Wednesday, January 27, 2010

Semoga abah cepat sembuh!!!


On friday 22nd Jan 2010 dalam kira-kira kul 4.30pm... kiter dapat emergency call dari Syahrul (adik kiter) mengatakan abah di wad kecemasan. Apa yang kiter tahu abah sesak nafas... keadaannya tidak stabil dan langsung tak bole bercakap. Mulut dan hidung diserkup ngan bekalan oxigen.

Dalam keadaan panik kiter bergegas balik Bangi.... pack barang ala kadar... ambik anak dan rush balik ke PAhang.... dalam hati tak putus berdoa agar abah selamat dan tiada perkara buruk berlaku.

Half way perjalanan.... dapat berita abah dah stabil dan bole balik coz wad penuh. Kami diminta untuk memantau kesihatan abah. Tapi.... belum sempat pun kami sampai kat Pahang.... abah kembali di masukkan ke wad kecemasan.

Abah didapati demam dan batuk. Hasil pemeriksaan doktor masa niii Jantung abah OK! Buah pinggang pun OK. BloOd presure OK. Tapi... Kadar oxigen dalam darah kurang (level amaran).

Abah terpaksa bergantung pada bekalan oxigen. Tapi pakai yg tiub niii jerrr dah. Oxigen yang serkup tuuu sekali sekala jer dia pakai. Semalaman abah dik observe... dan akhirnya abah mintak discharged. Mulanya doktor benarkan... tetiba dia tumbang dan sesak nafas depan doktor... Terus kena admit/msk wad.

Buat sekian kalinya.... kami adik beradik... anak menantu dan bakal-bakal menantu berkumpul beramai-ramai. Sampai fenuh rumah dan wad dipenuhi ngan kami semua. Kitorang bergilir jaga abah. Sabtu Ahad, siang hari kiter yg jaga. Biler kiter balik KL... i-in, onie dan nash bergilir jg siang. Malam my mum, syahrul & his fiancee yg jaga. DAn bertukar-tukar shift gak.... 1st day kiter jaga... abah hampir pengsan dalam bilik air coz x bole bernafas & x cukup oxigen. Pas tuuu kitorg dah x bagi abah gi toilet sampai dia betul2 boleh bernafas sendiri.

Hurmmm.... hasil pemeriksaan dr, paru-paru abah mengembang coz ada jangkitan kuman/ pneumonia... may be sebab demam. Abah kuat smoking pun yea!!! Tapi Dr terkejut gak tgk paru2 abh cam org perokok biasa jer... Tak nampak pun symptom heavey smoker pada paru2 dia.

Akhirnya setelah masuk 4 botol air.... dan 5 hari bercuti di Wad Kenanga 12, katil 4, Hospital Temerloh niii... abah akhirnya bole discharged. Tapi kesihatannya masih perlu dipantau. Doa kami buat abah.... Semoga abah cepat sembuh seperti sedia kala.... tinggal lerr terus tabiat merokok! Dan ketahui lahhh kami semua sayangkan abah.... we love u soooo much!!!!!

Tuesday, January 26, 2010

Sausage Roll

Sekali lagi kiter nak muatkan entry perkongsian resepi. Kali nii still berkisarkan sausage, Sebab anak teruna kiter mmg suka makan benda yg simple nii. Masa penyediaan lebih kurang 10 minit jer.... So sesuai untuk dibuat sarapan pagi/bekal untuk anak2.


Bahan-Bahannya:

6 keping roti (untuk 6 roll)
6 btg sausage pjg
1 biji telur (dipukul)
Serbuk roti (x isi pun tak pe!)
minyak untuk memasak


Cara membuatnya:

1. Leperkan roti ngan roll pin. Ini memudahkan kerja2 nak menggulung nanti dan roti nii tak serap minyak yg terlampau banyak!

2. Letakkan sausage dan gulung... gamkan hujung roti nii ngan sedikit telur

3. Golekkan roti sausage niii dalam telur

4. Golekkan pula pada serbuk roti . Ni optional tau... kalau x de pun tak pe. Cuma kalau ada serbuk roti niii.... sausage roll nii akan rasa lebih rangup/crispy.

5. Goreng ngan api perlahan.

6. Dah siaapppp


niii sausage roll yg kiter dah potong kecik2 untuk kimie bawak ke sekolah!!!

Mudah kann!!!! Selamat mencuba!!!

Thursday, January 14, 2010

Hakimie's homework

Can u guest what is that?????

U wanna hint????

Yesterday, one of kimie's homework is to draw1 small animal and 1 big animal. Small one dia lukis semut... And the big one dia lukis binatang ni... So, what is that????

He he he... according to him... dia lukis ikan paus. Muahhh haaa haaa... tergelak besaq kitorg... Sori cayang... u dah berkecil hati ngan kitorag. So dia dah erase lukisan dia niii and mintak idea from kitorang nak lukis gambar ape.

I suggest gambar elephat or bear. Dia nagis tak tau nak lukis camner. May be gak dia dah berkecil hati ngan kitorang... Agains sayang... Sorri....

Dia mintak kiter yg lukiskan untuk dia.... tp off course kiter takkan buatkan homework untuk dia. I suggest gambar bear yang kiter buat lagu tuh... bulat kecik... bulat kecik... bulat besar..... he he he

Kesudahannya i don't know dia lukis gambar ape coz kiter terus ke dapur msk utk dinner nanti. My hubby yang temankan dia finish up his h/work.

Ermmm... nak buat camner kimie.... awak tak dianugerahkan bakat melukis... baik ayah... mahu pun ibu... dua-dua tangan kayu... So ok laaaaaa tuhhhh. Nak buat camner kan.. kan.. kan????

Monday, January 11, 2010

KONTROVERSI PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH'

Selalunya entry yang kiter muatkan dalam disini bersifat leasure dan peribadi. Tapi… kali niii kiter nak share apa yang terbuku dihati kiter ini iaitu isu yang menjadik kontroversi ketika ini “PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH”

Setelah sekian lama kaum bukan Islam umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu. Maka dengan itu kita telah dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.

Tetapi kini…. Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya tujuan mereka? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah pun, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan berleluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan panasnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung penganut agama Islam.

Memetik kata Syed Mohd Naquib Al Attas:

Allah itu bukan sekadar tuhan. Allah itu adalah satu nama khas merujuk kepada Allah, iaitu Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu makna Kalimah suci - Lailaha Illallah.. membawa makna - Tiada Tuhan Selain Allah.

Kalau Allah itu sekadar translasi bagi makna Tuhan...Maka, ia membawa maksud, Tiada TUHAN selain TUHAN...Ia tidak membawa makna apa-apa... sebab Allah itu sekadar tuhan.. tak ada makna.. Berbanding Tiada TUHAN Selain ALLAH...

Maka Allah itu ada Makna disebaliknya. Ia adalah sebuah kata nama Khas dan bukan kata nama umum sahaja. Kiter ulangi ALLAH adalah NAMA KHAS... NAMA KHAS....

Juga bersependapat dengan Tun Mahathir bahawa:

Mungkin juga kalimah "Allah" mereka fikirkan dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Maka dengan mudahlah mereka dapat melebarkan sayap Kristian ke atas orang Melayu yang cetek ilmunya.

Dalam Islam, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”

Ini bercanggah dengan Agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika Kalimah Allah digunakan dan ditafsirkan dalam bahasa Melayu spt yg terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

Yang herannya kenapa God itu nak diterjemahkan kepada Allah dan bukannya Krishnan, Murugan atau Buddha… Kenapa??? Kenapa??? Nampakkan ada niat busuk disebaliknya kan???

Kepada mereka yang berniat jahat itu, Sudahlah…. Janganlah ganggu Agama kami seperti mana kami tidak mengganggu Agama kamu… Seperi yang tercatat dalam Surah Al-Kafiruun ayat 6 dalam kitab suci kami Al-Quran yang membawa maksud “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. Maka jangan diganggu Agama kami dan AWAS….

Sekiranya kalian ingin meneruskan juga niat kotor kalian… kami doakan kalian ditimpa laknat dari Allah… tuhan sekalian alam…

Sunday, January 10, 2010

Bun sausages

Ermm... lama kiter tak muatkan citer mengenai masak-memasak kannn??? He he he... kekadang tuh segan gak coz kiter niii bukannya terror memasak pun... Tapi saja nak mempelbagaikan variasi blog kiter nii... Ada beberapa response yang kiter terima mengenai ruangan jom memasak nii... Ada yang memerli dan ada gak yang mengikuti. For those yang mengikuti time kacih diucapkan.

Perkongsian resepi ini ditujukan pada mereka yang seangkatan ngan kiter... yang dah terror memasak... tak yah baca laaa entry nih. Dan kalau nak resepi yang hebat-hebat... sila layari blong yang pakar cam blog k.hanie, mat gebu dan banyak lagik laaaa. He he he

Ok tuan-tuan dan puan-puan... resepi kali ini ialah:" BUN SAUSAGE". Juadah ringkas untuk anak-anak dan cepat disediakan untuk sarapan pagi sebelum depa ke sekolah.



Bahan-bahannya:

Roti bun (kiter beli gardenia punya)
Sausage
Kepingan Chesee dipotong kecil2
Salad (ikut suka - kiter tak isi coz bebudak nii payah nak makan sayur)
Myonese
Sos tomato (kalau untuk anak2) atau sos cili (untuk kita laaa)

Cara membuatnya:

kelar-kelarkan sedikit sausage dan masukkan dalam oven/goreng hingga agak masak-jgn over masak nanti sausage berkedut... tak cantik maaaa)

Belah memanjang roti bun tapi jangan sampai terputus

masukkan cheese dan salad dicelah-celah roti

letakkan sausage yang panas-panas dicelah roti tersebut. Baru leerrr chesee tu mencair..

pipe kan myonese dan sos dan siappp....


Haaa.... tak sampai pun 15 minit hidangan dah tersedia.... mudah kann????

Friday, January 8, 2010

Sambungan School Stories

Jumaat- 08/01/10. Cukup seminggu anak-anak kita memulakan sesi persekolahan. Mereka sudah pasti hampir dapat menyesuaikan diri dengan sekolah. Begitu juga dengan kimie. Pergi sekolah, naik van. kami tidak lagi mengintai dia kat sekolah macam 2-3 hari lepas. Cuma balik time, my hubby still tengok dia. Bagi memastikan dia betul-betul familiar dengan van dia. MAklumlah... dengan pelajar yang crowded... kenderaan ibu bapa yang juga crowded dan yang paling menakutkan ialah bentuk dan kaler van yang lebih kurang sama. Tapi... Al-hamdulillah, setakat ini kimie berjaya.

Seperti biasa... balik sekolah dia terus ke Transit dan mengaji. Balik... dia rehat jap.... dan mengaji ngan kiter lak.


Ni kiter hadiahkan dia Al-Quran.... Ermmm.... buat makluman, kimie dah tamat Iqra' 6 last year... According to his teacher, we can proceed to Al-Quran terus. Tapi.... biasa laaa I can jenis conventional skittt... Mintak dia baca Muqaddam dulu. Tu yang baru minggu niii proceed dengan Al-Quran. Hurmm.... agak tersasar sikit target kiter. Tapi tak pe laaaa.

Hari niii, kimie kena buat homework. About 10 pages homework dia.... sampai lenguh-lenguh tangan kimie dibuatnya.

"Ibu... tengok tangan along nii... dah bengkok dah!!!! Ni banyak lagik niii. Huaaa huaaaa!" Nagis kimie sambil menunjukkan jarinya yang sakit.

"Alaaa... sikit lagik niii. Along tulis jangan laaa tekan sangat.... Hurmmm... cantik along tulis... Hebat anak ibu.... " Pujuk kiter agar kimie kembali bersemangat.

"Esok laaa sambung. Along buat pagi-pagi kat sekolah" suggest kimie.

"No! tak bole! Yr teacher kata this is your homework right? So do it at home. I'ts ok... Mana yang sakit? Mari sini ibu urutkan sikit" pujuk kiter lagi.

Setelah diurut... kimie kembali menulis. Kiter mengambil kesempatan menggosok baju di bilik kimie sambil menemaninya. Didie lak dah tak sabar-sabar nak bermain dengan alongnya. Di peluknya along... diciumnya along... Kimie buat tak tahu... didie makin geram.... dicubitnya pula alongnya. Kimie menjerit sedikit, menepis dan terus menulis. Kesabaran didie makin tercabar. Dia naik atas meja studi kimie dan duduk bersila di atas buku kimie.

"Tepi laaa... along nak buat homework niii. Dah laa banyak lagi nii" nagis kimie.

Kiter terpaksa mengangkat didie turun dan memujuk didie baca buku cerita dan minta dia bersabar sementara tunggu alongnya siap kerja sekolah.

"Yes!!!!! dah siap" jerit kimie dan terus tutup buku dan landing atas katilnya.

Didie terdengar dan terus membuang buku di tanggannya. Dia terus melanyak kimie di atas katil. Ajak bermain. Tapi... kimie tak mau. Digomol-gomolnya kimie samapi kimie lemas dan marah.
So, didie bagi syarat di mana, kalau x nak main ngan dia, bacakan dia buka cerita. Dan kimie terima syarat tersebut. Setelah berpuas hati ngan alongnya... baru didie ajak masuk tido. Jam baru menunjukkan kul 9.30pm.... Kimie dah pun melelapkan matanya... Kalau idakkk..... kul 12.30malam pun tak tentu dia masuk tido...Ya... mungkin dia penat setelah seharian dia ke sekolah.

Setakat minggu ini... tak susah pun nak kejutkan kimie bangun pagi.


Dan as u know... uniform hari Jumaat adalah Baju Melayu, Hurmmm.... pinggang seluar agak ketat tapi sampin terlalu longgar. Ada yang sampin londeh mamat niii tak sedar!! He He He! Tak sempat dak pakaikan pin kat sampin dia.... van dah sampai. Nasib awak ler kimie!!!!


Ermmmm kiter asyik citer psl kimie jer kan... What happen lak ngan didie?

Didie start school 05 Jan 10, at the same school "Little Calphs, BAndar BAru BAngi". I Thought, sekolah yang sama didie akan ok...

Based on gambar dicapture niii... On the way ke sekolah didie masih ceria....

Sampai kat pintu pagar sekolah... dia masih ceria.... But when dia masuk aje dalam kelas... Dia tengok ramai kawan baru... dan ada yang menagis. Muka dia dah berubah dan terus memeluk erat kitorang. she crying and wanna back. Puas dipujuk... dia tak mau. Langsung tak lepaskan kiter. And last.. i give her book and mintak dia baca. Setelah leka membaca... kiter perlahan-lahan tinggalkan dia dan menyorok. Bila dia sedar kitorang dah tak de. Dia menjerit sekuat hatinya.

"nak ibu.... nak ibu..." jerit didie.

Cikgu dia cuba memujuk dan kitorang terus keluar coz nak gi pantau kimie and hantar pansil colour seperti yang diminta. Kitorang serba salah coz tinggalkan didie cam tu aje... Even dia stay sampai petang, we diceded to take her home by noon.

Sesampai kat sekolah, didie dipanggil keluar... i saw matanya yang bengkak dan masih tersedu-sedu. Her teacher said that's she crying sampai tertido. Wake-up... and continue crying. She's the only senoir yang menagis... yang lain junior. Dan yang piling best... dalam ramai-ramai yang menagis... didie mengungguli carta... top person in school. Hurmmmm... susah hatiku ini.

"Esokkkk.... sesiapa yang tak nagis dapat surprise!!!" Announce kiter pada bebudak nih. Memasing excited dan janji tak akan mengis bila ke sekolah.

06th Jan, 2nd day didie to school, she wake-up early in the morning. Nak tengok along dia pergi sekolah. Sebaik sahaja van along meninggalkan dia... didie mengis...

"Adik nak along...." jerit didie. Puas gak nak pujuk dia pagi tuh. Sampai kat sekolah... dia tak nak turun kereta. Puas didukung... dia memanjat pagar sekolah dan menjerit-jerit. Nak buat camner... ibu dan ayah dah start kerja... Terpaksa tinggalkan dia macam tuh.

Actually dia nak along dia ada di sisi. Dia x bole nak survive bila along dia tak de. Last year... masa mula-mula masuk school nii... dia tak nak masuk kelas dia... dia nak along dia temankan dia dulu. Along disuruhnya warnakan kerja sekolah dia dan along laa yang buat macam-macam untuk dia. Sekarang dia alone... tu yang dia sedih sangat tuh!

Bila petang... baru kitorang pick-up dia. Hati ini berdebar-debar nak tatap muka dia. Tetiba dia keluar dengan senyuman dibibir.

"Adik nagis tak????" tanya kiter

"Sikit jer... pas tuuu tak nagis dah! Ermmmm adik dapat surprise tak ibu?" tanya didie

"Sebab adik nangis sikit jer... so, ibu bagi surprise. Adik nak apa?"tanya kiter

"Nak make-up" kata didie dengan gumbira

So, after kimie settlekan homeworknya... kitorang mancari hadiah masing-masing.

Bergambar dengan hadiah permintaannya. I just buy compact powder Miami keluaran cowway. nak cari yang baby jhonson punya tak jumpa laa pulak.



komain heppi lagik dia

Keesokkan harinya didie pergi sekolah dengan gumbira... bedak tebal-tebal gituh!!!!

Wednesday, January 6, 2010

School Stories

Bila anak-anak masuk darjah satu... siapa yang lebih excited???? Tuan punya diri.....? Atau Ibu bapa? Itulah soalan cepu cemas yang terkena batang hidung kiter kali ini. Excited sangatkah kiter hingga jam dah mencecah 4 pagi kiter belum boleh melelapkan mata???? Entah lerr.... tapi itu laaa yang kiter alami. Walaupun tak cukup tido, kiter bole bingkas bangun seperti biasa menyiapkan sarapan, sementara my hubby menyiapkan anak-anak (memang tugas rutin kami camni). Cuma yang berbeza kali ini ialah Kimie dah betul-betul ke SEKOLAh bukan lagik play school.... Hurmmmmm.... cepatnya masa berlalu kannnn?

Kimie mulai pagi 04 Januari 2010 dengan penuh keceriaan kerana hari tersebut hari bersejarah buatnya. Kini dia akan melangkah masuk ke Darjah 1 di Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi (SRAI).

Lengkap berpakaian, seperti biasa kimie akan mengambil sarapan pagi. Mungkin agak gementar... sedikit aje yang sempat dia jamah pagi tuh. Seterusnya kiter membiarkan kimie mengenakan sendiri kasutnya. Kimie mengambil masa yang agak lama untuk menyarungkan stokin dan kasutnya.

Adik terasa sedih biler along nak tinggalkan dia....

"Baby.... babai kat along.... sayang along.... along nak gi school"kata didie sambil menggoyang-goyangkan tangan anak patung dia ke arah kimie


Sebelum ke sekolah bergambar dulu bersama atuk yang turun dari Terengganu nak melihat cucunya bersekolah.

Pagi tersebut, hujan turun renyai-renyai dan keadaan trafik memang slow yang amat. Tapi... Al-hamdulillah kami selamat sampai ke Sekolah walau agak lambat sedikit. Di sekolah agak crowded dengan pelajar dan ibu bapa. My hubby just dropkan kitorang dulu sementara dia mencari parking. Kami kena jalan lebih kurang 20 meter ke pintu pagar sekolah. Kimie berjalan terkedek-kedek.... sedangkan kitorng kena cepat sebab jam sudah menunjukkan pukul 7.45pagi. Sedangkan kelas bermula 7.40 pagi.

Dipertenghan jalan... kimie berhenti

“Ibu... along sakit perut laa.....!” kata kimie sambil memegang perutnya dengan muka yang cemas....

“Along nak gi toilet?” tanya kiter. Kimie menggelengkan kepala

“Along nak muntah?” sekali lagi kiter bertanya untuk mendapatkan kepastian. Kimie sekali lagik menggeleng. Ermmm.... melihat mukanya yang sedikitpun tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan, kiter dapat menjangkakan kimie sudah bermain drama.

“ Ermm.... kita masuk dulu nanti ibu sapukan ubat“ pujuk kiter.

Kimie mengorak langkahnya cukup slow dan tak steady... mukanya pucat dan menunjukkan riak cemas.


Akhirnya... kitorang sampai di kelas 1 Jujur... Ermmm Nama kimie yang ke-3 dalam senarai kelas tuuu.

“Ibu... along sakit perut... nak balik....” kata kimie sambil mengesat air mata… memeluk erat kaki kiter… menagis teresak-esak.

Semua parents yang ada disitu tersenyum memandang kimie…. Yea laaa.. kalau tak silap kiter… tak de pun student lain yang nagis dia jer sorang yang nangis … dalam kelas kimie laaa... kelas lain kiter tak tahu. Ada parents yang mengambil gambar kimie menagis sebab anak dia tak nangis. Macam-macam….



Puas dipujuk masuk ke kelas... Kimie tak mau... Last-last kiter yang masuk ke kelas menyorong beg kimie dan duduk di meja yang kosong. Kimie masih diluar kelas. Tetiba guru kelas kimie meminta fail peribadi pelajar yang telah lengkap diisi dihantar ke depan. I just give the fail to kimie…. iring dia ke meja gurunya. And he did it…. And bawa dia ke meja dia.

Kiter memangku kimie sehingga tangisannya reda.

“Along niii beratlah... along duduk sini laaa.... ibu duduk belakang along” kata kiter dalam proses menjarakkan diri dari kimie. Kimie menganggukkan kepalanya.

Duduk di meja belakang kimie dalam 5 minit... komdiannya

“Along... ibu panaslah... ibu bawak kerusi niii kat tepi pintu yea...?” kiter mencari ruang untuk tinggalkan dia dalam kelas.

“Ok... tapi ibu janji.. ibu jangan pergi jauh-jauh tau... ibu tunggu tau.... ” Kimie memberi syarat.




Kimie agak reda.... dan sekali sekala meminta adiknya menemaninya.


Sementara menunggu cikgu melayan beberapa orang parents yang nak membuat bayaran... kimie dah tak karuan dan mula menunjukkan aksi cemas. Untuk mengalihkan perhatian kimie, kiter telah memberi task kepada dia iaitu: Berikan 10 jenis warna dan 10 jenis binatang. So, dia dah mulai leka menulis arahan kiter dan mula melupakan perasaannya yang nervous itu.


Setelah penat didie ulang alik ke kelas Kimie... dia mengisi perut dulu dan kemudian continue teman along dia


Setelah kimie dok lalai ngan tugasan yang kiter bagi... kitorng duduk kat kantin yang kebetulannya betoi-betoi disebelah kelas dia.

Sesi suai kenal di kelas lain sudah bermula. Hermmmm… masa sesi suai kenal niii… ada pelajar yang langsung tak kuar suara untuk memberitahu namanya. Kelakar pun ada. Kelas kimie lak…. Cikgunya mengambil kaedah yang lain untuk sesi suai kenai… mereka bermain permainan ABC. Menyanyi ABC… Compete each group, kump mana yang kuat baca ABC…. Tulis kat blackboard and give things yang bermula ngan each word.


Ni kimie yang ke depan menulis huruf “C”



Kul 9... rehat time for kelas Std 1 and 2


Kimie kiter bekalkan nasi goreng dan nugget. Bawak bekal pakai buang. If he can bring back the bekal for a week… so by next week dia bole bawak bekal yang cu Lina hadiahkan.



Next… masa rehat tuu kitorang mengambil kesempatan mengajar dia menggunakan public phone. Our phone no kitorang dah tinggalkan dalam purse dia. Tapi masalahnya ialah… dia agak bonsai… tak dpt nak masukkan duit syiling. Kitorang minta dia meminta pertolongan orang lain sekiranya perlu.


Next… kiter mintak dia jalan sendiri ke kelas dia… Selalu dia tersalah masuk ke kelas orang lain… Dan kali niii dia terlajak gak… muah haaa haaaa.


Next... kitorang tunjukkan dia mana tandas lak



Rehat tamat kul 10.00am... Mereka diminta beratur untuk sesi orientasi sekolah..


Dibawa tour mengenal tandas lelaki dan pompuan serta surau. Balik kelas meneruskan sesi pembelajaran. Melalui utusan “didie“ kami maklumkan pada kimie yang kitorang nak gi ke koperasi sekolah untuk beli buku dia. Kimie menganggukkan kepalanya dan memberi syarat jangan balik. Tapi sori kimie... awk kena tinggal... kitorang balik dulu....



Dalam kul 12 kitorang kembali ke sekolah dan didapati meja kantin telah diatur dengan cawan




dan makanan



Tepat kul 12.30 bebudak darjah 1 dan 2 keluar untuk mkn tengah hari yang disediakan. Parents dikehendaki bayar RM 50/mth untuk food ini



lauknya simple tetapi kena dengan selera kimie



Dalam kul 1.00pm lak turn budak djh 3 dan 4 lak turun ke kantin


Cikgu yang bertugas mengedarkan desert (agar-agar)



Perghhh... licin kimie makan


Sesudah makan... mereka diajar agar membuang sampai di tempat yang disediakan


Selesai makan... mereka dikehendaki ke surau untuk mengerjakan solat. Dari cerita yang kiter dengar... banyak kasut yang hilang masa nii...


So kiter dah sediakan selipar untuk kimie salin sebelum ke surau. Since azan belum berkumandang... kiter lengahkan kimie untuk ke surau.


Sebaik tiba kat surau... cikgu dia buat annoucement bahawa pelajar darjah 1 dan 2 akan bersolat dahulu. Apa lagik... kelam kabut laaa kimie mangambil wudhu’


Dia dapat saff akhir sekali bagi lelaki sebab dah lambat



Sebaik solat.... kimie dengan mudahnya mengenalpasti seliparnya. Bayangkanlah... keliling surau dipenuhi dengan kasut hitam niii... camner lerrr kimie nak baca 1 persatu nama pada kasut tersebut. Dannnnn sah.... memang ada budak yang kehilangan kasut dan orang yang paling hampir ialah kawan yang duduk disebelah kimie. Pucat jer muka dia takut kena marah dengan mamanya.

On theway balik ke kelas... kawan barunya terserempak dengan mamanya. Siap budak tuuu cakap “Mama balik laaa…. Buat apa lagik kat sini?“

Kiter senyum sindir kat kimie...

“Ibu nanti tak payah datang lagi tau” lantas ayat ini terkeluar dari mulut kimie dengan lantangnya kerana terasa dirinya tercabar

“Tapi... esok laaa.... hari niii temankan along dulu” sambung kimie dengan intonasi yang amat perlahan agar tidak didengari oleh kawannya tadik... Alehhhh control macho laa tuh

Sesi pembelajaran kimie seterusnya ialah bahasa Inggeris. So, kitorg bagi isyrat kat kimie yang kitorang nak gi solat jap... kimie angguk dengan syarat yang sama... jangan balik. Tapi.... sekali lagi kimie tertipu... kitorang balik umah untuk solat dan rehat seketika. Badan kiter memang dah menggeletar yang amat dek tak cukup tido.

Since mata kiter tak boleh nak lena.... kiter mengambil kesempatan sambung ber “FB” sambil menjahit kaki seluar sekolah didie.

Kul 3.30 kitorang bergerak kembali ke sekolah kimie tanpa meng“off“kan lapotop . Sampai sekolah.... mata kimie dok melilau carik kitorang dan tersengih biler nampak kitorang.


Dalam kul 4.00 pm waktu mereka balik. Sebelum tu, mereka kena beratur diluar kelas sambil berzikir. Kiter memberi isyarat pada kimie di mana botol air dan bekal dia.... baru dia sedar yang dia dah tinggalkan bekal dia tuh. So sendiri mau ingat laaa yg dia tak bole bawak bekal Cu dia bagik lagik.


Selesai berzikir... kelas hari pertama mereka sudah TAMAT.... and balik time!


Sebelum kita tinggalkan perkarangan sekolah... zoom dulu baju dia:

Ermmm....
songkok – ADA
baju-STILL MSK DALAM
kasut- ADA
bekal-ADA (setelah diremind)
kebersihan- OK lagik..... belum comot

Ok jom balik.... biler ditanya perasaan/pengalam sekolah hari pertama... kimie dah mula cerita itu dan ini... Excited dan seronok coz ada lebih banyak kawan. Esok dia kata dah ready untuk ditinggalkan dengan kengkawannya di sekolah dan tak perlu ditemani lagik.

Sampai dirumah.... kimie bergegas mandi dan tetiba matanya terpandang laptop kiter yang berstatus on.

"Along tak kisah kalau ibu nak tipu along... balik umah.... tak duduk kat school tunggu along. Along tak kisah....." ngomel kimie sambil menyalin pakaian.

Aik... tu betoi-betoi tak kisah kerrr perli... perghhh... pedih gak hati nih.

"Ibu balik jap solat zohor... surau along tuu penuh ngan budak-budak darjah 5-6 bersolat. Pas tuuuu cepat-cepat ibu gi sekolah along sebab ibu dah janji tauu" jawab kiter untuk menjaga hati kimie. Ok laa tuuu nak oiii.... jangan ler marah!!!!


Petang... kimie bersiap pula ke tempat mengaji. Kitorang naik motor dia lak kayuh basikal.

Sesampai dirumah... kimie masih segar... tetapi kitorng semua dah terlalu penat. Tambahan lak kiter yang kekurangan tido semalam. Badan kiter semakin lesu dan menggeletar. Tapi kena bergegas masak untuk makan malam. Takut kimie nak tido awal mlm nanti. Kiter msk lauk dan sayur manakala Didie menolong kiter masak nasi. May be sukatan air didie ni terkurang sikit.... nasi dia agak keras. Tapi tak pe laa sayang… ibu cukup berterima kasih dan bersyukur yang amat coz sudi tolong ibu di dapur even umurmu baru 4 thn.

Kimie tak henti-henti bercerita tentang pengalaman dia bersekolah. Mulutnyer terkumat kamit sehingga dia terlena. Kiter lak mata masih terkedip-kedip sehinggalah jam 3 pagi... baru terlena....


HARI KE 2 SEKOLAH


Kiter bangun mengikut alarm phone kiter set seperti biasa. Tapi kali niii tak der nya nak landing-landing dulu. Terus bingkas bangun... bersiap dan terus sediakan sarapan. Menu pagi ni... bihun. Makan dengan terkejar-kejar coz hari niii kami akan melatih kimie pergi dan balik naik van.


Tunggu van kul 6.35pagi coz kalau ikut kata En Hasim nih... van akan datang kul 6.40pagi. Alih-alih van lewat tiba.... dan ini diakui sendiri oleh En. Hasyim. Sebaik kimie naik van... kitorang bersiap untuk ke sekolah dan tunggu kimie di sana.

Sesampai kat sekolah.... kiter check kimie kat kelas dan didapati kimie belum sampai. Kiter ke pintu pagar utama sekolah dan tunggu kimie disitu. Jam telah menunjukkan kul 7.48pagi. Waktu pembelajaran dah nak bermula. Tapi bayang kimie langsung tak nampak. Kiter cuba sekali lagi ke kelas dia bagi memastikan bahawa dia dah selamat tiba. Biler ke kelas... aikkkk... kimie ada disitu. Kiter terkejut dia pun terkejut...

“Ibu buat apa di sini?“ tanya kimie.... i just explained that i just wanna reconfirm dia dah selamat tiba disekolah yang betul coz dalam van tu pasanngernya dari pelbagi sekolah termasuk pelajar sekolah menengah. I just say babai and bagi tau nak balik dan kimie mengangguk.

Baru kiter melangkah 10 tapak…

“Ibu..... Ibu..... ” kiter mendengar kimie menjerit sambil berlari. Semua parents yang masih stay kat situ juga terkejut....menyangkakan kimie nak ikut pulang. Rupa-rupanya dia mintak dibawakan pansil kaler coz dia terpaksa pinjam dari kawannya.

So dalam kul 9 lebih (setelah menyetelkan kes didie ke sekolah) kitorang hantar kaler pensil spt yang diminta. Masa tuh time rehat pelajar. Kami bertemu kimie yang baru habis makan tanpa songkok dikepala. Bila ditegur mana songkoknya... dia bergegas ke tempat dia makan tadi coz he left his songkok there.

Ambil pencil color dari kami dan terus bermain dengan kawan-kawannya tanpa memperdulikan kami lagik.

So we decide to balik and dtg kul 3.45 untuk trn dia balik naik van. And biler time balik, let’s zoom kat dia:



baju-DAH TERKELUAR-LUAR
kasut- ADA
bekal-ADA
kebersihan- dah ada COMOT sikit
songkok – HILANG
(biler ditanya mana songkok dia terus jer berpaling dan mengalih topics)


MARAH???? Ermmm tak de laaa coz kiter dah jangka dan get ready he will miss/left something.

So untuk petang tu dia belajar balik naik van. Dia tak kenal van mana satu tapi dia aim abg yang naik van dengannya pagi tadik. Van tu terus bawak dia ke tempat dia transit & ngaji.


zoom in kimie di dalam van... Dia cuak coz takut p.cik van tak tau nak hantar dia kat mana. Seperti yang kiter jangka, P.Cik van hantar depan umah kitorang. Kitorang mintak dia follow kitorang ke Taska Transit kimie coz mulai esok kitorang dah keje. Tak de sape kat umah


Balik umah, macam-macam dia stori.... bangga coz dapat jawab banyak solan.... teruja biler ada mesin air... tak payah isi duit pun, bole kuar macam-macam air. Panas ada sejuk pun ada... dan paling excited walau baru hari kedua bersekolah telah dilantik mengimamkan solat zohor bagi lebih kurang 400 orang jemaah yang terdiri dari pelajar darjah 1 dan 2. Ermmmm imagine... How come seorang imam telah kehilangan songkoknya sebaik sahaja keluar dari surau... He he he.... kena sabotaj ker nak ooiiiii????


HARI ke-3 SEKOLAH

Hari ke-3 ok laa sikit... just tunggu van jemput.... balik ayah dia gi intai jap... for yr info... van pagik org lain... van ptg org lain. Tu yang takut kimie confius. Nak dijadikan stori lak van ptg ni bertukar coz van semalam gi service. Makin konpius laaa budak nii. NAsib baik dia AIM abang senior... so dia tahu laaa nak naik van mana satu.
Petang, kimie siapkan homework dia dulu. Next kitorang gi beli hadiah untuk dia seperti yang dijanjikan iaitu dah tak nagis lagi gi sekolah dapat hadiah
Hadiahnya ialah... jersi bola seperti yg dia idam-idamkan. Kimie membelek-belek baju pilihannya

Tapi... ayah memujuk agar kimie membeli baju liverpool... Merungut tak suka kaler hitam... katanya. Ayah tak nak kawan ngan kimie sekiranya beli baju Manchester ugut Ayah. Dalam keterpaksaan kimie mencuba baju liverpool.


kemudiannya menyembunyikan kesedihannya dibalik baju manchester dan akhirnya membuat ayahnya mengalah.... membenarkan kimie buat pilihannya sendiri


Alih-alih hitam gak pilihannya....


Tapi... baju MAnchester laaa...
Ayah terpaksa mengalah demi anak... muah haaa haaaa

Before i end my entry kali nii kiter ingin membuat kesimpulan.... memang fenat bila nak melatih anak sekolah nii.... mencabar mental dan fizikal... Tahap kesabaran perlu jitu gituh... pergghhhh fully utilize cuti yang diambil. SEKIAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails