Monday, June 21, 2010

Maafkan ibu...

Membelek-belek jari yang lebam dan bengkak… Perlu si ubat??? Hurmmm tidak… biarkan. Mata beralih ke jendela pejabat... mencari mentari yang sejak dari tadi menyepi... merenung rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi... mencari persamaan dengan manik-manik air mata yang bergenang dan turun perlahan-lahan membasahi pipi. Mencari dimana silapnya? Mencari jalan penyelesaian yang terbaik! Mencari jawapan... mencari dan terus mencari....


SABTU-Terkenang peristiwa dia dan Aki... muncung mukanya bila kami tak mengizinkan dia membeli buku KAWAN. Bukan apa dah terlalu banyak dia mengepow aki dia semalam... Air dah berbotol dan berkotak... sticker mainan... buah2.... jajan2.... dan kini nak buku pulak! Aki dia pulak... pantang cucu mintak itu dan ini... kalau bole semua dia nak kasi. Kali nii kami kata NO WAY! Cukup untuk hari itu.


AHAD-Memang aki dia tak beli... sedih agaknya lihat cucunya bermasam muka... akhirnya sekembalinya kami ke Kuala Lumpur.... Aki dia dah beli buku KAWAN dan kirim melalui Ayah Teh dia. Kami simpan buku tersebut dalam kereta dan terlupa memberikannya padanya.


ISNIN-Sekolah telah bermula. Dia bangun seperti biasa... bersarapan dan masuk dlm kereta. Dalam perjalanan ke sekolah dia tertidur. Ngantuk sangatkah dia???? Recall apa dia buat semalam. Tak de perkara yang luarbiasa aktiviti semalam. Ptg, lepas balik dari rumah kawannya, terus susun buku... mandi... makan... mintak izin main PS2 coz baru dapat CD baru dan tido before 10pm. Nak kata tidur lambat.... tidak! Bangun awal dr biasa? Pun tidak... Semuanya sama... Tapi... mengapa dia mengantuk????


Sampai depan sekolah.... as usual kami x parking kereta... tempat biasa dropkan dia… Tetiba menangis-nangis tak mau ke sekolah dengan alasan mengantuk. Mendukung dia keluar kereta dan tetiba meronta2 dan duduk di atas jalan.... mengganggu lalu lintas orang ramai... yang pastinya tentu mereka hangin kerna memasing mahu bekejar ke tempat kerja!


Puas dipujuk tetapi dia enggan ke sekolah. Masa terus berlalu dan loceng dah pun berbunyi. Kengganannya akhirnya benar2 menguji kesabaran. Buat pertama kalinya dia dimarahi dengan intonasi yang begitu tinggi. Dan buat pertama kalinya kiter naik tangan mencubit dan memukulnya. Tak sanggup rasanya mengenangkan kembali tika dan saat itu... Melihat wajahnya yang ketakutan akibat dimarahi... melihat wajahnya yang kesakitan akibat ditangani. Hanya tuhan yang tahu betapa lukanya hati kiter kerna peristiwa itu. Bukan kedegilannya yang melukakan hati ini... tetapi luka dengan perbuatan sendiri.... Dimanakah kesabaranku??? Dimanakah kasih sayangku???? Dimanakah kuletakkan belaian seorang ibu???


Melihat abangnya diperlakukan sedemikian rupa... didie turut menangis... kimie masih berkeras dan enggan turun dari kereta walau diberi kata dua... sekolah/balai polis (kebetulan balai polis bersebelahan dengan sekolah). kami tak tahu nak buat apa lagi! Kami buntu... takkan nak ikut aje permintaannya yang tak berasas itu! Akhirnya... kami membuat keputusan menghantar didie ke sekolah dahulu. Biarlah dalam perjalanan nanti kami fikirkan apa jalan yang terbaik buat dia.


Dalam perjalanan... dia masih dimarahi... dan tiba-tiba terbit perasaan bersalah kiter padanya... mungkin ada sebab dia enggan ke sekolah. Kenapa kiter tak menyelami hati dan perasaanya.... ku toleh ke sit belakang... melihat wajahnya yang kemerahan menangis dan sakit agaknya.... hati ini semakin dihimpit rasa bersalah.


Tiba-tiba... mata ini terpandang buku KAWAN yang dikirimkan oleh akinya.

Lantas menyuruhnya ambil buku tersebut dan menceritakan bagaimana buku itu ada dalam kereta. Kimie mengesat air mata dan memeluk sayang pada buku tersebut. Dapat memikirkan apa yang terlintas di dalam hatinya... pastinya dia ingin memeluk akinya andai buku itu boleh digantikan dengan akinya. Ingin dia luahkan kedukaanya pada insan yang memahami.


Melihat mukanya yang sayu...kiter memanggilnya untuk ke depan... memeluknya dengan seribu kekesalan... menguncup pipi dan dahinya dengan penuh kasih sayang... memohon kemaafan darinya agar dia mengetahui betapa sayangnya kami padanya.


Mengesat airmatanya... menyapu lembut pipinya yang kemerahan akibat dari dicubit tadi. Akhirnya dia sendiri mahu ke sekolah. Kami perpatah balik ke sekolahnya. Ku iring dia hingga ke pintu kelas... melihat lambainya menjadikan hati ini semakin pilu....


Sebaik sahaja menghantar didie... kami bergegas ke pejabat. Lewat hari ini... Membuka teks SMS yang diterima sewaktu kami memarahi kimi... Waktu SMS masuk 7.40 am... Sekali lagi hati ini ditusuk dengan perasaan bersalah... SMS tersebut dari akinya... yang mengirimkan doa Rasulullah... mungkin dia dapat rasakan sesuatu yang tak baik berlaku pada cucunya... Ya, Allah.... apa yang dah aku lakukan?????


Setibanya dipejabat tiada satupun kerja yang boleh dilakukan kerna diri ini masih terbayangkan dia.... ceriakah dia? sedihkah dia? Sakitkah dia? Akhirnya jam 9.30 kami sekali lagi ke sekolahnya. Membeli kuih dan air kegemarannya untuk dimakan bersama sewaktu rehatnya. Setibanya disekolah... waktu rehatnya baru berakhir dan sesi kelas telah pun bermula. Sesi bacaan sorang demi sorang pelajar. Giliran kimie dah pun selesai... dia didapati sedang membaca KAWAN dan dikelilingi kawan-kawannya yang tumpang membaca.


Memanggilnya keluar.... dan duduk makan bersama sambil mengurut tangannya. Sedih lihat mukanya yang ada sedikit ada tanda lebam. Berkali-kali menciumnya dan menyatakan bahawa kami sayang sangat padanya. Setelah pasti dia memang betul sihat dan hatinya dah OK.... kiter pun iringnya ke kelas... dia dengan cerianya melambaikan tangannya lantas menjerit... I LUV U Ibu...


On the way ke pejabat....

‘Ku berikan mama…. Sekuntum mawar putih…. Sebagai lambang kesuciaanmu... oh mama.... ooooo mama.... mama kuuuu.....- dendangan Syarifah Aini berkumandang di sinar fm.... begitu menyentap hati ini.... Peristiwa hari ini meninggalkan kesan begitu mendalam buatku....


Wahai anakku... andainya kau membaca coretan hati ibu.... ketahuilah bahawa ibu sangat-sangat menyayangi dirimu... tiada apa yang dapat membahagiakan seorang ibu melainkan melihat dikau bahagia dan menjadi makhluk Allah yang berguna. Kepada reader sekalian... Ketahuilah.... andai anda dimarahi ibu... katahuilah bahawa bukan dia membencimu... tetapi kerna sayangnya yang tak pernah bertepi....

Saat coretan ini sampai ke penghujungnya.... mentari mula menunjukkan dirinya. Adakah ia merupakan petunjuk buatku…. Agar bangkit membetulkan keadaan… Memuhasabah diri dan manjatkan doa agar diri ini dilimpahi dengan kesabaran agar terus mengorak langkah menggalas tanggungjawab utk mendidik khalifah kecil-Mu ini.


Merenung kembali bengkak dan lebam dijariku… biarlah ia pulih dengan sendirinya tanpa diubati kerna ingin merasai apa yang kimie rasai... kerna ubatnya hanya ada padamu anakku!

4 comments:

Eddy Adha said...

akak..
ad x ley nafi,sedih bile ad bace post akak kali nie..ad faham perasaan akak...tapi akak jangan pukul kimie lagi k..ksian kat dea..dulu pasal psp tu,ad x sempat nak komen..ad komen kat sini jek la..yang pasal psp tu pada ad,kimie x salah..dea x tau pun yang kat seat box tu ader psp dea..yang pasal kali ni pulak,akak sptt nyer tanyer dea elok2 knape dea x nak skola aritu..ad faham,maybe akak stress sbb akak nak g kije pagi tu..maybe kimie tu still rindukan aki dea..macam ad jugak la,kalau ad da balik kampung,then ad balik semula kat rumah,mmg ad akan ingatkan atuk..tapi mende tu sekejap jek..lame2 its akan ilang sendiri..by da way,ad nak akak tau...seorang anak akan sentiasa ingat n sayang kann ibu dea...mcm ad,mak ad slalu berleter kat ad,kadang2 tu dea leter pasal mende yang ad langsung x buat..mmg ad kadang2 tergerak hati nak terasa marah,tapi..jauh disudut hati ad,ad tetap sayang kan mak ad sebagai seorang ibu...mcm tu la jugak ngan kimie,dea akan tetap sayangkan akak walau ape pun yang tjadi..last word dari ad,akak jangan pukul kimie lagi k..didie pun same..2 orang tu la penghibur hati akak n suami dan jauh dari tu,penghibur hati ad yang walaupun x penah jumpe akak,suami n anak2,cerita2 akak menjadi penghibur dihati ad..ukhwah fillah _adha_

salmi said...

thanks yr advice ad! Cam nak nangis lak baca pendapat ad... hurmmm... tu laaa akak nii hangin jer tak tentu psl kan! Mulai peristiwa tersebut... akak ada azam baru tau!!! Akak nak jadi seorg yang penyabar... x tau lerrr tercapai atau tak... tapi akak akan berusaha... caiyokkkk!!!!

Lg satu... moga satu hari kita dipertemukan coz Ad dah janji nak belanja KFC kan!!!! AWAS... jgn buat2 lupa!

Eddy Adha said...

ahakz....x kan lupe punyer...insyaallah,1 hari..kalau Allah izinkan...ad hope akak akan jadi ibu yang penyabar n penyayang untuk kimie n didie..kimie n didie tu anak2 yang baik n bertuah cz dapat ibu n ayah cam akak n suami..

kisahwanida said...

Ye la salmi.... kita ni manusia biasa yg memang tak pernah lekang dari melakukan kesilapan. saya pun selalu hilang kesabaran ngan anak2 ni. mcm2 perangai. cuma saya tanamkan dlm diri jgn suka2 pukul anak. marah untuk mengajar tu memang patut. kalau kita tak marah they all tak tau apa yg dibuat tu betul atau salah. Niat kita baik, nak mengajar they all. apa2pun semoga anak2 ita akan menjadi orang yg beriman, berguna pd keluarga & masyarakat....Berbakti pada keluarganya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails