Saturday, October 24, 2009

Tanda-tanda menjelang Sakaratul maut

Mengalami kehilangan orang yang tersayang secara mengejut amat menyakitkan kerana secara fizikal dan mentalnya.... kita belum bersedia dan payah yang amat untuk menerima kenyataan ini.

Tajuk entry kiter kali ini mungkin tidak menarik minat reader untuk membacanya. Tapi... kiter merayu... bacalah sekurang-kurangnya sekali untuk menambahkan pengetahuan kita agar kita bersiap sedia dan tidak terkilan sekiranya ianya berlaku.

Oleh itu bersama ini kiter nak share sedikit ilmu yang kiter cari untuk dijadikan panduan agar kita semua dapat bersiap sedia tatkala orang disekeliling kita atau kita sendiri berada di ambang sakaratul-maut.

TANDA-TANDA SAKARATUL-MAUT AKAN TIBA

100 hari menjelang kematian:

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya...... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.....

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar......

Bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

60 hari menjelang kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut

40 hari menjelang kematian:

Daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah malaikat akan mulai mengikuti kita sepanjang masa... Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan rungsing/bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........

7 hari menjelang kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

5 hari menjelang kematian:

Anak lidah bergerak-gerak

3 hari menjelang kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri (bahagian tengah dahi bergerak-gerak), jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti....

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...
Telinganya akan layu dimana bagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...

2 hari menjelang kematian:

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

1 hari menjelang kematian:

Akan berlaku antara waktu subuh dengan asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun (terasa bahagian ubun bergerak-gerak) dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....

Tanda akhir kematian:

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

Sebagai tambahan........ info yang kiter dapat dari siri Al-Kulliyah (TV-3) baru-baru ini.... sewaktu nazak... kita disunatkan memberikan air (sekiranya orang yang nazak tidak boleh berkata apa2) dan bertukar menjadi wajib memberikan air sekiranya orang yang nazak itu memintanya.

Bila kiter amati tanda-tanda akhir menjelang kematian.... kita dapati ia berlaku pada arwah.... dimana kira-kira kurang dari sejam sebelum mama pergi... mama ada mengadu sakit kepala yang amat sangat dan meminta ubat. Ke bilik air dan kemudian mama tumbang dan dengusan nazak bermula. Tersedar seketika dan meminta air.... mengadu sesuatu pada kakinya yang kesejukan. Berbisik kalimah ALLAH dan terus mendiamkan diri.... dia terpaku.... merenung sesuatu... sehinggalah kedengaran dengusan nazak terakhir.

Tapi.... masa tuu... kiter tak tahu pun mama diambang sakaratul-maut. Yea lah... mama memang biasa mengalami sakit kepala... Dia juga tidak sakit terlantar macam orang lain. Mama juga sudah biasa dan selalu pitam akibat hipo diabetis. MAka dengan itu kami lebih banyak menjerit memanggil namanya daripada membisikkan kalimah syahadah.... Terasa jahilnya diri ini Ya-Allah............... Ampuni dosa kami ya Allah... ampunilah juga dosa-dosa bonda Ramlah Binti Tahir... tempatkanlah beliau dikalangan insan yang soleh dan solehah....... amin..... Sampaikanlah salam kerinduan kami kepadanya. Agar bonda damai di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails