Saturday, June 20, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak

Citer yang dah basi gak kiter nak share ngan korang... On 06 of June malam.... sambungan bagi meraikan besday didie dulu.... Mulanya kitorang ke Book Fair kat mines and pas tuuu kitorang tengok movie.... Ingat nak tengok Night of Meseum 2... tapi kitorang beralih angin lak..... saja nak memeriahkan filem MAlaysia laaa kunun... So kali niii kitorang pilih movie Jangan Pandang Belakang Congkak.

As usual.... sebelum masuk.... pose dulu ngan poster movie... Puas gak suruh bebudak niii pose kali nii... Depa takut ngan gambo hantu bertiga ekor tuh... Ini ajae ler gambar yang dapat dicapture. Jauh jerrr depa duduk.




Sinopsis citer nyer.....

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu.

Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang.

Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka.

Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu.

Bagaimana kesudahan nasib depa bertiga... ???? korang tengok lerrr sendiri....

Kesimpulan yang dapat kiter buat kat filem niii... ermm... actually pengisian atau pengajaran dari filem niii TIADA coz jalan citer nyer ringan yang amat.... citer untuk suka-suka dan untuk gelak-gelak aje.... Dan rasanyer tak berapa sesuai gak bebudak kecik nengok citer nii... ada laaa beberapa bahasa yang perlu dituttt kan.

Anyway.... sesiapa nak realese tension... bole ler tengok citer nii... kelakar.....Kalau gelak tuuu memang sungguh-sunguh lerrr.... sampai keras perut... sakit rahang dibuatnyer.... Untuk itu 3 popcorn kiter berikan untuk Jangan Pandang Belakang Congkak.

Friday, June 19, 2009

Kini... My husband bergelar "DR"

Kepada reader yang mengenali kitorang.... mesti tertanya-tanya kan...????

Dah habis ke mamat ni buat Phd dia tuh...??? He!He!He!

Buat makluman pihak tuan/puan.... on 06 Jun yang lepas... my hubby dah bergelar Dr. Nazrul.... apaaa???? tak caya...... Ini buktinyer......


satu lagi gigi susu kimie dah bergoyang.... errmm.... lama jugak laaa.... Untuk memberi laluan gigi baru yang dah nak tumbuh tuu... so my hubby sekali lagi nekad menjadi doktor gigi. Lama gak digoyangkan perlahan-lahan gigi kimie tuh... tak jugak tanggal-tanggal....
Tetiba.... tangan my hubby tersentak dan tertarik sekali ngan gigi kimie tuuu.... So apa lagikk....



wuaaaaaaaaaaaa............ nagis ler budak tuuuu....


dan ini giginyer yang dah tercabut tuuu



haaa... ni lakkkk sesi rawatan pemulihan untuk hentikan pendarahan.... tuam ngan ais...
He! He! He! Syabas Dr. Nazrul....

Thursday, June 18, 2009

Heppi Belated Birthday My dear Didie....

Ermmm.... sungguh bz kiter semenjak dua menjak ni.... sampaikan dah berminggu kiter tak up-date blog kiter nii.... Even citer yang kiter nak share ngan kalian niii dah basi.... kiter tetap nak share gak.... iaitu.....

On 05 Jun 2009 yang lepas.... my daughter punyer besday.... plan asal... kiter nak ambik cuti nak celebrate besday dia.... tapi.... kiter hanya merancang.... tapi... tuhan yang menentukan. Waktu tuuu keadaan memang tidak dan yang amat tidak mengizinkan untuk kiter cuti.

Didie memang tahu hari tuh besday dia.... so dia expect kitorang for sure meraikannya.... Walau pun kiter fenat yang teraaamaaatttttt.... demi didie kiter gagahi jua.... Untuk itu... my hubby just beli kek kecik untuk dia.....


ni dia kek nyer.... didie expect kek dia kek princess.... dia agak kecewa melihat kek nii... tapi kitorang promise ngan dia kek princess akan dibeli masa Birthday Party kat school dia yang akan dilangsungkan pada hujung bulan nii.
ok... time potong kek......
suapan tersayang untuk mu......


even simple.... yang penting didie heppi.....


Oh yea... lupa nak bagi tau... kitorang celebrate besday dia kat Rasa MAs Restaurant (Alamanda) jerrrr.... Untuk didie... kitorang orderkan dia spagetthi... since dia suka sangat makan menda alah tuuu.


Minuman pilihan didie.... tak lain tak bukan... air kosong


Ini pula suapan sayang dari ayahanda tercinta.


HAdiah....????? Kerana kesibukan kiter sepanjang minggu tuh... kiter tak sempat nak beli hadiah... malam tuuu sebelum makan.... puas gak raound-round carik hadiah dia.... tapi payah betoi nak cari apa yang didie berkenan....

Niii hadiah dari kimie.... hadiah yang dia recycle... tapi dia buat 2-3 hari lebih awal dan dengan penuh keihklasan. Tanda ingatan dan kasih sayang yang tak belah bahagi buat adindanyer yang tercinta kunuuuunnnn.


Ini saja hadiah yang kiter dapat bagi dia untuk malam tuuu.... tapi didie cukup heppi ngan collection princessnyer.



Esok petang nyer, selepas menghadiri jemputan kawin kat bentong pahang... kitorang ke Jusco carik lagik hadiah untuknyer.... dan ini salah satu permintaannyer... sandle pink yang kununyer bertemakan kaler princess.
Dan ini dia antara collection yang menggembirakan didie.....


panties princess...
walaupun tak seberapa hadiah yang kiter bagi kali nii... tapi ia sudah cukup menceriakan hati anakku ini...
Agains my dear... Nur Irdina Sephia... heppi belated birthday.... semoga dikau menjadi anak yang solehah dunia akhirat.... muaahhhh....


Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin baru to Dr MAslina & Hubby

On 31th May gak.... my cousin Doktor MAslina telah pun digelar pengantin baru.... majlis akad nikahnyer pada Sabtu.... tapi kitorang tak balik pun.... coz kimie ada exam hari tuuu.... Since majlis buat kat dewan... kitorang decide just balik hari event jerrr.


Majlis di buat kat Dewan Simpang Kallang, Raub PAhang. Kebetulan lak kitorang sedondon hijau.... bertepatan ngan tema pengantin nih.... so kiter pun menugaskan diri sendiri jadi tukang bagi doorgift kat para tetamu.



Ini pengantin nyer.... kalau tak silap usianyer 25 tahun.... bertugas sebagai Doktor di Hospital Temerloh....


Erm.... best tau kek laici ni....


perarakan pengantin...



Maslina niii kawen ngan kapten... so kena lerrr lalu bawah pedang...




ketika di singgahsana....
gambo kitorang beramai-ramai.... kat lensa org lain... so tak dapek lerr kiter share ngan korang....



Sunday, June 7, 2009

Heppi Besday Abah....

31 MAy yang lalu.... kitorang sekali lagi balik ke Pahang... meraikan hari jadi aki bebudak niiii

Heppi Besday to you abah.... sume balik
kecuali 2 orang mak buyong yang tengah mabuk (k. long dan De)



kali niii... kitorang tak beli kek pun.... Saja ubah selera..... kiter just beli KFC dan syahrul beli donut big apple


cucu yang sorang niii sibuk dah nak makan....


kalau kebiasaan... orang suap kek kan.... kali niii kitorang suap donut... he! he! he! Semoga abah dipanjangkan umur... dimurahkan rezeki dan bahagia selamanya.... amin



Friday, June 5, 2009

Menduduki Exam buat pertama kalinya

Actually this stori dah berlaku on 30 May 09 iaitu pada hari sabtu yang lepas. Kimie menduduki exam buat pertama kalinya. Exam bagi mendapatkan tempat di sekolah integrasi bangi.


Dengan konfiden nya kimie melanggkah masuk ke sekolah ini.




di pintu masuk sekolah ini penuh dengan manusia.... terdapat lebih 400 calon yang menduduki peperiksaan ini..... dan dijalankan di dalam 10 buah kelas...

Dengan nombor gilirannya yang ke 151... kimie dapat kelas ke 5.... dan masa gambo nii diambik... kimie sibuk toleh ke belakang memerhati nama kawan-kawan dipanggil.
Skop exam.... BM, BI, math, jawi dan arab.... Ermmm.... untuk arab tuuu entah lerrr.... kat sekolah kimie tak diajar subjek tu.....
Exam niii berlangsung dari kul 8.30am hingga 10.30.... kiter ada laaa intai-intai dia sikit.... masa bebudak lain baru nak start buat colouring pada last page soalan... kimie dah angkat tangan untuk hantar question paper dia.... apa yang dia jawab... entah laaaa. pas tuuu dalam sesi kelas dia tuh, dia laaa orang first sit ujian oral (BM dan Iqra').

Dengan candidates yang melebihi 400 orang dan hanya 100 jer yang sekolah niii nak.... Ermmm... untuk ini kiter tak menaruh harapan yang tinggi... Tunggu ajer laaa keputusannyer nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails