Wednesday, October 26, 2011

Grand Ikhtifal LC 2011

26 October 2011…
Heppi Deepavali to ols Indians…. But that is not tajuk entry kiter kali nih… Actually kiter nak stori pasal

The 4th GRAND IKHTIFAL of Little Caliphs Kindergartens 2011. Apa tuh??? Convocation day laaa


kita mulai dulu ngan gambo cik mek Sephia niii....






 Bertempat di Dewan Besar IPS Serdang, this Grand Ikhtifal mengumpulkan 4 buah cawangan LC iaitu LC BBB S3-12 graduan, LC BBB S7 (school Sephia)-37 graduan, LC BBB S9-15 graduan dan LC GMI-22 graduan.




Seawal jam 8.20am… kami dah terpacak kat dewan nii. Hurmmmm rupanya ramai yang dah datang awal dari kami… That’s why kami hanya dapat sit belakang wing kanan dewan. Hurmmm payah lerr sikit nak jadik camerawomen hari nihhh…



 Kalau ikut buku program yang dibekalkan kepada parents, majlis akn bermula jam 9.00am. Namun sedikit delay bagi menanti ketibaan Founder LC niii. So, dikesempatan itu kami bergambo dan mengisi masa ngan membaca buku/novel memasing.



Bih kurang jam  9.15am… baru ler acara bermula. After welcoming note oleh juruacara yang dah pegang jawatan tuu selama 3 tahun berturut2, majlis dimulakan dengan Doa Recitation

 Bacaan doa ini dikepalai oleh imam surau merangkap one of parent graduan hari ini.



 Majlis diteruskan dengan Quran Al-Kareem verses recitation and translation. Hanya seorang wakil dari setiap  school. Dan Sephia diberi kepercayaan bagi mewakili LC BBB S7.


Actually kami baru jer dapat tau yang dia nii akan jadi Qariah tuk majlis niii pada pertengahan minggu lepas. Pihak sekolah meminta kerjasama kami agar menjaga kesihatan Sephia. Rasanya she will be okay sebab baru last 2 week kami sekeluarga recover dari demam… Tapi kuasa tuhan siapa yang dapat menghalangnya… Nak dijadikkan cerita 25/10 a day before this event… suhu badan Sephia meningkat dan dia mula pasif dan demam… Masya-Allah… pada hal hari tersebut dia kena gi rehersal. Pagik tuuu beralaskan seteguk dua susu… kami berikan dia paracetomol untuk dia bertahan. 

Balik petang tuuu, dia masih belum recover... bimbang tanpanya akan mencacatkan perjalanan majlis, kiter berusaha juga untuk memulihkannya... bagi ubat again and basahkan seluruh badan hingga dia mula menggigil and tidurkan dia... Kami sisipkan doa agar Sephia cepat sembuh. Jam 3 pagi... kiter bangun dan check suhu dia.... al-hamdulillah dia dah recover.

So, pagi ini dia dengan semangatnya dia membaca surah Ar-Rahman ayat 1-12, dan ditranslate oleh rakan disebelahnya dan seterusnya bacaan diteruskan oleh rakan LC S9. Hurmmm actually i try to up-load rakaman bacaan anak2 nih. Tapi, blogger.com ni ada problem... next time lerr i muatkan kat sini.


Sebaik sahaja anak2 LC selesai recite al-quran, majlis diteruskan dengan Short Speech and officiation by the founder LC Pn Hjh Sabariah Faridah Jamaluddin



 Next, bagi memberkati lagi majlis.... para audiens didengarkan bacaan Hafazan of surahs. 5 orang tahfiz dari setiap sekolah dimulai dengan barisan pertama LC S9 yang membaca 3 Qul, Next, LC S3 dengan surah al-fajr, LC S7 surah Iqra' dan diakhiri ngan LC GMI. Untuk sesi hafazan, Sephia tak join pun!


Selesai bacaan surah, show time bermula. Hanya 1 show bagi setiap sekolah. Show di mulai dengan LC S7- Sekolah Sephia. Poem bertajuk "Call for young Khalifah"


Sephia memulakan acara dengan menyampaikan poemnya. Tapi agak sayang sound system/microfon yang digunakan menyebabkan penyampaiannya sedikit terganggu. Bila dengar dia baca poem... teringat kata2 dia minggu lepas... "Ibu.... suara teacher Ya best sangat masa baca poem! Rugi ibu tak dengar!" Hihihiii... ibu tak dapat dengar suara teacher Ya... ibu dengar suara Sephia pun bole laaa kan....? Actually kiter ada gak rakam show anak2 nih... Tapi x berkesempatan nak  muatkan kat sini. Next time le!




 antara lakonan dan nyanyian  anak2 LC S7


Acara diteruskan ngan Convocation Parade LC GMI. Sori, baik gambo maupun rakaman... kite tak capture. Ye laaa bagi laluan kepada parents yang berkenaan tuk ambik gambo anak masing2. Yang belum tiba turn tuuu harap cool dulu! Yea dak???? 


Majlis diteruskan dengan show ke-2 iaitu from LC S3 dengan lintas langsung dari bilik berita "Weather Broadcasting"

Sori beb... buat masa niii kiter muatkan dulu gambar pembaca berita... lain2 semua dalam bentuk rakaman yang lom bole di up-loadkan kat sini.


Selesai persembahan tersebut... majlis diteruskan lagi dengan Convocation parade LC S9. Pun x der gambo/movie yang dapat dishare ngan kowang semua... Bagi laluan kepada orang yang berkenaan!




Ni lak.... Pantomime from LC GMI dengan tajuknya "Lau Kana Bainana". Penyampaian pentomin ini jugak agak terganggu dengan sound system yang kurang memuaskan. Anyway, messagenya tetap sampai!


Akhirnya... masa yang dinanti2 telah pun tiba... Perarakan masuk graduan dari LC S7......



 Sephia menanti gilirannya ambik scroll...


 Dan, show terakhir dari LC S9, ngan Music & Movement yang bertajuk "Flowers are Red"


 Selepas Covocation PArade dari LC S3, majlis ditamatkan dengan Photography session...


 Team LC S7, Sephia... berdiri 3 dari kanan



  jom zoomingggg.........



Graduan hari ini....
 


Along tumpang gumbira




Bersama ayah yang pun baru lepas bergraduat. Buat pengetahuan u ols.... ayah dia ni start cuti belajar sebaik sahaja Sephia lahir... tahun niii Sephia bergraduat.... dia pun turut bergraduat. Sib baik convo  pertama sephia sewaktu dia 6 tahun... kalau 12 tahun???? 12 tahun gak ler ayah dia baru bergraduat.... kalau 21 tahun sephia baru convo... perrhhhgghhhhh... berjanggut ler hakimie si anak sulung dia! Keh keh keh!!!!!



 Bergambar ngan ibu pun satu acara wajib nak oiiii....



 Sebelom balik.... meraikan dengan kawan



 Atas permintaan graduan... kami meraikannya kat Piza Hut aje!



yang over makan???? ibu? La'..... kimie? pun idok... so, sape yg over???? ayah kepada graduan maaa... tgk tuuu sampai dalam pinggan anak pun dia nak licinkan! Muah haaa haaaa


Before i end my stori, i would like to wish... tahniah kepada warga kerja yang menjayakan grand ikhtifal nii especialy pada tenaga kerja LC. Juga kiter nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru LC S7 yang bersabar melayan karenah anak2 khasnya Sephia, mendidik nya hingga berjaya ke tahap ini. Ucapan dari Founder LC tadik menyebabkan kiter sedikit gerun "Hari ini , kami pulangkan anak2 ini kembali ke tangan anda untuk membentuk mereka seterusnya"... Hurmmm... berjayakan kiter membesarkan khalifah kecil ini mengikut landasannya???

Tetiba ingatan kiter kembali ke tahun 2009, ketika itu sephia baru sahaja berumur 4 tahun, tak tahu solat mau pun membaca.... Al-hamdulillah seawal 2 minggu dia dah mula boleh recite surah al-fatihah dan 3 Qul... dan seawal 1 bulan lebih dia dah boleh performed solat dengan bacaannya sekali.. Pernah gak kami hampir tergelak sewaktu dalam solat berjemaah bila sephia recite bacaan lebih kuat dari imam... ye laa orang tgh excited baru pandai baca! Dan  di usia itu, she can read... boleh join pertandingan membaca BM, bersaing ngan anak2 5 tahun dan berjaya mendapat tempat ke3.

2010, umurnya berganjak ke angka 5, dah banyak surah yang dah dihafaz, BI pun dah boleh baca.... masuk reading contest BM al-hamdulillah juara tapi  tidak BI. Walaupun gagal meraih sebarang tempat... kite tetap bersyukur kerana dia bersaing ngan abang/ kakak yang berumur 6 tahun.

Tahun ini.... tahun terakhir dia di Little caplihs! Al-hamdulillah banyak surah yang dia dah hafaz...  melepasi surah Ad-Duha... baca jawi pun boleh... reading contest pun berjaya meraih gelaran johan dalam dua-dua kategori. Art & craft juga tak putus2. Kedah pembelajarannya menyebabkan Sephia langsung tak liat nak ke sekolah. Kalau weekend school pun dia nak. Ambil awal dari sekolah pun marah! Maaf andai u ols rasa nak termuntah ngan stori kiter nii... Actually bukannya nak menunjuk jauh sekali meriakkan diri... Actually kiter nak share ngan kalian... ini semua 90% adalah hasil didikan guru2 Little Caliphs S7, BBB. Kalau harapkan kami as a parents... tak banyak yang boleh kami lakukan! That's why kiter nak mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada mereka especially prinsiple mereka Teacher Zaleha!

Memandangkan banyak hit yang masuk kat my blog ni hasil carian kata kunci LC dan English Islamic Kindergartens Bangi.... kiter nak ambil kesempatan pada reader sekalian..... tak rugi anda menanam saham (hantar anak2 ke sini) di LC ini... Ilmu yang diajar cover dunia akhirat. Sesuai dengan tema LC.... "Benefiting from both worlds".

Akhir tinta.... Tahniah diucapkan kepada warga kerja LC dan para graduan 2011...

TAHNIAH!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails