So untuk itu, monday lps... we all beli sedikit goodies... kali nii just several item jer yg kitorang letak! Ok laaa koottt....





Membelek-belek jari yang lebam dan bengkak… Perlu si ubat??? Hurmmm tidak… biarkan. Mata beralih ke jendela pejabat... mencari mentari yang sejak dari tadi menyepi... merenung rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi... mencari persamaan dengan manik-manik air mata yang bergenang dan turun perlahan-lahan membasahi pipi. Mencari dimana silapnya? Mencari jalan penyelesaian yang terbaik! Mencari jawapan... mencari dan terus mencari....
SABTU-Terkenang peristiwa dia dan Aki... muncung mukanya bila kami tak mengizinkan dia membeli buku KAWAN. Bukan apa dah terlalu banyak dia mengepow aki dia semalam... Air dah berbotol dan berkotak... sticker mainan... buah2.... jajan2.... dan kini nak buku pulak! Aki dia pulak... pantang cucu mintak itu dan ini... kalau bole semua dia nak kasi. Kali nii kami kata NO WAY! Cukup untuk hari itu.
AHAD-Memang aki dia tak beli... sedih agaknya lihat cucunya bermasam muka... akhirnya sekembalinya kami ke Kuala Lumpur.... Aki dia dah beli buku KAWAN dan kirim melalui Ayah Teh dia. Kami simpan buku tersebut dalam kereta dan terlupa memberikannya padanya.
ISNIN-Sekolah telah bermula. Dia bangun seperti biasa... bersarapan dan masuk dlm kereta. Dalam perjalanan ke sekolah dia tertidur. Ngantuk sangatkah dia???? Recall apa dia buat semalam. Tak de perkara yang luarbiasa aktiviti semalam. Ptg, lepas balik dari rumah kawannya, terus susun buku... mandi... makan... mintak izin main PS2 coz baru dapat CD baru dan tido before 10pm. Nak kata tidur lambat.... tidak! Bangun awal dr biasa? Pun tidak... Semuanya sama... Tapi... mengapa dia mengantuk????
Sampai depan sekolah.... as usual kami x parking kereta... tempat biasa dropkan dia… Tetiba menangis-nangis tak mau ke sekolah dengan alasan mengantuk. Mendukung dia keluar kereta dan tetiba meronta2 dan duduk di atas jalan.... mengganggu lalu lintas orang ramai... yang pastinya tentu mereka hangin kerna memasing mahu bekejar ke tempat kerja!
Puas dipujuk tetapi dia enggan ke sekolah. Masa terus berlalu dan loceng dah pun berbunyi. Kengganannya akhirnya benar2 menguji kesabaran. Buat pertama kalinya dia dimarahi dengan intonasi yang begitu tinggi. Dan buat pertama kalinya kiter naik tangan mencubit dan memukulnya. Tak sanggup rasanya mengenangkan kembali tika dan saat itu... Melihat wajahnya yang ketakutan akibat dimarahi... melihat wajahnya yang kesakitan akibat ditangani. Hanya tuhan yang tahu betapa lukanya hati kiter kerna peristiwa itu. Bukan kedegilannya yang melukakan hati ini... tetapi luka dengan perbuatan sendiri.... Dimanakah kesabaranku??? Dimanakah kasih sayangku???? Dimanakah kuletakkan belaian seorang ibu???
Melihat abangnya diperlakukan sedemikian rupa... didie turut menangis... kimie masih berkeras dan enggan turun dari kereta walau diberi kata dua... sekolah/balai polis (kebetulan balai polis bersebelahan dengan sekolah). kami tak tahu nak buat apa lagi! Kami buntu... takkan nak ikut aje permintaannya yang tak berasas itu! Akhirnya... kami membuat keputusan menghantar didie ke sekolah dahulu. Biarlah dalam perjalanan nanti kami fikirkan apa jalan yang terbaik buat dia.
Dalam perjalanan... dia masih dimarahi... dan tiba-tiba terbit perasaan bersalah kiter padanya... mungkin ada sebab dia enggan ke sekolah. Kenapa kiter tak menyelami hati dan perasaanya.... ku toleh ke sit belakang... melihat wajahnya yang kemerahan menangis dan sakit agaknya.... hati ini semakin dihimpit rasa bersalah.
Tiba-tiba... mata ini terpandang buku KAWAN yang dikirimkan oleh akinya.
Lantas menyuruhnya ambil buku tersebut dan menceritakan bagaimana buku itu ada dalam kereta. Kimie mengesat air mata dan memeluk sayang pada buku tersebut. Dapat memikirkan apa yang terlintas di dalam hatinya... pastinya dia ingin memeluk akinya andai buku itu boleh digantikan dengan akinya. Ingin dia luahkan kedukaanya pada insan yang memahami.
Melihat mukanya yang sayu...kiter memanggilnya untuk ke depan... memeluknya dengan seribu kekesalan... menguncup pipi dan dahinya dengan penuh kasih sayang... memohon kemaafan darinya agar dia mengetahui betapa sayangnya kami padanya.
Mengesat airmatanya... menyapu lembut pipinya yang kemerahan akibat dari dicubit tadi. Akhirnya dia sendiri mahu ke sekolah. Kami perpatah balik ke sekolahnya. Ku iring dia hingga ke pintu kelas... melihat lambainya menjadikan hati ini semakin pilu....
Sebaik sahaja menghantar didie... kami bergegas ke pejabat. Lewat hari ini... Membuka teks SMS yang diterima sewaktu kami memarahi kimi... Waktu SMS masuk 7.40 am... Sekali lagi hati ini ditusuk dengan perasaan bersalah... SMS tersebut dari akinya... yang mengirimkan doa Rasulullah... mungkin dia dapat rasakan sesuatu yang tak baik berlaku pada cucunya... Ya, Allah.... apa yang dah aku lakukan?????
Setibanya dipejabat tiada satupun kerja yang boleh dilakukan kerna diri ini masih terbayangkan dia.... ceriakah dia? sedihkah dia? Sakitkah dia? Akhirnya jam 9.30 kami sekali lagi ke sekolahnya. Membeli kuih dan air kegemarannya untuk dimakan bersama sewaktu rehatnya. Setibanya disekolah... waktu rehatnya baru berakhir dan sesi kelas telah pun bermula. Sesi bacaan sorang demi sorang pelajar. Giliran kimie dah pun selesai... dia didapati sedang membaca KAWAN dan dikelilingi kawan-kawannya yang tumpang membaca.
Memanggilnya keluar.... dan duduk makan bersama sambil mengurut tangannya. Sedih lihat mukanya yang ada sedikit ada tanda lebam. Berkali-kali menciumnya dan menyatakan bahawa kami sayang sangat padanya. Setelah pasti dia memang betul sihat dan hatinya dah OK.... kiter pun iringnya ke kelas... dia dengan cerianya melambaikan tangannya lantas menjerit... I LUV U Ibu...
On the way ke pejabat....
‘Ku berikan mama…. Sekuntum mawar putih…. Sebagai lambang kesuciaanmu... oh mama.... ooooo mama.... mama kuuuu.....- dendangan Syarifah Aini berkumandang di sinar fm.... begitu menyentap hati ini.... Peristiwa hari ini meninggalkan kesan begitu mendalam buatku....
Wahai anakku... andainya kau membaca coretan hati ibu.... ketahuilah bahawa ibu sangat-sangat menyayangi dirimu... tiada apa yang dapat membahagiakan seorang ibu melainkan melihat dikau bahagia dan menjadi makhluk Allah yang berguna. Kepada reader sekalian... Ketahuilah.... andai anda dimarahi ibu... katahuilah bahawa bukan dia membencimu... tetapi kerna sayangnya yang tak pernah bertepi....
Saat coretan ini sampai ke penghujungnya.... mentari mula menunjukkan dirinya. Adakah ia merupakan petunjuk buatku…. Agar bangkit membetulkan keadaan… Memuhasabah diri dan manjatkan doa agar diri ini dilimpahi dengan kesabaran agar terus mengorak langkah menggalas tanggungjawab utk mendidik khalifah kecil-Mu ini.
Merenung kembali bengkak dan lebam dijariku… biarlah ia pulih dengan sendirinya tanpa diubati kerna ingin merasai apa yang kimie rasai... kerna ubatnya hanya ada padamu anakku!
So, setelah berfikir panjang... kami agree nak hadiahkannya sempena majlis berkhatannya Dec 2009 dgn syarat, hari sekolah tak bole main melainkan dgn izin setelah mempertimbangkan justifikasi yg kukuh. Sekiranya ada kesalahan yang dia buat... panalty tak boleh main dan bilangan hr yang kena penalty bergantung berat atau tidak kesalahan yg dibuat. So far, dia mematuhi syarat yang telah kami tetapkan. Pada hari sekolah... tak perlu sorok pun PSP tuu... dia sendiri x nak main. Ermm... so far terkawal laa.
Ermm... panjang lak intronyer kan.... ni haaa baru laaa motif entry niii dimuatkan di sini. Al-kisahnya bermula masa on the way ke majlis wedding syahrul (28/05/10). Kimie naik kerete ngan Acu dan Ayh Teh dia. Dah citernya psl PSP... so off course dia bwk sekali ngan PSP dia... nak hilangkan boring dlm perjalanan nanti.
Kimie dah ngantuk lalu tido dan yang main PSP dia ialah Acu dia... Dah penat main Acu dia letakkan PSP kat pocket sit. On de way ke Sabak... kitorang singgah kat petrol pump dan masa tu kimie tersedar dan minum milo tapi tak habis... so, letak milo tu kat pocket sit yang sama ngan PSP. So, u all dah bole agak kan what happen pas tu kan?
Yup!!! Milo tu dah tumpah dan kena PSP. Dah sampai sabak... Acu dia baru perasan yang milo tuu dah tumpah lalu mengelap PSP tuu... tapi PSP tuu kitorang dah sarungkan ngan cover getah. Even bercover... milo still bole msk coz sarung tuu kan berlubang utk keluarkan certain button/ruang charge dan earphone. So, kalau lap permukaan shj still ada milo bertakung dalam cover plastik tu kan! Dah tu pulak Acu dia tak bg tau kami.
Sampai kat homestay.... kimie terperasan yang PSP basah. Dia selak2 cover getah tu. Kiter yang tgh buzy me"touch-up' htrn Syahrul tanya kimie why dia menyelak2 cover PSP dia... tapi dia kata tak der apa2 dan tinggalkan PSP tu atas meja dan terus main ngan sepupu dia.
Tak lama komdian.... Andak(Nasri) bersuara.... "Ngah... kimie tak off PSP dia"
"Awk tlg lerr off kan!" jwb kiter ringkas
"Ngah... PSP nii cam ada air jer" kata Nasri
"Ngah tgh sibuk niii... ko tlg bg tau b.ngah... mintak dia tgk-tgkkan" jawab kiter yg mmg betul2 sibuk nak siapkan mana yang patut.
"OK! dah off dah" jwb dia dan terus tinggalkan PSP tu atas meja.
Masa majlis akad nikah... kiter simpan PSP dlm handbag kiter. Malas nak tinggal kat homestay... ye laaa... mana ler kita tau thp keselamatan homestay tuu. Risiko nak tinggalkan kat situ.
Setelah majlis akad nikah syahrul selesai dan still kat rumah pengantin... kimie ambik PSP tuu dan tanya why PSP dia x bole on. Dan masa tuu laa baru kiter perasan yang dlm cover getah tu bertakung air milo. Apa lagik... hangin ler si Ibu hakimie.
Sampai aje homestay... kiter panggil kimie msk bilik... sesi KULIAH bersama ibunya. Sejibik Nobita kena marah ngan mamanya. Intonasi kiter kali niii mmg tinggi dan lantang (tp tgn I tak naik tau!!! Suara jer naik). Yea laa... hangin yang bercampur penat yang amat dan tambahan pulak semlm kiter tido kul 3.30 pagi dan bangun 6.00pg.
Pas tamat sesi KULIAH, me & my hubby try charge dan On tapi... Innalillah.... huhuhu. Pas tu dpt tau dari Syhrul dan adik ipar (Yus) yg kita yang x bole caj kalau still ada air... keringkan dulu dan pas sure betoi2 kering baru on kalau idak... shot!!!! Akibatnya... motherboard rosak! Biler rosak kira fully damage laa... kalau dah fully damage... cakap pun dah x guna... huhuhuuu... x sampai setahun riwayat PSP si Hakimie!!!!
Kat sini saper yg harus kiter persalahkan???
1. Org yg last main PSP??? - Acu
2. Org yg letak air milo dlm poket sit yg sama??? -Kimie
3. Org yg tahu ada air dlm cover PSP tapi x ambil tindakan yg sewajarnya??? -acu/kimie/nasri
4. Org yang caj dan On PSP yang tgh basah hingga menyebabkan ia shot? - Me & my hubby
Taip SIAPA YG BERSALAH diikuti no jawapan pilihan anda dan hantarkan AFUNDI anda ke 3334.
Balik aje ke bangi... kitorang just biarkan benda alah tuu atas meja. 2 hari komdian... baru try caj... hurmmm... dah tak mau on. Malas nak ambik pusing... just simpan dalam drawer. Dah seminngu lebih masa berlalu.... hati pun dah sejuk... terdetik lak perasaan bersalah... Yea laa... tu lah antara risiko beli gadget tuu... Kalau tak nak rosak... simpan aje dalam show case...buat perhiasan... tak yah main. Tak pun tak payah beli langsung... tak der ler nak serabut fikiran yea dak????
Since my hati pun dah stabil... x pyh ler korang hantar AFUNDI untuk cari SIAPA YANG BERSALAH. Kiter dah pun hantar untuk dibaiki kat Metro Kajang. Masa hantar tuu... depa test caj dan... miricle!!!! Bole caj dan on lerr pulak!!! Just screennya ada rosak sikit. So, x jadik repair!
Malam tuh lps fully charged... i try 'on' tapi.... certain button hang... godek2 sikit dan masa nii laa tergodek kat setting. Before this setting theme camni...