Monday, December 28, 2009

Kimie dah nak Sekolah

Pejam kelip... pejam kelip... kimie dah nak masuk darjah satu. HuRmmm.... dah besar rupernya anak ibu nih. Sebelum nii kiter berbelah bahagi nak hantar dia school mana satu... Sekolah Syeksen 7 bangi atau Sekolah Intergrasi Bangi atau Al-Amin atau Al-Abim??? Fening yang amat masa tuh. Pelbagai perkara/faktor perlu diambil kira.

And mid of Dec baru kiter buat decision... pilih sekolah Intergrasi Bangi.. Ermmm.. kami pilih sekolah aliran agama. Kami seboleh-bolehnya nak terapkan dia dengan ilmu agama supaya dia membesar nanti boleh membezakan yang mana baik buruknya. Nak ajar/terapkan sendiri ilmu agama nii memang boleh... tapi sekadar yang kami tahu laaa... Kekadang bebudak nii lebih suka mendengar kata orang lain dari kata parentsnya sendiri. Tu yang decide this school agar didikan agama yang dia bakal perolehi nanti membantu dia dalam mencorakkan kehidupannya di hari mendatang.

Memang ada mulut yang mengata... banyak juga pelajar sekolah agama yang melakukan pelbagai kejahatan... dari sekecil-kecil kejahatan kepada yang sebesar-besarnya..... Itu memang kiter tak nafikan.. Tapi... at least kita dah berusaha memberikan didikan yang hampir sempurna untuk mereka. Semoga anak bangsa kita didik dengan sempurna dan membesar sebagai insan kamil. Amin...

Berbalik citer tentang kimie nak sekolah ni... kami dah buat a little bit preparation.... Since sekolah niii dari kul 7.30 hingga 4.30 ptg direct, so baju sekolah sehari sepasang. Kasut... kaler hitam. Ermmm 3 pasang dulu. TApi kiter pernah diberitahu yang kasut-kasut niii kemungkinan akan hilang especially 1st week sekolah. Coz depa niii bukak kasut kat surau (solat berjemaah zohor dan asar) biler dah sudah solat... memasing kasut kaler sama... design lebih kurang sama... tu yang selalu tertukar. So, dijangka kasut kena beli lagik.

Lain-lain.... stok alat tulis... pemadam kiter beli banyak sekali... coz ada member citer... budak-budak suka buat koleksi getah pemadam nih... yang lain-lain cam biasa laaa... Bekal air dan makanan... Cu lina dah belikan. Pencil case... Aunty Illis dah bagi... buku-buku.... beli kat sekolah masa pendaftaran 31hb ni. So ok laaa kot..

Just kitorang nak reconfirm transport dan kelas ngaji dia nih... HuRmmmm.... kiter lak yang excited anak nak masuk darjah satu nih.... He he he!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails