Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam buat kalian guys.... today 31 August 2009, kita rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 tahun. Camner sambutan merdeka kali ini kan???

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas... konsert sana sini. Artis di sorak dan dipuja pada malam tersebut.... count down dan jerit beramai ramai..... kali niii cam sepi jer kan....???? Adakah ini bermakna kita rakyat MAlaysia dah tak der semangat kemerdekaan??? Oh idak..... konsert bukan la sesuatu yang patut kita banggakan petanda kita menghayati kemerdekaan... tapi itu laaa yang dibanggakan oleh muda mudi masa kini.

JAlur gemilang pula.... juga tidak seperti tahun-tahun yang lepas... tak banyak pun jalur gemilang di kibarkan... Adakah kita sudah lupa? Adakah kita sudah lalai? Adakah kita sudah leka? Adakah sebab puasa?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita generasi yang tidak lahir di era penjajahan. Sehubungan dengan itu kita semua tak dapat menghayati erti sebuah kemerdekaan yang sebenar. Tapi.... cubalah kita menggali erti sebuat kebebasan... bebas dari cengkaman penjajah.... Agar kita dapat menghayati sekelumit makna KEMERDEKAAN.

Banyak cara yang boleh kita buat untuk mendapatkan erti merdeka... salah satunya menerusi pembacaan... baca laa sejarah tentang sejarah MAlaysia... dari perjuangan berbentuk kekerasan fizikal dan peperangan hinggalah perjuangan menggunakan mental...lidah dan media... Terlalu banyak jerih perih datuk nenek kita dalam memperjuangkan kebebasan. Menerusi pembacaan tersebut juga kita sebagai rakyat MAlaysia yang pelbagai kaum ini sepatutnya hidup bersatu padu. Sedar akan asal usul kewujudan kita di tanah air kita ini. Tidak lagi mencetuskan sentimen perkauman seperti sekarang. Woii.... bangit dan sedar laaaaaaa!!!!

KAlau dah malas sangat nak membaca.... tengok ajer lerrr cerita yang telah difilemkan... seperti citer bukit kepong, bilut, embun dan banyak lagi maaa.... sedikit sebanyak kita dapat cuba merasainya.

Sehubungan dengan itu kita harus berterima kasih kepada datuk nenek kita yang telah berjuang demi kemerdekaan ini dan yang penting kita mengucapkan Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat mengecapi kemerdekaan ini dan semoga kebebasan ini terus dipertahankan.

Mendapatkan kemerdekaan itu memang payah... tetapi lebih sukar bagi kita untuk mempertahankannya. Sehubungan dengan itu marilah kita bersatu padu mempertahankan kemerdekaan ini dan berusaha pula menentang penjajah yang telah mula menjajah mental kita dengan pelbagai budaya dan anasir yang negatif.

Untuk mu MAlaysia..... "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"

Friday, August 28, 2009

Perkembangan seminggu berpose

Salam guys.... amacam korang punyer pose???? HAri niii dah masuk hari ke-6 kita berpose. Harap-harap badan dan perut kiter dah mula imune dengan proses merehatkan usus ni....

Kimie... al-hamdulillah setakat hariii ni dia dapat berpose penuh... Cuma hari pertama dia macam agak nazak... he! He! He!.

Didie lak seperti biasa.... berpose separuh atau sesuku hari... Tapi yang herannyer... masa bulan niii lerr dia berselera makan... kalau idak... sebelum niii nak bukak mulut pun payah. Apa jenis fesyen dia niii pun entah leerr.

Hari niii lak kiter ambik leave bagi hari yang ke-2 dalam minggu nii... Jaga bebudak niii kat umah. Bergilir ngan Mr Hubby kiter coz sekolah bebudak niii cuti kann....

perghhh.... kat opis tuuu berlambak gak keje. Tapi since baucer bulan niii dah close.... kiter pun ambik leeerrr kesempatan untuk bercuti. lBole lerrr buat assignment PTK kannn??? lagik pun kat umah niii dah macam tongkang pecah. Stok kain 2 minggu tak lipat lagik... So... harap-harap cuti kiter niii bermakna laaa... LAgi pun tempoh percutian ini akan jadik panjang since Monday niii kita sambut Merdeka kann...????

Projek kuih raya....???? Ermmm... akan dipertimbangkan... yang penting... didie dah mintak untuk buat kek lagik.... Isy!!!! Cam malas jer nak buat kek nii... Tapi.... telinga niii dah naik bernanah mendengar permintaan anak dara sorang tuh.... tengok ler camner kannnn???

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Pergi & Selamat Kembali buatmu ayahnda bonda

Pada puasa ke-2 bersamaan 23 Ogos 2009, my parents akan berangkat ke Tanah Suci Kota Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.... expected flight kul 12.30 tgh... So, my parents kena ada kat KLIA jam 9.30 am.... Untuk itu dalam kul 7.30 pagi kami bersiap untuk ke KLIA


Sebelum bergerak.... bacaan doa mengiringi keberangkatan ayahanda dan bonda tercinta



Errrmmm.... yang pegi mereka berdua jer... tetapi yang excott ghamai sungguh.... memasing sibuk dan merakamkan detik-detik bersejarah niii... Berlagak ala-ala reporter kunun....



Tengok.... ni pasukan En Palahuddin..... Eh!!! mana gambo kiter??? He! He! He! masa niii kiter tengah capture gambo niii



Ha..... yang comel bertudung putih dan duduk disebelah mamat baju merah tuu lerrr kiter.... banyak woooo gambo-gambo yang kiter capture masa nih... macam-macam gaya ade... tapi malas lerrr nak penuhkan kat blog kiter nii... just ambik 2-3 keping cukup lerrr



Haaa.... ni pengenalan diri para jemaah di bawah pakej CS Holidays....



Aikk.... cam power rangers pun ade!!!!
Dari kul 12.30 kitorang dapat perkhabaran tak rasmi... flight delay hingga kul 2.30 petang.... so... tunggu lagik.... Biler jarum jam dah menunjukkan kul 12.30 baru dicompirmkan bahawa flights kul 9.20 malam... Oh ye!!! lupa nak bagik tau... depa naik Yamen Air....
Disebabkan masa berlepas lambat lagik... kitorang buat decision balik berehat kat umah dulu laaa... at least my parentss bole tido selelap dua dan berehat.
Kul 4.30 baRU KITORng bergerak ke KLIA semula. Sebelum tuuu jam 4.00pm sempat lagik kiter goreng mee dan keropok... bekal kot-kot sempat kitorang nak berbuka ngan our parents. Sampai jer kat sana.... para jemaah dah berkumpul untuk mendapatkan final taklimat sebelum berlepas.
Kira-kira jam 6.30 petang depa sume dah diarahkan masuk ke balai perlepasan. Sebelum tuuuu...............


cek lerr dulu pasport dan tiket mem,asing yeaaa... jangan tertinggal pulok...



dan jangan lupa ambik beg masing-masing.. Tapi awas!!! jangan tertukar udahhhh




sebelum berangkat... abah dan mak bagi amanat kepada kitorg. Alaaa... mak dan abh tak yer risau lerrr... pandai lerr kitorang menjaga budak tembam sorang tuuuu. Sape lagi kalau bukan adik bongsu kitorang tuh



niii mak dan abh melepasi balai pelepasan... sedih woo....





sayu lak melepaskan abah dan mak pergi




lambaian sebelum ke kaunter imegresen...

Hari niii dah masuk hari ke-4 mereka ke tanah suci.... entah leerrr terasa rindu yang amat sangat pulak... Masa depa duduk kat Pahang hari tuuu... walau hampir sebulan tak jumpa tak der lerrr rindu sangat camni. Niii bole dikatakan setiap detik (kecuali masa tido lerr) kiter asyik teringatkan depa... Huaaa...... rindunyerrr....
Doa kami adik-beradik... moga mak dan abah selamat pergi dan selamat kembali. Dan semoga dapat mengerjakan ibadah umrah dengan penuh keberkatan dan keredhaan-Nya.

Monday, August 24, 2009

Cerita di awal Ramadhan

Akhirnya.... Ramadhan menjelma lagik....

Bermulanya aktiviti RAmadahan kali ini... on Friday night, kimie mengikut my hubby ke surau... mengerjakan solat terawikh.... Bersahur??? Nak kejutkan kimie tidak menjadik masalah yang besar... just kejutkan dia sekali jer... bingkas bangun. Excited dia nak berpuasa... Tapi... dia makan sikit jer.... kiter bimbang gak tenaga dia tak mencukupi coz semalam dia tak ambik dinner pun...

Didie???? Dia juga excited nak berpuasa... syarat pose untuk didie.... berbuka jam 12.30 tgh. kitorang just kejutkan didie dan hulur botoi susu dia... Camner nak bersahur??? minum susu pun sambil mata terpejam.

Pagi tuu.... kitorang ke TESCO, beli bahan nak buat nasik ayam untuk menu berbuka petang nanti. BAlik umah dalam kul 10.30
dan Sejak detik itu... didie dah mula menghitung waktu untukberbuka ... Selang 10 minit dia tanya...

Didie: Ibu!!! Adik lapar..... adik nak susu
Ibu: Sekejap yea sayang kul dua belas setengah nanti adik berbuka
Didie: Dua belas setengah tuuu macam mana?
bu: Jarum pendek kul 12, jarum panjang kul 6
Didie: OK.... Didie kembali tenang nak bermain semula.

Selang 10-15 minit Didie: Ibu... kul 12.30 tuuu dekat ngan no 1 kannn?
Ibu: Ya Sayang

Kembali bermain dan selang 10-15 minit komdian

Didie: Ibu.... selepas sebelas kul 12 kannnn?????
Ibu: Betul tu sayang

Begitulah seterusnyer.... selang 10-15 minit dia akan terus bertanya

DAh tahan sangat katanyer... terus baring tengok TV sambil menganggakat bajunyer untuk menunjukkan perutnya yang kelaparan



Untuk menghilangkan rasa kelaparannya... kiter ajak bebudak niii menyediakan bahan untuk buat inti popia.... biar depa tak perasan masa berlalu


Tepat kul 12.30, along nyer melaungkan azan di telinga didie.... tanpa membuang masa.... didie terus berbuka pose ngan minum susu.
Didie: Ok bu... adik nak sambung balik "kuasa" tadik.
Aik.... bole ker gitu???? Ermmm..... suka ati kau ler dik...
Kiter lak sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka dan kebetulannyer orang Pahang dah sampai kul 3 petang.... my mum & me bergotong royong ler memasak nasik ayam.
Menjelang kul 4 .... kimie mula nampak tanda-tanda kelesuan.... Nak bagi dia berbuka.... dah alang-alang... kiter cuba pujuk dia untuk bertahan.

Niii kimie dah tak karuan.... kejap ke dapur buka peti sejuk... tapi... sori kiter nak mengizinkan dia berbuka

Kejap kang... baring... pas tuuu bangun... pas tuuu baring balik.... cian gak kat dia...


Masa niii dah 6.15, nak ke bilik air pun kiter temankan dia.... takut dia minum lak air paip niii. Kiter basahkan kepala dia.


sikit lagik yea sayang.....


kepenatan sampai tertido dia




dalam kul 6.45 kitorang mulakan majlis ngan bacaan yassin dan bertahlil. Majlis tahlil hanya dibuat dikalangan kami anak beranak.



Kimie dah terlentang kelaparan


Sebaik saja azan dilaungkan... kimie terus minum 2 gelas air bandung, tak sempat nak baca doa pun.... Selang 2-3 minit komdian... dia dah muntah.... rest jap 5-6 minit.... bagi dia makan sikit dan minum air kosong.... terus muntah lagik.... selang 10 minit bagi ubat gastrik dan angin.... minum segelas air.... pun dia muntah lagik hingga lembik... Pas solat maghrib dia terus tertido. Kesian dia...
Majlis berbuka kali ini amat bermakna buat kami sekuarga... setelah sekian lama (dah bertahun-tahun) kami tidak pernah dapat berkumpul serentak untuk berbuka bersama-sama dan kali ini... Al-hamdulillah... dan bilangan ahli pun dah bertambah ngan anak menantu dan cucu-cucu
Dan kalau diperhatikan... orang yang paling excited masa berbuka adalah... DIDIe... dia makan banyak dari biasa sambil berjoget-joget... Bangga dapat meneruskan pose lagik setengah hari yang dia sambung tadik.


Lepas berbuka.... kami menunaikan solat magrib, isya' dan terawikh secara berjemaah... masa niii solat magrib dan kimie masih mampu berjemaah sesama.



Nun... dihujung saff pompuan niii... Didie jugak tak ketinggalan mengerjakan solat secara berjemaah


SEbaik saja habis solat maghrib... kimie tido kelesuan... tanpa ada makanan di dalam perut. Ibu mintak maaf sayang.... kerana menahan kimie dari berbuka awal tadik.... Tengok laa sahur nanti... Ibu kejut kimie untuk makan.... kalau larat bole puasa... kalau tidak.... terpulang padamu sayang....

Friday, August 21, 2009

Welcome Ramadahan....

Pejam kelip pejap kelip.... Ramadhan datang kembali.... tak sedar masa berlalu.... begitu pantas putaran dunia ini. So dikesempatan ini kiter nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di dunia....

Tahun niii tak banyak pun persediaan yang kita buat untuk menyambut puasa. Mental dan fizikalnya memang ready tapi... entah lerr...

Harapan kiter pada kali niii semoga kitorang sekuarga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dari-Nya. Buat ayahanda dan bonda.... mungkin Ramadahan kali ini lebih banyak membawa makna kepada mereka kerana pada Puasa ke-2 lebih kurang jam 12.00 tgh... mereka akan berlepas ke Tanah Suci Mekah... menunaikan umarah... Syukur Al-hamdullillah.... mereka telah dijemput ke rumah Allah pada Ramadhan ini.

Buat kimie.... doa ibu buatmu.... semoga dikau dapat menjalani ibadah puasa penuh sebulan.... dan dapat memecah rekod tahun lepas iaitu 25 hari berpuasa penuh. Buat didie.... walau pun usiamu baru 4 tahun.... ibu harap didie dapat berlatih puasa 1/2 hari. Walaubagaimanapun... tiada paksaan buatmu sayang.

Buatmu kanda.... semoga dapat menyempurnakan solat tarawikh berjemaah se'full' mana yang mungkin. Buat diriku... semoga kesihatan diri ini melingkari kehidupanku ini disepanjang Ramadhan ini agar tidak lagi perlu mengganti puasa hingga 15 hari Hu! Hu! Hu! Terasa siksa rasanya... tuhan aje yang tahu....

Kepada u ols yang beragama Islam dan yang membaca blog ini Selamat Menjalani Ibadah Puasa..... Semoga mendapat berkat dan keredhaan dari-Nya.

Tuesday, August 18, 2009

Sesemut....??? Apa tuh????

Sabtu dan Ahad lepas, secara mengejut kiter diminta untuk menjadik pengawas peperiksaan PJJ di KL menggantikan pengawas sedia ada yang tetiba hubby dan anak-anak dia demam dan muntah muntah yang teruk.

So, as usual... my hubby menjadik Mr. Mama dan hari Sabtu tu terpaksa mengangkut askar kitorang tuu ke kelas yang dia mengajar.

Ermm.... apa kaitan ngan tajuk entry ni yeaaa...... sabar.... nii kiter nak citer laaa nih.... tadik tuuu intro nyer baru....

Ahad tuh.... bebudak niii asyik bermain jer..... petang tuuu masa nak ambik kiter kat IPB, KL (tempat kiter mengawas exam). Kimie meringkuk tido dalam kete. Kitorang biarkan dia tido dulu dan terus menuju ke alamanda (nak shopin barang dapur persediaan menyambut Ramadhan).

Sampai kat simpang Puterajaya... kimie terjaga dari tidurnyer... terkebil-kebil matanyer sambil mengelap air liur basi yang melelah dipipi... (errrkkkk). Tetiba dia menjerit... kaki along.... sakit.... tak bole gerak.... sambil tangannyer memukul dan mengetuk-ngetuk kakinyer....

"mai ibu tengokkan", sambil tangan kiter cuba memegang kakinya.

Kimie menepis tangan kiter, panic, menangis sekuat-kuatnyer sambil terus memukul-mukul kakinyer...

"Sabar laaa.... tu namanyer sesemut.... sikit lagi dia akan hilang sendiri...." pujuk kiter

"Mana ada semut kat kaki niii" jawab kimie sambil membelek-belek kakinyer dan matanyer meninjau-ninjau disekeliling mencari kot-kot ada semut.

"Bukan semut laaa.... SESEMUT... maknanyer kalau kita tak menggerakkan kaki kiter dalam tempoh yang agak lama... darah tak boleh mengalir... kaki kita akan rasa kebas... dan orang kita panggilnya... sesemut...

Kimie diam seketika.... dan sambung menangis. Erm.... kiter hanya gelak dan membiarkan dia tune down sendiri speakernyer yang kuat tuuuh.

5-10minit komdian... kimie dah mula diam dan kembali aktif

"Haaa!!!! Sakit lagi takkk????" perli kiter

Kimie hanya menyengeh......

Monday, August 10, 2009

Tahniah To My Sister In Law - Lina

09th Aug 2009 yg lepas, my sister in law... Lina telah pun memperolehi segulung ijazah menerusi konvokesyen UPM yang ke-33 sesi 3. Just My Father in law jer yang masuk dewan niii (dapat tempat duduk VIP lagik).


Kitorang laaak lepak kat FEP.... Kitorang memang tak mau mama masuk dewan.... high risk.... pengudaraan di dalam dewan tuuu tak berapa elok so, bimbang ngan penularan wabak H1N1. Lagi pun... mama tak sihat... takut peristiwa yang berlaku masa mama menghadiri konvo b. ngah dulu berulang kembali. So menunggu di luar is the best way.


Sebelum tamatnya majlis konvo.... ayah dah kuar dulu... He! He! He! LAPAR...... katanya. Iye laaaa dari pagi tadik ayah belum makan lagik. So.... apa lagik... kuar jer ayah dari dewan... terus ke gerai mamak kat FEP nih.... Agak-agak majlis dah nak habis... kitorang ke Dewan PKSASS nih...


Zoom muka-muka yang kepanasan nih.....




niii kimie & didie bersama belon depa yang atuk dan nenek belikan... Kalau nak mintak kat ayah & ibu... sori lerr nak dapat ye!!!




Puas gak tunggu acu depa niii... dan akhirnya.... TAHNIAH Acu!!!



Senyummmm





Bersama ayahanda dan bonda yang terlalu banyak berkorban






Bersama kitorang sekuarga....

mengabadikan gambar keluarga di hari bersejarah ini....



Untuk cu.... tahniah sekali lagik



Kimie pun nak merasa bergraduat gakkk



didie pun tak nak melepaskan peluang.


niii mama dah kepenatan.... So, kitorang mintak berundur diri dulu yea Lina...


Dikesempatan ini k. Salmi mengucapkan tahniah sekali lagik... semoga dimurahkan rezeki untuk mendapat kerjaya yang baik dan cerah masa hadapan... dan seandainya kau telah berada di puncak... jangan dilupakan jasa ibu bapa yang melahirkanmu... membesarkan mu..... dan yang telah banyak berkorban demi mendidik dirimu. Tanpa mereka dikau pasti tidak akan berada dipuncak kejayaan ini.


Last but not least.... CONGRATULATIONs...... dari kami sekuarga buatmu adik........

Thursday, August 6, 2009

Serba sedikit tentang H1N1???

Catatan hingga hari ini (06 Ogos 2009) jumlah kematian kerana Influenza A (H1N1) di Malaysia telah memcecah 13 org. Kebanyakan mangsa tidak menyedari yang beliau telah diserang virus ini. Tiada tanda-tanda khusus yang boleh kita mengenalpasti penyakit ini dengan mudah.... Ekoran dari itu... ini telah menimbulkan kerisauan... kekalutan dan panik dalam masyarakat.

Boleh dikatakan semua klinik/hospital penuh ngan umat manusia yang ingin mendapatkan rawatan. Sejauhmana institusi perubatan ini mampu menampung bilangan pelanggan yang semakin meningkat dari hari ke sehari ini... ?? Tambahan pula, didalam kekalutan dan lautan manusia yang ingin mendapatkan rawatan dan kepastian ini.... sejauhmana dalam masa yang singkat.... institusi perubatan ini dapat mengenalpasti yang mana satu H1N1, ILI atau selsema biasa yang mungkin disebabkan jerubu dan lain lain? Sukarkan????

Inilah ujian yang Allah turunkan buat kita... Usah terlalu panik.... kerana ada hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyatakan.... Setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada ubatnya.. Sehubungan dengan itu mari laa bersama-sama kita berdoa agar penawarnya segera ditemui.

Dalam masa kita menunggu penawarnya yang entah bila akan diperolehi.... marilah sama-sama kita kenali apa itu H1N1 agar tindakan awal iaitu tindakan pencegahan kita laksanakan bagi membantu membendung penularan wabak ini.

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?

Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air
* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betu
l* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan

Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demamKanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.10.

Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

Adakah terdapat vaksin/ubat khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan dan terdapat dua jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat untuk merawat penyakit ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.walaubagaimanapun Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil ubat tersebut bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral/ubat yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.



Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya institusi/sekolah ditutup kerana H1N1?

untuk tempoh tertentu, hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah/institusi tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut. Jika kita mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, kita perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk,kita perlu mendapatkan rawatan doktor.

Adakah institusi/sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya institusi/sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimia pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails