Sunday, March 31, 2013

Rencah kehidupan kami 10 hari di bumi UK.....


Salam guys... entry yang lepas, stori hari pertama kitorang kat UK. Merupakan hari yang horror & sungguh memenatkan... hingga kami semua tido awai! 


18/03/12 (Isnin-2nd Day)

Sewal jam 1pagi waktu UK kami dah bangun... Yo laaa kalau ikut waktu Malaysia dah kul 9pagi dah. But anak-anak masih lena dek kepenatan semalam. Tongah pagi buto tu gak kitorang breakfast... tengok TV...sebab mato nii tak mau tido dah...

So, kiter pun baru ler nak mengemas beg yg dah bertaburan barang2 akibat system bagasi British Ariways semalam.


Memandangkan kat hotel ni tak de peti sejuk dan tinggap kat sini double glazer (dua lapis), ditambah lak... kat tepi tingkap niii lebih sejuk dari peti sejuk.... maka, semua benda lah niii kita simpan kat sini. 

Tetiba mato niii terlihat snow turun.... huhuhuuu... patot ler sejuk!!!! Hihihiii... besh gak kalo dapat main snow ni...


 
Sebaik saja budak berdua ni bangun (4.00am), bergegas depa ke tingkap melihat snow turun. Masa niii masing-masing memang excited gilerrr.... depa kata nak buat snowman!


Siangnya.... hurmm... tak banyak pun snow! Camner nak buat snowman! Lagik pun ni dah March.... dah nak masuk musim Spring dah nak oiii.... Next winter la yea!!!!!

Misi hari kedua kami mulakan....

Kami cuba dapatkan perkhidmatan teksi dari kaunter hotel. Bila teksi tu tiba... dia tak mo bawak kami berlima. Katanya menyalahi peraturan. Kami kena dapatkan TEXI yang besau sikit. Huhuhuuu... dalam kesejukan... kami tunggu lagik another teksi.

Asalnya kami nak mintak dia bawak kami ke sebuah syarikat kereta sewa area BD9 (dekat ngan School of Management). Sekali mamat yang bawak teksi tu kata, dia ada kenal syarikat yang boleh sewakan kereta dengan kadar yg murah. So, kami pun follow aje laaa mamat tuu. Hurmmm... OK laaa... tuk 3 hari kami rent dengan kadar £50++. Sib baik tak sewa kat airport semalam!

Next mission, En Asben nak lapor diri kat Supervisor dia... maka kami pun menuju ke BD9 area!!! Kami dibekalkan Cik Tom Tom???? Apa ke benda alah tuuu???? Hik..hik hikk... navigator laaa... Sekali Cik Tom Tom tuuu dah uzur ler sangat... dah ler bateri dah kong... nak charge pun kena kiter tekan sikit... kalau tak bateri tak jalan. Ditambah lerr kitorg lom pernah guna benda-benda macam nii!!! Tak tahu nak kuatkan suara... So, Cik Salmi nii ler yang ganti suara Cik Tom Tom. 

Tertulis " 200 yards... turn left..." 

Alamak.... yards??? Huhuhuuu.... biasanya kami main meter... tak ley agak bila patut bagi signal tuk belok... tu yang mulanya banyak kali terlepas simpang.. Dah lerr En Driver agak seram sejuk nak membiasakan diri dengan signage dan cara pemanduan kat sini yang sedikit berbeda dengan Malaysia. Tambah nerbes bila si snow mengganggu penglihatan En Driver. Huhuhuhu... 

Dah lama berkenalan ngan Cik Tom Tom niii... baru ler kitorg mengenalinya! Dah sampai destinasi... baru tau kat mana nak suruh Cik Tom Tom ni bercakap.

Sebaik sahaja masuk kat Campus School of Management.... Kiter cam excited jeerr... Huhuhuuu best tauuu!!! NAnti biler kiter dah official jadi student dia... kiter akan sharekan kat sini stori mori dan gambau-gambau campus!

Selesai aje urusan dgn Mr Supervisor... Pewott pun dah lapar... Kitorang beli kofta kebab kat salah satu kedai pakistan area BD9 sementara tunggu appointment ngan agent rumah kul 2.30pm. Hasil ber cit cat ngan owner kedai tuu (Mr. Chaudry), kadar sewa yang dikenakan tuk umah yg kitorang nak gi tengok tu agak mahal di area tersebut. Insya-Allah... dia try bantu kami untuk dapatkan rumah sewa dengan kadar yang berpatutan.

Jam 2.30pm, kitorang pun menemui Agent Rumah. Rumah nii kami dapat melalui internet. Bila kami datang visit umah tuu... Mak aiiiiii... tak beshhhh langsung. Kondisinya agak worst. Indah khabar dari rupa!!! Huhuhuuu... dah ler mahal! no! No! No!

Since kitorang pun tak set appoinment dengan agent yang lain dan tambahan lak snow yang tak henti-henti... kitorang decide balik hotel dulu. Ke kaunter hotel dulu,mintak extend another one day. 

Malam tuu puas kami menggoogle umah sewa yang fully furnish and kondisinya o.k dengan harga yang reasonable. We leave our contact number untuk set appointment. Hopefully sok pagi depa return call. Dan kebetulan Mr Chaudry tepon... ajak gi tgk rumah kawan dia. Huh! Mengarapkan esok ada sinar untuk kami. Before tido, we take our early dinner. Sekali lagi menu malam kami... Maggi. Hihihiiii!!!! dan makanan segera keluaran brahim's

Mlm kedua kami pun tido awai... hihihiii... jet lack maaaa.... 


19/03/13 (Tuesday-3rd day)

Seawal jam 4am kitorang dah bangun. Nampak gayanya... kami lom boleh nak membiasakan diri dengan timing UK. Cukup time... kitorang bergerak ke BD9, nak tgk rumah yg Mr Chawdry carikan.

Since masih terlalu awal... kitorang lepak dulu kat Lister Park...


Cuaca memang sejuk dan berangin... Menggigil mok cik dibuatnya. Salji pun masih banyak memutih di sini sana.... ada certain part aje yang dah nampak mula nak ber'spring"



Suhu masih -3°C.... Sangat sejuk.... tapi bebudak niii  ok jer. Kitorang yg berlaga-laga gigi menahan kesejukan. Masa nii Malaysia yang hangat terbayang-bayang di mato... Rindu mula mencengkam Qalbu... huhuhuhuuu....

Tiba time yang dijanjikan... kami dibawa oleh Mr Chaudry melawat bakal umah sewa kami... Kondisinya .... sangat menyeramkan coz rumah tuu dah lama ditinggalkan. Tapi sewanya memang murah! Katanya, kalau kami confirm... it's take 2 days untuk depa kemaskan rumah tersebut. Hurmmm... anak-anak memang tak nak lansung. Kitorang pun 50-50.

Next... ada agent reply our message... Apartment 2 bedroom area lily Croft. 
Ni kawasan luar apartment sementara tunggu agent tu datang.

Melihat kondisi rumah dan susun atur rumah tersebut... Yezzzaaa!!! Memenuhi citarasa kami. Urban Style. Tambahan lak, rumah tuuu lom ada sesiapa duduk lagi. Apartment baru ler katakan. Security dia pun sangat baik. Tapi... it's take 1-2 days tuk dapat kebenaran dari landlord due to our isi rumah 5 org for 2 bedroom apartment. 

Haiiiyyyaaa.... hati sudah suka... tapi... confirmation lak lambat! Takkan nak stay kat hotel another 2 days.... Sangat costly maaa... Lagi pun anak-anak sangat bising. Mengganggu orang lain. Silap-silap kami boleh kena halau dari hotel. Kat sini memang macam tuu... sekiranya mengganggu privasi orang lain... kita boleh dikenakan tindakan. Nak sewa hotel lain cam payah... kena sewa 2 bilik maaa... Sebenarnya undang-undang kat sini max pax per room is 2 adult 2 kids... kalau lebih kena sewa another room. Payah bonar!!!

Malam tuuu kitorg dah sangat stress tahap gaban. Tak tau nak wat cam ner... Masing-masing hampir putus asa... dalam dok nak menghilangkan stress tu en asben menggoogle-google berita sport Universiti Leeds/Bradford... tetiba ley terjumpa facebook komuniti malaysia Leeds/Bradford yang selama ini puas kitorang cari tak jumpa-jumpa. Apa lagi... time tu gak join de comunity.

Al-hamdulillah... di saat kitorang hampir putus asa, Tini menghulurkan bantuan. Dia sudi menumpangkan kami sehari dua di rumah sewanya. Kami sebenarnya sangat keberatan untuk menyusahkannya sebab dia duduk students house. Menyewa bilik aje. Setelah meyakinkan kami bahawa rumahnya kosong sebab rakan-rakan yang lain baru habis studi... maka kami terima pelawaannya. Malam tu kami tido dengan hati yang sedikit lega.Sok bagi baru kami gerak ke rumahnya yang terletak area BD7.


20/03/13 (Rabu-4th day)

Kali nii kami bangun dah tak terlalu awal but still awal gak lerr... hihihii... Sewal jam 8 pagi... beg dah siap kiter kemas. Ready untuk check-out. Tapi... tak tergamak ganggu Tini pagi-pagi gini. 

Dalam dok relax me'leasure'kan diri, dapat panggilan dari sowang agent. Set appointment jam 12 tgh. Rumah area BD7. Tak lama komdian, dapat pulak penggilan dari Dr Pian. Salah seorang komuniti Malaysia di Bradford. Dia baru jer terbaca kisah kami dalam facebook. So, beliau meng'offer'kan diri nak bawak kitorang sekeluarga cari rumah sewa. Al-hamdulillah....

So, kul 11.00 am kitorang check-out. Kiter, anak-anak & bagasi naik teksi ke rumah Tini manakala En asben naik kereta follow dari belakang. Setelah berkenalan lebih kurang dengan Tini, kami minta izin untuk tinggalkan barang untuk cari rumah sewa.



Ini ler rumah sewa ke-4 yang kami visit. Melihat kondisi rumahnya.... bersih dan baru renovate. Hurmm.... pada kiter ok la! Katanya, jika kami confirm... sekarang juga kami boleh pindah! Wow!!!!! bagai mengantuk disorangkan bantal!!!

Kebetulan lak... Dr Pian pun tiba. So, kami lom bagi kata putus sebab Dr Pian nak ajak kami cari dan survey rumah lain. kasi puas hati... Dari satu rumah ke satu rumah kami lawati. Yang OK, agent tak angkat tepon. Yang di visit... worst ler pulak. Ada gak yang takes a few day baru ley move. 

So?????  Memandangkan tak mo menyusahkan orang. Kami setuju untuk menyewa rumah bernombor 71 tadik. Tak lama selepas kitorang bayar deposit dan sewa, agent apartment semalam tu tepon bagi tau yang landlord setuju nak bagi kami sewa. Huhuhuhu... kalau bagi tau awai sikit sure kami pilih apartment tuu.. Mungkin ini dah rezeki kami... Ok laaa... not so bad and jauh memuaskan hati kami berbanding rumah-rumah yang lain.

So petang tu jugak kami mengangkut beg kami. Next Dr Pian dan isteri bawa kami ke ASDA, morisson & Home Bargain untuk cari barang asas. Kiter memang blur sangat. Tak tau nak beli apa. Ye laa.. kat Malaysia semunya dah complete. This is my 1st experince start from zero. Masa mula kawen dulu pun tak macam nii. Yea laa... pinggan mangguk, periuk belanga semua dah ada. hihihiii... Mok cik stay 3 tahun  dengan mother in law. Bila pindah umah sendiri, barang-barang ada di beri oleh MIL dan hadiah masa kawen pun banyak. So, tak ler menggagau cam niii. 

Sib baik ada wife Dr Pian, dia laa yang banyak carikan barang tuk kiter. Antara barang asas:
- keperluan bilik tido kami mlm nanti, 2 set cadar & duvet (benda alah cam comforter yang dikelaskan ikut tog. Makin tinggi tog... makin bagus ia memerangkap haba. So, tak der laa sejuk sangat. 
-1 periuk, 1 pan, 1 electric kettle, 4 cwn, 6 pinggan, 2 mangkuk, 1 senduk... 1 sudip, sudu besau, dishwash & sponge, tissue toilet

lain-lain, lom terfikir lagik....

Malam tu kitorang dinner kat luar. Balik..... pasangkan cadar dan duvet aje... beg??? Kitorang KIV dulu. Esok ler baru kiter kemaskan. PENAT brooo!!!


21/03/13 (Khamis-5th day)

Hari niii kitorang tak ke mana. En Asben aje nak pulangkan kereta sewa . Dr Pian tu jugak ler yang menolong kami. Naik segan lak kami!

Pas tu Dr Pian dan isteri sekali lagi membantu kami sekeluarga dengan membawa kami membeli bahan mentah/makanan seperti beras, garam, gula, fries dll. Basic aje dulu... still tak tau nak beli apa.

Balik tuu baru start mengemas kain baju masuk almari... bekalan makanan dari malaysia pulak masuk dapur...

Ni antara barang makanan yang dibawa dari Malaysia:
Ikan bilis (kena banyak tau... kat sini tersangat ler mahal harganya)
Meggi kari/ayam/asam laksa/tom yam (untuk dimakan masa darurat atau ketika teringin)
Nasi goreng & kari Brahim's (untuk dimakan masa darurat atau ketika teringin)
Coffee & Milo
Rempah ratus
Rempah sup/ kari/kurma/kerisik/cili/cukup rasa/perencah nasi goreng
Kuib ayam/ikan bilis/tom yam
Daun kari/limau purut & serai yang dihiris halus dan siap² dikeringkan 
Belacan
Asam keping dan asam jawa
santan kotak
Stock makanan khaleef

HAhahaha... banyak kan????? Tu pun  cam tak cukup lagik!!! Ada gak bahan yang tertinggal... Tapi kalau kat bradford niii... rempah ratus cam alat menumis tuuu banyak kat sini. Tak yah bawak pun tak pe!

Hari ni lak kiter masak ala kadar.Sebab mood masak mmg tak mari langsung. Bayangkan kita hanya ada satu periuk.. So, kiter masak nasi dulu... dah masak, transfer ke pinggan. Baru start masak sup ayam. Since lupa nak beli bawang... masak guna cukup rasa Maggi aje.. Hurmmm cincai² pun habis maaaa


22/03/13 (Jumaat -6th day)

Lena kami tido, dan Al-hamdulillah... timing dah boleh diselaraskan ikut time UK. Sebaik bukak mato, kiter menjenguk ke luar jendela..

Mak aaiiii.... Salju dah memutih di sana sini. Sejuk usah cerita leee... Kalau dah suhunya negetif kan!!!! Hari ni, kiter anak beranak stay aje kat umah. En. Asben kuar ngan Dr Pian... cari and beli kereta. Kereta apa??? Alaaa... yang murah² aje leee... asalkan boleh hangkut kitorang kat sini.

Petang... baru En asben pulang. Bawak balik Zafira. Beli dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ye laaa... sampai bila kitorang nak tumpang orang tuk ke sana ke mari kan? Nak memilih dan membelek sangat pun tak boleh... snow tersangat ler lebatnya.Tak berani En Asben bawak dengan jalan yang licin nii. Tu pun kereta nii Khairul Ezad  yang tolong bawakan. Sapa lak Ezad tu???

Oh yea, lupa nak stori, dari apa yang kiter diberitahu, ada 3-4 pelajar bujang  Malaysia kat sini dan yg dah berkuarga ada 6 famili termasuk kiter. Depa semua baru pulang bercuti dari Paris tu yang lom berkesempatan nak jumpa semua.

Depa pun kesian gak ngan kami yang terkapai-kapai sewaktu mula datang kat sini. Kalau bagi tau awal... depa akan tunggu kitorang kat airport. Dah jadi tradisi mereka kat sini... bila ada sahabat baru sampai... mereka akan jemput... tumpangkan rumah... cari bersama-sama rumah sewa... cari kelengkapan rumah & perkenalkan tempat² untuk membeli keperluan dan sebagainya.

Terima kasih tak terhingga buat mereka semua especially kepada Dr Pian sekeluarga yang terlalu banyak membantu kami di saat kami benar-benar memerlukannya. Insya-Allah.. kalau ada sahabat Malaysia yang baru tiba, kami akan treat mereka sepertimana yang kami terima.



23/03/13 (Sabtu-7th day)

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat dalam sejuk-sejuk begini. Anak-anak???

Depa berdua tersangat lerr seronoknya dapat main salji



adik dia gak ler yang jelez tgk abg dan kakaknya terjerit-jerit baling snow ball



Ayah dia cian kat dia.... bawak gak lerr si tecik nii kuar.... gini ler aktiviti diorang. Kiter jugak ler berada dalam keadaan stress... x dapat membiasakan diri ngan cuaca yang sejuk begini. Pakai baju berlapis², pasang heater pun still sejuk. Nak masak payah... nak basuh pinggan mangguk pun payah... nak buang air.. nak berwudu'... semua sejuk. Memang ada air panas. Tapi idak ler pulas paip time tu gak dia panas... takes a few second gak ler air panas kuar.


24/03/2013 (Sunday)- 8th days in UK

As usual… kitorg wake up early in de morning. By 7.00am kitorg take a breakfast. Intai luar jendela, hurmm…. Sepi..... cuaca??? Al-hamdulillah, tak der lagi snow yg turun. But snow yg sedia ada still putih menebal di sana sini. Perlahan-lahan mentari mula menampakkan gigi susunya. Suhu paling tinggi pun 3
°C.

Pas breakfast… kimie & sephia kiter benarkan main salji dengan syarat… buang salji atas tangga laluan masuk rumah. APa lagik… heppi giler diorg berdua tuuuu. Kitorg??? Still diulit kebosanan. But my emotion turn better from yesterday. Kereta dah ada… but tak ley ke mana gak... budak
² kena duduk atas booster dan baby kena wajib duduk dlm car sit. Kalau tak kena saman maaa!

Hurmmm…. Ingat nak carik kat car boot sale… yea laaa nak pakai buang jer benda alah tuuu… TApi... mana ado car boot sajli² begini. Kalau nak tunggu minggu depan... alamatnya tak bergerak ler kitowang. Alih² en asben beli gak yg baru tuk kimie & sephia.

Bila tengok banyak kenderaan yang menggelongsor atas jalan yg licin… double triple tak berani lerr kitorg nak kuar. Lagipun… nak tunggu landlord dtg. Patutnya dah datang dua tiga hari lepas. Tapi x jadi due to weather… katanya hari ni dah boleh ke mari… jln dah agak ok. So? stay at home ajer laaa.

Tgh hari… tunggu landlords tak kunjung tima. So, decide bawa anak-anak kuar jenjalan cari makan kat main road. Baru setengah blok berjln kaki… muka kiter dah kebas sebab terlalu sejuk… sampai aje hujung blok… khaleef dah nangis meraung
². Hati kiter mmg tak sedap nak teruskan peralanan. Kalau kiter tak tahan… apatah lagi khaleef. So kiter decide patah balik balik ke rumah and my asben teruskan perjalanan mencari makanan.

Sampai kat umah… kiter terduduk pitam sambil memeluk khaleef. Agak
² keadaan kiter dah better sikit baru kiter membelek si tecik tu… Mak aiiii… tgn dia sejuk benau… terketar² but tak ley nak dibengkokkan. Pipi merah…. hidung ke dagu lebam.. panic gak kiter masa tuuu. Dalam 20 minit gak kiter peluk dan tuamkan badan dia… baru panas… huhuhuu… seksa toiiiii.

Tak lama komdian, en asben pulang bawak balik Dixi Chicken… ala-ala KFC kat Mesia. Itu ler rezeki kitorg tgh hari sampai ke Malam… Menu nii diperkenalkan olh Landlord (asben kiter terjumpa tgh jln tadik). So issue berkaitan rumah pun dia dah diskass dlm keter. Katanya, dia akn htr org fix kan on next week. Ok! Kitorg tunggu!

Malam tu kiter demam tido awai. Disebabkan tak tahan sejuk kot!!! Berguling dalam duvet… Sebelum mata dipejamkan… I Miss Malaysia so much… huhuhuuuu.



25 Mac 2013 (Isnin-9th days)

Bangun still early in de morning. Ermmm..tak ley nak buat apa… demam lom kebah. Alas pewot ngan conflakes…. Sambung tido. Dah kul 11.45 am baru bangun. Al-hamdulillah… kebah sikit demamnya. So, boleh ler main masak-masak. As usual… msk nasi dulu. Dah masak… transfer nasik tu kat pinggan. Baru masak kurma ayam. Cara kiter masak pun kelakar jer. Ala-ala darurat gituh. Kalau kat Malaysia … tgk rupanyer pun dah fail… Tapi.. kat sini… ia dah cukup YUMMYYYY…. Sodap giler rasanya. makan dgn nasi sejuk… but panas jugak akhirnya bila dicurahkan kuah kurma yg hangat… Huhuhu,... tak sabar lak nak tunggu microwave sampai. En Asben dah order on line Sabtu lepas. Katanya Khamis nii baru sampai.

Aktibiti hari ini????? NOTHING! Nak tengok TV... TV pun tak de... pun dah booking on-line. Dijangka esk sampai. So,Just duduk di jendela . Menyaksikan keadaan luar sana. The most critical part bila snow is melting. Jalan dah jadi padang ice-scating! Licin giler… kereta ada yg menggelongsor ke belakang… penjalan kaki pun ada yg jatuh terlentang. Huhhhh…. Terriblenya!

Nak dijadikkan stori lak… keter my asben x ley start.. coverage insurance pun direturn. Alasannya dia tak cover student. Loh…. Conflict of status lagik! Waduhhhhh! Stress betoi kiter kat bumi uk niii. Sebelum tido mlm… kiter muhasabah diri lagi..mencari
² senyuman keceriaan yg menghilang sejak detik 24 feb yg lalu…Nak tido pun stress... Huhh!!!  moga dipermudahkan urusan dan ada sinar baru untuk hari esok dan seterusnya. Amiinnn…


26 Mac 2013 (Selasa-10th days)

Semalam tido dalam stress tapi... Hari ni bangun pagi dengan hati yang tenang… Kenapa??? Hihihii... Smlm… kiter bermimpikan arwah mama in law… dia tgh wat nasi lemak kegemaran en asben. Pesan beliau… 


"mula² mmg susah… sabar aje laaa dulu. Insya-Allah… segalanya akn dipermudahkan."

Terjaga jer kiter dari tido, hati kiter cam lapang jer. Pg tu pun dah mls nak memberatkan fikiran.

Pas Bekpas… pun  Nothing to do. Snow still turun kadang-kala gerimis dan kadangkala lebat… hurmmm…. En Asben dah ke School of Management, tumpang Dr Pian. Tinggal kiter anak beranak terkontang kanting. Kimie & Sephia… kiter bagi homework. Khaleef…. Berkepit jer cam koala. Jam 11.00am, pintu diketuk… haaaa… sampai pun tv yg en asben order through amazon.com. 


Sekali buka jer box… oooo my microwave. Hahahaaa… kata my order sampai khamis… tetiba sampai lebih awal dari my asben nyer order. Hurmmm ok gak niii… TApi x ley nak main masak-masak lagik… Periuk belanga lom cukup lagik. Setakat satu periuk sederhana besar dan satu pan yg jugak sedarhana besau…. Apa ler sgt ley buat. Huhuhuuu…. Lunch lak…. En asben kata dia beli kebab aje… So???? Ok gak tuuu… sejuk-sejuk gini… nak masak pun berchinta rasonya… Kebas tangan dibueknyo!!!

Petang… kiter menerima kunjungan dari Dr Pian dan Hilfie somi isteri. Depa dtg nak tulun tgk kan keter en asben yang dah 2 hari tak ley start. Smlm depa dah try jumping keter. Tapi tak ley gak… Hari niiii depa guna khidmat service ala-ala AIA kat M’sia. Guna membership Hilfi. Cepat jer depa datang tgkkan. Al-hamdulillah, dah boley start. But kitorg diremind tuk tukar bateri..

Dah selesai urusan keter, kitorg sekali lagik ker Halal Mart. Beli stok makanan lagik. Tompang Dr Pian lagik… he he heee…. Terhutang budi toi kitorg dgn mereka sekeluarga. Ya Allah… berkatilah & murahkan rezeki mereka sekeluarga. Amiiinnnn.

Gitu ler perjalanan hidup kami setelah 10 hari di bumi UK. Dalam 10 hari ni jugak kehidupan kami masih lom stabil. Banyak menda lagi kena uruskan seperti urusan sekolah anak, utiliti, kelengkapan rumah dan macam² lagi laa. 

Dalam 10 hari ini jugak, banyak kenangan pahit manis yang dah  kami dah coretkan di sini. Menguji ketabahan dan kesabaran kami menghadapi realiti kehidupan di bumi orang. Hurmm... Ini lah yang dinamakan Asam Garam Kehidupan. ....

Saturday, March 30, 2013

Detik awal di bumi UK

17/03/12 (Sunday)

5.30am… akhirnya kami selamat mendarat di bumi uk. Sebaik sahaja kuar dari perut kapal terbang... mulut kami dah berasap2. Heheheee...excited bangat. Sengaja jer hembus nafas kuat-kuat... seronok tgk asap kuar. Hik hik hikkk... Tapi... Fuhhh... sejuk giler. Sementara tunggu stroller khaleef, kitorg mengenakan selapis lagi pakaian sejuk.

Sebaik sahaja mengambil bagasi kami yg 4 bijik gedabak besau tuuu...kami ke border line... pelepasan immegration. Hurmmm... masa nii tak der laaa mendebarkan kami cam kat Autralia dulu. OK jer.... kami pun kuar ke balai ketibaan di terminal 4. Hurmmm... awal lagi nih. May be my brother in law yg janji nak tunggu kitorg kat Heatrow lom sampai lagik. So, kami pun berlenggang kangkong ke sana kemari... ke toilet laaa... and lepak.

Dalam dekat setgh jam melepakkan diri... kami pun mula mencarik2 my BIL. On ler my En celcom... Pehhhh... tak der line ler pulak... masa call cust. service dia last week katanya dah roaming... tapi... tak de punnn! Maka setelah melilau-lailaukan diri, en asben pun tanya ler kat kaunter pertanyaan mana kaunter British airways, nak check-in dulu ke Bradford. Nak tahu apa orang tu kata.....

Ini terminal 4, Penerbangan British Airways di terminal 5, so kena naik train underground "Heathtrow Express" ke terminal 1 dulu... and baru kena ambik interchange train ke terminal 5.

Maka bergegas ler kami menyorong troli ke lif. Sampai aje kat bwh tanah... kami kena tinggalkan troli untuk menuju ke terminal yg jaraknya bih kurang 10 meter. Tetiba dari jauh kelihatan train dah ado... ramai org berlari-lari masuk ke pewot keretapi. Bayangkan kami mempunyai 4 bagasi besau yg setiap satunya berat bih kurang 25-30kg... 4 hand ludgage, 2 beg laptop, satu stroller, 2 kanak-kanak dan sorang bayi yg tak mo duduk dalam stroller... nak seret ke tepi landasan... dan angkut semua masuk ke dalam train. Mak aaiiii.... sangat stress... berpoloh2 kitowang. Tak yah cerita laaa camner ado beg tergolek jatuh... Fuhhhh... Dapat bayangkan tak???? Kalau tak dapat bayangkan... cer baca balik paragraph niii dan pls immagine.... Hihihihiiiiii

Bila dah ado dlm pewot keretapi.... baru raso lega. Maka kiter pun mengatur strategi dan membahagi-bahagikan beg. Masing2 kena tau beg mana yg kena tarik... Sampai aje terminal satu... kami kena bertindak dengan cepat sebab train akan teruskan ke destinasinya ke terminal berikutnya.  Maka anak2 pun cemas membantu untuk tarik beg. Tapi... mana larat depa nak angkat beg besau tu melepasi gap train dengan landasan. Maka tergolek-golek ler beg depan pintu, menghalang lalu lintas... huhuhuhuuu.... 

Kami kena tukar lak ke landasan sebelah ... maka sekali lagi kami menyeret kesemua beg2 tersebut. Sib baik train lom sampai lagik.....


Kiter mengatur stra-3 lain... Since khaleef tak mo duduk dlm stroller dia... semua hand ludgage kami susun dlm stroller.
- Sephia tolak stroller
- kimie tolak 1 beg besau.
- asben tolak 2 beg besau + beg laptop
- kiter tolak 1 beg besau, dukung khaleef& beg laptop....

nampak gayanya... stra-3 ini kurang berjaya... Sephia x ley tolak stroller yg bersusun dgn beg2. Dia pendek... main redah jer tolak... hampir nak langgar orang. Still kelam kabut nak masuk dlm train, tapi ok ler sikit. 

Akhirnya... kami berjaya sampai ke terminal 5 dengan jayanya setelah bersusah payah mengheret semua yg di bawa bersama. Dah ler jarak satu terminal ke satu terminal tuuu jauh... cam dari KLIA ke LCCT.... Nak ke kaunter untuk check-in pun jauh gak... Tapi tak pe... janji dah sampai. LEGA!!!

On de way ke kaunter, mata melilau cari My Brother in law... Ermmm... tak de pun dia... tak sampai lagik kot!!! Kitorg ke mesin self check-in. Punch nama... sekali mesin tu bagi tau "WRONG TERMINAL". Mak aiiiiiiii........ panic giler. Salah penerbangan ker???? 

Maka menggagau ler kitorang cari port... bukak e-mail, nak tgk maklumat penerbangan. Maklum ler yg  booking ticket nii my biras Illis... Sekali betoiii... penerbangan jam 11am... apa yang salah lak. So kitorang ke kaunter pertanyaan. Nak tau apa kata depa??????

Katanya.... Penerbangan ke Leeds/Bradford kat TERMINAL 1.

Apa????? 

TERMINAL 1???? 

Haiiyaaaaaa!!!

Waduhhh....... sekali lagik kena mengusung beg turun ke underground naik train.... sib baik dah tak perlu interchange. Anak2 memang dah tired sesangat. But... depa kuatkan semangat!!!

Sampai aje kat terminal 1, dari kejauhan kami nampak my brother in law, wife & Mika. Huhhh.... lega sesangat. But nak senyum pun cam dah tak larat!!! Huhuhuhuuu.... Perjalanan kami dari terminal 4 ke terminal 1 niii mengambil masa 4 jam lebih ... i told U... 4hours.... Huhuhuuuu tragis.

Sampai aje, kami terus check-in dulu, sekali one off our bag beratnya melebihi kadar yg ditetapkan. Kami kena pindahkan barang tersebut ke dalam beg yang ringan.Nak main Accumulate berat, tak aci kat penerbangan ini. Maka, tertonggeng-tonggeng ler kami depan orang ramai tuk mengagih-agihkan barang. Sib baik we all entitled 5 bagasi, ada satu hand ludgage yg dah kosong(sebab baju sejuk dah kami pakai) kitorg jadikan bagasi... Huhhh... selesai pun.

Baru jer nak duduk... tag stroller lak hilang... mana peginya pun tak tahu... melilau cari... tak jumpa pun! Last2 mintak lagik satu kat kaunter. Adusss.... memang tragis. 

Dah settle, baru berkesempatan nak berborak dgn MBIL. Dia laaa tlg belikan simcard... berkongsi maklumat tentang beberapa perkara yang penting untuk survive kat sini dan macam-macam lagik laaa.... Thank u so much to both of them. Malangnya... tak banyak benda ley kami cit cat sebab 10.30am, kitorang kena masuk.

Melepasi kaunter immegration kat sini memang dahsyat. Laptop dan semua alat elektronik kena dikeluarkan dari beg. Semua bentuk cecair pun kena keluarkan dari beg termasuk ler stock susu si khaleef(EBM) yang 8 botol tuuu. 

Stroller kosong depa tarik dulu... berkerumun 3-4org scan benda alah tuuu. Perghhh... macam dalam stroler tu kiter ada seludup bom ler pulak dibuatnya!!!!  Dah lepas... baru kitorang jalan melintasi gerbang dia tuu... ok lerrr... kitorang tak bawak apa pun tuan!!!! Tengah nak collect semua barang yang dikeluarkan tadi....

Sekali ice pack dia ambik... tak lepas nak fly. Dia ambik 2 botol susu khaleef secara rawak. Mintak kiter test minum seteguk dua... Mak aaaiiii.... geli geleman gak ler tokak nii nak minum susu sendiri. Wat muka confident... mok cik pun telan ler susu den sendiri!!!! Ermmm... best gakkkk... sweet jer rasanya !!!! He he heheeh.

Selesai urusan tu semua, seperti biasa ke bilik pelepasan. Hurmmm.... baru ler cool sikit. Tunggu aje time nak berlepas. Tak ramai pun orang nak ke Leeds/Bradford. Pramugari dia pun sempoi aje.... sepanjang penerbangan, anak2 tido. Tak lama pun... 1 jam jer penerbangannya.

Sebaik sahaja mendarat... kami sekali lagi kena berhadapan ngan beg2 yang besau tuuu. Tapi tak der laaa teruk sangat. Kastam dia pun tak cerewet sangat. Tapi... disebabkan kami dtg dgn beg yg besau... depa lalukan juga kat mesin scan. Tanya lebih kurang apa yg kitorang bawak. Tak bukak pun beg... Senyum dan mereka ucapkan selamat datang! TQ!!! 

Kuar aje dari terminal... kitorang ke kaunter kereta sewa... mak aaiiii kereta kecik pun £80/day... kalau kitorang nak hangkut semua barang niii kena kereta besau sikit... cost about £150/day, kena pulangkan kat airport gak... Huuuhhhh!!! Tak ley jadik niii.  Kat sini ada perkhidmatan bas... tapi tak tau nak naik bas yang mana satu. Kalau salah kanggg... naya lak!!! Maka en asben berjalan keluar dari terminal... cari teksi. Al-hamdulillah dapat satu teksi yang boleh memuatkan kami semua dengan kadar £29.00.

Destinasi kami yang berikutnya... Midland Hotel. Ni aje hotel yang terima kami berlima untuk dimuatkan dalam satu bilik. Lain-lain hotel mintak kitorang ambik 2 bilik sebab polisi kat sini:
1 bilik max pack is 2 adults 2 kids. Macam-macam!!!!

Sampai aje kat bilik.... jam 2.15pm... Kalau ikutkan waktu check in kat sini jam 3 ptg, tapi setelah ada bilik kosong, seawal jam 2.30 kami dibenarkan check in. Masuk aje bilik... masing2 dah penat... LAgi pun... kalau ikut watku Malaysia...dah malam pun.... So, pas settlekan apa yg perlu... kami orang... TIDO dulu..... 

Those yang bertanya pada kiter... mana gambo2 kenangan masa mula-mula landing kat Heatreow dan lain-lain.... agak-agak kowang dalam kelam kelibut dan stress tuuu sempat tak kitorg bergambo??? Huhuhuhu... jawapannya

TAK TERPIKIR DAH NAK BERGAMBO. Ada laaa sekali  je, masa tunggu train. Yg lain2.... Huhuhuuu.... 

Gitu ler catatan asam garam... detik awal kami di bumi UK... tragis masa itu... but now,  lebih sebulan ia berlalu... dah jadik our  sweet memories pun... 

Apakah stori hari berikutnya masih tragis???? Hihihihiii... T.U.N.G.G.G.G.G.U.U.U.U!!!!!

Friday, March 29, 2013

Our Memories before leaving

Salam...

Before dicoretkan memori kami di bumi UK... adalah baiknya kiter sharekan di sini detik-detik kami before fly. Hanya part of de momories yg dimuatkan di sini... yang lain moga ia kekal dilipatan ingatan kiter.


Meh kiter mulakan dgn farewell lunch yg diadakan olh sebahagian ahli Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM). Hihihiii... segan lak dgn depa coz masa nii actually kiter lom ready nak fly. Maklumlah bz sgt nak closing account.


9th Jan 2013.... Majlis ni diadakan... Bila ditanya tentang preparation... jawapan yang diberi... zero... Not ready at all! Hihihii.... inilah antara muka-muka yang bakal dirindui kelak! Best sesangat dapat bekerjasama dengan mereka!


11th Jan 2013 (Jumaat).... ni adalah persiapan kami yang pertama untuk ke UK. hahahaaa... nak gi bulan 2... baru terhegeh2 nak mulakan step. Hahahaa... ni pun selepas kena sound dengan en Asben. Ye laaa... kiter x mo ambik cuti langsung. Kerja banyak maaaa.... Dengan linangan air mato... mok cik menggoogle step to UK... So 1st thing to do is translate sijil nikah and surat beranak ank2. Kitorang lari jap ke Mahkamah Sesyen kat Bangi. Al-hamdulillah, ada person incharge. Since mahkamah tgh bersidang, dia mintak kiter collect that document on Monday. Fuhhh lega..... one step done.

12/01/13(sabtu)... kitorang ingat nak wat passport. Early in de morning kami bersiap. Sekali teringat yang original surat beranak anak ada kat interprator. Mahkamah lak tutup hari Sabtu gini. But we all try call no HP that person. And it's lucky yang dia on de way dari Subang ke Bangi coz kebetulannya dia ada urusan kat Bangi. Around 10am... kitorang dah dapat original cert berserta dgn translation. Caj yang dikenakan is RM60 untuk birth cert dan RM80 for sijil nikah.


Pas tuu bergegas kami ke Imegresion. Sampai aje... sori... nombor giliran dah habis even baru 10.30am. Ye laaa weekend depa kerja sampai jam 1 tgh sj. Kami dinasihatkan dtg esk pagi early in de morning.


 13/01/13 (Ahad) Ni tengah beratur nak wat pasport. Jam baru 7.15 pagi (Ahad) tapi orang yang dah sampai... mak aiiiiiiiii ramai dah! Belakang kami lagik ramai. Beratur nak ambik nombor komain lerrr lamanya. Bila dah kena panggil ke kaunter... kejap jer urusannya. Less than one hour dah siap passportnya. Huhhh... LEGA.



 17/01/13.... Kitorang kena menghadiri BTN. Ni pun mengejut gak. Last minute punya arahan. Kami kena pergi suami isteri serentak. Kalau nak fly 24thFeb... inilah satu-satunya sesi yang sesuai. Kegagalan menghadiri sesi BTN niii menyebabkan ada masalah dengan sponsor oleh KPT dan UPM . Huhhh... Terpaksalah my father in law dan my sis in law turun dari Terengganu untuk jadik baby sitter bebudak nii. Actually BTN bagi kelenggoran pada kiter untuk bawa baby and my sis in-law stay kat Akademi Kenegaraan bersama-sama (sebab depa tahu kami pergi suami isteri & ada baby breast feed). Tapi kami terpaksa tolak sebab Kimie dan Sephia school. Kesian lak atuk dia sowang nak manage bebudak tuuu kat umh. Niii dah siap pack diorg punya breakfast dan bekal.



24/01/13... Kenduri Aqiqah, tahlil arwah mama dan kenduri kesyukuran kami adakan serentak. Actually nak adakan kenduri niii kiter langsung tak ready dari segi fizikal dan mental. Preparationnya langsung kiter tak involve. Tumpuan kiter pada kerja. But my asben tak mo tangguh buat kenduri nii... sebab ini aje time yang sesuai... kebetulannya ayah turun dari terengganu for medical purposes. Next week punya weekend and seterusnya... semua dah pack dengan jadual weding saudara terdekat. Have to...


Syukur.... majlis berjalan dengan lancar... main menu ngam-ngam cukup. Side dish... banyak dibawa oleh sedara mara dan jiran! Pun al-hamdulillah mencukupi dan tiada pembaziran. Kepada tetamu yang hadir, terima kasih diucapkan. Kepada yg tidak dijemput, sori sesangat. Kiter mmg tak involve langsung. Cian en Asben memikior nyer sowang2.  



Antara tetamu yg hadir.... yg x sempat dimuatkan gambo nyer kat sini mintak maap yer.... kalau free kiter muatkan komdian


 28/01/13... kitorang ke Life Care... wat Tibi test.... ini another requirement untuk wat Visa. So far as at that time... test ni hy boleh dibuat kat sini and Gleneagles je. Kitorg pilih Life Care... hurmmmm kami dikenakan RM200 sowang. Hy kitorg somi isteri di x-ray. Anak2 dia just ty 1 soalan jer.. pun kena RM200. Dah settle baru dgr citer kat Glenegles tu murah sikit. Hurmm... dah selamat.....

07/02/13.... baru kiter ambik cuti tuk wat Visa. Semua urusan diuruskan en asben. Kiter bwk body aje... Hik hik...hikkk...



 09/02/13: Sementara tunggu VISA siap... Kerabat pak Razak berkumpul mkn sesama coz on 15th My Brother in law & family akn fly dulu ke UK... Mmmmm... mkn steamboat kat MAEP.



 20/02/13: lunch sama my staff... huhuhu... sedey nak tinggalkan mereka semua. Bangga dapat staff cam kalian. Sepanjang kita bekerjasama ini, apa yang terkurang kiter mintak maap.Moga kowang semua lebih cemerlang selepas ini.  Terima kasih semua. Moga kita boleh bekerjasama lagi pas nii... 



21/02013: Surprise Farewell Party dibuat untuk kami. Sempena kiter will leaving, Nurul (pinky) bertukar Seksyen & Saleha (berbaju putih) akn masuk.... TQ semua!!!!! 



 Gonna miss u ols..... Yess... really miss u ols.... huhuhuhuuuuu


Effective 1st Mac... kiter dah ambik cuti. Tetiba, ada masalah VISA.... maka tertangguh lerrr penerbangan kami. Setelah re-submit akhirnya 11 Mac baru kami dapat confirmation VISA dah lulus... 

Dgn limited time... 13/03/13, kami beli brg yg lom cukup & curi2 masa gi tgk wayang. Movie yg terakhir before leaving. Citer Rock oo... hahahaaa... ganaz gak tuuuuu!!!!!



14/03/13: Slps singgah opis tuk settlekan saki baki kerja & serahkan MOA sponsor untuk dilengkapkan oleh saksi... berkejar2 kiter ke Alamanda. Tunaikan janji ngan ank2 nak lawan bowling ngan atuk & cu.... Kami team Merah


Ni lak... team Kuning.... pertandingan antara dua kumpulan amatur ini sengit sekali... kesudahannya


Jatuhan pin yg terakhir dari Sephia menjadikan kumpulan kami juara.... Hahahaaaaaaa............ 




15/03/13... mkn mlm kami yg terakhir di 'cibiuk' masakan sunda......... Balik umh baru sibuk nak finalize pack barang. Huhuhuhu.... stop jam 3 pagi gak lerrr. To be continue sok paginya lak

16/03/13: Seawal jam 7.30am... kami menerima kunjungan jiran tetangga. Terima kasih ats kunjungan kalian. Pagi tuuu still meneruskan kerja2 packing barang........





Akhirnya.... 4 bagasi and 4 handludgage plus another 2 laptop bag. Huhuhuhuu.... barang2 nak bawak ke sana dah settle. Umah jer lagik lom settle. Still mcm tongkang pocah. Huhuhuhuuu.... So, operasi kemas umah lak!


Tgh hari, lari kejap ke nilai.... shahrul ada wat mkn2 sempena dia naik pangkat, meraikan besday & sempena keberangkatan kami... Huhuhuuu... gonna miss uols too! Tak puas langsung nak cit cat ngan mereka. Ingat nak bertolak terus dari sini... tapi....

Petang, rushing balik semula ke Bangi coz ada lagi jiran tetangga nak berjumpa dan meneruskan operasi mop lantai dan basuh bilik air. Badan dah mula tired... dah ler semalamnya tak cukup tido, hari ni lak non-stop wat kj... tapi, no time to rest... plan, dalam flight nanti lerr baru merehatkan diri!

Pas maghrib, hati dah mula terasa sayu... tiba laa time kami ke airport. 




Al-hamdulillah.... done check-in


My Famili....


Bersama famili belah asben




Bersama sahabat yang turut hadir


Bila tiba saat perpisahan... hati ini sangat sebak. Airmata bercucuran mengiringi permergian kami. Buat adik-beradikku... tolong tgk-tgkkan ma & abah ye!!!! Sayang kalian semua!!!!

Dan paling menyedihkan dan merisaukan kiter ialah... berpisah dengan bapa mertua. 2 dari 3 anaknya berada diperantauan. Tinggal Lina sowang disisinya. Lagi satu... my kids sangat-sangat rapat ngan atuknya... terutama khaleef. Tak dapat nak dibayangkan betapa sunyinya atuknya nanti.. Hurmmm..... Kami pergi tak lama... harap dengan teknologi sekarang... kita boleh kerap berhubung!




Sayonara! Sayonara.... Sampai berjumpa lagi.....


Kimie & Sephia very enjoyed sepanjang penerbangan ini. Mereka duduk berdua di belakang sit kami. Abg kakak pramugara yg melayan depa berdua. 


Kitorang duduk di depan mereka... Tempat duduk dlm flight ni 3 kiri 4 tengah dan 3 kanan. But kitorg x ley duduk satu baris kerana.....


 Cinonet ni kena duduk dlm basinet. Sebelah dia pun ada sowang lagi baby. Baby sebelah dia tu, siap parents dia bagi ubat batuk supaya dia tido sepanjang 13 jam perjalanan nii. Kitorg tak bagi pun. Al-hamdulillah.... lena jer Khaleef el-Firas ni tido. Kiter jer yang sangat kepenatan & still x boley tido! Puas dipejamkan mota... tak jugak mau lelap. Sib baik banyak movie dlm senarai. Pas satu... satu movie kiter tengok! Yo laaa 13 jam punya perjalanan!!!



Cukup time, dia si tecik ni bangun menyusu dan makan... MAS pun ada provide makan tuk dia, puree buah from HEINZ hihihihi...

Gitu ler serba sedikit our memories before leaving.... kepada  kuarga dan sahabat yang ditinggalkan doakan keselamatan dan kesejahteraan kami di perantauan dan moga berjumpa lagi!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails