Wednesday, June 2, 2010

Orang ke 3????

Orang ke-3???? Hurmm... Saat mengetahui akan hadirnya org ke-3… hati ini diselubungi dengan pelbagai rasa! Sukar nak digambarkan. Satu persatu kenangan lalu muncul dalam fikiran. Setelah dua kali mengalaminya… Terlalu fobia rasanya untuk menempuhinya kali ini... kehadiran orang ketiga di antara kami.


Kehadirannya mula dapat dihidu 2 minggu sebelum diriku berangkat ke tanah suci dan getarannya kewujudannya semakin dapat kurasakan saatku mengerjakan umrah… namun diri ini cuba menafikannya. Sebaik sahaja kembali ke tanah air… naluriku semakin kuat hingga mendesak diri ini untuk mencari kepastian… dan penghujung April lalu diriku cuba nekad untuk mencari kepastian. Dan sah! Ia hadir dalam hidup kami

Hati ini diulit keresahan…
Terkenang sewaktu disahkan hamil anak pertma… kami begitu excied dan gembira. Walaubagaimanapun.. persaan gembira itu bertukar rentetan dari alahan yang teruk.. diri ini bukan aje morning sickness.. malahan setiap masa kiter mengalami muntah2 yang teruk sehinggakan kiter mula berputus asa untuk meneruskan kandungan.
Saat usia kandungan mencecah 2 bln setegah, kiter telah berjumpa dengan doctor di salah sebuah klinik swasta di Phileo DAmansara.

Dengan pucat lesu dan tak bermaya... diri ini bersuara “Dr… I’m give-up with my pregnancy!” luah kiter dengan sambil menitiskan air mata. Doktor tersebut mungkin memahami perasaan kiter coz ini bukan kali pertama dia menerima hehadiran kiter . Sejak disahkan mengandung, kiter kerap kali kiter mengunjunginya bagi menangani alahan yang teruk ini.

“Ok… I faham!” jawab doctor tersebut sambil mengangguk2 kepala dan mengarah kiter baring di katil rawatan. “ermmm… b4 we go further… let’s we scan the baby!” cadang doctor tersebut. Actually this is the 1st time lah perut kiter discan sejak disahkan pregnant.

“Ermm… this is yr baby… baru jerr besar biji kacang! Ok baby! Say good bye to yr mama! Dia kata dia dah give-up coz dia mabuk teruk! Dia tak beri kesempatan pada u untuk melihat dunia... Agains… say good bye plzzz!!!” kata doktor sambil mengusap2 screen machine tersebut dengan mimik muka yang sayu.

Melihat baby yg mcm biji kcg soya tuuu dan kata2 doktor, timbul satu kekuatan baru pada kiter lalu nekad untuk tabah dan meneruskan kandungan tersebut. Pandai doctor tuu bermain ngan psikologi! TQ doctor. Al-hamdilillah… mabuk yang teruk itu hanya berlarutan sehingga kandungan berusia 4 bulan. Dan syukur coz kiter berjaya meneruskan kandungan hingga lahirlah Muhammad HAkiemi.

Tahun 2004, kiter sekali lagi disahkan mengandung! Takut mengalami mabuk menjadikan kiter resah. Tapi kata orang mungkin kali ini kiter x mabuk lagik! Tapi kata orang itu salah… mabuk yang dialami lebih teruk dari mengandung kali pertama. Kiter mengalami dihidrated ekoran dari muntah yg teruk… bukan lagik hijau kuning yang keluar.. hitam pun ada. Seteguk yang minum… semangkuk yang keluar. Akhirnya kiter terpaksa dikejarkan ke hospital. Sampai di hospital…

“Puan… puan kena admitted… and before that… kami mintak puan tabah! Kemungkinan baby puan dah tak dapat diselamatkan lagi. Puan mengalami dihidrated yang melampau! Walau apa pun… kita cuba masuk air sebotol… pas tu kita scan sekali lagi untuk melihat tindak balas baby puan. Oh ya! Kami dan suntik ubat tahan muntah.. may be puan bole bertahan!” kata doctor yang merawat.

Kiter hanya mampu mendengar… buatlah apa yang patut… kiter terlalu lesu untuk berkata2. Dan al-hamdulillah… sekali lagi kandungan kiter dapat diselamatkan setelah hampir 8 botol air dimasukkan. Walaubagaimanapun alahan yang dialami berpanjangan sehingga laa Didie dilahirkan. Cuma yang teruk hingga bulan kelima. Selepas itu hanya alahan yang ringan sahaja.. tapi berpanjangan! Itu yang menyebabkan kiter fobia untuk mengandung lagi.

Kali ini, kiter mengandung lagi.. Orang ke-3 dalam hidup kami setelah hadirnya kimie dan didie. Bimbang mengalami alahan macam dulu2 menyebabkan hati ini dihimpit keresahan! Doa tidak putus2 agar tidak mengalami alahan seperti yang lepas2. Setiap kali tekak terasa payau dan loya... kiter akan cepat2 mkn asam hinggakan kat meja ditempat kerja bersusun 5-6 tupperware yang mengandungi pelbagai jenis asam.

Tabiat pemakanan kiter juga mula berubah dan cepat bosan dengan variaty yg sama. Perubahan ke atas diri kiter sebaik mungkin kiter cuba selindungkan kerana ingin membuat kejutan pada my asben. Suprise untuknya sempena our anniversary dan double surprise coz expected akan lahir pada Dec 2010 hadiah sempena ulang tahun kelahiran my asben nanti....

Tapi... siapalah kita untuk menolak ketentuan Ilahi... on 10 Mei i'm bleeding! Setelah 4 hari bleeding.. akhirnya kiter terpaksa berterus terang dgn my asben dan bersama2 ke Klinik untuk mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan di dapati ada problem dengan pertumbuhan baby... Dr memberi 2 alternatif,

1) Ambik sample darah hari ini dan sekali lagi pada esok hari untuk lihat kandungan dlm darah samada berlaku pertumbuhan janin atau tidak

2) Mkn ubat untuk tempoh 1 minggu - untuk menguatkan baby & stop bleeding

kami ambik alternatif ke-2 dengan berdoa agar memberikan kami yang terbaik untuk kami. Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk baby tersebut... bukannya tak sayang... tetapi kami pasrah... Hanya Allah yang tahu hikmah disebalik segalanya ini!

Genap seminggu kami kembali ke Klinik tersebut... tapi ditakdirkan Dr yang sama tidak dapat bertugas pada hari tersebut. Ini menyebabkan kami mencari alternatif lain.. iaitu ke Az-Zahrah Bangi, bertemu dengan pakar sakit puan.

setelah discan... didapati growth baby memang terhenti setakat minggu ke-6 sahaja... sedangkan usia kandungan dah menjangkau 10 minggu. Walaubagaimanapun keadaan fizikal janin masih OK tetapi... tiada heart beat dan itu adalah tidak normal. Doktor mencadangkan dibuat D&C untuk mengelakkan komplikasi.

Naluri seorang ibu menginginkan ia dapat diselamatkan. Kami kemudiannya ke hospital serdang. Terima Kasih diucapkan pada semua warga kerja wad kecemasan... kiter dilayan serta merta dan terus dirujuk pada pakar sakit puan. Cuma.... Advisenya sama.... kena admitted untuk buat D&C hari ini juga.... memang sah baby tidak dapat diselamatkan lagi.... Memandangkan bole discahrged segera kalau buat kat Az-Zahrah... kiter meminta izin untuk ke sana.... coz kesian kat kimie. Takut dia stress nak duduki exam.

Sebaik sahaja masuk wad... hati ini semakin dihimpit kesayuan. Masa along dan didie dulu... seteruk mana pun alahan yang dialami... kiter cuba tabah mengharunginya. Tapi kali ini... kehadiranmu tidak seteruk abg dan kakakmu dulu tapi... akhirnya dikau pergi tanpa sempat melihat dunia ini. Akhirnya, gugurlah air mata ibu yang ditahan sebelum ini.

Saat menanti kehadiran doktor di labour room... ibu hanya mendiamkan diri. Mengharapkan satu keajaiban. Namun ia tidak berlaku.

Ya Allah... sesungguhnya aku menyayanginya... tetapi engkau lebih menyayanginya. Aku tahu pasti ada hikmah disebalik apa yang telah Engkau takdirkan ke atas diriku. Mungkin aku tidak layak untuk mendidiknya sepertimana yang Engkau amanahkan kepadaku... Atau dia tak sanggup menggalas tanggungjawabnya sebagai khalifahMu di bumi yang fana ini... Apa pun alasannya, hanya Engkau yang tahu dan aku pasrah kerna mungkin inilah yang terbaik untukku buat masa ini... masa depan dan di akhirat nanti.

Buat anakku...
Ibu bersyukur kerana kita dapat bersama-sama mengerjakan umrah dahulu... Walaubagaimanapun maafkan ibu kerna tidak menjaga dirimu sebaik mungkin sewaktu dikau dalam kandungan ibu kerna ibu lambat tahu akan kehadiranmu. Walaupun dikau tak sempat membuka mata... bersama2 kami mengirup udara di muka bumi Allah ini ibu yakin... kita akan disatukan diakhirat kelak.

Sambutlah salam kasih sayang ibu buatmu.... "WILDAN"

3 comments:

nashora said...

Sabar la ya...mungkin ada hikmah disebaliknya....apa2 usaha tangga kejayaan kan....cuma tak cepat atau lambat...hehehe...kalau lambat sediakan tangga...lambat la capai kejayaan kan....hehehe

kisahwanida said...

Salmi.....
Itulah duggan Allah untuk kita umatNya......
Sabar & tabahlah menempuhinya

Ann said...

Kak Salmi,

speechless..mudah2an kak salmi banyak2 bersabar..get well soon

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails