Monday, February 27, 2017

Kellie's Castle

Al Kesahhhh... citer Throwback lagi yerk... 

Kisahnya bermula apabila kiter diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di USM pada 21 Disember 2016.... So dikesempatan itiew kiter mengambil peluang dan ruang untuk jenjalan sekitar Perak before menjejakkan kaki ke Penang.

Destinasi pilihan kali ini adalah Kellie's Castle. Why Kellie's Castle??? Heheheee.. Meh kiter share info yang menjadikkan kitorang eksited nak gi sinuuunnn...


Kellie's Castle atau turut dikenali Rumah Kellas sememangnya istana yang penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini. Jeng... jeng... jengggg...

Lokasi istana indah ini yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, hanya 20 perjalanan daripada bandar Ipoh. 

Ramai yang menyatakan Istana Kellie ini ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. 

Untuk menyingkap keunikan dan misteri istana ini... maka... pada 18 Disember 2016 dan seawal jam 7am kami dah bertolak dari Bangi ke Gopeng, Perak...

Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai, tapi bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu dan mempunyai misterinya yang tersendiri. Dibina oleh William Kellie Smith.

William Kellie Smith asalnya dari Scotland dari keluarga petani... merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya dan dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. 

Agnes telah melahirkan seorang anak perempuan pada tahun berikutnya dan diberi nama Helen. Namun.. William Kellie Smith memang terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih empayarnya di Tanah Melayu.  Pada tahun 1915, pasangan ini telah diberkati sekali lagi dengan kelahiran anak lelaki mereka yang bernama Anthony setelah bertahun-tahun lamanya Agnes berusaha untuk hamil. 

Bagi meraikan kelahiran Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah memulakan perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. 

Ketaksubkan William Kellie Smith  dengan agama Hindu dan budaya India membuatkan beliau merancang Istana dan Rumah Kellas berbentuk mirip senibina orang-orang Madras dengan menggunakan batu bata dan seramik diimport dari India. Beliau turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli.


Namun... Hajat William tidak kesampaian

Mahligai mewah di pinggir sungai ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja beliau.

11 tahun selepas ia mula dibina, rumah ini masih belum siap. Malang seribu kali malang, beliau juga tidak dapat merasai gahnya tinggal di rumah ini kerana semasa perjalanan beliau ke Lisbon, beliau meninggal dunia kerana sakit pneumonia.

Kellie Jadi Hantu?

Orang tempatan dahulunya memanggil tempat ini sebagai istana berhantu Kellie. Bukan apa, dikatakan ada yang terserempak kelibat Kellie dan anak perempuannya berjalan-jalan di koridor rumah ini pada waktu malam dalam baju tidur mereka. Apa yang menyebabkan istana ini berhantu... 

Katanya... kerana hajat yang tak kesampaian itu laa menjadikan roh mereka tidak tenteram... huhuhuuu...

Akan tetapi setelah ia dibaik pulih, cerita ini kurang kedengaran. Walau kurang kedengaran... ianya masih di cop sebagai haunted Castle... hihihiiii


Haaa... dah tau serba sedikit sejarah Istana Kellie's kannn.. dah jom ikut kiter jelajah tinggalan sejarah ini.

Kami sampai lebih kurang 10.30am... hurmmm cuaca time nii dah panas berdesing... cepat-cepat kami beli tiket masuk dengan harga RM5 dewasa dan RM4 kanak-kanak. Ni kitorang dah depan gate masuk... Oh yea... lupa nak mention... kat sini ada cafe tau... those yang nak bersarapan or makan2 kat sini silakan.. Tapi kami dah bekpas on de way tadik.


Melepasi gate... kami menyeberangi jambatan untuk menapak ke istana Kella's ini.


Kalau dari depan... kita akan nampak istana ini... actually ini merupakan kediaman kedua bagi William...



Rumah asalnya/rumah pertamanya terletak bersebelahan Istana Kellie's dimana ditempatkan orang gaji, pekerja dan klinik. Sayangnya 80% bahagian Rumah Kellas ni telah musnah akibat Perang Dunia Kedua dan hanya 20% jer bahagian yang masih utuh sehingga sekarang. Before we ols pergi tengok rumah ini dengan lebih dekat... kami lawat dulu Istana Kella's yg dikatakan berhantu dan misteri itiew.



Masuk aje istana ini... boley dapatkan info or stori istana ini. Terdapat juga ruangan kisah sejarah mengenai pemilik istana ni serta setiap ruang bilik disediakan papan tanda dan maklumat untuk pengunjung, malah ada satu ruangan bilik telah dihiasi dengan perabot yang sama ketika zaman itu….



Ruang istana ini sememangnya luas 


Juga mempunyai banyak anak tangga serta laluan rahsia. Katanya terdapat 4 terowong rahsia yang dibina bagi tujuan keselamatan ketika waktu darurat,


Kellie’s Castle dikatakan mempunyai 14 buah bilik. Tapi kan... sebesau-besau istana nii.. jangan harap nak jumpa toilet... memang istana ni tak de toilet tau... Memang kat depan istana nii ada sungai... tapi... kena menapak sikit. Camner laaa kalau dah nak terkuchill yang amat... huhuhuhuuu


Ini di korridor di tingkat 2.  dikatakan disini juga kelibat atau roh-roh  penghuni istana ini kelihatan! Sebelah koridor niii of course laaa bilik...


Ini lokasi bilik utama serta bilik anak-anak william dan Agnes.. memang besauuuu...





Menariknya mengenai proses pembinaan istana ini dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Apa kaitan gambo we ols dengan fakta binaan tu... entahhhh.. sila abaikan! Keh keh kehh!



Ni kami panjat lagi anak tangga.. keluar aje dari anak tangga... taraaa... dah berada di tingkat atas. Terdapat 1 ruangan shaf lif di Kellie’s Castle (yang berjaring tuuu), di mana sekiranya istana ini dibina sepenuhnya mungkin akan menjadi lif yang pertama di Malaya pada ketika itu. Tapi sayangnya.. lif tersebut tak sempat dipasang... so tinggal laa ruang yang berjaring tuu... bila berdiri tepi jaring dan memandang ke bawah... Seriau darah mok cik... sayuuuppp aje kat bawah tuuu.






Di tingkat atas, kawasan bumbung bersimen yang agak luas didirikan gelanggang tenis mengikut perancangan Tuan William. Punya laa luas.. boley terebang rasanya.. But please be carefull... tak de tembok tauu... tali aje dipasang agar pengujung elert


Kami memberanikan diri berdiri dipenjuru untuk dapatkan latar belakang rumah pertama William.


Turun aje kembali ke tingkat 2... snap gambo rumah pertama William dengan lebih jelas lagik. 


Ini lorong antara rumah pertama William dengan Istana barunya ini. Yang bulat hitam tuuu salah satu terowong rahsia yg kiter storikan kat atas tadik.



Sebelah tu laakk... ada dapur/oven tertua... nampak takkk??? Yup... tembok nii laaa oven tersebut... canggih dan besar oven depa  kannn???



Hurmm... my opinion kan... rumah pertama dia nii dah cukup chantekkk. Awat laa Helen tuu tak puas hati lagik kan??? Hurmmmm....



Dah... dengan gambo nii... kami tinggalkan kisah pengembaraan kami di sini...

On de way ke destinasi berikutnya... a few question regarding this Castle dijadikan soklan quize untuk my kiddos...

Antara soklannya:
1) Di mana letaknya istana ini.....
2) Berikan pemilik istana ini....
3) Siapakan nama isteri William?
4) Berikan nama 2 nak william
5) Manakah satu rumah pertma william? Depan atau belakang

All the jawapan  kami dapat masa baca info kat dalam istana tadik... Pemenang kuiz tuu adalahhh... Kimie.. dengan markahnya 3 manakala sephia 2.. Khaleef.. kena ksi full mark... Kalau idokk.. muncung dia..

Sebagai upah dan hadiah... pekena mee udang di Kuala Sepetang... [ehhh betoi kee nama tempat nii... hurmmmm...]

Jumpa lagi dengan kesah-kesah Throwback kami!!!!! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails