Thursday, June 28, 2012

Detik 21 june 2012

Salam guys....

Those yang ada baca entry kiter yg lepas sure tahu yg kiter mengalami breech pregnancy atau songsang. Terimakasih atas doa dan petua yang rakan-rakan berikan. Namun sehingga minggu ke-38, masih tiada lagi tanda2 baby kiter nak pusing ke kedudukan  yg sepatutnya. Maka seperti yg dijanjikan on 21 Jun yg lepas,, kiter menemui pakar di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi untuk membuat teknik ECV - rawatan twistkan baby songsang.

Seawal jam 6.30pagi kiter makan cereal coz kiter dah tak boleh makan apa2 mulai jam 7 pagi. Sempat ke opis dulu untuk try selesaikan tugas2 dan jam 10.30 baru kami gerak ke Az-zahrah.

11.30 kiter dimasukkan ke wad

See.... gabra tuuu gabra gak... tapi sempat berposing gituh!



Mesin yang berkenaan dipasang untuk memantau heart beat baby sebelum rawatan dimulakan.



Nak masuk labour room tuk ECV, so, busana spital kena pakai laaa



Isyhhhh... nak buat ECV jer pown... ngaper ler kena ada benda alah niii kat tangan. Kalau setakat nak suntik 1-2 ubat tak yer buat benda alah niiii... Hihihiii ngomel kiter dalam hati.


Setelah didapati baby dan ibu stabil... kami dipindahkan ke labour room jam 1.30 pm.


ECV dimulakan dengan  memasukkan ubat melalui benda alah yg kiter ngomelkan tadik. Ia menyebabkan jantung kiter bedebar dengan kuat. Memang sengaja kata doktor bagi meastikan keadaan ibu stabil sewaktu rawatan diberikan.


Pas tu perut kiter discan untuk memastikan kedudukan kepala dan punggung baby serta leher baby bebas dari tali pusat. Bila everything ok.... doktor mulakan dgn bacaan doa dan memusingkan baby ke kiri perut kiter. Tapi agak ketat dan tak mau brgerak.. Seterusnya doktor try pusing ke arah kanan.... wowwwww terasa woooo, nak kata sakit sangaat tuuu idak lerrrr tapi terasa la jugak! Tiba-tiba baby just boleh pusing setakat 90 darjah aje... doktor cuba tolak perlahan2 dan katanya selalunya dia boleh move sendiri tetapi baby tetap stuck kat situ. Muka doktor dah macam agak cuak menyebabkan kiter lagik cuak. Doktor kata ini macam abnormal dan mesti ada sesuatu. Macam=macam perkara terlintas difikiran kiter.

Tak pe, kita try ke kiri sekali lagi.... Pujuk doktor. Baby ditwistkan dan al-haamdulillah.... berjaya ke kedudukan yang sebenar. So kalau tak der masalah, lps dapat bacaan nadi anak... boleh discharge dan datang sekejap kul 10 mlm tuk ukur HB anak sekali lagi dan tunggu aje masa deliver. Dr tersenyum lega dan bila scan perut kiter.... Masya-Allah, kata dr ada tali pusat kat leher baby....

so, kiter lom boleh discharge dan kena tunggu one hour tuk ukur nadi anak.... Nadi anak didapati normal... tapi kiter mengalami kontraktion selang 6 minit... setiap kali kontraction berlaku, nadi anak turun dengan drastik dan kembali normal bila kontraktion berakhir. Rupanya itu petanda bahawa ada dorongan untuk membawa baby ke laluan keluar... namun terhalang dengan jerutan tali pusat anak kat leher. Ermmm..... patutla sebelum2 niii kiter kerap mengalami kontraction macam orang dah nak bersalin. Baby try nak pusing, tapi tak boleh. huhuhuuu.....

Dalam masa beberapa minit, doktor minta kiter membuat pilihan samada in-duce dan dlm masa 2 jam kena deliver... if not kena ceasor gak atau decide terus aje ceasor! Kami amat tertekan untuk membuat pilihan. Kalau ikut hati kiter yg sangat takut tuk dibedah pilih tuk in-duce aje..... Tapi amacam kalau laluan lom ada lagik... sebab doktor cek tadi baru buka 2cm jalannya. Tambahan lak kiter mana ada tenaga, mlm semalam pun tak ambik dinner pun, dan 9 jam yang lepas hanya makan cereal jer... Mengenangkan anak yang hampir lemas... maka dengan linangan air mata kami membuat pilihan untuk terus delivered by Caesarean section.





Sebaik sahaja keputusan dibuat, pakaiaan kiter terus ditukar, dicukur dan dipasaang tiub kencing,

Niii dah mengenakan busana bedah dengan alat memantau HB anak sementara tunggu bilik OT ready. Berdebar tuuu tak yah citer laaa.... tapi kiter tak der laaa sepanik mana sebab memang dah ada buat research/baca prosedur bedah before buat ECV niii... Al-maklumlah.... dah tahu risiko if ECV niii gagal.


Jam 5 pm kiter terusnya terus disorong ke bilik  bedah. Di sana suhunya yang sejuk menyebabkan kier menggeletar dengan teruk hingga menyukarkan proses suntikan bius. Setelah aircond ditutup seketika.... kiter diminta membongkokkan badan dan dibius.... setelah dibenarkan baring, divider separas dada dipasang untuk menutup penglihatn kiter dari menyaksikan pembedahan.


Sewaktu bahagian perut  hingga kaki dicuci.... kiter yang baru disuntik dengan ubat yang mempercepatkan kadar dengupan jantung nampak en asben berjalan masuk. Lega rasanya bila dia ada disisi.... Kiter tak mau langsung imagine apa doktor tengah buat untuk mengelakkan rasa cemas dan cuak. Usapan di kepala oleh en asben banyak membantu menenangkan kiter.

dalam beberapa minit sahaja terngiang doktor kata kepala dah kuaarr dan doktor bius dibahagian atas menolak bahagian atas perut kiter dan tak lama kemuadian en asben kata tangan baby lak yng nampak dan tak lama komdian(jam 5.15pm) terdengarlah jeritan baby menyebabkan kiter sangat sangat sebak. Sebak berbanding melahirkan kimie dan sephia dulu. May be kali niii terlalu banyak rintangan sewaktu kita mengandungkan dia hinggalah  saat-saat kelahiran dia di mana kami hampir kehilangannya.

Doktor kata tak der laa pulak tali pusat melilit kat leher dia cuma tali pusatnya pendek dan itu mungkin menjadi punca dia tak boleh pusing coz kalau pusing menyebabkan dia kekurangan oksigen. Ermm.... pemilihan kelahiran secara pembedahan adalah keptusan yang tepat kata doktor.

Tidak lama komdian kiter disuntik dengan ubat tidur sewaktu proses jahitan luka pembedahan ingin dimulakan. Dalam keadaan mamai.... kiter ditunjukkan dengan satu botoi  benda alah sebesar ibu jari. tapi kiter tak tau apa... mamai ler katakan. Dah kat umah baru en asben bagi tau yang dia tak sangka kiter adaa cyst.... Doktor terus buang csyt tuuuu. Sib baik bersalin secra operate... kira 2 in 1 lerrr niii.

Hurmmmm kalau nak buat perbandingan.... bersalin secara ceasorean niii lebih mudah. Tak sesakit kelahiran normal. Masa dibelah pun tak terasa... cuma masa nak tolak baby keluar jer ada terasa sikit. tu pun rasa kebas-kebas jer. Cuma yang kiter agak risau... penjagaan selepasnya. huhuhuuu....


Gambar di OT tak der pun dicapture oleh en asben walaupun kami dibenarkan berbuat demikian. Hihihiiii.... biasa laaa, kalau tak diminta my camera man niii akan simpan jer camera dia. Kiter lak.... masa tengah panic dan cuak...terlupa lak nak bagi instruction.

Tak der gambar masa tuuu pun tak pe laaa.... yang penting kami berdua selamat. Al-hamdulillahhhhh.


Dok asyik citer pasal kiter...apa lak citer pasai my baby????

Ini lah dia my dear baby :



Zooming.....ikut muka saper lak yerrrr????????


Apa?????




Boy or gulrz????????




Hihihii..... 

Bertempat di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah pada  21 June 2012, tepat jam 5.15 pm maka lahirlah putera kami seberat 3.23kg melalui kaedah Caesarean section. Terima kasih diucapkan pada doktor ibu: Dr. Noraini dan Dr baby : Dr Nazim dan team AZIM.

To my beloved asben, anak2, famili dan rakan2 yang sudi mendoakan untuk kami, terima diucapkan dan moga Allah membalas jasa dan doa kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

To my newborn baby.... ahlan wahsahlan ke dunia... moga dikau menjadi khaleefah Allah yang diredhai-Nya......





Monday, June 11, 2012

Breech Pregnancy....??????

Salam guys... kali nii kiter sajer nak berkongsi citer pasal Breech Pregnancy atau dalam bahasa melayunya Kehamilan songsang. Ermmm.... pregancy kiter kali niii memang sangat-sangat ler mencabar bagi kiter....

Bermula dengan alahan yang agak teruk yang berterusan hingga mencecah 6 bulan....  terasa sakit untuk bergerak atau baring sejak kandungan masuk ke trimester II hingga nak angkat kaki sejengkal pun kenkadang tak larat sehingga berjalan pun kenkadang main seret jer kaki. Sejak trimester ii juga, kiter mengalami contraction/Braxton Hicks yang kuat dan kerap macam orang dah nak bersalin  hingga menyebabkan tenaga kiter kenkadang reduced. Pendek kata, macam-maca sakit ado! Puncanya? Entah lerrr.... Dah buat juga beberapa lab test.. Doktor kata sebab sebenarnya tak tau. boleh jadi disebabkan usia, bilangan kandungan, sejarah keguguran lepas atau disebabkan kandungan kali nii agak rendah dah ke bawah.... itu semua penyumbang kepada tekanan pada tulang pelviks... hurmmmm.... mache-mache!!!!!

Dah hujung-hujung niii timbul masalah baruuu iaitu baby masih berkedudukan songsang.... yang katanyanya 3% dari ibu-ibu mengandung "bernasib baik" mengalami kes seperti ini.  
Baby selalunya akan mula pusing di minggu 28-32. So kalau doktor kata baby anda songsang tak perlu risau.... insya-Allah akan pusing nanti. Sebab masa kiter preggy dulu.... dah masuk week 34 baru dia pusing.

Kali nih.... dah nak masuk minggu 37 dia still lagik dalam berkeadaan sonsang iaitu
punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Maka kerisauan mula memuncak lalu kiter pun mula laa  start menggunakan khidmat Mr Googgle tuk mendapatkan info tentang perkara ini

Punca Bayi Songsang?

1) may be silap kira tarikh kot?
Uiksss... rasanya tak sebab masa buat ultrasound.... perkembangan baby dari mula sampai sekarang selari ngan tarikh yang di beri!

2) Baby mengalami  mengalami ketedaknormalan?
Cth seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Ermmm... so far tengok saiz kepala di ok jer.... kecacatan lain????  Nauzubillah lerr... Hopefully everything ok!

3) Kandungan air ketuban dalam rahim over sangat atau sikit sangat???
 Masa scan hari tuuu... doktor kata ok jer dan itu bukan penyebabnya jugak!

4) Bentuk rahim yang ganjil
Yang nii doktor dah menafikannya.

5) Rahim yang kendur akibat kerap beranak
Tak jugak... sebab jarak pregnancy kiter 7 tahun kata doktor laaa

6) Otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah bayi songsang.
Hahahaaa..... ni ada sikit menyumbang kot!!!! Mok cik mengaku yang mok cik niii malas nak bersenam. Tapi... pewot mokcik tak der lerrr boroi sangat pun pas bersalinkan si Sephia 7 tahun lepas!!!!! Cehhh..... tak ngaku lagik tu!!!!!

7) Masalah uri ke bawah 
Pun dah scan... Urinya elok aje kat posisi yang sepatutnya!

8) Rongga punggung yang sempit secara semula jadi/kemalangan
Ermmm.... ni pun bukan puncanya!!!

So..... kalau semua faktor yang di atas bukan puncanya... habis tuuu apa yer???? Ermmmm dak takdir dari-Nya....  sape yang boleh menafikannya. Iye dak?



Petua dan Cara2 nk betulkan kedudukan baby yg songsang yang doktor/kenkawan/info kat internet bagi tau :
  • Buat excersize Tilt Positions kata ompoteh... Kaedahnya macam kita sujud masa solat tuuu. So, masa solat tu digalakkan utk sujud lama sket... tapi stakat yg larat jela... faham pregnant2 ni ssh sket sbb perut dh beso... tapi totalnya dalam 20 minit sehari. The theory behind these, kepala baby iaitu bahagian badan yang paling berat akan disengage from the pelvis and baby will turn head down. 
  • Letak pek ais kat atas perut. TApi kena lapik kain ler dulu... jagan direct ais. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
  • Berendam kat pool. Ermmm yang nii kiter tak try buat pun.
  • Guna cahaya touch light/muzik. Ambil touch light/muzik dan suluh kt bawah pusat/pubic bone. Tujuannya supaya baby bergerak ke arah cahaya/sound. Hahaha... niii pun kiter lom cuba lagik....
  • Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.Dah berbuih mulut ayah,ibu along dan kakak memujuk... huhuhuuuu
  • Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat
Kalau semua cara diatas tak berjaya gak hingga penghujung week 37 niii, kiter pakat nak  redha jela sbb mungkin ALLAH nk menguji kiter. 

Sebenarnya ada lagik kaedah lain... iaitu ada jugak org syor gi berurut ngan bidan. Actually kiter memang mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap bidan kampung yang mahir dalam amalan perbidanan mereka, tapi kiter agak khuatir jika usaha  memusingkan janin ini akan menimbulkan masalah lain lak. Yea laaa...benda yang tak nampak... kang dibuatnya terbelit tali pusat budak tuuu.... lain yang diharapkan... lain yang dapat! Huhuhuuu... Yang niii kiter tak mau ler

Atau buat ECV (External Cephalic Version). Niii sama jer cam dilakukan oleh bidan kampung... Cuma ia dimodenkan dengan bantuan mesin-ultrasound tuk tengok ada ker tidak tali pusat yang melingkar dan mengukur kadar degupan jantung anak.. Takut-takut ada komplikasi lain lak.

Ia dilakukan oleh pakar perbidanan dan doktor perubatan yang cuba memusingkan janin berkedudukan songsang ini. Usaha ini biasanya dilakukan ketika kehamilan meningkat ke usia 32 hinga 34 minggu (jumlah jangka waktu kehamilan ialah 40 minggu). Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan itu. Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim. ECV juga boleh menyebabkan APH atau perdarahan waktu mengandung kerana pelbagai sbb antaranya uri tertanggal samada sepenuhnya atau sebhg yg merupakan insiden yg bahaya dan patut dielakkan. 

Dengan adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan songsangnya. Ini pernah perlaku pada salah seorang kenalan kiter yang buat ECV ni. Pas tiga hari dia buat.... Time deliver.... kaki kuar dulu.... baby tuu pusing balik ghupernya dan tersekat kat bahagian kepala dan akhirnya baby lemas  dan tidak dapat diselamatkan lagik....  Huhuhuu.... sedih lak rasanya!

Ado ker yang berjaya melahirkan Bayi Sonsang secara normal?
Sebahagian besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan.

Untuk melakukan perkara ini, beberapa kriteria perlu dipastikan terlebih dahulu, antaranya:
  1. songsang jenis punggung dahulu, bukan kaki atau melintang
  2. berat bayi dianggarkan kurang daripada 3.5kg
  3. kedudukan kepala bayi menunduk dan bukan mendongak
  4. ruang tulang pelvis ibu tidak sempit
  5. ada doktor pakar bagi kelahiran bayi songsang 

Sabtu nii kiter ada sekali lagi appintment ngan doktor pakar. Nak tengok baby dah engage ke lom? Kalau belum gak... kiter dah kena wat pilihan:

1) Buat procedur ECV.... dan terus warded tuk di-induce. Tapi risikonya ialah... kalau induced ni gagal (yea laaa may be lom time dia nak lahir lagi)... kiter akan diCesar gak

2) Jika pada minggu ke-39 kedudukan bayi masih songsang, prosedur pembedahan sudah boleh dirancang. Ini adalah lebih selamat jika hendak dibandingkan dengan pembedahan kecemasan. Katanya laaa...

So, dalam tempoh 5-6 hari niii kiter try lagik laaaa petua/non medical Methods yang ada. Manala tau dengan izin-Nya baby  kiter tergerak hati nak pusing last-last minute. Yea dak....? To reader sekalian.... kiter amat berbesau hati kalau kalian pun boleh turut doakan tuk kiter.... Kiter niii takut kalau di ceasor! Apa-apa pun doakan agar kami berdua (ibu & baby) selamat! TQVM yea!!!!!!!!

Apakah ke sudahan stori pregnancy kiter... ni diaaaa


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails