Tuesday, February 28, 2017

Night Safari Zoo Taiping

Sambungan kisah Throwback.

  • 20th Dec 2016 kena hadiri mesyuarat di USM
  • So, 19th dah bertolak... hehehee awainya!!!!!
  • Sambil menyelam minum ayaq kan... so on 19th tgh hari, kami singgah Kellie's Castle dulu.. (seperti dlm stori yg lepas) 
  • Pas tuu singgah pekena mee udang Kuala Sepetang... slurpppp... sodappppp!!!
  • Komdian, kami ke Taiping... nak rasa pengalaman meronda Nite Safari di Zoo Taiping.
  • Check in hotel.. rehat2 jap... makan mlm awai... so jam 8 mlm dah terpacak kat zoo ni


Sementara En asben beratur panjang beli ticket... kami bergambo dulu... Khaleef sangat teruja... tak duduk diam... berlari sana sini. turun naik panjat tangga.. buat aksi lagak ngeri,,, huhhhh... Memang tak sabar... 

Oh yea... tiket masuk nite safari ni.. RM21++ utk dewasa dan RM10++ untuk kiddos.


Supposely, kami masuk bersama ngan sepupu dia... tapi, tak boley nak tunggu beb...  So, kami masuk dulu. Bila malam nii.. better terus naik tram yang disediakan.. Nak jalan kaki boley... tp, tersesat barat... tanggung sendiri maa... gelap beb! Kalau dah arif dengan selok belok zoo ni.. dipersilakan. 

Those yang baru 1st time... better tunggu turn naik tram.. free aje pun!


Hahahaha.. mamat nii dah tak sabar giler nak tgk animals...


Memang tak sabar... Tunggu tram yang tak kunjung tiba... sabar yea nak...



Posing sikit... pengubat penantian yang meresahkan.. keh keh kehh



Finally, our turn pun tiba.... kami duduk betoi2 belakang drebar... dengar ngan jelas explaination tourist guide dia.



Mula2 Khaleef eksited giler... pas tuuu dia dah mula geram... gelap... payah nak nampak haiwan2. Nak kata tak nampak langsung tuu idok lerr.. tapi memang tak puas.

Yea laaa gelap beb... so, tak guna laa kiter nak share gambo2 yang gulap gulita itiew.

Habish satu pusingan, khaleef mintak naik train lagik... maka menapak laa kami sekali lagi ke tempat menunggu tadik.

Dah habish dua round, khaleef dah mula tido... sib baik... kalau idak... ada yang pusing lagik dan lagik...

Bila dia bangun... request nak gi zoo lagik... Insya Allah... ada kesinambungan nya lawatan ke zoo di komdian hari... kalau ada masa kiter nak tepek gak kat sini... tungguuuuu..


Monday, February 27, 2017

Kellie's Castle

Al Kesahhhh... citer Throwback lagi yerk... 

Kisahnya bermula apabila kiter diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di USM pada 21 Disember 2016.... So dikesempatan itiew kiter mengambil peluang dan ruang untuk jenjalan sekitar Perak before menjejakkan kaki ke Penang.

Destinasi pilihan kali ini adalah Kellie's Castle. Why Kellie's Castle??? Heheheee.. Meh kiter share info yang menjadikkan kitorang eksited nak gi sinuuunnn...


Kellie's Castle atau turut dikenali Rumah Kellas sememangnya istana yang penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini. Jeng... jeng... jengggg...

Lokasi istana indah ini yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, hanya 20 perjalanan daripada bandar Ipoh. 

Ramai yang menyatakan Istana Kellie ini ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. 

Untuk menyingkap keunikan dan misteri istana ini... maka... pada 18 Disember 2016 dan seawal jam 7am kami dah bertolak dari Bangi ke Gopeng, Perak...

Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai, tapi bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu dan mempunyai misterinya yang tersendiri. Dibina oleh William Kellie Smith.

William Kellie Smith asalnya dari Scotland dari keluarga petani... merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya dan dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. 

Agnes telah melahirkan seorang anak perempuan pada tahun berikutnya dan diberi nama Helen. Namun.. William Kellie Smith memang terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih empayarnya di Tanah Melayu.  Pada tahun 1915, pasangan ini telah diberkati sekali lagi dengan kelahiran anak lelaki mereka yang bernama Anthony setelah bertahun-tahun lamanya Agnes berusaha untuk hamil. 

Bagi meraikan kelahiran Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah memulakan perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. 

Ketaksubkan William Kellie Smith  dengan agama Hindu dan budaya India membuatkan beliau merancang Istana dan Rumah Kellas berbentuk mirip senibina orang-orang Madras dengan menggunakan batu bata dan seramik diimport dari India. Beliau turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli.


Namun... Hajat William tidak kesampaian

Mahligai mewah di pinggir sungai ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja beliau.

11 tahun selepas ia mula dibina, rumah ini masih belum siap. Malang seribu kali malang, beliau juga tidak dapat merasai gahnya tinggal di rumah ini kerana semasa perjalanan beliau ke Lisbon, beliau meninggal dunia kerana sakit pneumonia.

Kellie Jadi Hantu?

Orang tempatan dahulunya memanggil tempat ini sebagai istana berhantu Kellie. Bukan apa, dikatakan ada yang terserempak kelibat Kellie dan anak perempuannya berjalan-jalan di koridor rumah ini pada waktu malam dalam baju tidur mereka. Apa yang menyebabkan istana ini berhantu... 

Katanya... kerana hajat yang tak kesampaian itu laa menjadikan roh mereka tidak tenteram... huhuhuuu...

Akan tetapi setelah ia dibaik pulih, cerita ini kurang kedengaran. Walau kurang kedengaran... ianya masih di cop sebagai haunted Castle... hihihiiii


Haaa... dah tau serba sedikit sejarah Istana Kellie's kannn.. dah jom ikut kiter jelajah tinggalan sejarah ini.

Kami sampai lebih kurang 10.30am... hurmmm cuaca time nii dah panas berdesing... cepat-cepat kami beli tiket masuk dengan harga RM5 dewasa dan RM4 kanak-kanak. Ni kitorang dah depan gate masuk... Oh yea... lupa nak mention... kat sini ada cafe tau... those yang nak bersarapan or makan2 kat sini silakan.. Tapi kami dah bekpas on de way tadik.


Melepasi gate... kami menyeberangi jambatan untuk menapak ke istana Kella's ini.


Kalau dari depan... kita akan nampak istana ini... actually ini merupakan kediaman kedua bagi William...



Rumah asalnya/rumah pertamanya terletak bersebelahan Istana Kellie's dimana ditempatkan orang gaji, pekerja dan klinik. Sayangnya 80% bahagian Rumah Kellas ni telah musnah akibat Perang Dunia Kedua dan hanya 20% jer bahagian yang masih utuh sehingga sekarang. Before we ols pergi tengok rumah ini dengan lebih dekat... kami lawat dulu Istana Kella's yg dikatakan berhantu dan misteri itiew.



Masuk aje istana ini... boley dapatkan info or stori istana ini. Terdapat juga ruangan kisah sejarah mengenai pemilik istana ni serta setiap ruang bilik disediakan papan tanda dan maklumat untuk pengunjung, malah ada satu ruangan bilik telah dihiasi dengan perabot yang sama ketika zaman itu….



Ruang istana ini sememangnya luas 


Juga mempunyai banyak anak tangga serta laluan rahsia. Katanya terdapat 4 terowong rahsia yang dibina bagi tujuan keselamatan ketika waktu darurat,


Kellie’s Castle dikatakan mempunyai 14 buah bilik. Tapi kan... sebesau-besau istana nii.. jangan harap nak jumpa toilet... memang istana ni tak de toilet tau... Memang kat depan istana nii ada sungai... tapi... kena menapak sikit. Camner laaa kalau dah nak terkuchill yang amat... huhuhuhuuu


Ini di korridor di tingkat 2.  dikatakan disini juga kelibat atau roh-roh  penghuni istana ini kelihatan! Sebelah koridor niii of course laaa bilik...


Ini lokasi bilik utama serta bilik anak-anak william dan Agnes.. memang besauuuu...





Menariknya mengenai proses pembinaan istana ini dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Apa kaitan gambo we ols dengan fakta binaan tu... entahhhh.. sila abaikan! Keh keh kehh!



Ni kami panjat lagi anak tangga.. keluar aje dari anak tangga... taraaa... dah berada di tingkat atas. Terdapat 1 ruangan shaf lif di Kellie’s Castle (yang berjaring tuuu), di mana sekiranya istana ini dibina sepenuhnya mungkin akan menjadi lif yang pertama di Malaya pada ketika itu. Tapi sayangnya.. lif tersebut tak sempat dipasang... so tinggal laa ruang yang berjaring tuu... bila berdiri tepi jaring dan memandang ke bawah... Seriau darah mok cik... sayuuuppp aje kat bawah tuuu.






Di tingkat atas, kawasan bumbung bersimen yang agak luas didirikan gelanggang tenis mengikut perancangan Tuan William. Punya laa luas.. boley terebang rasanya.. But please be carefull... tak de tembok tauu... tali aje dipasang agar pengujung elert


Kami memberanikan diri berdiri dipenjuru untuk dapatkan latar belakang rumah pertama William.


Turun aje kembali ke tingkat 2... snap gambo rumah pertama William dengan lebih jelas lagik. 


Ini lorong antara rumah pertama William dengan Istana barunya ini. Yang bulat hitam tuuu salah satu terowong rahsia yg kiter storikan kat atas tadik.



Sebelah tu laakk... ada dapur/oven tertua... nampak takkk??? Yup... tembok nii laaa oven tersebut... canggih dan besar oven depa  kannn???



Hurmm... my opinion kan... rumah pertama dia nii dah cukup chantekkk. Awat laa Helen tuu tak puas hati lagik kan??? Hurmmmm....



Dah... dengan gambo nii... kami tinggalkan kisah pengembaraan kami di sini...

On de way ke destinasi berikutnya... a few question regarding this Castle dijadikan soklan quize untuk my kiddos...

Antara soklannya:
1) Di mana letaknya istana ini.....
2) Berikan pemilik istana ini....
3) Siapakan nama isteri William?
4) Berikan nama 2 nak william
5) Manakah satu rumah pertma william? Depan atau belakang

All the jawapan  kami dapat masa baca info kat dalam istana tadik... Pemenang kuiz tuu adalahhh... Kimie.. dengan markahnya 3 manakala sephia 2.. Khaleef.. kena ksi full mark... Kalau idokk.. muncung dia..

Sebagai upah dan hadiah... pekena mee udang di Kuala Sepetang... [ehhh betoi kee nama tempat nii... hurmmmm...]

Jumpa lagi dengan kesah-kesah Throwback kami!!!!! 

Sunday, February 19, 2017

Bonding time Feb 2017

17th Feb.. patutnya Kimie blh blk pulang bermalam.. tp.. kami suggest kimie stay aje kat hostel.. kami yg turun lawat kawasan hehehehe...

Mlm Jumaat tu.. kimie cam sodeh aje... sbb tak ramai kenkwn yg stay.. sunyi.. coz ramai balik. So, utk menceriakan hati ank2 yg x blk.. mlm tuu kitorang msk siap2 aym msk merah, goreng popedom dan buat stok sambal kacang. Awl pg baru msk nasi hujan panas dan tak jadik buat kurma or curry daging sebab baru sedar rempahnya dah hbs.

Jam 7pg kami dah meninggalkan bumi serdang.. leading to Pekan.

Sampai sana jam 11.00am. Tak singgah jumpa my mom and dad sebab kimie dah sedih sangat.. mintak kami datang seawal yg buley..

Sampai aje.. ramai gak ank2 yg tak blk pulang bermlm

So.. sharing rezeki yg ada bersama ank2 diperantauan

Hurmmm.. nampak kurus sikit dah my son ni.. kasi turun sekilo dua lagik yea nak.. baru enchem sikit!

Ini laa aje yg dapat disiapkan... yg dipuji2 ayam tuu... kembang kempis idung en asben.. sbb aym tu dia yg msk. Habishh licin kesemuanya... seronok dan puas hati tgk ank2 makan.. even kami lapar.. lihat anak-anak yg tak blk bermlm tu makan.. kami jadi kenyang..

Lepas mendobi baju kimie di area pekan... kami ke ms garden hotel.. kat kuantan. Saja ubah angin ke kuantan lak.

Our lunch hari tuu kat en kenny rogers roaster kat berjaya mall kuantan. Sambil mkn.. kami bergurau senda.. bonding time la katakan.. lepas sorang... sorang ank ai sakat..  sampai lupa nak nak ambik gambo time tu

Mlm... lena memasing tido. Khaleef mmg berkepit laa ngan along dia.

Ahad.. pekena pizza dulu

Ehh.. nampak tak tudung aii sama cam semlm.. hehehe... abaikan lah... dah mls nak bwk extra tudung kan... 

Jam 2.. kami htr kimie blk hostel.. see u in Mac pulak. Will miss u again.. sob sob sob

Thursday, February 16, 2017

Jan 2017: My age dah naik satu angka lagik..

Stori Throwback.. 
pelan2 muatkan stori-stori lama  untuk tatapan masa depan nanti..  dimulai ngan kisah peningkatan umur ku.. hehehee....

Ini hadiah besday dari insan2 yg tersayang. Mr hubby and kiddos. Masa ni kiter baru aje balik dari mesyuarat. Masuk aje bilik hotel.. kena buat kuiz... caya laa idea anak2... kena pass a few check point baru dapat bungkusan hadiah nii...


Ni lak lunch treat dr en hubby on 04th Jan. Time tu mok cik mmg tgh bizzi closing account. Since this year closing account kitorang berjalan ngan tenang compared to last year.. so..  masih blh terukir senyum walau sejam 2 je tido setiap mlm sejak hjg dec lepas..

Balik je opis.. concentrate blk buat closing account. Sekali dapat call ada org nak htr brg. Hurmm... mmg sejak hjg dec kiter mmg tinggalkan opis dan berkampung kat bangunan admin. Nak concentrate buat closing account laa sangat kan? Kalau stay kat bilik sendiri.. memang bnyk gangguan. So mmg dah biasa terima panggilan orang nak jumpa or htr brg/dokumen bila kat admin ni.


Sekali.. ada munga delivery.. hehehe.. terkebil2 mok cik pandang kamera sbb mata tengah perpinor dek buat akuan tadik.


Sampai kat bilik operasi closing account... snap sendiri gambo

Haa.. baru nampak senyuman mok cik yg suweet tuuu kannn? Hihihii perasaann. Oh yaa.. tq inchik asben for the munga and cekelat perero tuu

Petang tu klik awal.. mkn ngan kiddos dekat ngan area umah weols

19jan 2017... ank buah mintak slot lunch sama.. cian depa.. dah lama ditinggalkan.. so  baru berkesempatan nak kuar outing ngan ank buah kat opis

Hehehhe besday treats utk me and najwa (my staff born in Jan too)

Cakes time.. yummy

Biasa laa gugurl.. kalau dah bergather kan! Bergambo aje laa kerojenya! Yg cover mukanya tu laa cik najwa.. also besday gurl yg diraikan hr tuu

Antara our menu snap by Najwa

Apa lagik.. mkn time...

Before pulang... those yg nak mkn kat Fizomawar ni.. tomyum dia i betul2 rekemen.. superbbbb... tq to all my staf.. for besday treats.

To my family and friends.. thanks for besday wishes and du'a. Moga dengan bertambahnya my usia, kiter berubah menjadi insan yg lebih baik.. menjaga lisan, adab dan segalanya laa agar tidak menyakiti hati insan lain.. berbuat baik sesama makluk dan yang penting menjadi khalifah yang diredhoi-Nya.. Amiiiin.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails