Wednesday, May 24, 2017

APC 2016

Catatan 24 May 2017, ada program istimewa Universiti...

Majlis APC  kepada yang Cemerlang dalam Perkhidmatan pada tahun 2016, meraikan staff yang berpencen, penghargaan kepada staf yang telah  berkhidmat selama 25 dan 30 tahun ngan UPM dan juga ucapan terima kasih kepada waris (staf yang meninggalkan kami sewaktu masih dalam tugas). Hari ini juga diadakan sambutan hari pekerja peringkat Universiti.

Memang kiter dah pasang niat... tahun nii kiter memang nak masuk dewan meraikan rakan2 yang dapat APC. Untuk diri sendiri... hahahahaa... niat tuu tak pernah dipasang pun... So.. gigihlaaa menunggu senarai nama kenkawan yang bakal naik stage... sampai ke hari kejadian... memang memasing kuat sungguh zip mulut.

Sib baik En Asben dapat APC... maka, tertunai ler hajat beta nak masuk dewan tahun ini... kih kih kih....


Pagi tuuu... before masuk dewan..


Kamera tepon tak berapa nak canggih... zoom gambara tas stage tak berapa nak jelas... ambik gambar dah turun stage aje laaa.

Tahniah diucapkan kepada penerima APC tahun nii... Terutamanya kepada Inchik Asben aaaiii laa kan!. Moga kalian terus cemerlang... melonjakkan prestasi UPM ke peringkat yang lebih tinggi. Yang tak dapat tuu... jangan berkuchil hati... mungkin bukan rezeki kita, mungkin juga kita kena pertingkatkan prestasi agar lebih cemerlang dari sedia ada. Yang penting kita laksanakan dan galas tanggungjawab dengan jujur amanah dan ihsan. Ganjarannya mungkin bukan di dunia.. tapi di akhirat sana.. Eceh ceh.... boley jadi pakar motivasi tak kiter nii??? Hihihiii..


Sebelum orang ramai keluar... kami ambik peluang bergambo kat foyer. Ingat nak masuk dewan balik.. sekali... perut dah berkeroncong. Tak dop nya gi tempat special.. sebab petang tuu memasing ada meeting. 


So... makan nasi biryani aje laa kat Bangi.. yang penting orang yang dapat APC belanja. Ehhhh.. kalau tak dapat APC pun... dia gak yang belanja... hurmm... ada beza kerrr???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails