Monday, March 8, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayah vs Mama...

8 Mac 2010, genaplah 36 tahun my parents in-law bergelar husband and wife. Dan sejak mengenali mereka... detik ini pasti disambut bersama anak menantu dan cucu-cucu. Ayah dan mama mesti ada buat majlis makan-makan bagi meraikan detik bersejarah mereka ini.

Tapi....kali ini sambutan 8 Mac 2010 berbeda sama sekali. KAli ini ayah meraikan detik bersejarah ini seorang diri. Tanpa isteri kesayangan disisi,kerna mama telah 5 bulan dijemput ilahi.

Walaupun mama telah tiada... ayah tetap ingin meraikan hari istimewanya ini. Cuma cara dan kaedahnya berbeza! Ayah mengadakan majlis tahlil... hadiah untuk mama.... sebagai tanda kasihnya yang tidak pernah bertepi... biarlah jasad memisahkan mereka... tapi kasih sayangnya masih kekal utuh sehingga kini.

Kelazimannya... kami sekeluarga mengucapkankan "Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan... Semoga ikatan perkahwinan yg dibina ini berkekalan dan bahagia dunia akhirat". Dan, Al-hamdulillah... kami tumpang gembira bilamana hubungan ayah-mama kekal bahagia hingga ke hujung nyawa mama.

Ayah dan mama...
Dikesempatan ini... kami ingin mengucapkan, Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 36 buat ayah dan mama, Semoga kebahagiaan ini berpanjangan hingga ke akhirat kelak. Buatmu Ayah... moga ayah tabah menghadapi hari-hari ini tanpa mama disisi. Insya-Allah... suatu hari nanti kita semuakan akan disatukan semula. Dan semoga arwah mama tenang di pengabadian sana serta dicucuri rahmat ke atas rohmu... Al-Fatihah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails