Friday, November 19, 2010

Selamat Eidul Adha

Masih lum terlewat utk kiter mengucapkan Salam Eidul Adha buat sume… Amacam u ols??? Dgr citer ada yang dah kena jumpa doctor… cek kolestrol (manyak makan itu lembu kambing korban). Ada yg kena jumpa dentist…. Gigi gusi dah sakit dok mengunyah daging. Tak kurang juga ada yang makan megi di pagi raya… sbb tak balik kg raya kali ni…. Apa-apa pun… sila panjatkan kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan.




Kiter? I? Me? Ana??? Hihihi… mau share gue punya stori raya kali nih? Erkk…. Gue share bab Lokasi raya dulu yea! Ikut giliran yang dah termaktub dalam kalender Nazrul-Salmi…. Turn kali nii belah my hubby. Since ayah sengsorang kat Nganu… tambahan lak kehangantan proses close mengclose akaun dah bermula… malas nak bercuti lama. Maka kitorang decide bawak ayah beraya kat sini ngan kitorang.





Maka, last month kitorang pun book ler tiket air-asia tuk ayh… Namun ketetapan dari-Nya kitorang mesti pulang ke bumi Nganu…. Tup…tup… dapat tau yg my younger sister ada convocation ILP (area pantai timur buat kat Nganu). Event tuu buat hjg minggu. So, kena laaa ambik chotiiii…. balik nganu! To my anak buah kat opis… sorri yea… I yang decide cuti dibekukan I gak ler yang mencairkannya.




So, menjawab dimana lokasi Raya kali ini…. Vroommmmm.... From Bangi to KT…. yea yea!!!! Balik Kampung... woo ooo oo balik kampung... hati girang... lalalaa




Wokeh… next kuestion…. Menu apa lak di pagi raya….?





Sebelum tutup bekas niii I buka satu per satu…… cuba kowang teka???
Kita lihat saper yang kena????




Main dish…. NAsi beriani… tapi pasangannya lauk nasik minyak daaa… aym msk merah (kegemaran my kids) dan acar. Kitorg start masak jam 5.45 pagik…






Dish berikutnya…. Menu tetap kitorang… ketupat (segera punya) dan kuah kcg






Lemang.... rembatan dari gerai kat teras Jernang... kiter tak buat rendang... so, makan cecah serunding daging aje!




Next penchoci molot: popia & kek batik (done by my sis in law)




Dan Trifle.... kali nii guna swiss roll pandan.. ermmm cam sedap perisa yang kiter buat seblm nih lagik... TApi alang-alang dah siap... ngaapppp kan aje!
Next… citer psl aktibiti seharian lak… Hurm…. Pas masak… aktibiti I makan… tgk tv… and makan… Pendek kata… Stay kat umh aje. Ingat nak join aktiviti penduduk Syeksyen 8 (buat korban dan masak2). Tapi my dotter tak sihat… demam dia still tinggi. So duduk lumah aje looo… My hubby lak… pas solat raya… sampai MAgrib… berkampung dia kat situ. Balik kejap-kejap aje… tuk mandi (sebab badan pun dah bau lembu)… solat… teman I lunch dan tolong pecah umah sebelah. Pas tuu continue balik aktibiti ngan penduduk s.8,BBB.

Errrmmm... Wokeh dulu laaa catatan gue kali ini… I end my stori ngan gambar raya dari model-model terkenal nihhh… (model yg terkenal kat blog ini aje! Heh heh hehhh jgn mara aaaaaa) . Tapi sebelum tuhhhh... meh tgk gambar niiiii



Ni kimi sebelum kuar solat raya… cuba perati betoi-betoi… apa ada kat sampin dia???




Uikksss power rangers… wat pe letak situ kimi oiii…!!!! Nak tau dia jawab apa…??? Ni keris laa buuu… mcm org kawin biasa pakai…. Huaaa….. itu pedang power rangers… bukannya keris…. Huhuhuuu





Next, gambar famili... busana lama tapi gambar baru niiii.... Sephia tetap memberikan aksinya... walhal... demam hari ke-3 tuuuu


Lastly, SALAM AIDIL ADHA

Monday, November 15, 2010

Trifle

This entri i dedicated kat Pn Junaida.... Katanya nak buat masa Raya Haji nanti...

Resepi asal kiter dapat dari Pn Yusna... masa open opis dia Aidilfitri tempohari. Pas tuu kiter try ler dalam Syawal tu gak.. Tapi... terlebih kaler ijau ler pulak permukaan trifel niii. Ambik gak gambo, tapi tak der lerr nak publish sebab rupanya tak comei lagik. Ingat bila buat sekali lagik dan dah tomei ghupernya... baru ler nak publish and share ngan u ols... Since my preind dah nak resepinya... maka i muatkan lerr model I yg x tomei tu kat sini....




BAHAN-BAHANNYA

1. Swiss roll cake... (perisa terpulang pada u ols... utk yg nii i guna perisa vanilla orange...)
2. 1 tin kecil buahan campuran
3. 4 sudu bsr tepung kastad
4. 1 tin susu cair
5. 1/cawan air
6. 2-4 sudu besar gula
7. Jelli (dan bahan2 buat jelly)


CARA MEMBUATNYA

1. Potong kek setebal 1 inci/kurang sikit dan susun dalam bekas. KAlau bole letak dalam bekas kaca... kasi nampak itu kecantikan dalaman trifel nih... keh keh kehhh

2. Tuang kan air buah-buah dari tin tadik... air dia aje tauuuuu!!!! Pastu ketepikan seketika.

3. MAsukkan tepung custard, susu cair, air dan gula... kacau sebati baru hidupkan api (api kecil aje tau) Kacau hingga likat dan tutup api

4. Tuang puding tersebut dalam mangkuk yang dah disusun kek tadi... dan komdian taburkan mix fruits tadik. Pas tuu ketepikan...

5. Buat jelly ikut arahan seperti yang ada pada belakang paket jelly... Pas tu... tuang atas mangkuk trifell tadik (Kalau jelly kowang jenis clear... masukkan pewarna... make sure kowang masuk sikit aje pewarna... kasi trifell ni naik serinya... Kalau terlebih warnanya... jadik lerr cam kiter buat nii...)



Dah siap... tunggu sejuk sikit... baru masuk peti sejuk...



Dah sedia dipotong.....

Wednesday, November 10, 2010

Sharing.... is?????

Haaaa.... Sila sambung Title entry I kali nih..... Sume tahun kan.... Sharing is Caring.... So, today I nak caring uols tau... psl 1 e-mail yg i terima.... may be ada yg dah baca.... for those yang lom baca....bole baca... yang dah... terpulang... nak baca bole tak baca pun bole...

I don't now... the originality of the e-mail/penulisnya... sbb I terima dari hasil kerja forward meng fowards... so tak dpt nak bagi credit pada penulis asal... Kesahihan cerita nii cam bole disapport.. Coz my friend yang dah masuk kat sini banyak citer benda yang sama... Depa kata, kalau iman x kuat, jgn sesekali nak try test tanya menanya... sure akan terjerat... Kesudahannya... muka cam gitu gak... gitu gak ngan pusat2 menguruskan badan... citernya bih kurang sama...

Ape storinya.... silakan baca:

Untuk dikongsi bersama…



New York Skin Solutions (NYSS)
D nak bercerita tentang pusat kecantikan NYSS. D mula join NYSS dalam tahun 2007. Masa tu D terpengaruh dengan rancangan kecantikan(Chinese version) kelolaan NYSS di NTV7 sebelum pakar kecantikan di TV3.

D buat first trail dan memang first trial percuma tapi sebelum masuk dia scan kulit kita…lepas tu dia buat rawatan…memang best…first class punya layanan kemudian lepas habis dia minta kita tunggu kat bilik kaunseling. Masa nie dia scan lagi…dah tentu Nampak perbezaan kan sbb dah cuci muka…so diapun cerita dan buat kita excited dengar. Dia bagitau problem kita dan cadangkan rawatan. Dia kata memang lepas buat 5 kali rawatan…kita akan nampak perubahan. Masa tu D mintak nak balik fikir dulu sebelum buat keputusan bukan murah beb dekat RM9000 untuk 20 session. Masa nie 2 orang consultant akan masuk…so jadi 3 orang. Mereka akan pujuk kita supaya terima…mereka reduce harga package. D confiden sapa2 pun bila di asak bertalu2 oleh 3 orang dan takut2kan kita dengan problem kulit kita maka kita akhirnya akan bersetujukan lainlah yang kuat semangat. Setelah hampir lebih 2 jam di asak bertalu2 dalam bilik tu akhirnya D ambik package dengan collegen treatment berharga RM6800 utk 20 session. Bab pujuk memujuk nie memang consultant di New York Skin Solutions hebat. They are very persuasive.

So D mulalah susun tarikh rawatan. My first consultant adalah Yuki. Masa rawatan pertama dia mintak D tukar all my cleasing produk guna New York punya brand. So D pun tukarlah habis lebih RM300 utk clenser, toner dan moisturizer.

Sessi ke 2 dia mula promote collegen drink. Dia kata kalau nak lebih cepat berkesan baik ambik collegen drink nie. So habis lah RM2100 kat sini. Setiap kali rawatan dia akan promote kita supaya up gradekan package. “kalau u tak buat nie…lambat sikit nak ok, kalau u buat nie lebih elok, kalau u guna produk nie rawatan u lebih berkesan” itulah kata2 pujukan dari mereka. Habis package yg dicadangkan pada awal tu tak bagus lah rupanya.

Masuk rawatan ke 6, Yuki ditukarkan ke Subang Jaya so gantilah dengan Angel Too. Kalau Yuki dulu dia faham bahasa sikit. Kalau kita tak nak dia tak paksa….Angel nie lagi teruk. Disebabkan dia supervisor kat NY the Curve maka dia perlu mantainkan dia punya monthly sales. Sistem NY adalah seperti berikut setiap consultant harus promote produk NY semaa rawatan dan sesiapa dapat jualan tertinggi akan dapat reward. So mereka nie akan berusaha untuk kenakan pelanggan.

Betina nie tak faham bahasa….masa mula2 buat rawatan dia akan berbual dengan kita…tanya macam2. So kita ingat dia mesralah tapi mereka nie dah dilatih untuk bertanya soalan bagi melihat kewangan pelanggan. Masa rawatan dibawah Angel, D terkena hampir RM4500 termasuk produk dan up grade package. Kind a scared to come out from facial room after each facial treatment sometimes. Scared to get consult ~~BUY....BUY....BUY or asked to top up facial courses. This situation allways make me stressed. Now.... almost RM12,000 just gone like that.

Tentu nak tahu apa hasilnya kan. Masalah pore tak hilang tetap kelihatan wp sekarang dah masuk 25 kali rawatan. Masalah shagging tetap kelihatan, tiada perubahan. Ingat D ada beli collegen drink sampai habis 20 paket D minum tetap tak nampak kesan. Itu belum masuk produk harian, setiap 3 bulan kena beli sbb isi kandungan botolnya sikit je wp ditulis 50gm. Tak sampai 2 bulan cleanser habis. masalah skin oily masih macam dulu cuma kulit nampak lebih lembut sbb dah buat rawatan memanglah.

My fren (kerja sama mcm D tapi cawangan lain) terkejut bila dia tengok beg biru NY ketika kami sama-sama menginap di hotel masa kursus. Dia adalah Chinese girls, dia kata macammana D boleh guna produk PENIPU. Dia pun bercerita, owner NY adalah dari Singapura. NY claim bahawa barangan mereka diimport tapi sebenarnya produk tersebut dari kilang di Seremban malah kawan D pernah pergi ke kilang tersebut dan owner kilang tu tak tahupun bahawa NY guna produk mereka. Mereka beli dengan harga yang murah dan dibawa ke Singapura untuk packing dan claim import. Harga markup lebih dari 500%. Kawan D ini handle kes NY sbb tu dia tahu detail about NY tapi D tak boleh cerita detail sbb kerahsiaan.

Masa D dengar…D rasa macam nak pengsan. Lepas tu D berkeras tak beli apa2 produk dari NY lagi akibatnya Angel Too tak buat rawatan untuk D sebaliknya dia suruh pelatih baru yg buat rawatan. D dah tak peduli lagi yg penting D nak habis cepat2 rawatan tersebut sbb dah bayar beb rawatan yang dia buat macam lepas batuk ditangga aje....pakaikan kita mask dan biarkan hampir 45 minit dan bila time rawatan tak sampai 15 minit pun. masa kita lama habis kat mask. D pernah dibiarkan selama sejam di bawah cold steam sampai ada bentuk ais beku kat hidung sbb terlalu sejuk. kejadian nie berlaku selepas D tolak untuk up grade package.

So anda diluar sana…..kalau tak de duit lebih jangan masuk kat tempat nie. Mereka adalah lintah yang tengah tunggu untuk hisap darah anda. Mereka nie kering hati dalam bab2 menipu.

Jika anda lihat rancangan pakar kecantikan di TV3, setiap peserta didalam rancangan tu dapat ganjaran RM3500(dlm bentuk package rawatan) dan produk. D juga pernah ditawarkan untuk masuk dalam rancangan tu tapi D tolak. So tepuk dada tanyalah selera.

When de tooth fairy give her money......

U ols ingat lagik tak entri I pasal My little Sephia visit dentist???? Kalau lom baca stori tuh... bole klik kat sini. This stori lak sambungan dari cerita tersebut.

Malam lepas jumpa dentist tuuu... Kimie yang over excited... ajar adik dia supaya letak giginya bawah bantal.... Coz of her tooth begitu kecil & tiny.... kiter suggest dia letak dalam sarung bantal... So, dia pun buat laaa...

Early in de morning, before dia wake-up... I changed giginya ngan duit.... Masa aktibiti tukar menukar dibuat... Sephia tersedar dari tidur lalu menangis dan merajuk ngan I. Why?????

Dia menyangkakan bahawa ibunya ada niat buruk... nak ambik duit dia..."Ibu berdosa ambik duit kakak.... Nanti pari-pari marah ibu.... Kalau ibu nak duit... letak ler gigi ibu bawah bantal... nanti pari-pari bagi lerr duit kat ibu!" ujarnya dalam tangisan. Pagi tuh... payah toi nak pujuk dia gi mandi.... Sakan memeluk bantal dia....


Nampak cam dia ni kedekut.... tapi.. idak rupa-rupanya....


Last 2 weeks, dia ajak makan KFC dan dia belanja... ngan duit hasil dari giginya. Keh keh keh.....


Sampai kat kaunter.... we all oder apa nak makan.... bila casheir tu sebut berapa kena bayar... terkial-kial dia kuarkan duit dari purse dia... Tak tahu nak kuar berapa... So, ayah pun tolong.... Cian punya pasal kat anak... ayh dia just kuarkan RM5.00 dari purse Sephia dan top-up for the balance... Kuar lerr duit RM50.00.




Biler casheir pulangkan balance, Sephia ambik sekeping not RM10 masuk dlm purse dia dan balance bagi kat ayah dia... Hambik kauuu... terpinga-pinga mamat tuh.... Caya laa dik.... kuar RM5 ... dapat balace RM10.00 kalau cam niii ibu nak tiru... keh keh keh....

"Tu duit ayah laaa kakak!"Sang ayah mintak balik RM10....

Sang anak menjawab... "Ni kakak yang belanja... duit pari-pari bagi... Ayah mintak laaa kat pari-pari... ni gigi kakak!"... dia beranggapan bahawa balance tuu adalah dari duit dia!

Hahahaaa... terdiam sang ayah hinggalah sampai di rumah. Sang ayah memerlukan RM10 tuu sebab nak duit kecik-tuk refund balance RM10 kat jiran kitorang (jiran bayar duit guard RM40 tapi bagi note RM50).

Akhirnya... ibu bagi jalan penyelesaian... "Amacam kalau ayah bagi kakak 2 keping duit... kakak bagi ayah 1keping duit... alaaa.... duit tadik..."

"Mana duitnya?" ty Sepiha

Lantas kiter mintak ayah dia kuarkan note RM1 sebanyak 2 keping sebagai pertukaran

"Okeh...." Akhirnya Sephia bersetuju.... Ermmm... sib baik anak masih belum memahami erti NILAI so just melihat kepada kuantiti... Kalau Ibu dia....???? Tak bole kelentong yea kanda!!!!!

Moral off the stori.... kowang buat ler kesimpulannya sendiri.

Cuma kiter nak sharekan something!

Patut atau tak membiarkan anak-anak percaya pada Tooth Fairy nih???? Teringat lak kat sorang anak member berusia 7 yrs old masa datang beraya dulu... I open session bercerita ngan bebudak nih... psl stori nii laaa... nak tau dia jawab apa?

"As a muslim... we supposely X believe that things! It's not real & never happen!Anything comes from Allah" It's right.... So, Salah kah kiter buat nih? When i asked back Sephia... She knows that rezeki (duit giginya tuu laaa) itu datang dari Allah... cuma dihantar melalui sang pari-pari...

Masa kiter kicik-kecik dulu... pun selalu dibayangi cerita-cerita dongeng ini... baik Cenderella... snow white... mahsuri... jula juli.... aladdin... dan macam-macam lagik laaa... Kanak-kanak selalu dan pasti berimaginasi seperti ini... Gurlz ngan ceritanya tersendiri boiz gak begitu... Tetapi... bila kanak-kanak itu meningkat dewasa.... dengan sendirinya dia boleh membezakan yang mana itu realiti dan mana itu fantasi....

I tanya balik soalan tadik... salah ker apa yang I buat nih???? Ermmm... niat kiter saja-saja jer... create something yang lucu untuk depa kenang bila dewasa kelak... Banyak gak benda-benda cam gini abah & ma buat masa kiter kecik-kecik dulu... Bila dikenang balik... tergelak kiter sorang2. Tu yang terkadang mencetuskan rindu yang amat pada mereka.... And So far... tak der lak terpesong pun our aqidah... we all tau mana yang betul mana yang tak....

So, as a conclussion.... tepuk dada tanya iman!!!!

Tuesday, November 9, 2010

Another product UPM

Salam 2 all off u.... Entry kali nii I just nak share e-mail yang diterima regarding facial cleanser. Katanya banyak product pencuci muka termasuk product kat bawah niii menyumbang kepada penyakit kanser kulit.

Sejauh mana kebenarannya ermmm... I tak jamin kesahihannya. May be yes and may be not... Ermmmmm... Susah nak cakap.... Baik ubat... sabun... makanan... herba... vitamin....dan apa-apa lah.... (termasuk kasih sayang - keh keh kehhhhh) kalau berlebihan dos/sukatan penggunaan dan pengambilannya pasti ada kesan sampingan. Sebab itu dalam Islam kata... kita hendaklah berwasatiah... dan dalam bahasa mudahnya... besederhana aje... So???? Apa kaitan ngan stori/picture kat atas???

Hurmm.... entah!!!! Pandai pandai lerr kowang nak pikirkan. Tujuan entry nii ditulis hihihi... nak perkenalkan lagik satu product UPM....



Sabun dari hasil penyelidikan one off penyarah/penyelidik kat sini. Ramuan asli/semula jadi.... menggunakan pokok herba. So far, banyak gak sabun-sabun yang dihasilkan untuk pelbagai tujuan. Tapi kali niii kiter baru beli sabun muka (hijau-untuk mencegah dan menghilangkan jeragat) dan Lengkuas padi untuk enzima dan gatal-gatal kulit. Sejauh mana keberkesanannya...? Hik hik hik.... Tak nak komen... coz kiter tak guna promtly sabun muka tu.... selang seli gak ngan produk sedia ada yang dah ada dalam stok kat umah nih... Tapi... sabun lengkuas padi tuuu... macam nampak keberkesanannya.. Sebab si Sephia kan ada enzima... nampak kurang sikit enzima dia.
Ok laaa... tu aje nak war-warkan kat sini..... Dahhhhhhhh

Fresh from my Mini Farmville

Hahaha.... just wanna share hasil ternakan kecil-kecilan kat belakang umah.....


My sawi.... hik hik hik.... sebab tanamnya secra kecil-kecilan... maka jangan harap dapat tuai secara besar-besaran kan kan kan.... Sawi niii dah selamat dlm pewot kitorang. Kiter campur dalam mee sup baru-baru nih....
Dahhhhh... tu aje nak share.... kontot aje entry kali niii.... permisiiiiii.........

Thursday, November 4, 2010

Kek Batik

Salam semua.... disebabkan tahap kebizzian I lum reda lagik.... I just nak up-date stori ngan resepi ringkas nii... Mana laa tau bole jadik sumber inspirasi kalian masa Deepavali/Raya Haji nanti......


Pernah tgk tak tgk rupa kek batik nih???? Hahahaaa teringat zaman muda-muda dulu kannnn!!! kek malas punyaaaa.... Resepi dibawah just untuk wat setupperware kecik atau bahasa lain... setengah adunan... Sesuai tuk isi keluarga yang kecik atau kuarga besar yang berkantung perut kecik... kalau kuarga anda sebaliknya... sila darabkan ngan angka 2...3....4... dan ikut suka u ols laaaa.....





BAHAN-BAHANNYA:


1/2 buku butter
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan milo
1/4 cawan sebuk koko (less sikit pun tak pe...)
Sesudu dua air (x isi pun tak pe)
2 "rows" biskut marie (yang paketnya 350g) Kiter lak guna 2 jenis biskut (Julie &Munchy's)
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA:

1. PAnaskan butter hingga cair
2. Pastu masukkan susu, milo, koko dan air-kacau hingga agak pekat...api jangan kuat tau!!!
3. Masukkan biskut... kacau sebati dan tutup api sebelum biskut lembik dan hancur
4. Masukkan biskut dlm tupperware yang dah dilenser marjerin
5. Tekan sikit supaya padat dan rapat
6. Biar kek sejuk.... (biskut betul2 lembut) baru boleh simpan dalam peti sejuk...
7. Dah... boleh potong....


jom makan.... hehehe....!!! Senang kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails