Hari ni bekfast buffet spt biasa.
Ni tempat kitorang makan... ley pilih nak duduk dalam nii...
or
Tepi beach mengadap laut pu boley
Tenang sekali breakfast bila dimengadap laut nan membiru nii..
Tapi... jiwa kena kental beb... ngape?
ketenangan bisa tergugat bila ada aje yang pujuk rayu kita menjual oleh-oleh. But dun't worry... depa semua tak boleh melepasi line untuk rapat dengan kita yang tengah makan or duduk-duduk kat situ. Kalau kita kata tak nak beli... mereka tak paksa..So.... masih aman gitu... If kita belek-belek barang yang depa tunjuk... yang lain pun akan rapat untuk tunjuk item2 yang lain...
Riang ria di pantai
Muga hubungan mereka adik beradik kekal harmoni for eva end evaaa
Semoga kitorang bahagia till Jannah
Moga kebahagian keluarga kami bertambah-tambah lagik lepas nii.
Dan semoga orang sebelah kiter ni ley bawak kitorang melancong lagik... hik hik hikk
Wehhh udah-udah ler tu bergambo... Pak supirnya udah datang jemput jam 9.30 am...
Vroommm kitowang menuju deatinasi pertama... Destinasinya tak berapa jauh pun dari hotel... dalam 5-10 minute aje.....
Untuk masuk ke destinasi pertama kami pagi itu, kami kena pakai tali pinggang... kaler pink dan kunin
Lokasinya ialah Pura bolong.
Bergambar lagik before tour pura nii
Pura nii untuk penganut Hindu... Ni mereka sedang beribadat.
Pemandangan sebegini actually boleh didapati dan sama ngan di Bali.
Why tempat ini dinamakan Pura Bolong???? Pura maksudnya temple manakala bolong maksydnya lubang. See... ada lubang yang boleh excess ke beach.
Kalau naik atas tempat nii... boleh mengadap Pura Agong di Bali. Tapi kami tak naik pun... sebab time tu penganut hindu ada dan sedang beribadat. So tak yah lah nak ganggu depa tu kan!
Beach di area sini.
Berlatarbelakangkan rumah ibadat yang atas batu mengadap Bali tadik...
Dari Pura Bolong... kami ke next destination...
Tempat shoping oleh-oleh lombok cam makanan, madu, manisan dan rumpai laut.
so... pilih.. jangan tak pilih...
next........
DESA SESELA Pasar Seni dengan koleksi benda benda Seni Pulau Lombok ...
Sebut pasar seni... ianya sebenarnya idok ler cam pasar seni kita kat KL tuu... Tempat nii cam kedai aje... buat dan jual produk kayu... Hehheee... yang ni antara produk terbesar yang enggak mungkin kiter jadikkan ianya oleh-oleh Lombok...
Next Destination...
Pura Lingsar
Pura atau Temple nii tempat yang paling unik kiter kunjungi di Lombok ini.Nak tahu??? Jommm kita teroka dan kenali apa yang uniknya Pura Lingsarnya.
Pura ini actually mempunyai gabungan nilai-nilai agama Hindu dan Islam
Dari kejauhan kami nampak orang-orang disini menjunjung bahan pemujaan
mereka bawa ke tengah pura. Jom kita masuk kat area situ. Kita lihat apa yang ada...
Ni Bahagian tengah pura Lingsar... Dalam Pura ini dikatakan mengalir mata air yang tak pernah surut. Kolam ini di namakan sebagai Telaga Ageng yang di huni oleh ikan suci yang besau dipercayai telah hidup beratus tahun yang apabila tidak dipanggil untuk keluar, ikan yang ada di kolam ini tidak akan menampakkan dirinya. Salah satu cara untuk memanggil ikan suci agar keluar adalah dengan melemparkan telur ayam ke dalam kolam. Sesapa ada hajat, ley baling coin dalam kolam ini... if ikan tu timbul... hajat tersebut dikatakan akan dimakbulkan.
Haaa... baling ler kalau sesapa percaya... Kitorang??? Dengar aje boleh ler...
Kat area sini ler yang kita kata unik tadik... Kat sini masyarakat Hindu dan Islam berkongsi rumah ibadat. Yang baju putih tu Hindu dan yang baju hitam tu Muslim... Bila orang Muslim berzikir dan sebagainya... orang hindu akan duduk sebelah dan mendengar bacaan orang muslim dan begitulah sebaliknya. Dan kenkadang mereka beribadat serentak tanpa ada sengketa dan perbalahan.
Tetapi dalam setahun sekali di pura ini diadakan sebuah upacara yang melibatkan umat Hindu dan Islam. Time tu penganut Hindu akan memandikan Sapi untuk pemujaan dan ini melanggar kepercayaan muslim. So, dengan itu mereka adakan Upacara ritual yang dinamakan Perang Topat, di mana dalam upacara ini diadakan sebuah perang dengan menggunakan topat ataupun ketupat yang di lemparkan kesesama temannya. Selain itu, perang ini di maksudkan juga sebagai salah satu pertanda rasa syukur atas rejeki yang selalu dilimpahkan oleh Tuhan.
Ini yang dibawa oleh oleh penganut hindu sewaktu beribadat... daun kelapa, beras dan bunga
Tu stori bahagian tengah Pura ni....
Jom kita gi bahagian selatan pura yang dinamakan Kemaliq...
Haa... ni tempat khas orang muslim untuk beribadat...
Ada pancuran air yang digunakan untuk berwuduk dan berubat.
Sapa nak berubat perlu mengenakan kain putih. Kalau tak bawak kain putih... boleh guna kain yang ada di sini.
Air ini merupakan air dari Gunung Rinjani. Dipercayai boleh awet muda jika berwuduk dengan air ini... Saksikan ler memasing semangat nak jadik awet muda... Hahahhaaa
Bahagian utara temple ni pulak bernama Gaduh... khas untuk penganut Hindu.
Mereka membuat pemujaan mengadap Gunung Rinjani.
Pintu keluar masuk pura ni ada 3 dan menepati kepercayaan Hindu
Ketiga-tiga bahagian Utara (Hindu), Selatan (muslim) dan Tengah (Hindu-Muslim) ni sebelah menyebelah aje... So, benarlah kata orang, Pura ini merupakan simbuk kerukunan umat beragama.
Wokeh... dah tau kan "unik" yang kita maksudkan... So... Jom pulang
Bergambar dulu di pintu pura bahagian Utara.
Eh... terjumpa lagik rakan Malaysia yang kitorang jumpa kat kaki
Gunung Rinjani semalam...
Dah selesai laaa tour kami di Pura Lingsar nii
Ayam dalam nii pun nak selit jadik model kiter
Selesai tour... anda boleh pekena sate bulayak (sejenis sate ayam/sapi yang dimakan dengan nasi yang dibalut ngan daun). Or boleh pekena niii...
Sup darah sapi... ada beraniii???
Hahahhaaa... semua berani pandang aje laaaa.... Lapaqq...??? Jom Lunch kat sini:
Bila nampak je van kami parking..
Area berjalan kaki yang lengang sekelip mata dipenuhi penjaja...
Kitorang tak singgah pun... direct terus ke meja makan
Lauk kami hari iniii.... ikan udang sotong ayam.... tauhu, tempe, kangkung...
udah makan... jamu mata pulak kat depan restoran.
Since manyaakk masa lagik... acara bebas kami... pak supir kami bawakan kami ke:
Gedung Sasak'u'...
Kedai souvenier
Macam-macam ado!
Key chain, fridge magnet
Aikk sekecik ni pun sibuk jer nak jadik model
Along dan Adik
Seronok depa dapat beli gasing Lombok
Sambil menunggu atuk dan Cu selesai memborong.
Nice dan simbolik gitiew....
Sinnce banyak masa lagik... kami mintak pak supir hantar kami ke hotel... My Father in law dan Lina nak ber massage. Kiter??? Nak packing barang untuk pulang esok.
Jam 7 malam... pak supir pick up kami untuk makan malam untuk malam yang terakhir kami di Lombok...
Lokasi kami malam itu... Ocean Blue
Makan seafood laaaa
Besh gak tempat makannya
Makannya selera ngan tekak kiter
Wooo... patut ler.... chef from Malaysia ghupernya...
Wokeh lerrr... setakat ini dulu coretan kami di hari ke-56 we ols kat Lombok.
-To be continued-
2 comments:
Salam,
My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
off white outlet
off white nike
golden goose sneakers
supreme clothing
bape hoodie
jordan travis scott
supreme outlet
bape
yeezy boost 700
air jordan
Post a Comment