Wednesday, December 2, 2009

Salam Aidil Adha 2009

Dengan rutin harian yang agak padat dan ditambah pula line internet yg slow menjadi sebab utama why kiter lamat post entry Aidil Adha nii... TApi tak pe. Itu tidak menjadi alasan untuk kiter dari tidak post apa2 untuk dirakamkan di sini.

Kalau ikutkan giliran Raya Haji kali ini adalah turn Pahang coz Aidilfitri yang lepas turn Terengganu. Tapi... kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Dengan kehendak dari-Nya... maka tersiratlah bahawa Aidil Adha kali ini kami sambut di Terengganu.

Ini bermula dari 4-5 bulan yang lepas, hasil cit-chat kami bersama Arwah Mama yang nak sunatkan kimie cuti sekolah akhir tahun ni. So kami pun survey ler flight ticket KL-Terengganu-KL dan tetiba terkena pada harga tiket yang murah. Tanpa melengahkan masa... kitorang book ler terus... Biler kiter nak up-date my diary/planner... didapati tarikh balik kami ke KL betul-betul terkena pada Hari Raya.... Ermm... nak buat camner kan. Benda nii kitorg dah explain kat kuarga Pahang agar mereka tidak berkecil hati. Hati kuarga kena dijaga wooo....

Rupa-rupanya kesilapan teknikal kami niii mempunyai hikmahnya dan kami bersyukur untuk itu. Tanpa diminta.... Mama telah dijemput Ilahi pada Syawal baru-baru niii dan inilah kali pertama bagi kami melalui Hari Lebaran tanpa MAMA. So, kali ini kiter telah menggalas salah satu tugas mama iaitu menyediakan juadah HAri Raya....

Mama... tiada lagi menu special yang menjadi santapan kami di pagi lebaran... Tiada lagi suara anak-cucu request demand nak makan itu dan ini... Hanya ini yang mampu Mie siapkan untuk kuarga kita ma.


Ketupat mini segera... kuah kacang.... ayam berempah dan kek resepi mama yang menjadi kegemaran cucu-cucumu.

Buat penetahuan u ols.... sejak pemergian mama... ayah langsung tak boleh masuk ke dapur... Dia begitu sedih... hatinya bagai tersiat-siat... pilu... kerana nilai sebuah kasih sayang yang tiada bertepi pada insan yang lebih 35 tahun hidup bersamanya. Selain bilik tidur... ruangan dapur adalah ruang kegemaran mama... disitulah ayah membantu mama menyediakan juadah untuk santapan kuarga. Lebih-lebih lagi sejak kesihatan mama kurang mengizinkan.

Seminggu kiter di bumi Terengganu... ruangan dapur ini lah menjadi medan untuk kiter dan ayah meluahkan hati dan perasaan masing-masing. Sewaktu kiter memasak... ayah menghulurkan bantuan seperti mana dia lakukan pada Arwah. Kami berkongsi cerita... menyingkap kenangan bersama mama.... meloroti kisah suka duka kehidupan mereka... dan menyelami erti sebuah KEHILANGAN.

Menyelami hati ayah... Sesugguhnya... ayah memang PARAH.... ayah memang sunyi.... ayah memang rindukan mama... ayah memang terasa yang amat dengan kehilangan mama... ayah memerlukan sesorang yang boleh menemani hari tuanya... tapi bukannya pengganti mama... Ayah memerlukan anak cucu disisi... tapi... siapalah dia untuk meminta itu dan ini lebih-lebih lagi memaksa. Merenungi rumah pusaka peninggalan mama... kiter menjadi buntu... buntu untuk membuat keputusan. Ayah memang berat untuk tinggal dengan kami di Bangi... dia seboleh-bolehnya tidak mahu meninggalkan rumah peninggalan mama... tapi... alangkah bahayanya ayah tinggal bersendirian. Apatah lagi dengan kesihatannya yang kurang stabil.

"Salmi.... walau apa pun terjadi... ayah tetap dan akan cuba bertahan tinggal dalam rumah nii... tapi... kalau ayah tiada lagi......" kata-kata ayah terhenti... yang kedengaran cuma sedu sedan ayah disulami dengan deraian air mata... Air mata seorang perindu... yang hampir putus asa dengan sebuah kehidupan.

Mendengar perkataan itu... hampir luluh jantung ini. Buat masa ini... kiter terlalu trauma dengan kehilangan mama... dan kiter tak boleh menerima hakikat sekiranya sekali lagi orang yang terhampir meninggalkan kiter. Ahh.... alangkah baiknya jika kiter yang pergi dulu. Tapi... siapa laa kiter untuk menahan ujian Tuhan ini. Ayah... Mie harap ayah tabah...

Dikelapangan waktu... kiter mengemas kitchen cabinet, dapur dan peti sejuk. Dengan deraian air mata, kita menyusun stock groceries peninggalan mama... membuang bebawang...cili.. halia... & sayuran yang dah kecut... yang sudah ditinggalkan hampir 2 bulan... yang ditinggalkan oleh mama. Arghh..... hati kiter terlalu pilu untuk melakukan itu semua. Mungkin... inilah perasaan yang dialami oleh ayah dan sudah pasti lebih parah dari ini. Separuh jalan kiter tak mampu meneruskan kerja-kerja itu... dengan hati yang sebak yang amay berlari masuk bilik... mencari sedikit ketenangan. Rupa-rupanya hanya dimulut kiter katakan bahawa kiter telah menerima hakikat mama dah tiada... tapi hati ini sentiasa kata tidak.

hati kiter terasa pilu yang amat sehingga sukar menjalani kehidupan seperti biasa. Tambahan pula ketika ini yang memerlukan kiter menjaga kimie yang sedang berpantang. Terngiang-ngiang ditelinga antara kata-kata yang pasti keluar dari mulut mama buat kimie sekiranya dia masih ada:

"Cucu nenek hebat kannn? Bagus cucu nenek"

Arghhh.... sakitnya!!!!!!!!!!!!!!!

Ya Allah... di atas sejadahmu aku berdoa agar dititipkan kekuatan buat kami sekeluarga... Tetiba kiter mendapat satu akal bagi menepis kesedihan yang kiter alami ini. Kiter menganggap mama terbang jauh nun di perantauan dan suatu hari nanti dia akan kembali ke tanah air untuk bersama kami semua. Kiter terpaksa menafikan hakikat sebenar pemergian mama agar kiter boleh terus mengorak langkah berikutnya.

Berbalik cerita di pagi raya.... Kimie yang sudah seminggu berkhatan masih enggan bangun berjalan. Selepas mandi... dia menyarungkan baju melayu and kemudiannya... baring semula. Juadah dia di pagi raya... kiter bagi dia makan nasi minyak yang disedekahkan oleh jiran. Dia nak makan kek, nasi himpit dan kuah kacang... tapi... sori... luka berkhatan masih belum sembuh.



Sebaik saja balik dari Sembahyang raya dan bersarapan... kami mengunjungi pusara mama....


Ambil wudu' dahulu sebelum bacaan yassin kami titipkan


Sudah kering bunga rampai yang kami taburkan di pusara mama pada Sabtu lepas.... Tapi... doa kami tak pernah kering buatmu mama...

"Assalamualaikum nenek..... along dah sunat" sapa kimie sebaik sahaja sampai di pusara neneknya. Lantas miminta Yassin untuk dia titipkan buat neneknya.



Selesai bacaan YAssin... kami taburi air dan bunga di pusaramu.




Salam al-Fatihah buatmu dan semoga mama damai di sana. Kami melangkah pergi dengan deraian air mata. Lebih kurang 20 tapak kami melangkah pergi...
"Alamak... along lupa nak bagi tau nenek yang kita nak balik malam ni" kata kimie. Nak berpatah balik mesti lambat sebab dia masih jalan terkedek-kedek dek takut dengan "birdnya' yang baru dipotong.
"errmm... along jerit jerrr dari sini. Nenek bole dengar" kami bagi pandangan
Sambil menoleh ke arah kubur, kimie menjerit dengan nada berbaur tangisan" Nenek.... malam nii along dah nak balik..." Kami yang mendegar, tersedu sedan dengan situasi itu.

Seterusnya kami just menziarah 2-3 buah rumah sahaja dan kebetulannya terkena hari Jumaat. So bekejar untuk solat Jumaat. Next berkemas untuk balik ke Bangi. Ayah & Lina hantar kami ke air-port. Sebaik turun dari kerete...
" Atuk... nanti kirim salam kat nenek ya!!!" Jerit Kimie.
"Nenek mana?" Tanya kiter
"Nenek along la.... nanti atuk pergi kubur nenek... atuk bagi tau laaa along kirim salam" jawab kimie... Kiter terdiam dengan kata-kata kimie.




Since sampai awal kat air-port... kami mengambil kesempatan untuk bergambar



memasing alas perut sebelum berangkat pulang... menutup stori Aidil Adha kali ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails