Monday, August 24, 2009

Cerita di awal Ramadhan

Akhirnya.... Ramadhan menjelma lagik....

Bermulanya aktiviti RAmadahan kali ini... on Friday night, kimie mengikut my hubby ke surau... mengerjakan solat terawikh.... Bersahur??? Nak kejutkan kimie tidak menjadik masalah yang besar... just kejutkan dia sekali jer... bingkas bangun. Excited dia nak berpuasa... Tapi... dia makan sikit jer.... kiter bimbang gak tenaga dia tak mencukupi coz semalam dia tak ambik dinner pun...

Didie???? Dia juga excited nak berpuasa... syarat pose untuk didie.... berbuka jam 12.30 tgh. kitorang just kejutkan didie dan hulur botoi susu dia... Camner nak bersahur??? minum susu pun sambil mata terpejam.

Pagi tuu.... kitorang ke TESCO, beli bahan nak buat nasik ayam untuk menu berbuka petang nanti. BAlik umah dalam kul 10.30
dan Sejak detik itu... didie dah mula menghitung waktu untukberbuka ... Selang 10 minit dia tanya...

Didie: Ibu!!! Adik lapar..... adik nak susu
Ibu: Sekejap yea sayang kul dua belas setengah nanti adik berbuka
Didie: Dua belas setengah tuuu macam mana?
bu: Jarum pendek kul 12, jarum panjang kul 6
Didie: OK.... Didie kembali tenang nak bermain semula.

Selang 10-15 minit Didie: Ibu... kul 12.30 tuuu dekat ngan no 1 kannn?
Ibu: Ya Sayang

Kembali bermain dan selang 10-15 minit komdian

Didie: Ibu.... selepas sebelas kul 12 kannnn?????
Ibu: Betul tu sayang

Begitulah seterusnyer.... selang 10-15 minit dia akan terus bertanya

DAh tahan sangat katanyer... terus baring tengok TV sambil menganggakat bajunyer untuk menunjukkan perutnya yang kelaparan



Untuk menghilangkan rasa kelaparannya... kiter ajak bebudak niii menyediakan bahan untuk buat inti popia.... biar depa tak perasan masa berlalu


Tepat kul 12.30, along nyer melaungkan azan di telinga didie.... tanpa membuang masa.... didie terus berbuka pose ngan minum susu.
Didie: Ok bu... adik nak sambung balik "kuasa" tadik.
Aik.... bole ker gitu???? Ermmm..... suka ati kau ler dik...
Kiter lak sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka dan kebetulannyer orang Pahang dah sampai kul 3 petang.... my mum & me bergotong royong ler memasak nasik ayam.
Menjelang kul 4 .... kimie mula nampak tanda-tanda kelesuan.... Nak bagi dia berbuka.... dah alang-alang... kiter cuba pujuk dia untuk bertahan.

Niii kimie dah tak karuan.... kejap ke dapur buka peti sejuk... tapi... sori kiter nak mengizinkan dia berbuka

Kejap kang... baring... pas tuuu bangun... pas tuuu baring balik.... cian gak kat dia...


Masa niii dah 6.15, nak ke bilik air pun kiter temankan dia.... takut dia minum lak air paip niii. Kiter basahkan kepala dia.


sikit lagik yea sayang.....


kepenatan sampai tertido dia




dalam kul 6.45 kitorang mulakan majlis ngan bacaan yassin dan bertahlil. Majlis tahlil hanya dibuat dikalangan kami anak beranak.



Kimie dah terlentang kelaparan


Sebaik saja azan dilaungkan... kimie terus minum 2 gelas air bandung, tak sempat nak baca doa pun.... Selang 2-3 minit komdian... dia dah muntah.... rest jap 5-6 minit.... bagi dia makan sikit dan minum air kosong.... terus muntah lagik.... selang 10 minit bagi ubat gastrik dan angin.... minum segelas air.... pun dia muntah lagik hingga lembik... Pas solat maghrib dia terus tertido. Kesian dia...
Majlis berbuka kali ini amat bermakna buat kami sekuarga... setelah sekian lama (dah bertahun-tahun) kami tidak pernah dapat berkumpul serentak untuk berbuka bersama-sama dan kali ini... Al-hamdulillah... dan bilangan ahli pun dah bertambah ngan anak menantu dan cucu-cucu
Dan kalau diperhatikan... orang yang paling excited masa berbuka adalah... DIDIe... dia makan banyak dari biasa sambil berjoget-joget... Bangga dapat meneruskan pose lagik setengah hari yang dia sambung tadik.


Lepas berbuka.... kami menunaikan solat magrib, isya' dan terawikh secara berjemaah... masa niii solat magrib dan kimie masih mampu berjemaah sesama.



Nun... dihujung saff pompuan niii... Didie jugak tak ketinggalan mengerjakan solat secara berjemaah


SEbaik saja habis solat maghrib... kimie tido kelesuan... tanpa ada makanan di dalam perut. Ibu mintak maaf sayang.... kerana menahan kimie dari berbuka awal tadik.... Tengok laa sahur nanti... Ibu kejut kimie untuk makan.... kalau larat bole puasa... kalau tidak.... terpulang padamu sayang....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails