Wednesday, December 15, 2010

NATRAH 'Cinta-Rusuhan-Air Mata'

Kalau tgk kat my side bar.... entry yang berkaitan ngan buku baru 1 post kan! Hik hik hik... itu bermakna x banyak buku-buku yang dibaca. Perghhh... malas betoi kiter nihhh nak membaca kan? Sori haaaaa.... Actuali... kiter idok ler semalas itu... banyak doh buku yg dah dikhatam... tu lom masuk buku masak, buku bank, buku lima.... bla bla bla... kira banyak ler tuh!!!

Haaa... bagi menambahkan koleksi stori bagi kategori BUKU... kali niii kiter nak muatkan  kisah NATRAH tulisan Fatini Yaacob terbitan Universiti Teknologi MAlaysia. Buku niii kiter pinjam dari Perpustakaan UPM pada Dec yang lalu... iaitu setelah menonton pementasan Teater Natrah.

Banyak perkara yang dititipkan dalam buku ini tidak diceritakan sewaktu pementasan yang lalu... may be disebabkan masa pementasan yang limited... atau pementasan itu dibuat mengikut persepektif lain... Maka, menerusi buku ini, dapat ler kiter mendalami sedikit sebanyak kisah Natrah dari perspektif Natrah itu sendiri,  perjalanan rusuhan kesannya kepada politik negara dan beberapa aspek yang lain.

 Buku setebal 474 muka surat ini sarat menceritakan perjalanan hidup seorang gadis, wanita, ibu dan nenek yang bernama Natrah@Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Berta.... yang mengalami fasa kehidupan yang sarat dengan air mata.

Hanya fasa kanak-kanak dengan Che Aminah yang amat dikenangnya kerna saat itulah yang paling gembira dalam hidupnya. Fasa ini banyak dihuraikan dalam pementasan teater baru-baru ini.

Fasa kedua dalam kehidupannya sudah tentulah fasa yang paling membahagiakannya iatitu apabila bertemu dengan Mansor Adabi. Apabila Natrah (di usia tua) berada dalam sesi wawancara... dengan mudah beliau bercerita tentangnya disulami dengan raut wajah yang ceria dan bibirnya menguntum senyuman yang manis.

Bila ditanya fasa ke tiga kehidupannya, iaitu kehidupannya di gereja Singapura (sewaktu beliau ditempatkan sementara menanti kes perbicaraannya selesai), Natrah terus black out... tidak mahu menjawab. Dan semasa Natrah menghadiri rakaman dokumentasi terakhirnya di sini...beliau menangis... kerna itulah tempat pemutus kasihnya dari orang-orang yang disayanginya. Dan di sini lah fasa kekeliruan Natrah bermula!

Natrah diterbangkan ke Belanda pada fasa ke empat kehidupannya. Episod kejam ini terpahat begitu mendalam pada hati dan jiwanya. Jenayah jiwa yang dilakukan oleh ibu bapa kandungnya yang bersekongkol dengan Kerajaan Belanda & Inggeris begitu menghancurkan jiwanya. Natrah menerima layanan yang buruk dari keluarga kandungnya. Persekitaran Melayu kepada Belanda, Bahasa Melayu kepada Belanda, Islam kepada Kristian, kurung/kebaya kepada skirt/gown, nasi & sambal belacan kepada keju & butter, puteri kepada kuli, mewah kepada miskin, dilayani kepada melayani, bebas kepada diawasi dan macam2 lagik.. Pendek kata batinnya cukup terseksa...

MAsa terus berlalu biarpun Natrah mengalami kehidupan yang sukar di bumi nan asing... dia begitu terkilan dengan Mansor Adabi yang dianggapnya telah melupakan dirinya dan tidak membantu dia keluar dari kemelut yang menyiksa jiwanya. Dia tidak tahu langsung yang MAnsor Adabi telah cuba berutus surat melalui Vermaulen (Warga Belanda yang perihatin), tetapi telah dimanipulasi oleh keluarganya & Kerajaan Belanda sehingga Mansor begitu kecewa dan akhirnya 4 tahun kemudian mengambil keputusan berkahwin lagi. Vermaulen yang juga kecewa dengan Natrah sengaja mengwar-warkan berita perkahwinan Mansor di dada akhbar sebagai sindiran kepada Natrah. Natrah yang terbaca akhbar tersebut begitu kecewa, hancur berderai seluruh harapannya. Terlalu menyesal kerna terlalu berharap. Menyesal kerna terlalu setia. Setia pada Sang arjuna yang bernama  Mansor Adabi. Fasa kehidupan Natrah kini kosong... hanya sekadar boneka hidup yang menjadi pak turut kepada keluarganya.

Satu-satunya cara untuk lari dari ibu bapanya ialah dengan berkahwin dengan Wolkenfelt dalam fasa ke lima kehidupannya. Sewaktu beranak 3, Natrah kelihatan tenteram & bahagia bersama suami & anaknya... tetapi tidak dengan ibunya. Pantang terserempak, pasti mereka bertengkar. Natrah mengungkit pelbagi perkara manakala ibunya tidak pernah mengalah.

Natrah ingin memberitahu dunia tentang derita yang ditanggungnya.Tentang kekejaman jenayah jiwa yang dilakukan oleh ibunya dan rakyat Belanda!!! Tanpa pengetathuan suaminya, Natrah berjaya menghubungi Vermaulen. Dengan terbitnya rencana tentang dirinya, dia merasa puas kerna dapat mengela nafas lega walaupun tidak dapat merubah takdir yang menimpa dirinya.



Setelah menamatkan pembacaan 474 muka surat, kiter ingin membuat rumusan peribadi:

Memang benar, Natrah mengalami tekanan perasaan ekoran dari peristiwa yang menimpanya. Dia terlalu menyalahkan ibu bapanya atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Walaubagaimanapun, Natrah sepatutnya tidak perlu terlalu menoleh ke belakang. Usah terlalu menyalahkan keadaan  masa lampau. Kalau Malaya yang amat dirinduinya... dia sepatutnya mengambil kesempatan atas tawaran-tawaran yang diterima olehnya dari pelbagai pihak setelah pendedahan sebenar dibuat olehnya. Tetapi dia enggan kembali ke Singapura & Malaysia atas alasan beliau masih trauma dengan tragedi rusuhan yang berlaku di depan matanya... berlaku kerna dirinya...


Penulis buku ini (Fatini) ada meluahkan kekecewaanya apabila kepulangan Natrah ke MAlaysia -1998 telah disembunyikan dari pengetahuannya. Pada pandangan kiter, Fatini kena memahimi hati dan perasaan si Natrah. Natrah  beranggapan wartawan hanya ingin membuat liputan tetang perjalanan hidupnya untuk sekadar tatapan umum manakala Stesyen TV, penerbit, penulis.... semunya boleh membuat duit dengan menjual kisah tentang dirinya.... Sedangkan kehidupannya masih sama... dihimpit dengan kemiskinan dengan jiwa yang tertekan. Maka , tidak mustahil Natrah menganggap penulis sama seperti wartawan-wartawan lain.

Banyak lagi pandangan peribadi kiter yang nak kiter sharekan di sini... TApi... biar ler dulu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails