Sunday, November 8, 2009

Konvokesyen kimie

Ermm... setalah 2 tahun kimie belajar di Little Caliphs Bandar Baru bangi niii... akhirnya tiba lah hari yang bersejarah buatnya. "Grand Ihtifal Day" diadakan di Dewan Besar Institut Pertanian Serdang pada 7 Nov 2009. MAjlis yang gilang gemilang ini dibuat hasil gabungan dengan 3 lagi cawangan Little Calpihs ( Sri Serdang, Puncak JAlil dan BAndar Seri Putra).


Gambar dia dengan jubah merah nii diambil akhir bulan 10 tempoh hari. Gambar nii depa dah siap lekat kat Folder sijil. Teringat cerita Kimie masa dia ambik gambar nii (sesi fotografi). Cina yang ambik gambar dia nii kata "Wah! U handsome laaa". Kembang kempis hidung kimie menceritakan kembali pada kitorang. Bila gambar nii siap... Kimie siap kata... "Tengok! Hensom kan!!!!" Muah ha haaa... nak pecah perut kitorang gelak kat dia.

Berbalik cerita majlis ikhtifal nii.... kami bersiap awal pagi tuh.... kerana kekalutan... kiter tak sempat menyediakan sarapan pagi. Ingat nak beli air kotak dan roti cream aje. Biler dibukak balik communacation book bebudak nii... laaa majlis start kul 9 daaa... So kitorang menghabiskan masa ngan singgah kat kedai makan. dalam 8.15 baru kitorang bergerak ke Serdang.



Ni sephia tengah duduk ngan kawan dia Maisara.... Depa berdua nii sebaya... dan abang mereka pun sebaya dan juga bergraduat sama-sama.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh one of parents yang merupakan pensyarah di KUIS dan juga merupakan seorang imam.


Seterusnya bacaan ayat suci al-Quran beserta tejemahannya dibacakan oleh 4 orang graduan yang mewakili 4 buat cawangan. Ermmm kalau tak silap mereka baca surat al-Maidah.


Seterusnya ucapan alauan dan perasmian oleh Founder Little Caliphs... Pn Faridah


Persembahan dimulakan dengan bacaan hafazan al-Quran... (Petikan Surah Al-MAunnah, YAssin, Sajjadah dan satu lagik kiter tak hingat lerrr pulak.) Kimie (barisan depan 2 dari kiri). Kagum kiter mendengan bebudak sekecil ini boleh menghafaz al-Quran.


Pas tuuu persembahan pentomen "The Little Ren Hen". Ermm.. tak ingat lak Little CAliphs Cawangan mana yang buat persembahan nii.


Pas tuuu giliran Sekolah kimie lak... Mereka berlima nih buat persembahan nasyid "Pergi tak kembali". Mungkin nasyid ini amat sesuai dengan kimie... dan dia dapat menghayati bait-bait kata nasyid nii coz neneknya kan baru kembali ke Rahmatullah... Jom kiter zoom mana kimie duduk

Sorri lerr... camera kiter biler di zoom gambo jadi blur lak pulak. Kimie 2 dari kanan. Ada kisah disebalik persembahan nii. Masa dia sibuk praktis nyanyi lagu niii... dia begitu excited dan kata dia yang tukang bagi arahan... 123.. tunduk... 123 start nyanyi.... dia duduk kat tengah-tengah. Tetiba minggu berikutnya dia kata dia dah pindah duduk tepi... Kiter pun gelakkan dia... " Ha! Ha! Ha! mesti suara along pitching lari kannn? So tu yang kena duduk tepi". Tiba-tiba minggu lepas... sewaktu balik sekolah... kimie dengan excitednya bagi tau dia dah duduk kat tengah semula. Nak bagi tau kunun suara dia sedap laaa tuh....
Pas tuu persembahan pentomin.. Tajuknya kiter tak berapa ingat... Ermm... Gadis Kecil apa tah... cerita kisah peperangan kat Palastin tuh... Next penyerahan sroll batch pertama. KAlau tak silap dari Little Caliphs Bandar Sri Putra.

Pas tuu persembahan pentomin dan nyanyian "Bahtera Nuh" dari branch mana satu pun kiter dah lupa laaa... (sori yea... aturcara persembahan kita may be ada yang tunggang terbalik. Kiter nii cam payah nak ingat la pulak... syndrome short term memory lost kot... buku program lak lupa nak bawak balik... lebih kurang laa yea)
Pas tuuu kimie sekali lagik buat persemgahan nyanyian... lagu "Anak soleh". NAmpak tak dia???? depan sekali 5 dari kiri.


Ermm... pas tu persembahan tarian zapin... KAlau tak silap dari cawangan Sri serdang. Kalau silap sori wooo. Seterusnya penyampaian skroll lagi 2 buah branch.


Majlis diteruskan dengan poem "Allah can see from every where". Ini satu-satunya persembahan dari cawangan Bandar Baru BAngi yang kimie tak sertai coz semua participants dia pompuan. Kalau idak... habis kimie bolot... tamak sungguh dia...



nii persembahan apa pun kiter tak ingat lahh...
Dah akhirnya tibalah masa yang kitorang ternanti-nanti...... majlis penyampaian skroll kimie....
Tetiba camcoder kiter kehabisan tape laaa pulak.... Digital camera kiter yang satu tuuu dar tadi dah kehabisan bateri.... tinggal 1 digital camera (camera lama) aje yg masih bole berfungsi. So gambar yang terakhir nii aje yang dapat dicapture dgn blurnya. Ok laaa tuh kannn????

Ni perarakan masuk graduan Little Caliphs dari cawangan Bandar Baru Bangi... Zoom mana kimie???? Nun gambar belakang di depan teacher dia yang berbaju biru.




Lihatlah wajah graduan kecil ini.... gambar kimie naik stage tak dapat dicapture coz my digital camera merakamkan "movie". Ambik using my hp gambarnya tak elok laaa pulak.



Ermm... blur betoi gambo nii kan... gambar diorg baling topi lagi ler blur... Nanti laaa kiter cuba dapatkan koleksi gambar dari jurugambar profesional yang depa dah lantik.



Bergambar kenangan ngan graduan kecik ni... Oh yaaaa yang turut hadir meraikan kimie nii adalah cu Lina dia. Tapi terlupa lakk nak bergambar ngan cu dia nih.



Ni teacher math dan hafazan kimie.



Bergambar ngan folder sijil




isi dalam folder....



meraikan graduan... di mana?????


atas permintaan orang yang diraikan... makan kat Pizaa Hut ajer.....
To my beloved son, semoga dikau berjaya dunia akhirat. To all teacher Little Caliphs BBB, terima kasih kerana berjaya mendidik kimie. He got benefit fr both worlds... Errmm.... tgh pikir mana dia nak sambung study nihh... sebab kalau bole kiter nak sukatan pelajaran yang sama.... cover dunia akhirat....

3 comments:

Ann said...

Salam,

rasa macam kenal la..but 1st takziah dia atas pemergian arwah emak @ cik nor..dulu kita berjiran masa kat desa jaya..rumah berdepan jek..ni anak cik jah...u r same age with my brother, Zahari..remember??

Ann

salmi said...

Hurm... aan rupanya. Buat pengetahuan aan... yang meninggal tu mak mertua k.salmi. Cik nor still alive dan baru jer menyambut ulg tahun kelahirannya baru2 ni. K.Salmi mmg rapat dgn mertua yg k.salmi dah anggap mak sendiri... tu yg mungkin aan terkeliru. Ramai kenalan yg lain pun cam tu.

Lama x dgr citer aan... zahari m.cik jah dll....

Ann said...

owhh, sorry...salah info rupanya..

sampaikan salam to family ya..lama x dgr kabar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails