Thursday, June 3, 2010

Perkahwinan Syahrul & Faris

Syahrul is anak ke-4 kepada pasangan Siti Norlily dan Palahuddin... means dia tuh adik kiter laaa kan! Dia telah selamat diijab kabulkan pada 28/05/2010 di Sabak Bernam.

So, as usual... before the majlis, kiter sekali lagi menyibukkan diri untuk membuat beberapa preparation. Since kami niii dibelah lelaki dan majlis kat umh kitorg bln july nanti... maka tak banyak lerr benda yang nak kena buat lagik kan! Just prepare hantaran jerk. Theme... Hitam putih...


This is bahan2 untuk gubahan. We bought on 18/05/2010 kat Balakong aje... tak bole nak gi Nilai coz kiter dinasihatkan doktor agar tak banyak bergerak coz bleeding kan! So yang ini aje laaa Syahrul oiiii.....

Projek menggubah dimulakan pada Ahad. Masa buat niii kesihatan kiter msh lum betoi2 recover... So, kejap buat... kejap berhenti... kejap duduk... kejap terbaring bila pitam... Actually... kalau concentrate betul2... sehari bole siap. Since MC nya lama... buat lah perlahan2. At least bole mengisi masa lapang kan! Final deco on Friday jam 3 pagik! Gubah sireh junjung, dulang untuk batal air sembahyang dan final touch-up hantaran yg dah siap digubah.


This gambar bukannya one of the hantaran yea! Nii masa kitorg singgah S/Alam my k.long house. This is my abah dengan cucu-cucunya.


This is "Mas kahwin-RM300" yg De tempah


This is sangkar yang nak diisi ngan rantai untuk majlis batal air sembahyang. This bekas I gubah kul 12 tgh mlm tau coz sangkar tuuu diterbangkan jauh dari Pahang... Sampai cam cinderalla... 12 tgh mlm. Bahan2 gubahan yang tinggal tak banyak... sib baik masih ada berbaki... gubah lerr ikut suka kiter kan!



Cantik tak sireh junjung niii... I ada mentioned tadi kan, kitorang ada buat sireh junjung kan! Actually this is not the sireh yg we all gubah... Yg kitorg gubah kitorg tak jadik bg coz tak cukup daun sireh... ada ke patut masa nak bertolak dari Pahang ke KL my youngest brother petik just 21 helai daun yg kecik dan muda.... tu tak pe lagik... yg nak hanginnyer... dia bukannya petik daun sireh... dia petik daun kaduk... HANGIN jerrrrrr!!!! Ingat kitorg cucuk2 mana yg patut... pas tuuu tgh jln nanti cari lerrr daun sireh... last2 my Along terus beli sireh junjung yg dah siap gubah dan nii laaa dia!


Ni lak perfume set yg kiter just lilit ngan ribbon dan ponjot jerr bunga atas dia. Sonang citer!


Ni lakkk... bekas jam dan chocolate... bekas niii tak seperti yang kiter nak... tak de manik mengurai coz nak gi beli cam dah tak larat nak kuar. So, camni pun bole laaa!!!


Ni lak handbag... Since handbag nii agar besar... kiter tak letak based pun... just ponjotkan bunga & reben... kelakar tak? Alaa... ok laa tuh kan... tangan I memang keras tau! nii jer yg mampu I buat! Hu hu huuuu



Dan ini laaa hantaran yg berpeluh2 kiter buat... Bekasnya dah siap lama... tapi tak reti camner nak aturkan kain & kasut kasi nampak itemnya dan agak berseni... Tak sangka lak... kasut dan baju pilihan depa nii hitam putih gak. Puas gak angkat letak... buat kipas... lipat bereben... berpeluh2 dibueknya! Alih2 niii aje yg laa yg terhasil...


Ni kek... Ermmm... this cake i tak buat tau!!! Mana lerr i reti but kek icing koras gini... This cake parents in law k.De yg sponsor... TQVM...


This is buah-buahan... just beli buah... kilatkan dan masuk aje dalam bekas yg dah lama siap digubah tuuu... Cuma masa sampai kat Sabak... buah anggur dah rongak.. habis di makan si Nasri dan I-In... terpaksa pengantin beli yang lain


Wokeh... kiter citer psl majlisnya lak. Kitorg bertolak dari Bangi jam kul 9 lbh... siggah kat S/alam (mh along) then baru bertolak ke Sabak. Sampai bih kurang kul 2 ptg. Majlis katanya lepas Asar.. Masuk aje Asar... kitorg bersolat kat Home Stay... dan bergegas ke Masjid.


Rupa2nya... tak kadi dan lain2 dah lama tunggu ketibaan pengantin lelaki. Sori yea! Kitorang terlewat.. Cian pengantin... Terkejar2 kiter merapikan dia (actually kiter yg gabra lebih)Siap jerrr terus kena duduk depan tok kadi... Mengah tadik tak habis lagik... tambah kini debaran nak akad nikah. He he he


Bapak pengantin lelaki dan angkatannya!


Ni lak... mak pengantin lelaki dan angkatnnya!


Actually that day ada 2 psg pengantin... Syahrul tiba lewat... tapi dia yg dinikahkan dulu coz tok kadi tuu kata nampak si Syhrul tuu yang nampak dah bersedia sanagt! Di nikahkan oleh wali sendiri (bapak pengantin pompuan laa) dan disaksikan to kadi... dengan sekali lafaz.....


Al-hamdulillah... 28/05/2010 lebih kurang jam 5.37pm kini Syahrul vs Faris dah selamat disatukan!


To Faris... WELCOME dlm kuarga Palahuddin...


Jgn lupa... Sign dokumen dulu tau!



Nilak lafaz taklik... Peringatan kepada kaun Adam... kena paham dan ingat lafaz tuu tau... bukan setakat baca ditekak jer!


salam tahniah dari kiter...


Sebelum acara berikutnya... solat syukur dulu


Barisan hantaran diberi dan diterima


Sementara cik suami solat syukur... bergambar ler dulu ngan kiter!


Pengantin ngan gegurlz Palahuddin


Pas tuuu kalungkan rantai sebagai simbolik majlis batal air sembahyang.


Salam pertama dari sepasang pengantin baru...



Cincin nii tanda ko dah dimiliki tau! Jgn gatai nak carik yg lain!



Kucupan dari sang suami...


Next agenda serahan wang mas kahwin


Mohon restu dari ayahanda & bonda... serta mertua masing-masing


Next ke rumah pengantin untuk mengabadikan kenangan manis ini


Bersama kitorang sekuarga. Asyik2 muka kiter jer kan! Gambar bersama relative yang lain ada dlm simpanan kiter... mmg tak dimuatkan kat sini. Hey... memasingkan ada blog/FB... kowang masuk lerrr sendiri kat situh. he he he!!! Jgn marah tau!


Haaa... niii gambar dari the whole famili Palahuddin. Tapi still ada yg tercicir nih!


Anak-menantu-Biras


Majlis besar dibuat pada keesokkan harinya...
Nii haaa pengantin gatai dan tak sabar jumpa ngan pasangannya! Hik hik hik... ko marah ke Syahrul???? Alaaa masa nii laaa nak kenakan ko! Takkan marah punya bila nampak bini ko tuh!


Sekali lagik... Pengantin w my famili

Bersama ayahnada bonda



With the whole family...

Before i end my stori kali niii... ngah sekali lagi nak ucapkan selamat pengantin baru... moga bahagia dan berkekalan hendaknya.

Buat Faris adikku,
Diucapkan "Selamat Datang" dlm kuarga kitorang. Buat pengetahuanmu... sejak dari suamimu kecil lagi parents kami dah sematkan pada dirinya agar menjadi ketua kuarga dan pembimbing kepada kami adik beradiknya. Samada dikau sedari atau tidak... suamimua adalah org pertama yang kami cari kiranya ada apa yang berlaku dlm kuarga kami. Sehubungan dengan itu... harap dikau mengerti dan memahami dirinya. Dan ingatlah.. sebaik sahaja dikau diijab dan kabul... maka berpindahlah syurgamu dari ibumu kepada suamimu... Maka hormatilah suamimu kerna disitu terletak syurgamu. Terimalah kami seadanya sebagaimana dikau menerima suamimu... Tapi... jangan kau lupa... kuargamu sendiri kerna tanpa mereka dikau tidak seperti kini. Ikatan ini bukan sahaja tersimpul antara kalian berdua... bahkan sebenarnya ia telah menyimpulkan ikatan bagi 2 buah keluarga yang besar. Sama-samalah kita kita mempertahankan hubungan ini dan semoga kita dapat hidup bersama dalam sebuah keluarga yang besar dengan suasana yang harmoni dan saling kasih mengasihi.


Buat Syahrul..
Semoga dikau menjadi suami yang bertanggungjawab. Jangan kau persiakan dia kerna itulah amanah yang kau perlu galas sebaik sahaja kedengaran "SAH" dilafazkan. Walaupun dia adalah milikmu kini... namun berlaku adil lah kepada kedua-dua keluarga... dengan adanya dia... jangan kau lupa kedua ibu bapa kita, adik beradik kita dan saudara-mara kita. Dan jangan kau putuskan hubungannya dengan keluarganya. Hormatilah keluarganya sebagaimana kau menghormati dan mengasihi keluarga kita. Salah silapnya jangan kau cerca kerna seorang isteri memerlukan bimbingan darimu seorang suami. Igatlah... sepasang suami isteri asalnya datng dari 2 keluarga yang berbeza. Pasti ada berbezaan adat dan budaya. Sehubungan dengan itu,uraikanlah simpulan kehidupanmu dengan cara berbincang, agar anadai ada kepincangan yang berlaku boleh diperbetulkan untuk melakar kebahagiaan yang berpanjangan.

Maaf andaikata kata nasihat dari K.Ngah membuat korang/readers sume terasa loya dan menyampah... bukan nak tunjuk memandai kerna nasihat itu bukan aje ditujukan pada kalian... tetapi banyak kepada diri ini sendiri kerna diri ini bukannya insan yang kamil... banyak benda yang sepatutnya diusahakan untuk memperbaiki diri ini. Yang mana baik boleh kita sesama jadikannya tauladan... yang buruk dibuang jauh dan dijadikan sempadan...

Akhirkata sekali ucapan tahniah buat Syahrul dan pasangannya Faris... Semoga ikatan yang dibina kekal abadi diulit kebahagiaan dunia dan akhirat dan dihiasi dengan kehadiran anak2 yang soleh dan solehah... AMINNNNN.........

6 comments:

nashora said...

Tahniah to Ayah Teh n Mak Teh Kimie n Didie,

Semoga berbahgia sentiasa dan dikurniakan anak2 yg soleh n soleha...Amin.

Aku ler tuh... said...

Tahniah Abg Syah dan keluarga Palahauddin's... coz menerima orang baru lagik.. makin besar dah keluarga .. meriah la nnt!! CONGRATULATIONS..

nashora said...

Yanie....

x lama lagi...tambah lagi keluarga Palahuddin..kerna anak angkat mereka akan melangsungkan perkahwinan....

kisahwanida said...

Tahniah & selamat pengantin baru buat Syahrul & Faris.... Semoga berbahgia hingga hujung nyawa......

Anonymous said...

SALAM, NAK TANYA, AWAK KILATKAN BUAH2 TU CAMNE YE, KITE NAK BUATKAN KAT ADIK KITE

salmi said...

Ada org kata... ada bahan utk kilat jual kat kedai... tapi saya just guna minyak masak aje! Jimat kos... he he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails