Sunday, May 5, 2013

Usrah Session (i)

05/05/13

Salam guys.....

Di bumi orang niii.... ada baiknya sekali sekala dibuat aktiviti pengkosian ilmu. Especially yang melibatkan perkongsian ilmu rohani kan???? So, entri kali niii kiter nak share stori tentang sesi usrah yg pertama kami sekuarga hadiri di UK.


Al-hamdulillah 5 dari 6 kuarga Bradford dapat bergather-gather bagi memeriahkan majlis ilmu niii... Ditambah dari 2 kuarga dari Leeds (Termasuk kuarga penceramah) dan 1 kuarga dari Hudesfiled.

Ada ilmu baru diperolehi dan ada gak refershment. So, majlis seperti ini memang sangat bagus sekali.  


Selain ilmu agama... bila berkumpul ginih... dapat mengeratkan silaturrahim yang jarang sekali kita buat kat Malaysia. Ikatan ukhuwah kat sini lagi erat gituh.... Pun masa nii jugak lerr dapat buat informal meeting untuk next aktiviti termasuk aktiviti lawatan dan shopping!!!! Bak kata Mei-Mei dlm siri upin ipin.... 'Saya suka! Saya suka'


Kali niii tuan rumah adalah Dr Pian... so, next session rumah orang lain lak. Bergilir2 ikut kelapangan. Psl makan lak... tak perlu dijadikan issue. Kita berkumpul bukan untuk makan kan!!!! Kalau ada pun, itu adalah satu accessori tambahan aje... dan makin bertambah-tambah bila ber pot-luck. Sampai tak cukup meja ler dibuatnya nak park-kan makanan yang masing-masing bawa.


Ni ler tuan penceramah kita... Ustaz Daud, didatang khas dari Leeds

Meh kiter wrapkan apa ilmu yg kami dapat kali niii...

- Tiada istilah "Alam Semulajadi" yg sebenarnya... hihihiii....sebab semua benda dicipta oleh Allah termasuk ler makluk.

- kategori makluk Allah... termasuk lah malaikat, iblis & syaitan,manusia, binatang, tumbuhan. Maka jangan ler ditakutkan dengan Hantu syaitan... kerana mereka juga makhluk Allah.

-Hanya Allah bersifat baqa'/kekal. Tiada makluk-Nya yang kekal... even malaikat maut pun akan mati setelah menjalankan tugasnya mencabut nyawa yg terakhir tatkala israfil meniup sangkala. Izrail akan menjadi makluk Allah yang terakhir hidup sebelum datangnya hari perhitungan.

- Batu pun bertasbih memuji Allah sebagai penciptanya... inikan pula manusia yang diberikan akal fikiran sepatutnya, lebih banyak melakukan amal ibadat samada ibadah umum atau ibadah khas. Semua amalan baik yang kita lakukan sama ada sedar atau tidak adalah kategori ibadah. Contohnya A yang ingin mendirikan solat perlu menutup aurat.... maka akan memakai kain. kain itu ditenun oleh B... B pula mendapat bekalan dari C dan begitulah seterusnya... semua orang yg terlibat hingga membolehkan si A menunaikan solat telah melakukan ibadah.

- juga kami berkongsi cerita mengenai kisah si sopak,  Si tuli & Si buta. Asalnya mereka org yg susah... didatangi malaikat dan dgn izin Allah mereka menjadi kaya raya. Dan sekali lgi malaikat mendatangi mereka. Kali ini untuk menguji, 2 dari mereka telah kufur nikmat lalu kembali menjadi sopak dan tuli. Hanya si buta yg panjangkan nikmat  kerana sifat syukurnya itu.


Wokeh ler dulu wat sementara waktu.... nanti kalau ada lagi sesi usrah... kiter up date lagik intipatinya di sini... Wassalam!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails