Wednesday, May 15, 2013

bila kicap dipolitikkan... karipap ler jadiknya!!!


Salam...

Actually banyak stori lain tengah que tuk dipublish. Tapi... mok cik tak berkesempatan nak up-date kat sini. Nak kata buzzi sangat tuuu idok ler. Al-maklumlah, tgh jadi suri rumah sepenuh masa la katakan! Tapi jg si tecik Khaleef nii memang mencabar! Manja terlobih! Nak masak pun chori-chori... cupke-chupke! Tu pun masa si tecik tu tido. Kalau tak berpeluk dan bergolek ngan dia... sekejap je dia tido. Aduhhhh!!!!

Berbalik ngan topic entry.... PRU13 dah pun berlalu. as usual... Mok Cik still lom diizinkan untuk mengundi. Lambat tuk daftar undi pos. So, Mok Cik jadik pemerhati aje laaa  lagik. Seperti yang dijangkakan, even PRU dah berlalu, cerita-cerita politik masih on dan hangat. 

Mok Cik lak... tak teringin pun nak terlibat dengan isu politik nii... yang terbayang kat minda nii... mok cik nak buat karipap... karipap... karipap. Hurmmm... teringat karipap my mom buat... yummyyy... Lama bebonar bonda Nor Lily tak wat karipap yang yummy tuuu.. Last makan masa kiter sekolah dulu.... sekarang nii my mom buzzi ngan business dia... huhuhuhuuuu... 

Karipap yang my late mother in law pun yummy gak.... seoronok aje kiter dolu-dolu... nak makan karipap aje... order aje. Sure dia buat punya. Bila dia dah pindah ke Terengganu, baru terhegeh-hegeh nak belajo wat karipap. Masa  duduk sebumbung ngan dia... pakat order aje! huhuhuhu...

Belajar pun menerusi phone masa Ramadhan 4 thn yg lepas. Sekali tak jadik.... terus merajuk tak mo buat dah! My mother in-law kata nak buat sama-sama kalau datang umh kitorang raya nanti... Masa tu excited ler nak wat projek karipap. 

Tapi.... hajat kitorg berkubur setakat itu sahaja. Kehadiran mama Syawal itu merupakan kunjungan beliau yang terakhir. Arwah dah pergi meninggalkan kami semua!!! Hurmmm.... sebak ler pulak mengenangkan arwah.... 

Sejak itu... Mok Cik dah x teruja nak wat karipap lagik... kalau teringin kiter order kat nenek kawan kiter (Nurul). Karipap yang nenek dia buat pun sedap & yummy.... Tapi... nenek dia tak buat delivery ke UK... Huhuhuhuuu... camner tuuu????

So, Mok Cik kena wat sendiri ler yerrr!!! Bahan-bahan semua dah ado....tapi... rolling pin pulak tak ado!!! Hurmmm... ni payah kalau peralatan umah tak lengkap lagik niii. Semua benda kena beli baru. Mood ada... Peralatan tak ado... Hurmmmmm... KIV aje le niat nak wat karipap! Bukak FB aje laaa....

Isy.... bukak FB pun tension... 



Pasal kicap kipas udang pun kecoh kat wall FB. Katanya naik harga sebaik sahaja berlalunya PRU13.

Buat makluman kenkawan kat Malaysia, isu Kicap Kipas Udang pun hangat kat bumi Bradford UK. Berasap telinga kitorang somi isteri mendegar leteran si Sephia yang merungut kicap dia dah habis... tak selera makan... bla... bla.. bla... Atoiiiiiii..... tension kiter tgk botoi kicap yg kosong tuuu... 

Masa Mok Cik nak campak botoi kosong tuuu dlm tong sampah... tergolek botoi tuuu terguling-guling mcm rolling pin...

Rolling Pin???? 

Muah ha haaaa... idea mari... blink... blink... blinkkkk....



Tarrraaaa.....



Inilah hasilnya bila botol kicap dipolitikkan... Rolling pin versi Mok Cik Salmi... yesszzzaaaa!!!!!





Maka terhasil ler karipap ayam Mok Cik!!!!! Al-hamdulillah... kali nii menjadik even sukatan doh dia mok cik main campak-campak aje! Tapi my karipap berjerawat sikit... Hurmmm salah teknik menggoreng kot! Tak pun tersampuk ngan botoi kicap!!! Nebber mind ler... Janji rasanya yum... yumm  even tak se yummmy mana! Nanti mok cik gi spa tuk hilangkan Jerawat pada karipap tuu. kiter kasi pusing lak sama dia... 

Hihihihiii....



Saturday, April 27, 2013

My experience yang boleh jadi Panduan Pelajar Baru di Bradford, UK

Hihihiiii... tajuk entry kiter kali niii formal aje bunyinyer kan??? Macam belagak jer... Cam ler kiter ni President Persatuan Pelajar Malaysia kat Bradford. Keh... keh...keh... Saja jer nak menambah loya tekak reader kiter niii... tu yang sengaja menulih... Tapi kalau korang memang "search" panduan pelajar baru.... may be entry nii ley membantu anda serba sedikit.

Ok... kita start dengan........

Pakaian Panas
From Malaysia, baju sejuk kitorg tak beli bnyk pun, memadai dengan sepersalinan sowang. Cuma long jhon jer 2 set. Kitorg mengamalkan strategi yang kitorg dapat dr internet untuk mengelakkan kesejukan :memakai baju dengan banyak lapis (sekurangnya 3 lapisan) dengan baju luar atau jaket sederhana tebal. Ini akan mengurangkan kehilangan haba dengan lebih baik berbanding memakai sehelai baju tebal.

Baju panas kat sini lebih murah. Nak murah lagik ley cari kat  kedai-kedai "Charity Shop" tak pun kat car boot sale. Tapi, recycle punya pakaian ler. Tapi, jika pandai pilih... yang baru pun ley dapat.

Kasut/boot pun banyak kat sini. Harganya pun reasonable. Cuma... sehingga entri ni dicoret, room slipper yang berbulu tuuu kiter x jumpa. Kalau jumpa pun agak mahal dalam £7.00. Kalau convert tuu RM35 tuuu.. Pada hal kat Malaysia dalam RM10-RM20 jer... Bentuknya pun pelbagai...  So, kalau kowang nak datang sini bawak ler dari Malaysia. Tapi... ini kat Leeds/Bradford laaa.... kat tempat lain tak tahu ler pulak Mok Cik!

Barangan makanan
Kat Bradford tersangat ler ramainya Pakistan yang menyebabkan mok cik kekadang ter'confuis' ni UK ke Pakistan. So, rempah ratus dan beras tak perlu risau. banyak terjual kat sini. Yang perlu bawak:
- ikan bilis /udang kering/ikan masin/belacan(kat UK mahal)
-kerisik (kalau tetiba ter miss nak mkn rendang)
- meggi - bila di perantauan kekadang mengidam tuu lebih teruk dari org preggy
-milo: coco kat sini lain rasanya
-nescafe 3 in 1. Bagi penggemar kopi
-asm keping
- serai (dimayang halus), daun limau purut/pandan dikeringkan. Kalau tak keringkan pun tak pe. Tapi kering dia ringan sikit
- sup bunjut
- perasa pandan (mana ler tau nak wat kuih tradisional melayu bnyk guna paste pandan.

Barang-barang tersebut sebenarnya boleh dapat kat sini termasuk ler kicap kipas udang, tempe dll. Tapi, harganya mahal beb! Kalau dah teringin sgt tuuu beli ler jugak!


Lain-lain barang keperluan yang boleh di bawa

Secara umumnya harga barangan terutama barang bersifat elektrikal adalah lebih mahal di UK oleh kerana adanya VAT (value added tax) yang dikenakan keatas hampir kesemua barangan dan perkhidmatan di UK sebanyak 17.5%.

Kalau suka makan nasi, dinasihatkan untuk bawa rice cooker dari Malaysia. Di UK harganya mahal (kerana demand kurang) dan pilihan yang terhad. Tapi... kiter x bwk pun rice cooker, msk guna periuk biasa pun ok dah.... so far x pernah berkerak pun nasi yg kiter msk... sbb periuk non-stick kot! Kekadang tu masak guna Microwave aje. Sekarang nii aje baru masak guna rice cooker. Ada famili Malaysia yang dah dapat taraf PR bagi. Hihihihiii

Oleh kerana VAT juga, perkakasan komputer adalah lebih murah di Malaysia. Bawalah laptop, thumbdrive, ‘hard disk’, CD/DVD kosong atau apa2 yg relevan dari Malaysia.

Alat tulis pun digalakkan bawa. Kat sini agak mahal.

Perkara yang dibeli disini.
1)Duvet (alaaa... cam comforter /blanket)
- diperlukan untuk tidur dengan selesa.
- Ianya dikelaskan mengikut 'Tog' antara 4.5 untuk diguna semasa musim panas dan 12 untuk kegunaan musim sejuk.
- Makin tinggi tog... makin banyak haba yg boleh diperangkap. kiter beli yang tog 13 terus... hahaha... mls nak tukar2. Kalau panas sok.... x pyh pakai duvet tuuu


2)Periuk belanga
- kat sini boleh dibeli dengan murah, pepandai ler cari starter pack yang biasanya lengkap dengan perlatan memasak asas. Tapi masa kiter rembat tempohari x terbeli lak yg set. Just beli pan saiz 12" dan periuk 14". Yo laaa... masa tu cam terkezut lak... mcm2 nak kena beli. Pendek kata... we start from zero. Fuhhh.... under pressure toi kiter masa tu. Sib baik ada wife Dr.Pian yang capaikann semua benda tu... Kalau idak... tak berasap ler dapur umah kiter seminggu.

3) Makanan
Beras sangat senang nak dapat kat Bradford niii... yo laaa majoriti penduduk bradford adalah Pakistan. Yang banyak beras Basmati.... Hurmmmm... harganya ok laaa... tak der laaa mahal sangat.

Makanan halal pun senang nak dapat... kebanyakan org muslim kat Leeds dan Hudesfiled akan turun ke Brandford tuk cari stok ayam dan daging. Tapi kalau nak stock seafood, org Bradford lak kena turun ke Leeds. Bebudak niii lak suka makan nugget & burger... so pas nii kena wat sendiri ler nugget & daging burger sebab kat Halal mart boleh tahan gak harganya rasanya lak tak kena dengan tekak anak2. Berempah ikut tekak Pakistan.
Biskut/roti dan lain2, tersangat ler payahnya nak cari yang cop halal. So,kitorang beli "suitable for veggie".Orang kata, insya-Allah depa tak masuk benda2 yang berunsurkan haiwan sebab memang ado dikalangan penduduk yang alah dengan haiwan. Pengusaha makanan yang tipu boley kena sue ma!

4) Baju sejuk tambahan
 boleh dibeli di charity shop atau car boot sale. Harganya jauh lebih murah dari membeli baju sejuk di Malaysia.

Rumah sewa
Kebiasaaannya Komuniti Malaysia kat sini sentiasa bersedia untuk menolong mencari rumah atau flat untuk diduduki. Perkara yang perlu diberitahu ialah bilangan ahli keluarga serta umur, keutamaan lokasi – dekat dengan sekolah/hospital, universiti dsb – dan juga bilangan bilik tidur. Boleh juga dimaklumkan kadar sewa yang mampu dibayar mengikut keperluan yang diberikan sebelumnya. Cuma luck tak menyebelahi kitorang sebab masa kitorang nak datang sini... kitorang lom terjumpa dengan Komuniti  Malaysia kat sini.

Secara umumnya rumah yang jauh dari pusat bandar adalah lebih murah sewanya.Terdapat dua jenis rumah yg boleh disewa dan ada ‘pro and cons’ antara keduanya.

Satu ialah rumah yang diuruskan oleh ‘letting agent’. Rumah-rumah ini biasanya dijaga dan disenggara dengan baik. Kontrak sewa juga jelas dan bertulis. Kekurangannya ialah kadangkala agak susah diperolehi oleh orang yang baru pertama kali datang ke UK kerana memerlukan kepada akaun bank tempatan dan juga deposit yang biasanya sebulan sewa + bayaran sewa bulan pertama sekaligus. 

Kedua ialah rumah yang diuruskan secara persendirian (private landlord). Rumah ini lebih mudah diperolehi tetapi kadangkala bermasalah disebabkan kadangkala tiada perjanjian bertulis dan kadangkala susah untuk meminta tuan rumah untuk membaiki kerosakan.

Orang pesan, bila baru masuk rumah baru jangan lupa mengambil bacaan meter bagi elektrik dan gas. Ini adalah untuk tujuan pendaftaran dengan syarikat utiliti dan sebagai sebagai rekod bacaan pertama bil.

Pastu cek defeat atau kerosakan rumah... dari pintu masuk, ruang tamu, dapur, bilik tido, bilik air dan seluruh rumah. Senaraikan apa yg rosak, kalau boleh ambik gambo atau rakam. Bagi kat agent/lanlord untuk depa baiki if kerosakan major. Yg tak major tuu simpan sebagai bukti yang kerosakan tu dah sedia ado. Bukan disebabkan kita. Tak der ler esk masa nak kuar depa claim mcm-mcm!

Tentang rumah ni jugak, bilik air di UK adalah bilik air kering. Ini bermakna lantai bilik air tidak boleh dibasahkan. Kadangkala ada rumah yang bilik airnya siap berkarpet. Struktur lantai rumah adalah daripada kayu dan kalau basah kayu akan reput dan rosak. So, berlatih ler dari Malaysia untuk beristinjak! hahahahaaaa.............. tapi kan lagi bagus berlatih menggunakan bilik air tanpa menumpahkan air ke lantai!!! Try maaaaa.... dah lulus baru ley datang!

Ni lagi satu info yang boleh dijadikan panduan: Oven, fridge dan juga lantai dan pinggan mangkuk yang disediakan oleh tuan rumah tidak perlu disamak walaupun tuan rumah bukan beragama Islam. 

Ini adalah berdasarkan kepada asas hukum fekah yang menjelaskan jatuh hukum itu atas sesuatu yang zahir. Misalnya kalau dalam oven itu kita nampak seketul daging yang memang diragui daging yang haram dimakan maka wajiblah samak tempat yang terletaknya daging tersebut. Kalau setakat bulu binatang diatas lantai (biasanya orang tempatan membela anjing didalam rumah), vakum sahaja adalah memadai kerana bulu anjing jika kering tidak perlu disamak. Pinggan mangkuk tidak perlu disamak berdasarkan kaedah yang sama.

Tapi  cam kiter, pinggan mangkuk depa, kiter tak guna langsung. Beli full set yang baru. Oven pun kiter tak guna. Kiter beli microwave baru. Peti sejuk... hihihi tak beli! kiter guna je yang tuan rumah punya. Rumah pun kiter tak samak. Cer pikir camner kiter nak samak???

Masa kiter datang tgh snow lebat, semua lantai rumah berkarpet. Camner nak basuh... 4-5 bulan lom tentu kering. Bilik air lak... mana ada saluran air keluar dari lantai. Hanya 3 tempat saluran air keluar, dalam toilet bowl, bath tub dan sink. So, Memang tak boleh basuh. Mop aje. Haaa.... ada berani nak samak umah????

Next step, seberapa segera selepas sampai dan dapat rumah, kita perlu melaporkan kepada ‘City Council’ alamat kita dan sejak bila kita duduk disitu. Ini adalah untuk mengemaskini rekod dan mendapatkan pengecualian dari cukai tersebut yang mahal. Kalau pelajar, ‘council tax’ yang dikenakan ke atas setiap rumah tidak perlu dibayar. Tapi, kalau datang as Academic Visitor cam my asben... hurmmm tgh ding dong lagi.... tengok ler camner.. kalau kena bayar mahal bro! £80 per month!

Penggunaan heater lak. Terdapat dua jenis heater yang digunakan iaitu gas dan elektrik. Pastikan belajar cara yang betul menggunakan kedua-dua jenis heater ini sebaik sahaja masuk ke rumah. 

Heater gas:
Pelajari cara untuk set timer, control temperature, control heating dan hot water dan reset heater

Heater elektrik:
pastikan jenis storage heater yang digunakan kerana terdapat banyak variasi

Untuk menjimatkan penggunaan tenaga (bil mahal beb), waktu tidur heater tidak perlu dipasang. Memadai dengan menggunakan duvet. Bed warmer juga tidak perlu sebenarnya. Duvet yang baik berupaya memerangkap haba yang dihasilkan oleh badan untuk tidak kesejukan ketika tidur. Set timer untuk off heater kira-kira setengah jam sebelum tidur dan on semula setengah jam sebelum bangun. 

Telefon/TVPakej bundle lengkap dengan telefon rumah, TV dan internet boleh didapati daripada samada Virginmedia, Skyataupun BT. Harga pakej berubah-ubah mengikut apa yang dilanggan. Kebetulan lak masa kiter datang virginmedia ada wat promosi. Sebulan kita bayar £28 and free installation

Kita boleh menghubungi Malaysia menggunakan handphone dengan kos yang rendah dengan membeli Pay As You Go pack (di Malaysia kita guna istilah prepaid) LEBARA dengan kos £10 = Sim card pack £5 dan reload £5. Panggilan ke Malaysia £0.03 seminit. 

Tapi... lepas jer kitorang install Virginmedia... kitorang dah tak call dah...Hari-hari kitorang ber Skype dan ber wassap ngan kaurga di Malaysia. Jimat banyak maaa... dapat dgr suara dan tgk rupa lagik!!! Zaman dah canggih beeebbb!!!

Ibadah

Kiblat... hihihi... masa mula kitorang sampai... kitorang baru terhegeh-hegeh belajar cari kiblat guna kompas solat yang diinstall kat handphone. Sekali letak atas lantai tunjuk arah A, dua kali letak, tunjuk arah B pendek kata berbeza arahnya. Google lak panduan guna kompas sejadah pun fening nak set. Barapa darjah???? Lain website lain darjahnya. Bila dah suntuk kitorang tawakaal aje laaa.

Bila dah jumpa masjid baru kitorang confident arah kiblat yang sebenarnya. Hihihihihiii... Kiblat kitorang dulu dah salah laaa... So, panduan tuk kalian... sila belajar cara menggunakan kompass kiblat awal-awal. Kalau guna yang handphone, letak atas tapak tangan dan jauhkan dari sebarang item besi dan magnet.


Waktu solat di UK lak berubah-ubah dengan ketara mengikut musim. Sebagai contoh waktu Magrib masuk kira-kira jam 3.40pm dikemuncak musim sejuk dan masuk kira-kira jam 9.30pm dikemuncak musim panas. 

Kata orang Laman web Islamic finder yang selalu digunakan didapati bermasalah dan waktu solat yang dikeluarkannya telah didapati tidak tepat. Sumber lain untuk mendapatkan waktu solat ialah di moonsighting.com. Nak lagi tepat lay dapatkan jadual waktu solat dari masjid terdekat. 

Kat UK nii ada kemudahan untuk menjamakkan solat semasa musim panas sejuk even tak bermusafir. Kemudahan ini dikelaskan sebagai darurat. Ini kerana jarak waktu solat yang kenkadang terlalu pendek dan juga terlalu sejuk.

Fatwa ini dikeluarkan secara rasmi oleh European Council for Fatwa and Research dan boleh dimuat turun dari website tersebut. 

Wudu' juga boleh menggunakan setokin dimana perlu (kira cam bertayammum ler niii). Sila rujuk dengan ustaz dikawasan sekitar untuk panduan. Tapi... kiter still lagi berwudu' cam biasa walau pun berlaga tempurung lutut menahan sejuk!



NHS (National Health Service)
Kiter tak berani nak share sangat pasal ni. Sebab kiter lom register lagik sebab our VISA (Academic Visitor VISA) may be tak entitle perubatan percuma ni. Hihihihi... lom nak cuba register lagi maa. Bila kiter nak tukar status jadi student baru ler plan nak register. 

Kata senior , setiap ahli keluarga perlu didaftarkan dengan GP (general practitioner). Semasa mendaftar, minta borang HC2 untuk mendapat pengecualian bayaran untuk mendapatkan ubat. Untuk berjumpa dengan doktor, perlu ada temujanji. 

Selepas kita mendaftar dengan GP, kita kena cari farmasi yang berdekatan dengan rumah dan mohon untuk berdaftar untuk skim ‘Minor Ailment Service’ dan kena dapatkan buku panduan cara-cara menggunakan skim ini.



Kereta

Bagi yang mempunyai ahli keluarga, lebih memudahkan jika bergerak menggunakan kereta sendiri berbanding public transport. That's why kitorg cepat2 dapatkan kereta. kereta boleh dibeli dengan harga yang agak murah bagi model yang berusia sekitar 10 tahun. Tapi better cek betoi2 kondisi kereta sebelum angkat. Intai lebih kurang bawah kereta... banyak karat ke idak...dan test drive. Jgn jadik macam kitorang... huhuhuhuuu

Sebelum membeli kereta di UK, pembeli perlu mengetahui tentang anggaran kos yang bakal dikeluarkan iaitu harga kereta, insurans kereta dan kos-kos lain seperti Road Tax dan MOT.


Antara langkah-langkah yang biasanya dilakukan sebelum membeli kereta di Dundee ini ialah

1. Proses carian

2. Proses hubungi dan melihat
• Pastikan dokumen-dokumen yang perlu ada dalam simpanan si penjual seperti geran kereta.

• Dapatkan maklumat MOT dan R/Tax serta dokumen yang berkaitan. Maklumat boleh disahkan dengan memasukkan no pendaftaran di laman web ini http://www.direct.gov.uk/en/Motoring/index.htm

• Periksa enjin dan badan kenderaan (dapatkan nasihat pakar)

3. Beli


Lesen Malaysia hanya boleh diguna pakai selama setahun bermula dengan tarikh sampai di UK.

Insurance.... kadar yang dikenakan berbeza mengikut alamat kita. Kadar tertinggi kat Bradford... sebab ramai Pakistan... tau-tau aje laaa cara pemanduan mereka. 

Jika berkereta di UK, harap jangan memandu seperti di Malaysia. Ini kerana untuk mengelakkan dari orang-orang Malaysia lain di 'target' oleh pihak berkuasa disini. Dapatkan salinan highway code dan pelajari undang-undang jalanraya. Warga UK amnya amat prihatin dengan aspek keselamatan. Mereka tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada polis jika merasakan cara pemanduan anda tidak selamat.

Lagi satu, kanak-kanak kena duduk atas booster dan baby dalam car sit... tak ley nak pangku-pangku atau riba-ribaan... Nak kena saman?????

Lain-lain Keperluan:Dokumen yang diperlukan untuk Urusan membuka akaun bank/pendaftaran dengan GP/pendaftaran di City Council:
- Surat pengesahan daripada universiti
- Dokumen perjanjian rumah
- Bill utiliti yang tertera nama kita
- Pasport Antarabangsa

Urusan pendaftaran Internet/Brodband di rumah
- Akaun bank diperlukan bagi urusan ini. Tapi kalau pandai deal... tak de account lagi pun tak pe. Tapi kalau nak bayar bil tidak melalui akuan kitorng dikenalkan additional 5.00


Urusan pendaftaran lesen TV
- Pendaftaran ini biasanya dilakukan secara on-line di laman web www.tvlicensing.co.uk/
- Akaun bank diperlukan bagi urusan ini. Mulanya kitorang tak bayar pun lesen TV niii... tetiba dapat surat arahan bayar. Depa dapat tau kitorang ada TV dari amazon.com... hihihiii tempohari kitorang kan ada beli tv on-line... KANTOOIIII. Kadar dikenakan £25/bln.


Urusan pendaftaran akaun baru utility (elektrik dan gas)
- Urusan ini memerlukan kita mengenalpasti utility provider terlebih dahulu dan urusan biasanya dijalankan melalui telefon.
(kalau kat Malaysia kita ada TNB dan Syabas jer. Kat sini banyak maaa... kena rajin google ler dulu cari utility provider yg murah)


LAMAN WEB YANG BIASA DIGUNAKAN

Kehidupan di UK banyak bergantung kepada teknologi internet. Internet merupakan medium terbaik untuk mendapatkan barangan yang kita ingini dengan harga termurah berdasarkan sumber kewangan kita yang terhad. 

Shopping on-line niii best gak... kiter ley wat comparison harga before pick masuk cart. Antara laman web yang banyak membantu kiter:

1. Urusan pembelian barangan keperluan/groceries
http://www.tesco.co.uk/
http://www.asda.co.uk/

 
2. Urusan pembelian barangan elektrik
http://www.currys.co.uk/
http://www.argos.co.uk/
http://www.amazon.co.uk/
http://www.comet.co.uk/


Kalau termalas masak atau URGENT need makanan dah siap just call aje kedai2 halal food kat sini. Makanan siap didelivery. Sangat membantu especially bila musim sejuk!


Gitu ler serba sedikit "stater pad" kiter tuliskan based on our experience dan ada gak yang kiter cedok sikit dari blog komuniti area UK yang lain. Tak semua yang ditulis ini boleh 100% diterima pakai dan digunakan. Tapi... boleh ler dijadikan guide dari tak tahu langsung kan! Adiiiooossss......

Wednesday, April 10, 2013

Heppi Besday Kimie yg ke 10

10 April 2013... Heppi Besday to my beloved son. Thn niii punya celebration sempoiii punya. Al-maklum lah, kami baru nak mulakan kehidupan di bumi UK. So, sebaik sahaja pulang dari Ikley Moore, My tetamu belikan pizza, sebagai ganti besday cake!

Tak pe nak.... janji ada something dari tak de langsung. Al-hamdulillah.... dia memahami situasi kami... he he heee


Wokeyyy.... bergambo dulu dengan "besday Pizza"




My dearest Hakimie.... moga tahun ini dan tahun mendatang memberikan seribu satu kebahagiaan buatmu. Moga kejayaan dunia akhirat mengiringi kehidupanmu. Ibu dan ayah doakan semua yang terbaik buat mu... Heppi Besday!



Ikley Moore

10 April 2013...

Hari niii... kitorang bawa tetamu dari Malaysia melawat sekitar Bradford... Ehemmmmm.... kitorang bawak???? Hahahahaaa.... pembetulan yea!!! Tetamu kitorang yang bawak kami melawat Bradford... He heheheee...Pelik bin Ajaib kannn?????? Those yg lom tahu.... tetamu kitorang niii pernah bermastautin kat Bradford satu ketika dulu. Niiii kira mereka melancong tuk mengimbas nostalgia lama laaa niii kan! Mereka berdua memang dah khatam ngan selok belok Bradford. Kitorang lak baru terkedek-kedek nak berkenalan ngan Bradford... so, tak heran ler kan tetamu yg bawak kami jenjalan... Heheheheee...

Dr Azman yang drive dan bawa kami turun naik bukit... hurmmmm ke mana yea????? Perlahan-lahan kami meninggalkan area Bradford yang padat dengan warga PAkistan. Melalui bukit bukau dan pemandangan yang tersangat ler British nyer... Wow...classic gituh... Sowi tak tercapture lak gambar sebab mata den dah terpukau dengan keindahan sekitarnya.





Berhenti kejap kat Footpath niii... hurmmm... ini ler suasana selepas winter... layu dan kering. Insya-Allah... Spring nanti pasti menghijau!


Bergambar lagik sebelum meneruskan perjalanan




Smile....


Our special guest.... both of them merupakan my ex-lecturer... both of them is my ferbret lecturer... my idol masa studi dulu-dulu.... tak sangka lak kini kiter ley mengenali mereka dgn lebih rapat dan dapat spent masa bersama-sama begini

Akhirnya... kami sampai ke tempat yang dituju... Ikley Moore... puncak/kawasan tertinggi di Bradford...

apa laiii... jom kita jelajah Ikley Moore..

 


jap... jap... jap.... berhenti bergambar dulu yea!!!!


OK.... jom kita mula.....


Nampak tak batu batan belakang kitorang tuuu... haaaa... kat situ ler kitorang nak pergi. Ni dah separuh dari pendakian.... Pendakian???? Hahahaaa.... mendaki ler sangat kan!!!! Untuk menuju ke batu-batan tuuu tak perlu risau.... ada trek disediakan. Ley naik perlahan-lahan.

 Kalau penat ley rest kat bangku-bangku yang di wakafkan oleh waris-waris si mati??? hahahahaaa.... si mati???? Keh keh kehhh takut ker???? Jangan risau ler.... takde kubur pun kat sini. Ni antara amal jariah yang dibuat oleh waris... kat bangku tu ditulis laaa moga parents mereka mendapat ganjaran/pahala dengan menyediakan tempat duduk kepada yang memerlukan kat sini... gitu ler cerita lebih kurang yea!!!!


Huhhh.... dah sampai kitorang kat batu batan niii...

 

Sejuk nya... mak aaiiiii.... berangin lak tuuuu



Bentuk batu batan yang ini macam ladam kuda.... tapi bila dah closed up ginih... tak nampak ler ladam kudanya.


Besday boi di tahan!!!!


Mana kimie?????


Pemandangan Bradford dari atas. Tak berapa nak jelas sebab keadaan cuaca yang tak mengizinkan.


uiksss... boboizz dah mendaki batu-batan niii


Zoom sikitttttt.....


Zoom lagik dekat.....



Kitorang yg gurglz.... tinggal kat bawah aje laaa....


haaa...... jumpa jln turun tak???


jgn nak terjun ikut gaya depa ni kanda!!!! Depa niii dah pro beb!!!!! Moh kita turun aje laaaa.....hihihiiii


For your info.... kat atas tuuu sejuk bangat sih!!!! Turun aje bawah.... hot choc satuuu!!!!!


Kasi hangat badan dulu... baru ley bergerak pulang!!!! Hurmmmm.... kena cargas pulang sebab En Asben ada appointment ngan pihak Bank tuk buka akaun kat sini.


Gitu ler serba sedikit stori di Ikley Moore... Dalam cuaca yang still berkabus tu... my mini cannon tak dpt nak capture sangat. Yang gambo2 banyak-banyak tuuu mostly kiter dapat dari camera yang dicapture oleh tetamu kiter. Insya-Allah... kami akan datang lagik bila bumi Bradford nii kembali menghijau. Sure masa tuuu pemandangannya lebih cantik berbanding sekarang!





So... Tq to Dr Azman & his Wife, Dr Fauziah atas lawatan yag istemewa ini.
 

Sunday, March 31, 2013

Rencah kehidupan kami 10 hari di bumi UK.....


Salam guys... entry yang lepas, stori hari pertama kitorang kat UK. Merupakan hari yang horror & sungguh memenatkan... hingga kami semua tido awai! 


18/03/12 (Isnin-2nd Day)

Sewal jam 1pagi waktu UK kami dah bangun... Yo laaa kalau ikut waktu Malaysia dah kul 9pagi dah. But anak-anak masih lena dek kepenatan semalam. Tongah pagi buto tu gak kitorang breakfast... tengok TV...sebab mato nii tak mau tido dah...

So, kiter pun baru ler nak mengemas beg yg dah bertaburan barang2 akibat system bagasi British Ariways semalam.


Memandangkan kat hotel ni tak de peti sejuk dan tinggap kat sini double glazer (dua lapis), ditambah lak... kat tepi tingkap niii lebih sejuk dari peti sejuk.... maka, semua benda lah niii kita simpan kat sini. 

Tetiba mato niii terlihat snow turun.... huhuhuuu... patot ler sejuk!!!! Hihihiii... besh gak kalo dapat main snow ni...


 
Sebaik saja budak berdua ni bangun (4.00am), bergegas depa ke tingkap melihat snow turun. Masa niii masing-masing memang excited gilerrr.... depa kata nak buat snowman!


Siangnya.... hurmm... tak banyak pun snow! Camner nak buat snowman! Lagik pun ni dah March.... dah nak masuk musim Spring dah nak oiii.... Next winter la yea!!!!!

Misi hari kedua kami mulakan....

Kami cuba dapatkan perkhidmatan teksi dari kaunter hotel. Bila teksi tu tiba... dia tak mo bawak kami berlima. Katanya menyalahi peraturan. Kami kena dapatkan TEXI yang besau sikit. Huhuhuuu... dalam kesejukan... kami tunggu lagik another teksi.

Asalnya kami nak mintak dia bawak kami ke sebuah syarikat kereta sewa area BD9 (dekat ngan School of Management). Sekali mamat yang bawak teksi tu kata, dia ada kenal syarikat yang boleh sewakan kereta dengan kadar yg murah. So, kami pun follow aje laaa mamat tuu. Hurmmm... OK laaa... tuk 3 hari kami rent dengan kadar £50++. Sib baik tak sewa kat airport semalam!

Next mission, En Asben nak lapor diri kat Supervisor dia... maka kami pun menuju ke BD9 area!!! Kami dibekalkan Cik Tom Tom???? Apa ke benda alah tuuu???? Hik..hik hikk... navigator laaa... Sekali Cik Tom Tom tuuu dah uzur ler sangat... dah ler bateri dah kong... nak charge pun kena kiter tekan sikit... kalau tak bateri tak jalan. Ditambah lerr kitorg lom pernah guna benda-benda macam nii!!! Tak tahu nak kuatkan suara... So, Cik Salmi nii ler yang ganti suara Cik Tom Tom. 

Tertulis " 200 yards... turn left..." 

Alamak.... yards??? Huhuhuuu.... biasanya kami main meter... tak ley agak bila patut bagi signal tuk belok... tu yang mulanya banyak kali terlepas simpang.. Dah lerr En Driver agak seram sejuk nak membiasakan diri dengan signage dan cara pemanduan kat sini yang sedikit berbeda dengan Malaysia. Tambah nerbes bila si snow mengganggu penglihatan En Driver. Huhuhuhu... 

Dah lama berkenalan ngan Cik Tom Tom niii... baru ler kitorg mengenalinya! Dah sampai destinasi... baru tau kat mana nak suruh Cik Tom Tom ni bercakap.

Sebaik sahaja masuk kat Campus School of Management.... Kiter cam excited jeerr... Huhuhuuu best tauuu!!! NAnti biler kiter dah official jadi student dia... kiter akan sharekan kat sini stori mori dan gambau-gambau campus!

Selesai aje urusan dgn Mr Supervisor... Pewott pun dah lapar... Kitorang beli kofta kebab kat salah satu kedai pakistan area BD9 sementara tunggu appointment ngan agent rumah kul 2.30pm. Hasil ber cit cat ngan owner kedai tuu (Mr. Chaudry), kadar sewa yang dikenakan tuk umah yg kitorang nak gi tengok tu agak mahal di area tersebut. Insya-Allah... dia try bantu kami untuk dapatkan rumah sewa dengan kadar yang berpatutan.

Jam 2.30pm, kitorang pun menemui Agent Rumah. Rumah nii kami dapat melalui internet. Bila kami datang visit umah tuu... Mak aiiiiii... tak beshhhh langsung. Kondisinya agak worst. Indah khabar dari rupa!!! Huhuhuuu... dah ler mahal! no! No! No!

Since kitorang pun tak set appoinment dengan agent yang lain dan tambahan lak snow yang tak henti-henti... kitorang decide balik hotel dulu. Ke kaunter hotel dulu,mintak extend another one day. 

Malam tuu puas kami menggoogle umah sewa yang fully furnish and kondisinya o.k dengan harga yang reasonable. We leave our contact number untuk set appointment. Hopefully sok pagi depa return call. Dan kebetulan Mr Chaudry tepon... ajak gi tgk rumah kawan dia. Huh! Mengarapkan esok ada sinar untuk kami. Before tido, we take our early dinner. Sekali lagi menu malam kami... Maggi. Hihihiiii!!!! dan makanan segera keluaran brahim's

Mlm kedua kami pun tido awai... hihihiii... jet lack maaaa.... 


19/03/13 (Tuesday-3rd day)

Seawal jam 4am kitorang dah bangun. Nampak gayanya... kami lom boleh nak membiasakan diri dengan timing UK. Cukup time... kitorang bergerak ke BD9, nak tgk rumah yg Mr Chawdry carikan.

Since masih terlalu awal... kitorang lepak dulu kat Lister Park...


Cuaca memang sejuk dan berangin... Menggigil mok cik dibuatnya. Salji pun masih banyak memutih di sini sana.... ada certain part aje yang dah nampak mula nak ber'spring"



Suhu masih -3°C.... Sangat sejuk.... tapi bebudak niii  ok jer. Kitorang yg berlaga-laga gigi menahan kesejukan. Masa nii Malaysia yang hangat terbayang-bayang di mato... Rindu mula mencengkam Qalbu... huhuhuhuuu....

Tiba time yang dijanjikan... kami dibawa oleh Mr Chaudry melawat bakal umah sewa kami... Kondisinya .... sangat menyeramkan coz rumah tuu dah lama ditinggalkan. Tapi sewanya memang murah! Katanya, kalau kami confirm... it's take 2 days untuk depa kemaskan rumah tersebut. Hurmmm... anak-anak memang tak nak lansung. Kitorang pun 50-50.

Next... ada agent reply our message... Apartment 2 bedroom area lily Croft. 
Ni kawasan luar apartment sementara tunggu agent tu datang.

Melihat kondisi rumah dan susun atur rumah tersebut... Yezzzaaa!!! Memenuhi citarasa kami. Urban Style. Tambahan lak, rumah tuuu lom ada sesiapa duduk lagi. Apartment baru ler katakan. Security dia pun sangat baik. Tapi... it's take 1-2 days tuk dapat kebenaran dari landlord due to our isi rumah 5 org for 2 bedroom apartment. 

Haiiiyyyaaa.... hati sudah suka... tapi... confirmation lak lambat! Takkan nak stay kat hotel another 2 days.... Sangat costly maaa... Lagi pun anak-anak sangat bising. Mengganggu orang lain. Silap-silap kami boleh kena halau dari hotel. Kat sini memang macam tuu... sekiranya mengganggu privasi orang lain... kita boleh dikenakan tindakan. Nak sewa hotel lain cam payah... kena sewa 2 bilik maaa... Sebenarnya undang-undang kat sini max pax per room is 2 adult 2 kids... kalau lebih kena sewa another room. Payah bonar!!!

Malam tuuu kitorg dah sangat stress tahap gaban. Tak tau nak wat cam ner... Masing-masing hampir putus asa... dalam dok nak menghilangkan stress tu en asben menggoogle-google berita sport Universiti Leeds/Bradford... tetiba ley terjumpa facebook komuniti malaysia Leeds/Bradford yang selama ini puas kitorang cari tak jumpa-jumpa. Apa lagi... time tu gak join de comunity.

Al-hamdulillah... di saat kitorang hampir putus asa, Tini menghulurkan bantuan. Dia sudi menumpangkan kami sehari dua di rumah sewanya. Kami sebenarnya sangat keberatan untuk menyusahkannya sebab dia duduk students house. Menyewa bilik aje. Setelah meyakinkan kami bahawa rumahnya kosong sebab rakan-rakan yang lain baru habis studi... maka kami terima pelawaannya. Malam tu kami tido dengan hati yang sedikit lega.Sok bagi baru kami gerak ke rumahnya yang terletak area BD7.


20/03/13 (Rabu-4th day)

Kali nii kami bangun dah tak terlalu awal but still awal gak lerr... hihihii... Sewal jam 8 pagi... beg dah siap kiter kemas. Ready untuk check-out. Tapi... tak tergamak ganggu Tini pagi-pagi gini. 

Dalam dok relax me'leasure'kan diri, dapat panggilan dari sowang agent. Set appointment jam 12 tgh. Rumah area BD7. Tak lama komdian, dapat pulak penggilan dari Dr Pian. Salah seorang komuniti Malaysia di Bradford. Dia baru jer terbaca kisah kami dalam facebook. So, beliau meng'offer'kan diri nak bawak kitorang sekeluarga cari rumah sewa. Al-hamdulillah....

So, kul 11.00 am kitorang check-out. Kiter, anak-anak & bagasi naik teksi ke rumah Tini manakala En asben naik kereta follow dari belakang. Setelah berkenalan lebih kurang dengan Tini, kami minta izin untuk tinggalkan barang untuk cari rumah sewa.



Ini ler rumah sewa ke-4 yang kami visit. Melihat kondisi rumahnya.... bersih dan baru renovate. Hurmm.... pada kiter ok la! Katanya, jika kami confirm... sekarang juga kami boleh pindah! Wow!!!!! bagai mengantuk disorangkan bantal!!!

Kebetulan lak... Dr Pian pun tiba. So, kami lom bagi kata putus sebab Dr Pian nak ajak kami cari dan survey rumah lain. kasi puas hati... Dari satu rumah ke satu rumah kami lawati. Yang OK, agent tak angkat tepon. Yang di visit... worst ler pulak. Ada gak yang takes a few day baru ley move. 

So?????  Memandangkan tak mo menyusahkan orang. Kami setuju untuk menyewa rumah bernombor 71 tadik. Tak lama selepas kitorang bayar deposit dan sewa, agent apartment semalam tu tepon bagi tau yang landlord setuju nak bagi kami sewa. Huhuhuhu... kalau bagi tau awai sikit sure kami pilih apartment tuu.. Mungkin ini dah rezeki kami... Ok laaa... not so bad and jauh memuaskan hati kami berbanding rumah-rumah yang lain.

So petang tu jugak kami mengangkut beg kami. Next Dr Pian dan isteri bawa kami ke ASDA, morisson & Home Bargain untuk cari barang asas. Kiter memang blur sangat. Tak tau nak beli apa. Ye laa.. kat Malaysia semunya dah complete. This is my 1st experince start from zero. Masa mula kawen dulu pun tak macam nii. Yea laa... pinggan mangguk, periuk belanga semua dah ada. hihihiii... Mok cik stay 3 tahun  dengan mother in law. Bila pindah umah sendiri, barang-barang ada di beri oleh MIL dan hadiah masa kawen pun banyak. So, tak ler menggagau cam niii. 

Sib baik ada wife Dr Pian, dia laa yang banyak carikan barang tuk kiter. Antara barang asas:
- keperluan bilik tido kami mlm nanti, 2 set cadar & duvet (benda alah cam comforter yang dikelaskan ikut tog. Makin tinggi tog... makin bagus ia memerangkap haba. So, tak der laa sejuk sangat. 
-1 periuk, 1 pan, 1 electric kettle, 4 cwn, 6 pinggan, 2 mangkuk, 1 senduk... 1 sudip, sudu besau, dishwash & sponge, tissue toilet

lain-lain, lom terfikir lagik....

Malam tu kitorang dinner kat luar. Balik..... pasangkan cadar dan duvet aje... beg??? Kitorang KIV dulu. Esok ler baru kiter kemaskan. PENAT brooo!!!


21/03/13 (Khamis-5th day)

Hari niii kitorang tak ke mana. En Asben aje nak pulangkan kereta sewa . Dr Pian tu jugak ler yang menolong kami. Naik segan lak kami!

Pas tu Dr Pian dan isteri sekali lagi membantu kami sekeluarga dengan membawa kami membeli bahan mentah/makanan seperti beras, garam, gula, fries dll. Basic aje dulu... still tak tau nak beli apa.

Balik tuu baru start mengemas kain baju masuk almari... bekalan makanan dari malaysia pulak masuk dapur...

Ni antara barang makanan yang dibawa dari Malaysia:
Ikan bilis (kena banyak tau... kat sini tersangat ler mahal harganya)
Meggi kari/ayam/asam laksa/tom yam (untuk dimakan masa darurat atau ketika teringin)
Nasi goreng & kari Brahim's (untuk dimakan masa darurat atau ketika teringin)
Coffee & Milo
Rempah ratus
Rempah sup/ kari/kurma/kerisik/cili/cukup rasa/perencah nasi goreng
Kuib ayam/ikan bilis/tom yam
Daun kari/limau purut & serai yang dihiris halus dan siap² dikeringkan 
Belacan
Asam keping dan asam jawa
santan kotak
Stock makanan khaleef

HAhahaha... banyak kan????? Tu pun  cam tak cukup lagik!!! Ada gak bahan yang tertinggal... Tapi kalau kat bradford niii... rempah ratus cam alat menumis tuuu banyak kat sini. Tak yah bawak pun tak pe!

Hari ni lak kiter masak ala kadar.Sebab mood masak mmg tak mari langsung. Bayangkan kita hanya ada satu periuk.. So, kiter masak nasi dulu... dah masak, transfer ke pinggan. Baru start masak sup ayam. Since lupa nak beli bawang... masak guna cukup rasa Maggi aje.. Hurmmm cincai² pun habis maaaa


22/03/13 (Jumaat -6th day)

Lena kami tido, dan Al-hamdulillah... timing dah boleh diselaraskan ikut time UK. Sebaik bukak mato, kiter menjenguk ke luar jendela..

Mak aaiiii.... Salju dah memutih di sana sini. Sejuk usah cerita leee... Kalau dah suhunya negetif kan!!!! Hari ni, kiter anak beranak stay aje kat umah. En. Asben kuar ngan Dr Pian... cari and beli kereta. Kereta apa??? Alaaa... yang murah² aje leee... asalkan boleh hangkut kitorang kat sini.

Petang... baru En asben pulang. Bawak balik Zafira. Beli dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ye laaa... sampai bila kitorang nak tumpang orang tuk ke sana ke mari kan? Nak memilih dan membelek sangat pun tak boleh... snow tersangat ler lebatnya.Tak berani En Asben bawak dengan jalan yang licin nii. Tu pun kereta nii Khairul Ezad  yang tolong bawakan. Sapa lak Ezad tu???

Oh yea, lupa nak stori, dari apa yang kiter diberitahu, ada 3-4 pelajar bujang  Malaysia kat sini dan yg dah berkuarga ada 6 famili termasuk kiter. Depa semua baru pulang bercuti dari Paris tu yang lom berkesempatan nak jumpa semua.

Depa pun kesian gak ngan kami yang terkapai-kapai sewaktu mula datang kat sini. Kalau bagi tau awal... depa akan tunggu kitorang kat airport. Dah jadi tradisi mereka kat sini... bila ada sahabat baru sampai... mereka akan jemput... tumpangkan rumah... cari bersama-sama rumah sewa... cari kelengkapan rumah & perkenalkan tempat² untuk membeli keperluan dan sebagainya.

Terima kasih tak terhingga buat mereka semua especially kepada Dr Pian sekeluarga yang terlalu banyak membantu kami di saat kami benar-benar memerlukannya. Insya-Allah.. kalau ada sahabat Malaysia yang baru tiba, kami akan treat mereka sepertimana yang kami terima.



23/03/13 (Sabtu-7th day)

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat dalam sejuk-sejuk begini. Anak-anak???

Depa berdua tersangat lerr seronoknya dapat main salji



adik dia gak ler yang jelez tgk abg dan kakaknya terjerit-jerit baling snow ball



Ayah dia cian kat dia.... bawak gak lerr si tecik nii kuar.... gini ler aktiviti diorang. Kiter jugak ler berada dalam keadaan stress... x dapat membiasakan diri ngan cuaca yang sejuk begini. Pakai baju berlapis², pasang heater pun still sejuk. Nak masak payah... nak basuh pinggan mangguk pun payah... nak buang air.. nak berwudu'... semua sejuk. Memang ada air panas. Tapi idak ler pulas paip time tu gak dia panas... takes a few second gak ler air panas kuar.


24/03/2013 (Sunday)- 8th days in UK

As usual… kitorg wake up early in de morning. By 7.00am kitorg take a breakfast. Intai luar jendela, hurmm…. Sepi..... cuaca??? Al-hamdulillah, tak der lagi snow yg turun. But snow yg sedia ada still putih menebal di sana sini. Perlahan-lahan mentari mula menampakkan gigi susunya. Suhu paling tinggi pun 3
°C.

Pas breakfast… kimie & sephia kiter benarkan main salji dengan syarat… buang salji atas tangga laluan masuk rumah. APa lagik… heppi giler diorg berdua tuuuu. Kitorg??? Still diulit kebosanan. But my emotion turn better from yesterday. Kereta dah ada… but tak ley ke mana gak... budak
² kena duduk atas booster dan baby kena wajib duduk dlm car sit. Kalau tak kena saman maaa!

Hurmmm…. Ingat nak carik kat car boot sale… yea laaa nak pakai buang jer benda alah tuuu… TApi... mana ado car boot sajli² begini. Kalau nak tunggu minggu depan... alamatnya tak bergerak ler kitowang. Alih² en asben beli gak yg baru tuk kimie & sephia.

Bila tengok banyak kenderaan yang menggelongsor atas jalan yg licin… double triple tak berani lerr kitorg nak kuar. Lagipun… nak tunggu landlord dtg. Patutnya dah datang dua tiga hari lepas. Tapi x jadi due to weather… katanya hari ni dah boleh ke mari… jln dah agak ok. So? stay at home ajer laaa.

Tgh hari… tunggu landlords tak kunjung tima. So, decide bawa anak-anak kuar jenjalan cari makan kat main road. Baru setengah blok berjln kaki… muka kiter dah kebas sebab terlalu sejuk… sampai aje hujung blok… khaleef dah nangis meraung
². Hati kiter mmg tak sedap nak teruskan peralanan. Kalau kiter tak tahan… apatah lagi khaleef. So kiter decide patah balik balik ke rumah and my asben teruskan perjalanan mencari makanan.

Sampai kat umah… kiter terduduk pitam sambil memeluk khaleef. Agak
² keadaan kiter dah better sikit baru kiter membelek si tecik tu… Mak aiiii… tgn dia sejuk benau… terketar² but tak ley nak dibengkokkan. Pipi merah…. hidung ke dagu lebam.. panic gak kiter masa tuuu. Dalam 20 minit gak kiter peluk dan tuamkan badan dia… baru panas… huhuhuu… seksa toiiiii.

Tak lama komdian, en asben pulang bawak balik Dixi Chicken… ala-ala KFC kat Mesia. Itu ler rezeki kitorg tgh hari sampai ke Malam… Menu nii diperkenalkan olh Landlord (asben kiter terjumpa tgh jln tadik). So issue berkaitan rumah pun dia dah diskass dlm keter. Katanya, dia akn htr org fix kan on next week. Ok! Kitorg tunggu!

Malam tu kiter demam tido awai. Disebabkan tak tahan sejuk kot!!! Berguling dalam duvet… Sebelum mata dipejamkan… I Miss Malaysia so much… huhuhuuuu.



25 Mac 2013 (Isnin-9th days)

Bangun still early in de morning. Ermmm..tak ley nak buat apa… demam lom kebah. Alas pewot ngan conflakes…. Sambung tido. Dah kul 11.45 am baru bangun. Al-hamdulillah… kebah sikit demamnya. So, boleh ler main masak-masak. As usual… msk nasi dulu. Dah masak… transfer nasik tu kat pinggan. Baru masak kurma ayam. Cara kiter masak pun kelakar jer. Ala-ala darurat gituh. Kalau kat Malaysia … tgk rupanyer pun dah fail… Tapi.. kat sini… ia dah cukup YUMMYYYY…. Sodap giler rasanya. makan dgn nasi sejuk… but panas jugak akhirnya bila dicurahkan kuah kurma yg hangat… Huhuhu,... tak sabar lak nak tunggu microwave sampai. En Asben dah order on line Sabtu lepas. Katanya Khamis nii baru sampai.

Aktibiti hari ini????? NOTHING! Nak tengok TV... TV pun tak de... pun dah booking on-line. Dijangka esk sampai. So,Just duduk di jendela . Menyaksikan keadaan luar sana. The most critical part bila snow is melting. Jalan dah jadi padang ice-scating! Licin giler… kereta ada yg menggelongsor ke belakang… penjalan kaki pun ada yg jatuh terlentang. Huhhhh…. Terriblenya!

Nak dijadikkan stori lak… keter my asben x ley start.. coverage insurance pun direturn. Alasannya dia tak cover student. Loh…. Conflict of status lagik! Waduhhhhh! Stress betoi kiter kat bumi uk niii. Sebelum tido mlm… kiter muhasabah diri lagi..mencari
² senyuman keceriaan yg menghilang sejak detik 24 feb yg lalu…Nak tido pun stress... Huhh!!!  moga dipermudahkan urusan dan ada sinar baru untuk hari esok dan seterusnya. Amiinnn…


26 Mac 2013 (Selasa-10th days)

Semalam tido dalam stress tapi... Hari ni bangun pagi dengan hati yang tenang… Kenapa??? Hihihii... Smlm… kiter bermimpikan arwah mama in law… dia tgh wat nasi lemak kegemaran en asben. Pesan beliau… 


"mula² mmg susah… sabar aje laaa dulu. Insya-Allah… segalanya akn dipermudahkan."

Terjaga jer kiter dari tido, hati kiter cam lapang jer. Pg tu pun dah mls nak memberatkan fikiran.

Pas Bekpas… pun  Nothing to do. Snow still turun kadang-kala gerimis dan kadangkala lebat… hurmmm…. En Asben dah ke School of Management, tumpang Dr Pian. Tinggal kiter anak beranak terkontang kanting. Kimie & Sephia… kiter bagi homework. Khaleef…. Berkepit jer cam koala. Jam 11.00am, pintu diketuk… haaaa… sampai pun tv yg en asben order through amazon.com. 


Sekali buka jer box… oooo my microwave. Hahahaaa… kata my order sampai khamis… tetiba sampai lebih awal dari my asben nyer order. Hurmmm ok gak niii… TApi x ley nak main masak-masak lagik… Periuk belanga lom cukup lagik. Setakat satu periuk sederhana besar dan satu pan yg jugak sedarhana besau…. Apa ler sgt ley buat. Huhuhuuu…. Lunch lak…. En asben kata dia beli kebab aje… So???? Ok gak tuuu… sejuk-sejuk gini… nak masak pun berchinta rasonya… Kebas tangan dibueknyo!!!

Petang… kiter menerima kunjungan dari Dr Pian dan Hilfie somi isteri. Depa dtg nak tulun tgk kan keter en asben yang dah 2 hari tak ley start. Smlm depa dah try jumping keter. Tapi tak ley gak… Hari niiii depa guna khidmat service ala-ala AIA kat M’sia. Guna membership Hilfi. Cepat jer depa datang tgkkan. Al-hamdulillah, dah boley start. But kitorg diremind tuk tukar bateri..

Dah selesai urusan keter, kitorg sekali lagik ker Halal Mart. Beli stok makanan lagik. Tompang Dr Pian lagik… he he heee…. Terhutang budi toi kitorg dgn mereka sekeluarga. Ya Allah… berkatilah & murahkan rezeki mereka sekeluarga. Amiiinnnn.

Gitu ler perjalanan hidup kami setelah 10 hari di bumi UK. Dalam 10 hari ni jugak kehidupan kami masih lom stabil. Banyak menda lagi kena uruskan seperti urusan sekolah anak, utiliti, kelengkapan rumah dan macam² lagi laa. 

Dalam 10 hari ini jugak, banyak kenangan pahit manis yang dah  kami dah coretkan di sini. Menguji ketabahan dan kesabaran kami menghadapi realiti kehidupan di bumi orang. Hurmm... Ini lah yang dinamakan Asam Garam Kehidupan. ....
Related Posts with Thumbnails