Sunday, April 30, 2017

Hiking Melati Hill's

Hurmm... lama bonar tak up date stori... sempena nak menyambut hari pekerja esk hari... kasi tepek satu stori laa...

29 APRIL 2017


Kisah we ols (me, famili and Group Persatuan Wanita UPM a.k.a PERMATA) ber hiking.



Kali ni kami pilih Melati Hill's  kat Nilai. Menurut pembacaan kiter, tempat ni memang ramai orang datang pada hujung minggu. Tidak sepopular seperti Bukit Broga laa! Tapi..... masih ada tarikannya. 

Tepek sikit info mengenai Bukit Melati nih:
Lokasi permulaan trail adalah pada Jalan BBN 11/4. Betul- betul bersebelahan dengan Tokong Na Du Gong. Dalam kawasan perumahan aje. Parking pun senang. So park ler tepi jalan aje. Tapi bila dah start ramai orang nanti, ada harapan kena menapak jauh.

Starting point nya betul-betul sebelah tokong Na Du Gong tu. Yang bagusnya tempat ni - ada toilet (walaupun tak pasti sama ada bersih atau tidak), ada paip air kat tepi trail starting point tu (senang la kot nak cuci kaki ke, lumpur ke...), ada gerai jual air dan hiking apparel (tapi time kami gi... gerai tu tutup). 



Kitorang tiba lebih kurang jam 8.30am... depa naik bas.. kitorang naik kereta sendiri. So warming up dulu.


Bergambo dulu before memulakan pendakian. Motto dia yang besh... 
"Your Health is Our Concern" 
tengkie- tengkiu.. hehehehhe


Gaya biorr lobih... kaaannnn???



Since kiter ada bawak ahli yang lututnya dah kong... dan ahli paling ciconet... kami merupakan ahli group yng terakhir memulakan pendakian.



Trail awalnya... tak de ler curam sangat.... tapi katanya hiking kan... of cource kenalah mendaki sikit. Sampai aje kat port pertama... bergambo dulu laa kan! Dari atas bukit ini... jagan harap laa nak nampak pemandangan hutan dara... Semua dah gondol... dikelilingi ngan projek perumahan dan pembinaan sana sini. But dun worri.. hijaunya masih ado!



Nampak gayanya... sampai sini ajae laa pendakian encik asben dan khaleef.. sebab nak naik ke Monkey Hill depan sana tu... khabarnya makin curam. Tak baik untuk kesihan en asben.. 



Tinggal kiter dan Kimie aje meneruskan pendakian bersama rakan-rakan yang lian. Eh... lupa nak khabo... my dotter tak join kali nii sebab ada bengkel  UPSR.



Ada je peluang.. berhenti bergambo... abih camno nak cepat sampai? Ngeh ngeh ngeh...

Kami meneruskan pendakian... hiking kat sini walaupun mentari dah mula menyinga... suasananya masih teduh dinaungi dedaun pokok. Jalan lak agak licin dan berlecak  sebab semalam hujan lobat gilo! 

Makin lama.. kami kena tempuh track yang mencanak... maaakkk aaiii.. Time tu rasa nak patah balik... mengah giler! Time mendaki tuuu ada jer terdengar suara-suara semangat dititipkan oleh pendaki dari group lain. Cara tarik nafas yang betul bila ber hiking... jgn dongak atas.. sikit aje lagik nak sampai laa.. dan macam-macam lagik laa..

Ada jer port lepak.. kiter berhenti. Yang besh nyer... bila selisih ngan rakan hiking lain.. kami akan bersembang dan mereka akan beri kata-kata semangat buat beginner cam kiter. Tak kira umur bangsa dan agama. Kami berkongsi bekalan cokelat ngan mereka. Mmg aktiviti ini boleh mempupuk semangat perpaduan tau...


Setelah mendaki laluan yang curam tadik...Finally sampai gak kiter kat Monkey Hills. Port kami tunggu rakan rakan satu group untuk berkumpul before aktiviti turun bukit diteruskan. Masa ni depa hulurkan cokelat. Menggigil tangan mok cik unwrap plastik cokelat tuu.


Dah hilang mengah... kasik possing dulu.


Rakan-rakan sependakian almost complete and ready to depart to the next destination. 


Plan asal nak turun balik... Sekali hiker-hiker yang lain kata why not gi Cobra Hill... that hill tak jauh mana pun.. dan tak securam tadik..


Agak-agak uols... kami pilih laluan mana? Turun? Cobra Hill? Rope Hill?


Dah katanya dekat ajo... so, kami naik ke cobra Hill pulak


Hehhehee... zoom kenkawan kat bawah


Finally, almost 2 hour kami hiking dan beristirehat atas bukit tuuu... kami selamat turun ke bawah... jalan sikit ats jalan raya menuju tokong tadik.


En asben yang sabo menunggu kami.


Walaupun agak penat... terpancar cahaya keriangan di wajah2 kami yang majoritynya beginner dalam dunia hiking nii.  Beshhh wooo... rasa nak repeat lagik!


Kesimpulannya..

Trail Hiking di Bukit Melati nii tak de laa tinggi dan jauh sangat. Tak sampai 2km. Dah ramai yang berjaya naik dan turun dalam tempoh masa 1 jam. But pada yang ala-ala artis yang tak berhenti untuk selfie dan ditambah pulak banyak beristirehat cam we ols... tempoh masa yang kami ambil sekali ganda... hahhaha... 2 jam beb!

Actually kat sini ada beberapa puncak.. (puncak tertinggi is about 138m only). Tak setinggi broga.. but treknya tak selandai Broga (kata orang). Yang kiter ingat, antara puncak-puncak yang ada kat sini ialah  Monkey Hill, Cobra Hill dan Rope Hill. Hasil pembacaan kiter ada a few puncak lagik iaitu Centipede Hill, Mosquito Hill tapi.. kiter tak jumpa lak masa hiking tuu. 

Kat sini.. insya Allah, tak tersesat barat. Ikut aje track yg ado dan dun worri. banyak gak signage dan trail yang diorang siap tag kat pokok2.. Tu yang sangat bagus. Insyaallah kebarangkalian nak sesat tu agak minimum. 

Den dah cubo... uols???😎😎😎😎😎






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails