Tuesday, July 30, 2013

Andrew in de house

Stori psl activiti summer holiday di teruskan lagi. In door punya aktiviti sekali lagi menjadi pilihan. Lokasinya jugak Clayton Library. Malas nak gi main library kat bradford niii... Payah parking... Heheheee.

Sesi kali ni start kul 3 ptg. Sesi main puzzle game ngan penulis buku kanak2 yg terkenal... Mr Andrew.



Nii sementara tunggu peserta lain sampai.... Khaleef pun cibuk nak participate.



Game kali ini bertajuk Creepy House Mystery... Mainnya macam main bingo. Tapi di tambah sikit ngan puzzle game. Fun gak puzzle game dia niii....


Aktiviti ini just mengambil masa satu jam aje. Even pendek... Anak2 sangat fun... Before pulang... Bebudak niii pinjam another 3 books untuk melengkapkan the creepy house reafing challenge!

Monday, July 29, 2013

"THE CREEPY HOUSE EVENT"

Salam guys..... 

25th July, Summer Holiday dah pun bermula... anak-anak siap dibekalkan senaskah pamplet mengenai aktiviti yang boleh diikuti masa cuti sekolah niii. Ada berbayar... dan banyak gak yang free... Ada in door dan ada out door... Sukan ada... muzik ada... camping ada... art & craft pun ada.... pendek kata... macam-macam ado!!!!

Cuma... kami tak ley nak join semua aktiviti.... yea laaa contohnya aktiviti outdoor.... mostly park kat sini ada buat  jumping castle & game... bebudak niii puasa... tak larat maaa... Ada gak football camp... dancing camp... baking camp... pun tak boley gak sebab time tuuu kitorang dah kuar dari UK. NAk ke mana???? Hihihihihiii TUNGGUUUUUU.....

So, yang nampak sesuai ngan masa dan keadaan bebudak niii.... is in door actviti. hurrmmm.... in door pun  banyak gak pilihannya... nak pilih yang mana satu yerrrkkk???


Since my kids bersekolah kat area clayton... kami pilih join aktiviti Creepy House yang diadakan kat Library Clayton. Setiap minggu ada aktiviti tuk kids diadakan. 

So, on 25/07/13 (2.00pm-4pm): this is de 1st program yang kitorang join.

"THE CREEPY HOUSE EVENT"


Aktiviti dimulakan jam 2.00pm.... aktiviti pertama mereka "Can you find Creepy House Crew".

Mereka diberikan sehelai kertas yang mengandungi crew-crew creepy house. So, mereka kena cari di mana gambar-gambar crew ini ditampal sekitar library... (door ke? Chair ke? Book rack ke?). Ala-ala cam treasure hunt gak lerrr!


Dah siap.... mereka kena mewarna...



Bukan warna suka-suka tau... niii colouring contest tau!!!


Sementara tunggu along dengan kakak mewarna... Si khaleef main sorang2.... banyak gak toys yang boleh dia main.



Tak lama komdian... Khaleef dah dapat kawan untuk bermain.



Next activiti is art and craft... Ni depa tengah wat spider...



Ni lak buat creepy house


Bergambar ngan hasil art masing-masing...

jom zooming apa yang dea dah berjaya buat????

Hurmmm apa ke benda alah niii pun kiter tak tau... book mark ke??? Ke benda alah yang nak gantung kat pintu tuu??? 


Spider


Snake


Creepy House

Aktiviti berakhir jam 4 ptg... Before pulang, bebudak nii dibekalkan ngan "Creepy House Summer Reading Challange 2013". Di mana bebudak niii kena baca 2 books... isi maklumat Title/By&Rate it dalam log sheet Creepy House... and berjaya untuk tampal sticker kat poster. 

Baca lagi 2 books...dapat another sticker... dan bila dapat baca buku ke-6... mereka akan dapat mystery gift. Mystery gift dia tuuu bukannya apa sangat... Tapi... ini ler caranya depa nak galakkan anak-anak membaca. Bagus kan????

Sok... ada aktiviti lain pulak... aktiviti apa???? Tungguuuuu!!!! (sebab kiter pun lom tau lagik).

Heppi Summer Holiday!!!!!

Wednesday, July 24, 2013

Parents meet

This is first time kiter menghadiri sesi "parents meet" kat UK... Kira sesi report card ler kan....

Hurmmm teruja gak nak tahu apa cerita bebudak niii setelah 3 bulan mereka bersekolah kat sini. So 17/07/2013 (Rabu) jam 3.30 ptg... kami mulakan dengan sesi perjumpaan dengan guru kelas Kimie.



Sementara tunggu giliran tuuu... kiter nak capture ler gambar kimie... but he avoids tuk bergambo... hurmmm dia tak sihat... 


So, kiter capture aje gambar  sekitar coridor kelas kimie. Yang ada 3 batang pokok tu hasil keras tangan kimie.



Menurut guru kelas kimie... dia sangat bagus dalam subject math. Sangat polite, behave & helpful (uweeekkksss... tu semua lakonan di sekolah cikgu oooiii). Lagik... he loved football so much.... even waktu rehat &lunch pun dia main bola.... masuk kelas sweating. OOooo... patut ler bekal yang di bawa kekadang langsung tak disentuh. Katanya masa rehat singkat sangat. Memang ler singkat, kalau awak tuuu asyik main aje! Cuma... english dia perlu di brush up lagi. So far.... dia ada participate dengan aktiviti kelas... As a conclusion.... dia sangat cepat get along dengan enviroment baru. Cikgu dia sangat puas hati dengan performance dia sebagai pelajar baru!



Next... kiter ke kelas Sephia.... tengok hasil kerja dia.... banyak gak... ni salahsatu daripadanya:




 Menurut guru kelas Sephia.... dia sangat pendiam... hurmmm.... may be disebabkan kurang penguasaan English kot!!! Cuma cikgu dia quite surprize coz Sephia punya reading dan pemahaman sangat tinggi dan baik berbanding rakan-rakannya. Cuma bila menulis & bercakap dia perlu brush up lagik... Begitu juga dengan grammer. Perlu dibaiki lagi. Even dia dikatakan pendiam... dia dikatakan sangat friendly coz dia ramai kawan yang suka bermain dengannya. So far... dia juga dikatakan cepat adapt dengan persekitaran sekolah, pembelajaran dan rakan-rakan.

Hurmmm... gitu ler lebih kurang sesi pertemuan kami dengan cikgu diorang... Hopefully betoi ler apa yang cikgu diorang bagi tau... Ye laaa tak mo ler yang manis-manis aje diceritakan... yang busyuk hangit di simpan.... kann???? Moga, my kids boleh ambik kesempatan ini untuk grab sebanyak mana ilmu di sini... especially English lessons kan!!!! 

To my kids... tahniah... and....

Tingkatkan Prestasi dan kurangkan kontroversi.... opssss... kurangkan main-main!!!!

Tuesday, July 23, 2013

Get Well Soon Dear!!!!

Dah 9 hari satu dari kerusi di meja makan kami kosong.... Kedudukannya betoi2 bertentangan ngan ibu. Dah 9 hari gak du'a iftar dan du'a makan diambil alih tugasnya oleh org lain. 9 hari juga nasi dan lauk pauk yg dimasak banyak bakinya. 9 hari juga sofa dipenjuru ruang itu dihuni oleh mu... 9 hari juga hati seorg ibu gundah gulana namun tidak putus mendoakan agar dikau kembali seperti sedia kala....


Mengimbau ibu hari sabtu yg lepas.... Ibu masak nasi lemak ayam berempah, menu buka puasa hari tersebut. Berselera sungguh dia makan... Tambah... Dan tambah lagi. Sehingga ibu terpaksa remind agar berhenti makan... Takut overload dan termuntah. Patuh dengan arahan ibu.... Maka dia pun berhenti makan walaupun jelas kelihatan dia nak tambah lagi.


Keesokan harinya... Kami bersahur seperti biasa... Tak bnyk dia mkn sebab baru 4jam berbuka tadi... Tambahan lak mata yang sangat mengantuk. Puasa diteruskan... namun dalam jam 3 ptg... Dia mengadu sakit kepala... Suhu badannya agak panas. 



Dia berkeras nak teruskan puasa, maka ibu terpaksa sapu minyak panas dan ikat rambutnya bagi mengurangkan denyutan. Sebaik sahaja selesai iftar... Ibu bagi dia paracetomol.


Isnin.... Dia tak mahu bersahur tapi still nak puasa... Puas dipaksa jamah sikit makanan.. Jam 8.30 dia ke sekolah. Ibu bekalkan dia cokelat dan air... Mana tau dia x larat nak berpuasa. Yea lah... Isnin dia ada PE (physical excersize). Cuaca mmg panas terik. Tapi mereka kat sini mmg suka berjemur. Masa summer ni... Kebanyakan aktiviti dibuat out door... Belajar tgh padang yg panas....


Kat sekolah, dia telah diperiksa oleh school nurse. Kata nurse tekak dia merah sangat. Balik sekolah... Dia dehidrated tapi still berpuasa. Time iftar... Dia tak mahu makan... Katanya ibu masak keras... Dia tak boleh telan. Keras ke homemade roti burger ibu buat? Nasi pun dia tak boleh telan. Dia hanya iftar dgn segelas air dan berbaring atas sofa.


Selasa: masa sahur ayah menyuap dia mkn. Menangis-nangis tak mahu telan nasi. Kata dua diberi... 'Makan dan boleh puasa' atau ' x bersahur dan tak boleh puasa'. Berkeras tak mahu makan... Sakit nak telan katanya. Maka, hari ni kami tak hantar dia ke sekolah. Monitor kesihatan dia. Kejap2 dia diarah minum air... Ok lah sikit. Tak de lah dehidrated sangat even tak makan.


ibu paksa minum banyak air sebab dibibirnya dah ada ulser. Kurang air barangkali.


Rabu- Kami advise dia duduk rumah. Tapi dia buat2 sihat. Hurmmm... Kami benarkan dia ke sekolah sebab petang nanti ada sesi parents meet. Setibanya kami di sekolah. Dia tersangat pasif. Rupanya dia bukan sahaja tak makan... Minum pun dia tak mahu... Dia dah tak mampu nak telan air juga. Ulser kat bibir dia makin merebak. Gusinya bengkak dan tersangat merah.




Khamis dia makin worst. Kat sini klinik biasa tak ada.  .Nak jumpa GP (General Practitioners:GPs look after the health of people in their local community and deal with a whole range of health problems) kena ada appointment. Paling awal pun 2-3 hari baru ley jumpa sebab kepadatan penduduk kat Bradford niii sangat tinggi. Walk in clinic lak hanya dibuka jam 2ptg-8mlm. Kul 1.30pm dah kena beratur luar bangunan. Bilangan pesakit pun terhad sangat. So, sapa cepat dia dapat laaa.


Kalau terus ke spital... Mereka tak layan sangat. Silap haribulan  tunggu lbh 9 jam... Lom tentu dpt rawatan. So, kami ke farmasi aje dulu. Sedikit sebanyak kami dpt advise... Utk mengurangkan kesakitan sementara dpt jumpa GP.


Jumaat:  dia tak nampak improvment langsung. Makan langsung tak mau!


Sabtu: dah beberapa hari dia hanya mampu menelan cecair. Itu pun dgn kepayahan yg amat. Pagi ini... Dia berjaya telan suku slice roti yg direndam dlm mushroom soup. Ibu heppi sebab nampak ada improvment. Masa dia duduk tgk tv... Tetiba... Gusi dia yg kemerahan itu mula berdarah, boleh tahan juga kuantitinya. Ini sangat mencemaskan hati seorang ibu! Setelah telefone line 111, Kami decide gi walk in clinic. 


Belum pun 1.30 pm... Org dah beratur panjang di luar bangunan. Sib baik cuaca hari ini tak panas. Jam dua... Kaunter pendaftaran dibuka. Appointment dapat jam 5.15. Maka kami balik rmh dulu. Menanti time appointment, ibu bersilat msk nasi ayam, buat kuih kole kcg dan ptg nanti just goreng aym & karipap yg dah siap ibu buat stock frozen. Mana lah tau... Kot2 kena ke emergency, masak siap-siap untuk iftar nanti.


Setelah diperiksa... Doktor nasihatkan dia ke dentist. 


For de mean time... Dia dibekalkan several ubat- ubatan. 


Nak gi buat appointment ngan dentist hanya boleh buat on monday.... Belum lagik nak dapat tarikh wat rawatan... Ohhh... Teruk betul system kesihatan kat UK niii... Semua kena appointment. Hanya yg betoi2 nazak dan emergency boleh terus ke hospital. So, those yang ada kat Malaysia, kita patut bersyukur sesangat. Klinik banyak... private ada... govt pun ado... spital pun ada clicnic for outpatient. So, kalau ada kes demam dsb nya ley terus jumpa doktor. Tak perlu tunggu dua tiga hari tuk set appointment! Huhhhhh!!!!


Ahad- dah nampak ada improvement. Gusi dah kurang bengkak... But still bleeding. Tekak dah kurang sakit... But still x boleh mkn solid food. Ulser dibibir... Dah mula kering. Tapi... Yg dalam mulut dan tekak... Kami tak tahu. May be turned better!


Today- hari yg ke 9. Berkeras dia nak ke sekolah dan puasa. Sekolah... Ok, dibenarkan sebab this week last week sekolah before summer holiday. Puasa... Nope! Dia kena habiskan antibiotik. Lagi pun... Dia masih tak cukup pengambilan kalori.


Setelah 9 hari berlalu... Sesungguhnya hati ibu sangat sedih melihat dikau dalam kesakitan... Sesungguhnya ibu sunyi bila tidak mendegar gelak tawa dan jeritan nyaringmu. 


Hopefully hari ini ibu dapat kembali dengar gelak tawamu... Hopefully... Kita boleh makan dan berjemaah seperti sebelumnya. Duhai muhammad Hakiemi.... Moga dikau diberikan kembali kesihatan yg telah ditarik sementara darimu. Get well soon my dear!!! 

Tuesday, July 16, 2013

Seminggu di bulan Ramadhan

Pejam kelip pejam kelip... Dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Dok pejam kelip tuu... Terkelip-kelip gak ler kitorang nak habiskan satu hari punya cycle. Teringat fisrt day off Ramadahan kami di sini....


Ramadhan kami mulai dengan ibadat terawikh. Kitowang tak ke surau pun... just berjemaah anak beranak. Memang agak mencabar berterawikh bila si tecik Khaleef lom tido lagik... Letak dalam court... suara dia mengalahkan imam... terjerit-jerit. Hilang konsentrasi. Dilepaskan dia kat luar... posisi dia duduk, depan dari imam... waduhhh!!!!! 


Plan asal... pas terawikh kami bertadarus dan beraktibiti bebas... tapi... mato mok cik niii macam ado gam... terlena gak akhirnya. Jam 1.50am bangun sahur.... Dalam 2.30 dah imsak.... pas subuh sambung tido.


Jam 7 bangun... anak-anak ke sekolah. Kiter???? Kat umah. Buat aktibiti bebas... tapi tak leh tido sebab memang kiter tak boleh nak lelap. Dah tak biasa tido siang hari... huhhhhh!!! 


Tetiba dapat panggilan dari pihak sekolah... Clarify tentang status bebudak niii... Kitorang pun bagi tau yang memang bebudak tuuu berpuasa. Tapi kami tak paksa... if depa tak larat or pasif, kami izinkan mereka berbuka. 


Kami difahamkan yang banyak sekolah dah kuarkan surat edaran.... ada sekolah yang melarang bebudak puasa. Ada yang izinkan dengan syarat umur lebih dari 10 tahun and siapkan bekal takut anything happen. Ada gak sekolah yang mintak parents ambik anak yang berpuasa waktu lunch and hantar balik ke sekolah lepas waktu rehat tamat. 


Tapi sekolah bebudak niii tak bagi lak surat edaran. Hurmmm... may be sekolah bebudak nii majoritynya is non-muslim kot. So, yang berpuasa nii kes terpencil berbanding sekolah lain kat Bradford niii.


Jam 3.15ptg, masa pick-up anak-anak... mereka masih aktif. So far... paginya ada ler 5 org (termasuk mereka berdua) berpuasa. Petangnya.... hanya mereka berdua yang masih maintain... huhhhh!!!! Tahan gak mereka niii. Al-hamdulillah.


Bercerita lak tentang persiapan iftar kami....  Seawal jam 6 petang kiter masuk dapur. Hurmmm..... awai dah siap... Tak thrill langsung menghadapi cabaran kat dapur kali niii. Kalau kat malaysia dulu.... Balik keje... Sampai umh dkt kul 5.45 ptg. Dlm masa sejam lbh kena siapkan kuih dan lauk pauk coz 7 lbh dah berbuka. Kali niii... 9.40 mlm baru ley berbuka... Hurmmmm..... banyak lagi masa menunggu detik berbuka.


Usually menu berbuka kita ada satu kuih manis... Satu kuih pds/masin satu lauk dan satu sayur. Masa tersangat ler banyak. Nak msk macam-macam  kang... Membazir... sapa nak makan kan? Jam 7.30 mlm.... semua dah ready. Maka terkelip-kelip ler mato menunggu waktu berbuka.


Sephia dan kimie... selang 5 minit tanya berapa lama lagik nak tunggu..... memang tak larat woooo.... cecah aje jam 8.30 malam... kiter pun dah jadik cam diorang berdua... selang 5 minit tengok jam... mak aaiiii mencabar toiii nak tunggu kul 9.40. Memang mencabar!!!! 


Akhirnya.... berjaya juga kami menghabiskan 1 Ramadhan di sini.... Memang sangat mencabar rasanya. 

Wokeh ler... apa stori Ramadhan kami yang berikutnya???? Hihihihiiii next entri kiter stori yea!!! Nak masak dulu... Adiossss

Tuesday, July 9, 2013

Catatan pre Ramadhan kami di perantauan!!!!



Semalam... Best tgk dokumentari "before Ramadhan in UK".


Cerita berkisar persiapan umat islam disini bagi menyambut bulan yang mulia ini... Siap mereka buat banyak-banyak fozen food (lauk-pauk dan dessert). Bagi mereka... bulan Ramadhan mereka nak beribadah sebanyak mungkin. Tak nak membazir masa masak-memasak. Time berbuka... just panaskan lauk aje!


Yang bekerja siap ambik cuti puasa... opsss... jangan silap... mereka bukannya tak larat kerja... Mereka decide nak beriktikaf kat masjid sepanjang Ramadhan... Siap dah book penjuru masjid dan bawa alas tidur yang ringkas!


Ada gak yang masak juadah... edarkan kat rumah jiran non muslim... Bagi tau yang sepanjang ramadhan mereka akan bangun sahur... minta maaf andai perbuatan itu mengganggu waktu tidur mereka. Hurmmmm... sampai gitu sekali mereka kan.


Tapi... dalam dok ada siaran khas tuuu.... satu jer perkara penting yang tak dop semalam!!! Pengumuman/ Pengisytiharan mulanya puasa! Kat my wall fb kiter penuh dah dengan ucapan salam ramadhan yg confirmnya bermula Rabu nanti kat Malaysia. Kiter gak yg berdebar2 menanti bila ler pose kat UK ni.


Member kat Leeds kata... Depa... awai-awai lagi dah dpt takwim dari jajahan mereka, puasa bermula hari selasa. Itu based illmu astronomi dan math. Tapi lewat ptg semalam lak... London Central Mosque announce Rabu. Haiiiyaaa..... X de Majlis Raja-Raja UK ke nak announce bila puasa ni????


Bradfords nak follow mana yer??? London 3 jam lebih dari sini... Leeds lak tak sampai sejam ponggg!!! Haiiiyaaa!!!! Baru sedar petapa pentingnya Majlis Raja-Raja dalam hal ini. Dekat jam 11mlm.... Kitorg still confuse lagik nak follow mana... Dok terbayangkan Ratu Elezeberth pakai tudung... dok atas kerusi... buat pengisytiharan puasa kat TV... Hahahahaha......


Tak lama komdian kiter baca annoucement kat website pelajar Malaysia di UK... Sah... Confirm. Dan sure... Rabu puasa!!! Tanya Landlord... warga tempatan sini... Katanya RAbu... So, dengan hati yang membolat dan tanpa was-was... kitorg decide Rabu puasa. So, titun dulu.... Esk lom boley bersahur lagik.


Ehemm....Tahun ini... Kiter jangkakan Kiter akan melalui suasana Ramadhan yang jauh berbeda dari tahun-tahun yang sudah.... Ye lahh... Berpose diperantauan ler katakan!!! Kalau kat Malaysia... Jam 4.15 kitorg biasanya bersahur dan jam 7 lebih dah iftar... Waktu imsak dan iftar berubah tak begitu ketara dari satu hari ke hari yang berikutnya kan?... Kira plus minus 14 jam kita berpuasa.


Kat sini, day 1 imsak jam 2.28am dan iftar jam 9.35pm...Setiap hari memang ado perubahan waktu imsak dan iftarnya dan plus minus... Dekat 19jam kitorg berpuasa. Hurmmm... Nasib kitorang hadapi Ramadhan masa summer. Kalau Ramadhan jatuh masa winter... Just puasa 6-8 jam aje... Pun tak seronok gak... Tak puas nak challenge diri sendiri  untuk menjalani ibadah puasa.


Semalam kiter dah slow talk ngan kimie dan sephia... Kiter ungkit balik kejayaan mereka berpuasa seawal usia mereka 5 thn. Explain betapa hebatnya orang2 yg berpuasa... Dan remind kan mereka yang puasa kat sini agak panjang. Actually guna jarum halus untuk pujuk mereka berpuasa. End off sesi tazkirah ngan anak-anak kiter buat statement "Ibu tak paksa anak-anak ibu berpuasa. So, korang decide ler sendiri... nak puasa atau tak...". Semua jawab nak..... maka ibu pun bertanya lagik...


"Kalau cikgu tanya... siapa suruh puasa jawab apa?"

"kami sendiri nak puasa" jawab mereka seretak.

Kiter tekankan sekali lagik yg kiter tak paksa.... Bahaya oooo kalau keluar dari mulut diorang yang diorg kena paksa. Silap-silap kiter kena panggil ngan guru/council. Sebab still kecik lagik kan!!! Nanti diorang ingat kitorang dera lak... mula ler kata islam tu menyusahkan... yea Dak????


Hurmmm... Tak dapat mok cik bayangkan camner ler kitowang nanti. Org kata even masanya lama.. Tak de hal punya... Sebab suhu kat sini sejuk. Hurmmm...hopefully betoi ler kata depa tu... Tapi... Dua tiga hari niii cuaca mmg terik.... Tu agak merisaukan kiter... Si khaleef tu still breastfeed. Tapi insyaAllah... Moga rezeki dia mencukupi... Cuma, Kimie dan sephia ler perlu ubah sikit timetable diorg agar mereka tak penat sangat....

Kul1.50 pagi... bersahur dan sambung tido
Kul 8.15pagi... bangun and gi school
Kul 4.00 ptg... rehat dan tidur.
Kul 9.15mlm... kejut bangun tuk iftar
pas tuuu time ini ler kena ada pengisian supaya kami semua tak perlu tidur menunggu waktu sahur kul 1 lebih nanti. So, solat maghrib... isya dan terawikh berjemaah... and mengaji. Pas tuuu aktiviti bebas.... Hopefully semuanya berjalan lancar lerrr.. Ni cuma planning!!! 



Oh yea... Kemeriahan menyambut ramadhan kat bradford niii still cam malaysia. Ye laaa... Ramai penduduk bradford is pakistan dan muslim. So banyak ler kedai dan pasaraya menggantung banner and buat promosi ramadhan. Kurma pun dijual di sana sini. 


Cuma... Kat sini tak der bazar Ramadhan. Tapi... Tu tak jadik masalah bagi kiter... Coz kat Malaysia pun boleh bilang berapa kali je kitorg ke bazar ramadhan. Sekali dua aje.... Lain2... Prefer homade dish... Baik nasi... Lauk pauk... Mahu pun kuih muih. So, insya-Allah... No bazar.. No problem!!!


Nak naikkan motivasi anak untuk berpuasa.... kiter siap buat timetable menu untuk berbuka. Ada lauk-pauk, 1 kuih manis dan satu kuih masin/pedas. Dalam menu tuuu... Selang sehari kiter letak ayam(sebab bebudak niii dengan ayam tak ley dipisahkan). Ayam tu nak masak apa.... terpulang pada mereka tuk fill in the blank. Hari yang bukan ayam...  contohnya ikan... akan ada jugak aksesori tambahan dari keturunan ayam... contohnya telur dadar atau telur bungkus..Hihihiii... kan kiter dah kata... ayam dan my kids tak boleh dipisahkan!

Cuma... Tak tahu ler camner ibadat terawikh kat sini... Sebab... Sejak beberapa bulan yg lps.... Sebaik sahaja menunaikan solat maghrib... Kita boleh terus menunaikan solat isyak... Sebab masa sekarang niii kedudukan matahari/ 'cahaya merah' yg membezakan kedua waktu ini tiada.  solat seperti biasa...Bukan jamak tau!!!! Cuma berterusan. So tak tahu lagi jam berapa solat terawikh akan dimulakan.

Lain-lain catatan kiter akan muatkan komdian... iaitu selepas menghabiskan beberapa cycle puasa...

So, dikesempatan ini kiter nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua. Moga ibadah tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya....

Monday, July 8, 2013

Car boots before puasa...

Cerita pasal car boot ni.... Dewsbury (+/- 12 miles dari Bradford) adalah carboot pertama kitorg visit kat bumi uk. Masa tu baru aje salji mencair. Masa kitorg pergi tu... X bnyk org bukak boots kereta. Sebab masih sejuk kot!!! Kitorg pun lom tahu nak beli apa.... Cuci-cuci mato aje


Next carboot kitorg ke  Chesterfield (+/- 70 miles). Tu carboot terbesau yg pernah kiter singgah. Toys utk kids mmg banyak kat sini dan sangat murah. Tapi... Masa tu kiter still lom pandai bershoping kat carboots lagik. Kenapa?????


Yea laaa.... Kalau Carboots kat Malaysia... Almost 100% brg yg dijual is brand new... Ada khemah jualan lak tuuu.... Nak tudung gi gerai tudung... Nak kain gi gerai kain... Ada pengkhususan gitu.


Carboots sini totally diffrent. Almost 99% barang dijual adalah recycle item. Macam-macam brg yg diorg dah tak mo diorg jual kat sini cam toys... Baju2.. Buku&majalah...Hiasan rumah... Pinggan mangkuk... Brg letrik... pelbagai jenis charger... alat muzik.. perabot... Hinggakan Bra dan spender yg diorg dah tak nak pun diorg jual. Hihihihiii...



So... Kita x ley target atau aim nak beli apa... Kena go satu-satu boots... Usha apa yg diorg nak let go... Atas meja/boots tu caca merba... Silap2 meja tu pun diorg jual... Boots kereta dan off course ngan kereta tu pun ada untuk dijual.


Tu yg mula2 sampai dulu  kitorg ke car boots pernah bayar masuk £2... Kitorg berjaya beli 20pents/sen aje. Langsung x pandai membeli dan tak balik modal. Pernah gak disebabkan carboots... Duit kami melayang beratus pound dek kereta rosak... Kena tunda... Dan baiki. Huhuhuhu... Experince oh experince. Disebabkan memang tak de skill membeli belah di CBS UK... maka aktiviti CBS niii kitorg rehat dulu!!! 


Setelah aktiviti carboots direhatkan... Lastweek kitorg teringin nak ber CBS lagik... Yea laaa takut dok terbayang-bayang lak masa Ramadhan nanti... So, kiter ber carpool ngan member... Ank2 (kecuali yang ala belangkas tu) kitorg tinggalkan kat umh member tu. Mulanya kitorg ke Harrogate (+/- 23 miles). Byrn masuk £1.00 sorang. 


Oh yea.... ada sesetengah car boots tidak mengenakan bayaran masuk. Ada sesetengah tempat mengenakan bayaran masuk. Tujuannya adalah untuk bayar sewa kawasan dan petugas yang membantu melancarkan lalulintas. As usual, kat Herrogate nii tak dop barang sangat yang dapat kiter hangkut.Just 1 toys khaleef.



Ni dia toys tersebut dapat £2.50.... agak mahal kalau dicomparekan ngan chesterfields... Tu laaa... masa ke sana dulu tak mo beli... kan ker dah menyosal!!!! 




Next kitorang ke Ripley... Just byr £0.50 sorang. Selalunya... mana-mana carboots yg kitorang pernah pergi, tangan pengunjung akan dicop bagi membolehkan pengunjung kuar masuk angkut barang ke kereta dan cuma bayar sekali sahaja! Abaikan gambo tangan yang sun-burn tu yer!!! Focus tang chop tu aje!!!




Ni carboot terbersih yang pernah kitorg gi... Kat sini... Kiter rasa sgt tenang... Mungkin kiter serasi ngan carboots kat sini... Boley thn gak ler kiter memborong. 


Next kitorg ke Ripon. Pun kena byr utk msuk. £0.80 sowang. Carboots ni bukak kul 12. Hurmmm.... Dpt ler 2 toys khaleef berjumlah £0.20... Hihihihiii.... sebab dah banyak memborong kat Repli tadik kot!


Memandangkan sepanjang ramadhan ni kitorg x mo ke carboots.... Kitorg plan nak bwk ank2 kali niii. Niat x der nak beli apa2 pun... Just bwk jenjalan. Ingat nak berkonvoi ngan member. Tetiba ank diorg x mo ikut... Apa lagik.... Bebudak ni pun x mo ikut... Lohhhh!!!! Tujuan asal kami nak hibur kan anak-anak... 

Hurmmmm.....So, gi satu kereta aje lerrr.
Kali ni kitorg terus ke Ripley... Banyak borong buku dan toys. 



Dapat gak rembat kasut khaleef... tu yang bersemangat dia nak jalan sendiri!!!! Tapi mok cik tak tahan betoi dengan cuaca kali niii... Suhu still rendah tapi mentarinya... Mak aaiiii.... Terik giler. Sampai anjing pun tergolek lesu!!!! 






selepas tuu... kitorang singgah jap kat pekan Ripon.... makan kudapan sebab nak tunggu CBS dia bukak kul 12tgh... Ada ker patut ada orang kata mamat niii " She's so lovely" Huuuuhhh... cam anak daro ke anak teruna mok cik niii??? Padahal muko dia ganas semacam jer!!!


Next kitorg ke CBS Ripon. Cuaca makin terik... Mentari kat sini mmg lain mcm.... Membelakangkan matahari pun sgt perit. Belakang kiter macam berada dekat api bbq... Punya ler panas.... Ramai yg x berbaju... but selamba jer Jenjalan dan drive sebab mereka suka ngan panas nii... Siap ada yg bentang tikar berjemur. Kulit apa ler diorg ada nii kan???... Anjing pun menjerit mintak air... X tahan panas. 


Sib baik gak kimie dan sephia tak ikut. Kiter pun bukan aje jln ' touch n go'. Smart tag terus... Laju jer tolak buggy khaleef... Nak pitam rasanya. Sampai kat parking lot.... Terus bersila atas tnh... Huhuhuuu... Mmg confirm x ke carboots ramadhan niiii.


Hurmmm... Sure kowang tertanya2 best sgt ke carboots niii... Hurmmm... Terpulang pd masing2. Mmg most item recycle punya barang. Tapi... X salah kan guna brg recycle... Alam sekitar pun selamat... Toys yg elok2 cantik2 wat apa dibuangkan??? Buku... novel dll... X kan nak dibuangkan??? Kondisinya masih elok untuk dibaca. Harga nya pun jauh lebih murah. Kalau rezeki kita... boleh dapat brand new lagik... tu semua selalunya unwanted gift. 

Contohnya periuk nasi letrik... belum digunakan & off course baru, pernah member kiter dapat beli £1.00 jer. Kiter pun pernah bernasib baik beli barang letrik yang baru.... harganya jauh lebih murah dari kedai. Tu ikut nasib lerrr...

Lagik satu... niat ke CBS niii kena betoiii... kalau rasa nak dapat beli barang murah2... sila laaa gi CBS yang dekat ngan rumah memasing... Sebab minyak kereta mahal maaa... silap-silap baik beli barang baru aje!!!

CBS yang terjauh kiter pernah pergi kat Chesterfield (almost 2h journey). Memang tak berbaloi ler kalau setakat aim nak beli barang murah kan!!!! Tapi kitorang gi sebab nak dapatkan pengalaman... pengalaman itukan berharga!!! Sangat Berharga... dan tak mungkin kiter dapat lupakan especially bila berpeluang naik towing car! Hehehe!!! Kan en asben kan???? Lagik pun... lain CBS... lain pengalamannya!

So berbalik kepada persoalan "Best sangat ke CBS ni???"... Pada kiter ia sangat baik... Unwanted item & masih elok kondisinya  apa salahnya di recycle kan! Alam pun selamat! Apa-apa pun tepuk dada... tanya selera! 

So... aktiviti CBS niii akan dihentikan seketika bagi menyambut Ramadhan al-Mubarak ini.....

Saturday, July 6, 2013

Sport Day Clayton Village Primary School

05/07/13 (Friday)... Clayton Village Primary School telah mengadakan sport day. Hurmmm... ni ler pengalaman pertama kitorang menghadiri sport day sekolah kat UK... Camner ler gayanyer yerrrkkk????

Event dimulai jam 1.15 tgh hari... wuuupppp!!!! TENGAH HARI???? Hahahaha..... tengah hari kat sini x cam Malaysia... Time yang sesuai tuk bersukan.

Kitorang sampai agak lewat... sebab menunggu kepulangan En Asben bersolat Jumaat dulu... Sampai aje kat simpang sekolah... riuh rendah bunyi sorakan... Masuk perkarangan sekolah... dah ramai parents membanjiri padang... 

Tak de khemah didirikan.... parents ley duduk kat mana mereka suka... Kat bench ker... berdiri ker... yang berbaring berjemur matahari pun ada... jagan tak caya!!! Ado!!!! Pakaian mereka baik sikit aje dari berjemur kat pantai... Isy!!! Isyyyhhh!!!! Isyhhh!!!!

Cuaca kat Bradford hari ini baik & Sunny... 22°c suhu yang paling tinggi pernah kiter tempuhi sejak berada di UK almost 4 bln niii. PAnas dia memang lain macam... terik dan perit... panas kering. Boleh sun-burn dibuatnya. Tapi berangin dan sejuk gak... hurmmm... goanne mok cik nak terjemahkannyer yerkk????

Susah-susah... Tak payah terjemah lerr pasal tuu... Kita berbalik pada sport day niii... Game yang dipertandingkan ada 6 acara:
1. Game 1- Lari Berganti-ganti
2. Game 2- Javelin (lontar lembing)
3. Game 3- Passing game (i dun know  mainan apa sebab terlewat sampai)
4. Game 4- Bawa ping pong dengan sudu
5. Game 5- Step Bench
6. Game 6- Lumba lari

Mereka main gilir-gilir ikut pusingan jam. Contohnya budak year 1 main Game 1 dulu... pada masa yang sama budak year 2 main Game 2... dan pada masa yang sama budak year 3 main Game 3. Bila budak year 1 habis main Game 1, mereka akan bergerak ke Game 2 manakala budak year 6 akan mengambil alih Game 1 tadi dan begitulah seterusnya. Hurmmm... kowang paham tak apa yang kiter citer niihhh??? Huhuhuuu kalau tak paham... buat-buat paham aje laaa yerrr!!!!



Sampai aje Kimie tgh main game niii... Dia dalam team hijau! He's the captain for green team... Cam hebat jer bunyik nyer kan!!!! Tapi sayang... kumpulan depa kalah... hihihihiii... sebab captainnya poyo kot!!!!!!



 Sephia lak... baru selesai dengan acara step bench... payah benau nak capture gambo dia??? Ngape yerrr??????



Sephia mulanya malu.... dia kena berseluar pendek untuk aktiviti PE (Physical Excercise). Dia takut benau ibu post gambar dia dalam facebook dan kenkawan kat Malaysia tahu dia berpakaian camni!!! Nak buat camner nak.... sekolah rendah memang wajib berpakaian camni... kalau Secondary school mereka ada beri kelonggaran sikit bagi yang bertudung!



 Ni Sephia tengah tunggu turn Game Lumba Lari....



 Saringan pertama Sephia juara.... melayakkan diri untuk pusingan akhir



 Pusingan akhir.... 2 lelaki dan 2 perempuan... dia lambat mula dan... dah ditewaskan... 



 Kimie baru aje selesai main game Steping Bench.... Their turn (budak year5) dapat reward makan Ice-lolly (Aiskrim)



 Ni Sephia punya kelas  (year 3) main Game Lari berganti-ganti... Sephia from team Blue...



 Team dia dapat tempat pertama dan she's de best runner.... huhuhuuu... memang laju dia lari tadik


And... now their turn lak dapat aiskrim


Kimie lak meneruskan acara lumba lari.. pun tak menang... Badan ada muatan lebih kot!!!!!


 Pas pecut... mereka diberikan air



Nampak tak gambo awek tepi khaleef... tu ler Maryam... Budak kelas Kimie yang selalu kiter gossipkan dengan Kimie sampai merajuk dia tak mo makan... hahaha... budak tu lak memang baik ngan kitorang especially Sephia. Masa sephia sakit (stay kay sick-bay) dia ler yang tolong jaga... Hihihihi.... Mengamuk kimie bila kitorang panggil Maryam... K.Long kepada Sephia dan Khaleef... Muah hahahahahaaa....



Next... giliran parents lak dapat ice-lolly....



 Khaleef pun nak jugak... makan ler nakkk!!!!



 Ambooiii... buyokkk nyer muka... sebab masam ker sejuk niii??? Hihihiiiii



 Yang dah sudah ley dok berehat... tunggu team lain habis pusingan



 Sephia tengah habiskan game dia yang terakhir.. lontar lembing!



Bila semua dah habis pusingan ... depa berkumpul cam niii... Teka untuk apa????



 Hahahaha... acara untuk parents dan guru... kitorang x join punnn!!!


 Bila acara berakhir pada jam 3.15pm... anak-anak masuk ke kelas dan ambik baju sekolah kat locker masing-masing... and parents tunggu untuk pick-up anak and... balik ler apa lagikkk... tapi kitorang tak balik lagik maa.... Ngape???



 Adakah sebab nak bergambo dengan hadiah kemenangan??? Hahahaaa.... hadiah dia adalah medal... yea!!!! Sticker Medal aje!!! Medal sebenar... akan dapat kalau sport day kat Malaysia... Kat sini Sticker aje!!! hihihihiii...



 Punca sebenar adalah... tunggu kimie habis trainning bola sepak dia... Memang setiap hari jumaat... kami akan terpacak kat sekolah dia dari jam 3.15 hingga 4.30 petang. Sowi ler gambo nii kiter capture dari parking lot... malas nak dok luar... Sejuk & berangin!!! Mok cik tak tahan maaa!!!!



Ini merupakan Last session bagi kimie untuk sesi persekolahan  dia kali niii... sebab next week kitorang x bagi dia join sebab nak pose and 24 July dah start summer holiday! Yeay... yeayy... chottiiii!!!

Gitu ler serba sedikit stori Sport Day kat sini... simple & heppi!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails