh.... dah sampai kitorang kat batu batan niii...

 

Sejuk nya... mak aaiiiii.... berangin lak tuuuu



Bentuk batu batan yang ini macam ladam kuda.... tapi bila dah closed up ginih... tak nampak ler ladam kudanya.


Besday boi di tahan!!!!


Mana kimie?????


Pemandangan Bradford dari atas. Tak berapa nak jelas sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan.


uiksss... boboizz dah mendaki batu-batan niii


Zoom sikitttttt.....


Zoom lagik dekat.....



Kitorang yg gurglz.... tinggal kat bawah aje laaa....


haaa...... jumpa jln turun tak???


jgn nak terjun ikut gaya depa ni kanda!!!! Depa niii dah pro beb!!!!! Moh kita turun aje laaaa.....hihihiiii


For your info.... kat atas tuuu sejuk bangat sih!!!! Turun aje bawah.... hot choc satuuu!!!!!


Kasi hangat badan dulu... baru ley bergerak pulang!!!! Hurmmmm.... kena cargas pulang sebab En Asben ada appointment ngan pihak Bank tuk buka akaun kat sini.


Gitu ler serba sedikit stori di Ikley Moore... Dalam cuaca yang still berkabus tu... my mini cannon tak dpt nak capture sangat. Yang gambo2 banyak-banyak tuuu mostly kiter dapat dari camera yang dicapture oleh tetamu kiter. Insya-Allah... kami akan datang lagik bila bumi Bradford nii kembali menghijau. Sure masa tuuu pemandangannya lebih cantik berbanding sekarang!





So... Tq to Dr Azman & his Wife, Dr Fauziah atas lawatan yag istemewa ini.
 

Tuesday, April 9, 2013

Kami menerima kunjungan tetamu lagi

09 April 2013

Kurang dari sebulan... kami menerima lagi kunjungan tetamu yang akan bermalam di rumah kami....  katanya petang baru tiba, so kiter tak der laaa masak lagik... Tetiba seawal jam 10 am tetamu dah tiba. Tetamu yang kiter maksudkan ialah Prof Madya Azman Ali dan isteri Prof Madya Fauziah Mahat.

Hurmmm... cian lak kat tetamu kiter tuuu... kiter x siapkan makanan untuk dijamu waktu sejuk-sejuk gini.... yang lebih dahsyat... my tetamu lak yang masak... Kurma kambing. Sedap tuuu.... kiter yang tak makan kambing pun boleh makan bertambah-tambah.

Petang... my tetamu ajak kami ke Leeds... jumpa kenalan lama mereka. Dr Azman yang drive.



Kami heppi sangat dapat berkenalan dengan mereka. Kagum kami dengan pengalaman Ustaz Daud dan Kak Midah sekeluarga.

 Memahami kami baru aje tiba... k.midah tanya apa barang yang kiter lom ada... Hihihiiii naik segan lak kiter. Tapi, Dr Fauziah ler yang jadik org tgh... yea laaa... masa dia msk tgh hari tadik... semuanya serba kekurangan. 

So, macam-macam k.midah beri... Rice cooker, lesung batu, tea set, pinggan mangkuk dan macam-macam lagik lerrr... Dulu... masa gi umah Baini... dah hangkut sikit... niii hangkut lagik...  hihihihii...

Tapi... ini ler adat komuniti Malaysia kat sini. Senior yg pulang selalunya akn tinggalkan brg2 kepada rakan2 yg masih ada untuk diwariskan pada rakan yg baru tiba... sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 yang belum stabil.... 

Sekembalinya dari rumah k.Midah... kiter lega banyak!!!! Haaaa...dari cuma 30% dapur kiter dah 60% furnished. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan!!!! 

Tuesday, April 2, 2013

Menerima Kunjungan Pertama

31 Mac 2013...

Ini merupakan hari ke 14 kami di Bradford dan ini kali pertama kami menerima kunjungan tetamu yang akan bermalam bersama-sama kami. Kerisauan melanda kami... Ngaper risau????  Untuk menyediakan tempat tidur... tak berapa menjadi masalah sangat sebab bilik ada. Yang menjadi kerisauan adalah kelengkapan dan barang2 dapur yg lom complete. Periuk cuma ada satu, pan pun satu, cawan 4 bijik, pinggan 6 bijik dan mangkuk 2 bijik.... hurmmmm camner niii.. Tu belom lagik cerita bahan mentah tuk masak!

Kiter lom tau sangat nak membeli belah kat sini. Semuanya ala-ala darurat gituh... To my tetamu.... kita ber ala-kart aje la ye!

Tetamu yang dimaksudkan adalah adik ipar kita & famili. Depa dtg dari Portmouth UK. naik train dari sana 3 beranak. Kitorg just pick-up kat station keretapi Bradford.

hahahaaa... mulanya susah hati... bila mereka sampai.... semuanya perasaan tu berganti ngan kegumbiraan.... Heppi bila dapat bertemu dan berkongsi cerita ngan kuarga tersayang. Terubat sikit kerinduan kat kuarga di Malaysia!

Untuk makan-makan... mostly banyak delivery service.. masak lak sikit-sikit aje. Ada ke patut... tetamu laak yg masakkan lagsane tuk kami... hihihihiii.... Tapi tak salah kott.... tetamu kitorang niii mmg pakar wat lagsane... yummy gituh!!!!

Percutiannya 4H 3M kat Bradford niii macam tak berapa nak best aje.... Yea laaa... kitorang tak bawa mereka melawat tempat-tempat menarik pun kat sini. Banyak habiskan masa dalam umah jerr... Hihihihii... kitorang pun lum teroka lagi bumi Bradford. Yea laaa.... masa mereka sampai... sajli baru aje mencair. Kitorang pun orang baru kat sini. Tak tahu lagik apa yang ada sekitar sini.

So, satu tempat aje yang kitorang bawak mereka.... "Leister Park". Boleh lerr anak2  &  sepupu mereka main saki baki sajli.

Hurmm... setelah 4 hari spent masa bersama-sama... tiba le masanya mereka pulang... Cedih maaa.... Tapi... tak pe, pas niii kami lak akan ziarah mereka kat sana. Kepada my tetamu... mohon maaf di atas segala kekurangan tuan rumah nii... Hopefully pas kitorang stabil nanti... u ols tak serik untuk ke mari. Insya-Allah... kami akan bawak ronda2 sekitar Bradford dan bandar-bandar yang berhampiran cam Leeds, Manchester, York dan seangkatan dengan nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails