Thursday, March 18, 2010

Orang kaya Hakiemi...

Since last 2 weeks, Sebatang lagik gigi susu kimie dah goyang. Kimie amat bimbang kalau giginya lambat cabut. Takut kena sembelih unta katanya... hi hi hi....

Dan akhirnya.... semalam... sewaktu dirumah pengasuh dia... giginya telah selamat tertanggal. Dgn heppinya dia tunjukkan giginya yg dah tercabut itu kat kitorg. Siap pengasuh dia pesan agar letakkan gigi bawah bantal dan dia akan kaya. Tergelak gak kitorg coz teringat zaman dulu2. He he he lama gak tak dgr cerita pasal gigi bawah bantal kan????

Ptg sampai malam... kimie asyik bermain dgn giginya. Sekejap hilang dan kejap jumpa balik. Tak sabar menanti waktu tido dan teruja sesangat untuk menjadik kaya. Katanya laaa...




Dek kerana bimbang akan kehilangan giginya sekali lagik... kimi mengambil inisiatif memasukkan dalm bekas PSP dia nih.... dan letakkan bekas tuh bawah bantal dia.




Keesokkan paginya, Ketika kimie masih lena diulit mimpi... kiter telah membuka bekas PSP dia, ambik gigi dia dan tukar ngan duit nihhh.


"Hakimi... bangun dah pagi!" kejut kiter. Tetapi tiada respon dari dia walau berkali2 kiter memanggil namanya dengan pelbagai intonasi!

" Along!!!! Along sedar tak semalam ada cahaya putih masuk bilik along dan pergi bawah bantal along?" tanya kiter dengan nada cemas!

Kimie bingkas bangun... seram kot dengar nada kiter yang berbau mistik itu lalu menarik bantalnya. Dan matanya terpandang bekas PSP dia.. Dia bingkas membuka bekas itu sebaik sahaja dia ter recall tentang giginya. Sebaik sahaja bekas itu dibuka:

"YAHOOOO.... ALONG KAYA!!!!!!" jerit hakimie keriangan... ketawa berkali-kali... mengira2 ngira duit yg dia dapat... melompat dari katil... menjerit beritahu ayah dan adik....


Lihat.... betapa heppinya "org kaya" nih!

Didie menyuarakan hasratnya untuk kaya seperti alongnya. Nak giginya turut tercabut seperti kimie. Wow... bahaya nih...

"Adik kena tunggu 6 year old mcm along dulu.... buat masa nih kena jaga gigi dgn baik... kalau gigi kena makan ulat... nanti malam2 gigi tu akan datang gigit adik coz adik tak jaga dia dgn baik" dalih kiter dan nasib baik didie menerima alasan bodoh tuh... hi hi hiii.

" Hurmmm... malam nih ibu tak masak yea!!!! Ada orang kaya nak belanja kita semua" jerit kita menyebabkan kimie tersengih lalu memeluk duit dia sambil menjerit,..... TAK NAKKKKKK....

Perghhh... kedekut punya org kaya!!!!

2 comments:

TopsyTurvyMum said...

Hi Salmi :)

Nana ler ni hehehe..

tooth fairy kasi duit ler tu..my kids pun siap letak gigi bwh bantal tunggu tooth fairy kasi duit..

Mama dia tak kuasa nak layann hahaha..

khairul adha said...

hahaha....akak,kimi tau x pasal akak yang letak dwet tu?
(ad-hyper.blogspot.com)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails